CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

[ULTRA BEST!!] Antologi Kisah Paranormal Dammerung (Updated 27 April 2018)

     Close [Copy link]
Post time 2-1-2018 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Keep it up tt...... aku sanggup tunggu. Take your time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:10 PM | Show all posts
Ulala ade new ep.
Lailai
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 06:57 PM | Show all posts
Nenek ni  misteri..entah2 dah lama mati
mungkin lelaki gemuk dgn  kepala putus tu adalah Musa
apa dah jadi sebenarnya pada dia?

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 03:01 PM | Show all posts
Memang best!!... saspen betul... best best... harap Damm update lagi... best...  aku boleh bayangkan part dia masuk bilik tu mcm tgk filem hollywood jer.. hahaha... memang best... Teruskan Damm...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 02:02 PM | Show all posts
dammerung replied at 27-11-2017 07:09 PM
Hi semua,

First of all sorry yang aku lama tak update Bisnes Baru Ayah kerana aku sibuk, sibuk si ...

InsyaAllah Damm.. RAM tu pun takes almost 10yrs to be recognized and he also admit that being a novelist is not an easy job. TAk sabar to see and grab your first baby!
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:45 AM | Show all posts
dammerung replied at 2-1-2018 09:33 AM
Bisnes Baru Ayah (Bahagian III)
Mata dipejam rapat, berharap dia masih bermimpi.
“Bang, demam ku ...

terima kasihh kerana sambung...



semoga usaha buat buku akan berjaya.. chaiyokk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2018 10:11 AM | Show all posts
saspen.. tp bersambung.. kena tunggu 2 bulan lg.. takpe damm.. teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2018 09:33 AM | Show all posts
Edited by dammerung at 2-1-2018 09:44 AM

Bisnes Baru Ayah (Bahagian III)

Mata dipejam rapat, berharap dia masih bermimpi.

“Bang, demam kuat agaknye ni. Tak nak bawak klinik ke?” kata ibu.

“Alah, demam sikit je. Kene hujan tadi ni. Lepas mandi okay lah tu” kata-kata ayah membuatkan Diana kembali tenang.

Sepanjang dia hidup, lelaki dikenali sebagai ayah tidak pernah menunjukkan hatta sikit pun rasa kasih sayang. Bila dengar ayah berkata sedemikian Diana tahu dia di dunia nyata.

“Dah pergi mandi!”marah Pakcik Noor sambil menyentap cadar. Dia menunjal-nunjal betis Diana yangsedang mengerekot dengan kaki.

Diana terkebil-kebilmelihat ramai orang disekeliling. Bahu mereka terhenjut-henjut seperti sedang menangis.

Ape kes pulak ni?” tanya Diana dalam hati.

Ini mesti baru lepas kena marah, fikirnya. Kepedihan mata yang masih cuba menyesuaikan kepada cahaya lampu membuat dia tak dapat melihat jelas.

Berkerut-kerut dahi Diana. Bukan kerana pandangan tak jelas tetapi memikirkan siapa pula orang ramai-ramai ini.

Dalam rumah ada tujuh orang. Dia, Budin, tiga adiknya berserta ayah dan ibu.

Tapi dia dikerumuni oleh satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh,lapan. Diana berhenti mengira selepas kepala kelapan.

Mata digosok-gosok. Pandangan semakin jelas. Ada muka Budin, tiga adiknya, ibu.

Ada empat lagi kanak-kanak tak dikenali. Apa yang buat Diana tersentak ialah wajah kanak-kanak misteri itu. Kalau sesiapa pernah lihat mayat kanak-kanak sebelum dikafankan, pucat, mata tertutup riak wajah tenang, begitulah terpapar di muka kanak-kanak di belakang adik-adiknya.

Suara Diana tak dapat dilontarkan. Sedaya upaya dia cuba menjerit memberitahu keluarga yang jelas tak menyedari kehadiran tetamu tak diundang dalam rumah tetapi tersekat dikerongkong.

Sehelai tuala singgah di muka Diana. Ditarik tuala yang dilempar Pakcik Noor dan kanak-kanak misteri dah hilang. Bingkas dia bangun. Tubuh terasa bertenaga, tiada rasa-rasa macam demam.

“Takpalah bu. Akak tak demam dah” Diana lagak seperti biasa, tidak memberitahu akan penampakan sebentar tadi.

Ibu menghela nafas panjang. Melihat perubahan wajah ibu dari risau kepada lega, timbul perasaan kasihan dan tak sampai hati. Tapi itu tak akan mengubah keputusan Diana untuk keluar rumah sebaik berumur 18 tahun dan tak akan pulang-pulang. Dia nekad untuk meninggalkan keluarga dan memulakan hidup baru, kemungkinan juga dengan nama baru.

Lamunan simpati padam begitu sahaja apabila muncul kepala kanak-kanak disebalik bahu ibu. Empat kanak-kanak yang bersembunyi di belakang ibu hanya menayangkan separuh wajah.

“Aliiii...Karriiimmm...Samsullll....Hamiiidd” suara nenek tua sekalilagi terjerit di luar rumah.

