CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 81806|Reply: 122

Sejarah Putrajaya Serta Asal Usul Putrajaya

[Copy link]
Post time 13-8-2010 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Salam WBT...

Mungkin ada diantara kita tidak tahu akan sejarah Putrajaya yang kini dimana kebanyakannya telah pun menjadi sebuah bandar pentadbiran kerajaan wilayah.Aku ader datuk saudara(kini arwah),orang kampung Jendram Hilir iaitu kawasan perkampungan sebelah Putrajaya WP.Atuk aku citer masa itu aku umur 8 tahun (1988)tapi aku masih ingt lg sampai skrg citer itu.Katanya dulu Putrajaya tu kawasan bernama kampung Prang Besar,dalam kampung daerah Prang Besar tua der lah 1 lagi kawasan kampung yang aku pun dah tak pasti namanya.Menurutnya nama Prang Besar dulu adalah merupakan nama sempena seorang ketua kampung (orang asli)yang sanggup berperang dengan orang cina bintang tiga yang nak rampas tanah orang asli disitu sebab nak buat kem.Tentra bintang tiga tu buatlah huru hara termasuk membunuh.Tetapi tok batin org asli ni pandai.Dia ader ilmu harimau tanah hitam!!!maka senang lah tentera bintang tiga di tumpaskan.Tok batin itu berjaya mengusir tentera bintang tiga itu dari kampungnya.Hanya berperang dengan bersenjatakan parang serta beberapa orang yang turut aada ilmu itu.Sejak itu wujud lah kampung,estet prang besar sempena nama tok batin ini.Arwah atuk tu citer pada tahun 1962,Felcra telah membuka ladang getah untuk tujuan komersial daerang Prang Besar itu.Sejak itu wujudlah jalan raya,sekolah,balai polis lama daerah Prang Besar serta kinik kerajaan di Selekoh Kampung Prang Besar.Maka dari pada pembukaan ladang atau estet penduduk juga bertambah.Kalau korang perasan if lalu kat flat Putra damai Presint 11,korang akan perasan ada saki baki jalan lama kat bawah tu.Sekarang yang lalu jalan tu hanyalah lori shell gas.Dari dengkil pun korang akan perasan dekat jirat cina itu ader jalan potong..tu la jalan lama Prang Besar-Puchong-Pulau Meranti.



Di pendekkan cerita,pada tahun 1995 aku masih lagi kerap ke kampung atuk kat Jendram Hilir.Masa itu kawasan Prang Besar dah tutup.Kampung2 dah kene pindah termasuk kampung Air Terentang (Cyberjaya).Aku tengok pokok getah n sawit tuh dah kene tarah separuh kawasan.Masa tu kawasan jalan lama Prang Besar ke Puchong belum tutup lagik sbb hiway putrajaya tu tak siap lagik.Aku tgk bnyk bukit kene tarah.Balai polis dengan pejbt pos mini tu pun dah roboh.Macam padang jarak jadinya daripada kawasan yang hijau,sejuk,nyaman.Aku ingt lagi waktu dulu2 lalu kat Prang Besar aku mesti terjumpa kucing hutan,monyet,orang asli jual madu dan macam2 lagi.Bila malam lalu kat jalan lama tu gelap aja takut..Lampu pun takder.Abg saudara aku yang masa tu umur 27 tahun turut kerja dengan kontraktor tebang pokok getah serta sawit kat Prang Besar ader sekali tu bawak balik berguni2 ubi kayu serta buah2an mcm asam paya.Then dusun/kebun orang Jendram pun kerjaan dah amik sbb bangunkan Putrajaya.That y lah orang kampung Jendram umah dorang besar2 n lawa2 skrg..hehehe

Tentang misterinya Prang Besar ni,arwah atuk sdra tu ader gak g tau aku bahawa ader 1 tempat yang berbukit kawasan perkuburan orang asli tak silap presint 4 kot.Ader jugak kontraktor yang nak rata tanah serta bukit kecil tidak lepas.Kalau nak tau kubur orang asli ni payah nak bersihkan sbb mistik kuat..Kalau skrg pergi presint 4 boleh lah tgk bukit serta batu yang seakan2 harimau hitam.Pada sapa yang tau lahkan tentang presint 4 tu..hahaha.Tapi aku takkan lupa suatu ketika dahulu aku pernah ke daerah Prang Besar serta sempat merasai suasana harmoni masyarakat pekan serta kampung di situ waktu dahulu...Alangkah nostalgianya Prang Besar bagi aku.

