Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Gugur air mata, sebak rasa di dada bila mengenangkan betapa mewah dan bertuahnya hidup kita yang cukup makan dan pakai sedangkan di luar sana ramai lagi yang masih serba kekurangan.
Ramai yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dilimpahkan oleh-Nya namun perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang bernama Hazaruddin Abdullah (Azhar) ini mungkin bakal membuatkan diri berasa insaf.
Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Petang itu, dia pergi ke sebuah pelantar ikan bersama keluarga dan si isteri meminta dibelikan udang segar harganya RM70 untuk dua kilo. Di sebelah mereka ada seorang pakcik yang di sebelahnya ikan yang agak berbau dipanggil ikan baja.
Sumber Foto: Carian Google
Si anak yang melihat pakcik bekenaan bayar RM2 untuk ikan itu bertanya, "akcik hendak bagi makan kucing ke? Ikan tu tak berapa elok, anjing kebun ayah pun tak nak makan, berbau."
Orang tua itu terus menggosok kepala anak kecik itu sambil berkata, “Anak bertuah, ayah anak orang kaya. Boleh beli udang besar, ikan elok. Pakcik anak ramai, sekarang pakcik tak toreh getah lagi, tak larat, ikan ini bau sikit saja. Pakcik bukan beli untuk kucing. Pakcik beli untuk keluarga pakcik”.
Sejurus pakcik itu menjelaskannya, si ayah tergamam lalu cepat-cepat meminta maaf dan orang di sekeliling pelantar terdiam.
Anak kecil yang tidak mengerti terus menangis. "Iqram minta maaf ayah, Iqram ingat pakcik hendak bagi kucing." Lalu Hazaruddin terus belikan ketam dan udang buat pakcik tersebut yang pada mulanya keberatan untuk menerimanya.
Sumber Foto: Carian Google
Malam itu selepas balik, isteri Hazaruddin masak ikan stim dan udang goreng dan pada ketika itu air matanya berderai.
"Emak makan apa dekat kampung malam ini?" Hari ini dia terkenang sewaktu kecil dulu di mana ibunya juga mengutip ikan yang tidak sesuai dibuat keropok dalam tong ikan untk dijadikan santapan mereka sekeluarga.
Nasihat kepada dirinya dan buat insan di luar sana:
Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Rata-rata netizen yang membaca tentang kisah ini terkesan dengannya dan meluahkan rasa sedih mereka:
Sumber: FB Hazaruddin Abdullah
Pada zaman serba canggih dan moden ini masih lagi ada insan yang menjalani hidup penderitaan dan kepayahan hidup seumpama ini.
Merintih sedih dalam jiwa tatkala mendengar kisah yang benar berlaku di dunia realiti seperti ini. Bagaimana pula yang kalian rasakan? -CARI |