Pantas kanak-kanak meninggalkan belakang ibu berlari ke arah pintu rumah. Diana menoleh ke pintu dan mendapati empat kanak-kanak persis kanak-kanak Afrika kebuluran.

Tubuh kurus kering, perut boncet dan kepala botak membengkak. Kulit mereka kuning-kekuningan, sempat berhenti dan melambai pada Diana, menayangkan anak mata merah dengan air liur meleleh-leleh dari mulut.

Sekelip mata hilang. Diana menggeleng-geleng kepala cuba membuang sisa-sisa terakhir dalam kepala yang membuatkan dia melihat benda-benda aneh.

Menggalas tuala, Diana menuju ke bilik air. Diharapkan apa yang dikata ayah benar-benar berkesan, mandi dan semua penyakit hilang.

Kedinginan air kolah yang menyiram tubuh tidak dipedulikan. Minda masih terfikir realiti apa yang dilihat sepanjang hari ini atau dia yang dah gila?

Ingatan tentang arca dalam kotak membuatkannya marah. Semua inigara-gara arca sial itu. Kalau lah dia tak mengada-ngada pergi buka...

Ada sesuatu menyentuh kaki. Di lihat empat kanak-kanak tadi atau ‘Ali’, ‘Karim’, ‘Samsul’,  ‘Hamid’ bercangkung di kakinya.

Segera Diana menutup mulut, menahan dari menjerit. Takut macam manapun dia takkan biarkan orang di luar tahu. Baginya, ayah yang menerjah masuk bilik air melihat dia berbogel lebih menakutkan dari empat ekor hantu yangsedang bermain-main di kaki.

Nafas ditarik sedalam-dalam. Beberapa kali mata dipejam buka, dengan harapan ini semua hanya imaginasi, namun semakin dia buat begitu, makin jelas bentuk hantu-hantu itu.

Pengawalan nafas berjaya menenangkan sedikit degupan jantung Diana.Perlahan dia melihat hantu budak di bawah.

“Korang nak ape?” tak tahu lah samada faham atau tak, apa-apa pun mestiada sesuatu empat ekor itu mahu darinya. Diana yakin, ini bukan sekadar mahu menyakat.

Salah seekor berdiri lalu menunjuk pintu bilik air, diikuti oleh yanglain, semua menghunus jari telunjuk ke arah yang sama.

“Kalau aku ikut apa yang korang nak, janji lepas tu jangan kacau aku lagi?”

Kanak-kanak misteri mengangguk.

Makan malam siap terhidang sebaik Diana keluar dari bilik air. Lauk telur dadar kentang ikan bilis dengan nasi kosong tidak diendahkan. Apa yang utama ialah menunaikan perjanjian dengan empat hantu budak yang ralit mengekorinya tanpa disedari ahli keluarga lain.

“Kau nak pergi mane tu?” tanya Pakcik Noor melihat Diana tergesa-gesa mahu keluar rumah.

“Nak ambik angin”

“Kakak makan lah dulu, nanti sakit perut” ibu cuba memujuk Diana makan.

“Nanti lah kakak makan”

“Dia tak nak makan, itu dia punya pasal. Jangan komplen lapar. Aku pelangkung nanti” kata Pakcik Noor. Diana menjeling pada ayah yang sedang menyuap bahagian telur dadar yang disimpan untuknya masuk ke dalam mulut.

Segera dia keluar rumah. Perasaan marah bercampur sedih. Lagi kuat nekad untuk tinggalkan semuanya dan bina hidup baru. Dia cuma perlu bersabar lagi dua tahun.

Empat hantu budak berjalan mendahuluinya. Diana dibawa turun ke tingkat dua, menyusuri koridor hingga ke unit kedua terakhir. Hantu budak menunjuk ke arah pintu.

Ini bukan rumah nenek menaribogel tadi tu ke?” tanya Diana dalam hati.

Keempat-empat hantu budak masih menunjuk ke arah pintu, meminta Diana masuk. Diana menggeleng kepala.

Gila apa. Kalau kena tangkap jiran kerana cubaan pecah masuk rumah,memang cari nahas.

“Tak nak” kata Diana tegas apabila gelengannya tidak mengubah permintaan hantu empat ekor itu.

Salah seekor mendekat pintu dan selama menyelinap masuk ke rekahan pintu seperti sehelai kertas.

Belum sempat Diana nak habiskan terkejutnya, pintu rumah terbuka.Walaupun mindanya berkata ini kerja bodoh, tetapi jiwa memberontak meminta Diana turutkan permintaan makhluk halus tersebut. Akhirnya sifat ingin tahu mengatasi logikaliti, Diana melangkah masuk ke ruang tamu.

Tiada apa yang istimewa di ruang tamu rumah tapi ada bau tengik menyelubungi rumah. Macam bau tahi.

Kolar t-shirt ditarik menutup hidung. Mata dikecilkan untuk menyesuaikan penglihatan dalam kegelapan.