Sekian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 04:34 PM | Show all posts
Nostalgiknye..tak tau lak sebelum tuh ade kampung kat Putrajaya dan Cyberjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 04:56 PM | Show all posts
kalau tengok kat putrajaya skang ni pun banyak lagi sebahagian ladang kelapa sawit yang terbiar tanpa pengurusan..bekas ladang2 yang ditarah la tu agaknya kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 07:02 PM | Show all posts
ingatkan hutan kelapa sawit semata... rupanya ada kampung yang dipindahkan.
habis tu org2 kampung tu pindah ke mana ya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 08:26 PM | Show all posts
Salam WBT

Kalau nak tau dorang pindah area2 negeri Selangor sebab dorang dapat estet baru under DRB Hicom Plantation.Penduduk Kampung Air terentang(kini Cyberjaya)ditutup sepenuhnya sekitar tahun 2001.Aku ader member dimana kampungnya di Air Terentang,kalau korang lalu hiighway dari Kota Warisan ke Putrajaya,Puchong,serta Mex Highway korang akan perasan tentang singn board Kampung Air Terentang pada sebelah kiri bahu jalan.Saki baki sekitar Prang Besar yang masih ada pada hariini adalah Kampung Konna landmark dia jirat cina kat Dengkil tu kira Presint 21 Taman Cabaran Putrajaya.kampung tu lah yang terselamat dari pembangunan daerah Prang Besar.Sebelah kampung tu ader juga 1 kawasan kampung(berpagar)iatu Kampung Timah sederet new shoplot Dengkil.Macam tulah rupa pekan daerah Prang Besar 1982-1989 yang pernah aku tengok dengan mata sendiri.Penduduk asal atau peneroka(kaum India)banyak telah pergi ke Ijok,Kuala Selangor,serta Kampung Batu Arang.Estet mereka DRB Hicom yang kini ambil alih untuk tanam sawit serta pengurusan ladang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2010 08:32 PM | Show all posts
Pernah menangis kat dalam kereta semasa kereta arwah atuk takleh setat dan tersadai kat tepi ladang getah di Prang Besar.Masa tu balik dari kenduri bersunat kat kampung Pulau Meranti.Nasib ada drebar lori tolong arwah atuk tu..hehehe..lama gak tunggu sampai naik ngantuk..nyamuk nauzubillah punya banyak.Kenangan betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2010 05:25 AM | Show all posts
kalau ada gambar tepek la... nak jugak tengok dulu dan sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 09:01 AM | Show all posts
Klasik betul nama Prang Besar dan Air Terentang tu ye.
Presint 21 pun ada eh? Ingat sampai belas2 aje. Pernah sampai Presint 18 jek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 10:01 AM | Show all posts
sekarang Kampung Air terentang tu cme tinggal signboard jer kan,..
dlu ader gak sedara mak dok ctu....
tp skrg dah xder lg.........
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 10:36 AM | Show all posts
Dulu masa awal 90an aku kalau dari Bangi nak ke Shah Alam/Klang memang ikut estate Perang Besar ni as short cut.

Lalu gak pekan Puchong masa tu yang tak da apa2 pembangunan masa tu kira macam kampung jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:34 AM | Show all posts
wow..this is so interesting
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 01:01 PM | Show all posts
menarik.....xpenah tahu pn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 02:23 PM | Show all posts
saya ada sikit picture Prang Besar tapi sy tak reti nak upload kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 02:25 PM | Show all posts
Reply 1# ex_klia


