CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5414|Reply: 12

Nikmati Keaslian Daging Salai Gadis Jolobu, Boleh Dimasak Apa Sahaja

[Copy link]
Post time 8-12-2016 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Asyik makan ayam dan ikan sahaja, sekali-sekala mahu juga mencuba masakan daging. Tapi leceh la, nak sediakan daging ni makan masa baru dia menjadi lembut dan enak dimakan.


Nah! Bagi anda yang gemarkan aneka masakan daging salai ala Negeri Sembilan, Daging Salai Gadis Jolobu menyediakan produk daging salai yang sangat lembut, siap potong dan sedia untuk dimasak.







Bukan sahaja lembut dan mudah mahu menyediakannya, malah anda boleh masak apa sahaja jenis masakan dengan hanya menggunakan daging salai ini.


Produk daging salai ini dijamin lembut kerana daging yang digunakan adalah daripada gred terbaik dan keenakannya ditambah lagi dengan aroma salaian yang melekat pada daging.


Proses penyalaian 50 kilogram daging mengambil masa sehingga tujuh jam bagi menghasilkan daging salai yang berkualiti tinggi, aroma salaian melekat pada daging, daging yang lembut dan tidak liat boleh dimakan terus.









Harga sepaket adalah RM17 sahaja dan mengandungi daging salai seberat 250 gram. Ia boleh dimakan sehingga empat orang dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti lemak cili api, spageti, kicap, pedas dan macam-macam lagi lah!


Lebih menarik, Daging Salai Gadis Jolobu juga menawarkan produk daging jeruk yang turut sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Daging tak perlu dimasak lama kerana ia sememangnya sudah lembut. Harganya hanya RM10 untuk sepaket 280 gram.


Sumber foto: FB Daging Salai Gadis Jolobu




Daging jeruk gadis jolobu boleh siap dimasak dalam masa lima minit sahaja. Hanya perlu potong cili api, bawang merah, dan tumiskan dalam minyak panas. Kemudian, masukkan daging jeruk dan kacau rata selama dua minit. Siap!


Tunggu apa lagi? Jika berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 0123011527 atau layari laman Facebooknya di https://www.facebook.com/DagingSalaiGadisJolobu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice!!! Nk cuba beli la nnti
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 05:34 PM | Show all posts
daging salai memang sodap, aku balik kg lalu pedas selalu beli.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 06:37 PM | Show all posts
sedapnya oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:12 PM | Show all posts
pandainya...harap komersial kan di pasar raya....boleh kaya macam pak ramli....

sedappppp nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
daging salai pun nak kena beli ke..
beli je la daging fresh salai sendiri..
dengan harga tu boleh dapat setengah kilo kot daging fresh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2016 08:40 AM | Show all posts
Sedapnya masak lomak cili api daging salai..letak belimbing buluh ke bacang ke..adoi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 10:35 AM | Show all posts
terliur nye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2016 02:06 PM | Show all posts
bagus jgk jual produk mcm ni..senang mak2 bekerja nk masak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 04:42 PM | Show all posts
nyum nyum nyum terliur nya masak lemak cili api daging salai
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 09:01 PM | Show all posts
sdapnye daging salai..mmg masak lomak cili api yg terbaikkk...makan panas2 n pedas2..perghhhh berpeluh-peluh...mmg layann..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2016 04:54 PM | Show all posts
sedapnya nampakk
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Daging salai makan macam tu saja boleh tak? Cicah air asam ke sambal kicap ke..

Teringin nak oder
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.055316 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list