Cahaya merah melimpah keluar dari bawah pintu salah satu pintu bilik. Tanpa perlu memutar tombol, pintu terbuka sendiri, ehsan dari hantu budak.

Di dalam, seorang nenek sedang berbaring di atas katil. Terdapat tiub terlekat di hidung dan bersambung ke IV bag yang disangkut pada paku di dinding.

Dada nenek itu turun naik dengan mata buntang melihat tepat ke arah Diana.

Dalam samar-samar cahaya dari mentol merah, terdapat satu kelibat hitam besar. Dengan penuh debaran mata menyorot dan Diana segera menekup mulut, supaya tak menjerit.

Lelaki gempal dalam keadaan berbogel duduk tersandar dengan kepala terlentok ke kanan. Wajahnya tidak dicam kerana bengkak kehitaman dengan lidah terjulur keluar ibarat lembu disembelih.

Apa yang hampir membuat Diana macam nak pengsan ialah leher lelaki gempal itu yang hampir putus.

Seutas dawai menjerut ketat leher di sambung pada apa kelihatan seperti mesin pemerah tebu. Sebelah tangan lelaki masih tergantung pada bahagian suis.

Hantu budak muncul bersebelahan mayat lelaki gemuk dan menunjuk ke arah nenek yang sedang terbaring. Diana melihat nenek yang masih merenungnya. Mungkin ini nenek yang jerit-jerit nama tadi fikirnya. Bagaimana dia boleh terbaring dan muncul di koridor singgah di otak Diana tetapi segera dihapuskan, tak ada masa dia play-detective dalam keadaan sekarang.

Diana tahu, dia dibawa oleh hantu-hantu budak itu untuk menolong tuan mereka. Dengan kematian si gempal, nenek lumpuh itu hanya menunggu masa untuk mampus juga sekiranya tidak ditolong.

Boleh pula hantu-hantu budak main tolak-tolak kepala mayat. Tolak punya tolak, kepala yang sudah tiga suku terputus itu dengan mudah jatuh bergolek menuruni badan gempalnya dan tiba di lantai betul-betul celah kangkang mayat. Tahi cair yang masih mencurat keluar menyaluti kepala yang masih bergolek-golek.

“Semelekumm Musaaa”

Terhenti sebentar jantung Diana. Ah sudah. Suara di luar rumah dan Diana teringat pintu dibiarkan terbuka.

Panik.

“Semelukummmm....Musa woi...pintu rumah ko terbuka ni haa”

Dalam mungkin beberapa saat lagi, bau busuk akan menyengat hidung dan sifat curiga akan membuatkan dia masuk memeriksa. Apabila Diana didapati sedang berdiri di antara nenek lumpuh mata buntang dan mayat bogel dengan kepala di kakinya...

Tak sanggup Diana nak fikirkannya.

“Aku masuk yeee”

Ah sial betul. Diana terpaling kiri dan kanan, mencari jalan keluar.Bunyi tapak kaki kedengaran jelas di ruang tamu.

Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk orang itu masuk ke bilik.

(Bersambung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku sangka ade hapdet baru, tp hampaa... x sobe sobe dh nih nk tau ending cite bisnes ayh nih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 04:35 PM | Show all posts
jojie replied at 1-12-2017 06:07 AM
Thank you Dam ..  
cerita you buat i masuk balik MPS..
Semoga dipermudahkan urusan novel u..

samelah..kalo tak lama x jengah cari ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua org kena panahan rindu kat AbgDamm dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 02:40 PM | Show all posts
Dah dekat 2 bulan ni.
Takde update lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 03:27 PM | Show all posts
I'm waiting for the next episode
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 08:52 AM | Show all posts
bang dam dam dum! hai sihat ke?
MANA LAGI EPISOD BARU!!!!!!!

ketagihan dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 08:23 AM | Show all posts
Bang Dam! I need my monthly dose of Dammerung's! Update please.. Harap tak bz sgt huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah dam,penulisan yg btl2 berjaya membuatkan watak2 tu dekat dgn kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2017 10:55 AM | Show all posts
Tq Damm. Citer ko semua best2. Apa citer projek novel... bila buleh publish tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 27-11-2017 07:09 PM
Hi semua,

First of all sorry yang aku lama tak update Bisnes Baru Ayah kerana aku sibuk, sibuk si ...

Dah nak masuk minggu ketiga damm...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 02:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ilahkhatibrani replied at 10-12-2017 01:20 AM
Salam Dik.. Tak sangka pula.. Benda ni masih ada diluar sana..sebab kebanyakkan hanya "masuk" "tet ...

Kak ilah.. Cer explain amendanya..
Misteri betul la.. Siap boleh bergaul dengan manusia. Ke dia tarik manusia ke alam dia?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2017 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 15-11-2016 05:44 PM
Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Remaja-Remaja Lelaki di Kampong (Bahagian III - Akhir)[/backcolor ...

Salam Dik.. Tak sangka pula.. Benda ni masih ada diluar sana..sebab kebanyakkan hanya "masuk" "tetap" dan "keluar"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.111067 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list