CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24984|Reply: 1

Kepala Gas UGS Network SDN BHD harga RM300+ Scam ke?

[Copy link]
Post time 20-7-2018 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by manjalara_01 at 21-7-2018 10:07 AM

Salam semua

Pernah x org gas dari company UGS dtg rumah korang..masa xde org kat rumah..then check kepala gas...
lepas tu kata yg ni x bagus x selamat bla3....

Pd hal ade cop SIRIM....

Mak manja percaya bulat2....die pun beli harga RM300+

ni link website company tu UGS NETWORK SDN BHD
http://www.ugsnetwork.com.my/

ni pulak blog ngadu kata die org penipu
http://yangasuffian.blogspot.com/2013/04/kepala-gas-usg-menipu-lagi.html
https://adahsyafiah.blogspot.com/2013/01/dia-memang-pandai-bagi-saya-takut.html
08 January 2013Modus Operandi Penjual Kepala Gas

Baru-baru ni ada seorang wanita beruniform hijau kuning terpacak depan pagar sambil memberitahu dia datang untuk memeriksa salur gas rumah. Bila ditanya, katanya dari UGS. Bila saya tanyakan mereka berkaitan dengan GAS Malaysia atau tidak. Wanita itu menjawab syarikat mereka lebih dari itu. International katanya. International. .

umpah, kalau En Bapak tiada di rumah pasti saya tidak akan mengizinkan wanita itu masuk. Meskipun En Bapak 'membuat muka' dan awal-awal memberitahu saya wanita itu pasti akan menjual 'sesuatu'. Saya memujuk En Bapak untuk membenarkan wanita itu masuk dek kasihankan kesungguhan dia menunggu hampir 10 minit di depan pagar.

Tanpa berlengah, wanita yang rasanya lebih muda daripada saya terus ditunjuk bahagian dapur dan memeriksa salur dan kepala gas. Dia  menunjukkan ekspresi terkejut dan bertanya kepada saya sudah berapa lama menggunakan kepala gas jenis berputar berkenaan. Saya katakan hampir setahun telah saya gunakan berbanding kepala gas biasa. Katanya, kepala gas itu (tertulis high pressure 6kg), adalah sangat berbahaya kerana khusus untuk memasak di luar rumah atau lebih tepat lagi adalah untuk jenis gas bertekanan tinggi seperti mereka yang mengusahakan katering.

Ok, sebelum tu saya gunakan kepala gas biasa yang tertulis 2kg. Tapi, bila tukar gas baru je mesti kepala gas tu longgar dan menyebabkan bunyi gas keluar. Jadi, bila saya tukar yang jenis high pressure tu, idoklah pulak bunyi gas. Baiklah saya dah rasa seriau sikit.

Nak bagi saya lebih seriau, dia menunjukkan betapa tak selamatnya kepala gas itu dengan menyalakan api ke arah kepala gas yang dah dibuka daripada gas. Kalau ikut logik haruslah ada api besar yang keluar ekoran masih ada sisa gas di situ. Baiklah, saya pura-pura takut.

Lepas tu, punyalah panjang lebar lagi ceramah tentang keburukan kepala gas yang saya guna hingga dia mengeluarkan kepala gas UGS yang khusus untuk gas 1kg, kononnya dari Itali tak silap. Siap demo macam tadi dan tiada sebarang nyalaan api yang keluar. Rasa macam nak terpengaruh pun ada sebab antara kelebihan kepala gas ni katanya, apabila ada kebocoran gas, automatik saluran gas akan ditutup.

Tambahan pula, kepala gas tu siap ada meter mengukur isipadu gas yang tinggal. Kan bagus kita boleh jangka gas akan bertahan berapa hari, takdelah kes tengah masak kemudian gas habis. Grr....sakit hatikan.

Dipendekkan cerita (dah dekat 2 jam menadah telinga), saya terus tanyakan harga gas regulator yang dijual. Baik, harganya seingat diberitahu saya adalah RM380++, konon ada diskaun RM260++. Mak aih, mahal gupanye ye.

Yang tak bestnya tu, bila saya minta kad nama syarikat dan memberitahu akan menghubungi mereka jika saya berminat, wanita tu seakan memujuk dalam memaksa supaya saya membeli. Aduhai, kelemahan saya memang tak pandai nak menghalau orang ke memotong cakap ke apa. Memakan masa..........(sambung bc kat blog yea..)



So skrg manja nak buat ape yea??















































Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 08:50 PM | Show all posts
kelentong je tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189781 Replies : 4321
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47696 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 8206 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 7593 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061151 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list