a'ah.. kalo pasal presint 4 tu tau la.. tp sbg pekeje gomen yg dok putrajaya ni... presint 18 pun boleh tahan gak kerasnye tp tak tau la betul ke x? tp yang betul2 buat kagum ni daripada estet kelapa sawit, putrajaya kini menjadi pusat pentadbiran kerajaan yang membangun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 02:26 PM | Show all posts
Mak Yun mmg ader Presint 21 tu adalah presint yang terakhir dalam Wilayah Putrajaya.Ader pintu masuk kat area situ iatu dari Pekan Dengkil,akan melalui Taman Peringatan(perkuburan).Gate ni akan ditutup pada jam 7.00 malam untuk tujuan keselamatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 02:34 PM | Show all posts
RosesAre_Red,bukan takat kebun sawit dan getah malah pekan kecil serta kawasan perkampungan kecil2 juga turut ada.Kalau imbas balik dalam daerah Prang Besar ni ader gak sungai.Tak silap aliran dari Kampung Limau Manis.Sungai ni banyak ikan beb..hehehe waktu dulu2 abg sedara pernah pi mancing kat parit tuh...ikan haruan bujuk besar2 dia bawak balik..hahaha.Tentang kg Air Terentang memang dah tinggal sign board setelah Setia Haruman (Cyberjaya Development) ambil tanah secara keseluruhan.Sign board kalau kat highway dari KLIA/Kota Warisan/Dengkil sebelum sampai simpang Cyberjaya.Siap ader tulis notis'Penutupan Jalan Air Terentang'....kalau nak tengok kg tu jugak yang ader rumah tinggal ko masuk Cyberjaya then hala jalan ke area MMU.pastu ko belok kiri sikit naik bukit dekat dengan sekolah menengah Cyberjaya depan tu ader kawasan kg Air Terentang yang dah takder orang,malah rumah pun tinggal saki baki aja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 04:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by swotworld at 14-8-2010 16:50

Masa mula-mula aku masuk kerja di Putrajaya dulu, memang aku skalu sembang dengan pakcik-pakcik yang meniaga di kawasan persekitaran..dan memang begini laa ceritanya..
Cuma cerita pasal Presint 4 dan Presint 21 tu, tak pernah dengar lagi..thanks for sharing..

Sekarang ni, ramai anak muda datang berkerja di Putrajaya tak tahu tentang asal usul kawasan Prang Besar ni..pastu buat onar macam-macam, terutama di Flat Hijau tu..sedeh betul..

Aku takde kesempatan untuk tinggal di Putrajaya sebab dah beli rumah di tempat lain..so, setiap hari berulang laa guna MEX untuk berkerja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 05:12 PM | Show all posts
Betul tu SwotWorld...dlu Putrajaya masa baru2 bukak aman n sunyi sepi tapi sekarang dah rancak sikit dengan development sana sini.Dulu empangan tasik tu tak tutup lagi sebab air tak penuh.Then kawasan tu pun takder apa sekarang dah jadi Pullman Putrajaya.Tentang flat ijau aku memang tak berkenan lah area tu sekarang.Pertama owner sewakan kat orang asing(forener)yang atitude sangat worse.Membuat onar saja,bahkan ada jugak rakyat kita yang datang bekerja di Putrajaya turut berlaku sedemikian.Kedua,sewa flat ijau tu tak masuk dek akallah,dah lah rumah kecik,tahap kebersihan pun kurang memuaskan,kotor sana sini.Geli that worse thing about Putrajaya resident yang kat area tuh,entah dari mana hilang tahap kebersihan.Tentang sewa tadi memang sangat mahal..aku pun tak tau knp.Tak berapa sesuai untuk membesarkan anak2 yang masih bersekolah.Mahal,kotor,enviroment yang teruk dan pelbagai lagi masalah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2010 05:37 PM | Show all posts
Aku juga amsih ingt lagik time aku sekolah2 dulu,time balik kg Jendram Hulu/Hilir pernah gak salah sorang parent causin aku duk tnya mmber dia yang datang kt umah beraya.Pastu terkeluarlah ayat 'ko taknak duk Dengkil?'dari mulut pakcik aku..kawan dia ni pun dok geleng2 kepala taknak...katanya tempat jin bertendang tambahnya pulak Dengkil tempat yang orang tak ramai nak duduk n takder apa2 facilities...hampeh tul statment dia.Pastu bile Putrajaya dah siap,KLIA dah naik so Dengkil pun majulah sedikit demi sikit,perumahan serta kawasan penduduk pun bertambah.Takder lagilah istilah pekan 'Koboi'ader juga orang yang dok kecek2 aku suoh cari umah area2 Dengkil & Salak Tinggi.Pulak dah aku cakap.Yerlah dulu pekan Dengkil pukul 5.00 dah orang tutup kedai bila lalu waktu magrib sunyi aja.Yang bukak time tu hanya balai polis kat simpang tiga masjid jamek Dengkil serta kedai makan cina.Sekarang 24 hour bz,tambah2 ader pulak bazar uptown kat Dengkil Jaya tuh.Pastu jalan nak gi ke Bangi Lama-Jendram pun dah lawa..dah lurus..malam2 dah tak sunyi..daha der kedai makan'Tasek Idaman'serta Lembaga Atom Negara.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 06:45 PM | Show all posts
Artikel dari Utasan Malaysia dated 1 Feb 2001

Ladang Prang Besar tinggalkan seribu satu kenangan

Date: 01-02-2001

PUTRAJAYA 31 Jan. _ Nostalgia dan kenangan di Ladang Prang Besar
sentiasa terpahat dalam ingatan kebanyakan bekas pekerja yang pernah
mendiami estet berkenaan sejak 40 tahun yang lalu.

Mereka menganggap estet itu banyak meninggalkan seribu satu kenangan
kerana di Ladang Prang Besar pelbagai peristiwa gembira, sedih dan lucu
dialami oleh bekas pekerja berkenaan ketika mendiami kawasan tersebut.

Namun, segala kenangan manis itu kini hanya tinggal sebagai lipatan sejarah
peribadi kerana estet berkenaan telah menjadi Putrajaya.

Mereka mengakui pada awalnya mereka tidak dapat menerima kenyataan
terpaksa berpindah tetapi demi negara mereka rela berkorban.

Bekas-bekas pekerja estet tersebut yang kini ditempatkan di sebuah taman
perumahan di Dengkil, tidak menyangka estet yang dipenuhi dengan pokok
kelapa sawit dan getah itu akan bertukar wajah menjadi sebuah bandar indah.

Salah seorang bekas pekerja estet yang ditemui R. Yegambaram menyifatkan
pengorbanan yang mereka buat sebelum ini sebagai satu cara untuk
berkhidmat kepada negara.

Yegambaram yang pernah menduduki estet itu selama 40 tahun sebagai buruh
berkata, dia dan keluarganya dari semasa ke semasa mengunjungi Putrajaya
jika berkesempatan.

``Apabila saya melihat Putrajaya sekarang, perasaan saya akan tersentuh... di
sanalah saya pernah mencari rezeki.

``Bak kata orang tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain-main
ketika kecil,'' katanya.

Seorang lagi bekas pekerja ladang berkenaan, Mohamad Kasim berkata,
kewujudan Putrajaya telah mengubah corak kehidupannya sekeluarga.

``Mula-mula pindah ke sini agak kekok juga untuk menyesuaikan diri kerana
saya sudah biasa tinggal di kawasan estet. Saya lahir di sana pada 47 tahun
lalu.

``Selepas adanya bandar ini (Putrajaya) saya bekerja sebagai pengawal
keselamatan di Putrajaya juga tetapi sekarang saya telah berpindah ke
Cyberjaya.

``Payah juga hendak sesuaikan diri menjadi pengawal pada peringkat
permulaan tetapi lama-kelamaan saya biasa juga,'' kata beliau yang fasih
berbahasa Tamil.

R.Sinappan pula mengakui sukar mengikis kenangannya ketika 10 tahun
berkhidmat sebagai pembawa traktor di estet itu.

``Di estet inilah pelbagai peristiwa suka duka pernah berlaku.

``Saya tidak boleh lupa satu hari, traktor saya pernah terbalik dan habis kelapa
sawit bertaburan di estet itu dahulu tetapi sekarang tempat saya bekerja
dahulu telah menjadi cantik,'' katanya.

K. Letchumy pula tidak menyangka estet yang didiaminya kira-kira 35 tahun
yang lalu telah berubah wajah menjadi sebuah pusat pentadbiran bestari
dengan kemudahan bertaraf antarabangsa.

``Di estet inilah saya bertemu jodoh dengan suami saya sekarang.

``Itu sebab sesekali saya akan ke sana bersama-sama keluarga untuk melihat
perubahan yang berlaku di Putrajaya,'' tambah beliau.

Bekas mandur ladang berkenaan, Abdullah Abdul Rahman, 71, mengakui
pada mulanya beliau dan rakan-rakan yang lain sukar untuk menerima
kenyataan bahawa mereka terpaksa berpindah ke Dengkil setelah kawasan itu
diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1995.

``Bayangkanlah hampir 50 tahun saya bekerja dan duduk di estet ini, tiba-tiba
disuruh berpindah.

``Namun setelah berfikir sedalam-dalamnya dan berbincang, kami (bekas-
bekas pekerja) akhirnya bersetuju untuk berpindah demi untuk pembangunan
negara,'' katanya lagi.

                    (Source : Utusan Malaysia)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.087734 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list