View: 28907|Reply: 245
|
Vanida Pengacara Nona 2011
[Copy link]
|
|
Teka-teki tentang siapa yang akan mengantikan Maya Karin sebagai pengacara Nona 2011 akhirnya terjawab. Ternyata desas-desus yang mengatakan Vanidah Imran terpilih sebagai penganti adalah benar. Perkara ini diumumkan secara rasmi kepada pihak media dalam satu majlis makan tengahari yang diadakan di Cruise Tasik Putrajaya kelmarin.
Mengulas tentang tanggungjawab terbarunya itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20 ini memberitahu, dia sebenarnya tidak sangka boleh menjadi pengacara Nona. Baginya, apa yang berlaku ini bagaikan satu mimpi yang tidak pernah disangkakan menjadi kenyataan.
"Rasa macam tidak percaya apabila ditawarkan menjadi pengacara Nona ini. Maklumlah tanggungjawabnya bukan mudah. Saya sendiri ragu-ragu sama ada boleh melakukannya atau tidak. Selepas berbincang dengan pihak produksi barulah saya berasa yakin. Saya harap dengan menjadi pengacara Nona ini, penonton di luar sana boleh menerima nilai-nilai positif yang ada pada saya. Saya pun susah hendak janjikan apa-apa, tetapi saya akan cuba lakukan yang terbaik," ulas Vanidah yang mengakui menerima tawaran pada Oktober lepas.
Berkongsi pengalaman mengacarakan Nona musim terbaru itu, Vanida memberitahu pada awalnya dia memang berasa kekok dan terlalu berhati-hati kerana masih tidak dapat membiasakan diri. Namun, masalah itu dapat diatasi selepas beberapa episod dan kini dia sudah mula seronok dengan penggambaran.
"Pada hari pertama penggambaran saya memang tertekan kerana sukar untuk menghafal skrip yang disediakan. Ini kerana bahasa yang digunakan sangat berbeza dengan bahasa yang digunakan untuk skrip lakonan. Saya cuba hafal skrip dengan baik dengan tidak meninggalkan sepatah perkataan pun.
Kalau terlupa, saya akan minta untuk buat rakaman semula. Saya tidak mahu sesuka hati mengubah skrip kerana bagi saya skrip yang disediakan sudah cantik dan teratur. Penat memang penat, tetapi saya puas dapat melakukannya. Sekarang ini saya sudah tidak ada masalah dengan bahasa yang digunakan," ujar Vanidah sambil tersenyum.
Dengan tanggungjawab terbaru itu, timbul pula persoalan bagaimana Vanidah ingin membahagikan masa dengan kerjaya lakonannya. Ini kerana Maya Karin sebelum ini dikatakan menghadapi kesukaran dalam menyusun jadual kerjanya.
Menjawab persoalan ini, Vanidah memberitahu bermula tahun hadapan dia akan mengurangkan aktiviti lakonannya. Bukan hanya kerana tugas pengacaraan itu, tetapi juga kerana dia ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajarannya di Open University.
"Sebelum terima tugas mengacara ini, saya sebenarnya sudah bercadang untuk mengurangkan aktiviti lakonan saya sebab saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian saya di Open University. Sebab itu selepas selesai pengambaran 'Isabella' tempohari, saya tidak terima sebarang tawaran untuk drama bersiri lagi. Kalau terlampau sibuk nanti, saya bimbang ia boleh menjejaskan pengajian. Saya ini seorang yang mementingkan kesempurnaan. Kalau boleh tiap-tiap semester kena dapat keputusan cemerlang.
Kiranya 2011 nanti adalah tahun untuk saya tumpukan pada pelajaran dan juga mengacara. Bagaimanapun, ini tidak bermakna saya tidak akan berlakon langsung. Kalau untuk telemovie, saya masih berminat untuk buat kerana penggambarannya tidak memakan masa yang terlalu lama," jelas Vanida yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem 'Untuk Tiga Hari', di bawah arahan Afdlin Shauki.
Penerbit yakin dengan Vanidah
Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak begitu yakin dengan kebolehan Vanidah Imran untuk mengendalikan Nona musim terbaru, tetapi penerbit program ini, Ifawani Omar percaya dan yakin Vanidah mampu melakukannya.
"Daripada pemerhatian saya, Vanidah sudah membuktikan dia boleh menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Nona yang baru. Kredibilitinya sudah dapat saya lihat ketika dia menjalani penggambaran lima episod pertama Nona tempohari. Memang pada mulanya dia nampak terlalu mencuba, tetapi selepas seketika, Vanidah dapat mencari keserasian. Pembawaan karektornya memang memenuhi kriteria yang kita perlukan untuk Nona," jelas Ifawani.
Selain itu, saya juga kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan Vanidah. Dia memang mementingkan kesempurnaan. Walaupun kesilapan yang dia lakukan hanya sedikit, tetapi dia sanggup melakukannya sekali lagi, " tambah Ifawani lagi.
Musim terbaru Nona tahun hadapan masih mengekalkan waktu siaran yang sama sama iaitu setiap Ahad, jam 2.00 petang. Penonton bakal disajikan dengan beberapa segmen menarik seperti 'Fesyen', 'Kecantikan', 'Rahsia Lelaki', 'Masakan', 'Koleksi Kegemaran', 'Perkahwinan' dan satu segmen interaktif terbaru, Video Pilihan, yang akan menyiarkan video-video kiriman penonton di rumah.
-dari gua.com- |
|
|
|
|
|
|
|
Suka kalau V jadi pengacara |
|
|
|
|
|
|
|
kontrak maya karin dgn tv3 dah tamat ke? {:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
okla....tp cmna tiba2 leh pilih dia plak
dia penah ke jd pngacara? |
|
|
|
|
|
|
|
ok sgt!vanida ni educated.sesuai
aku setuju.
mak aku minat btol ngn dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kita tengok sama ada Vee ni boleh mengacara or tak..aku tak pernah tengok dia mengacara lagi..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Pengisian programme yang lebih penting ..
Nona sekarang dah tak sama dengan Nona dulu2
Masa ambil MK pun rating dah turun around 1 to 2 juta je .. Dulu2 lagi tinggi
MK diambil untuk menaikkan rating .. tapi still rating sama je ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengisian programme yang lebih penting ..
Nona sekarang dah tak sama dengan Nona dulu2
Masa ambi ...
haiku Post at 15-12-2010 15:52
betul tu. kandungan program tu lg penting. pengacara perkara ke-2. kalo letak Oprah sbg pengacara yg kebabom pun tp kalo isi program hazabedah..tak ke mana gak Nona tu. |
|
|
|
|
|
|
|
dah bertahun carly x tgk nona nih.... kalu tukar pengacara pun, ttp x dpt menarik carly nak tgk nona.... |
|
|
|
|
|
|
|
nona ni lebih kepada life style org kelas atasan jer...dr dulu lagi mmg cam tue..tak nah berubah..dolu2 ader gak episod wanita yang berkerjaya hebat cam tentera ke polis ke..skang dr awal rancangan sampai abes dok tyg org yg high class...
apa objektif nona ni sebenarnya??
hanya tuju tuk satu golongan jer ker..??
dok pomot rawatan tue rawatan ni yg bukan semer org mampu..
bagi kiter pengacara no 2..yg penting isi program tue...
teringat aku rancangan edisi siasat..pengacara wan kamarudin pnh capai rating 10 juta penonton..sbb ape programnya dekat ngan rakyat pelbagai peringkat ade objektif die tersendiri iaitu mendedahkan kebenaran...
andaikata lepas ni rating nona still cam tue gak..nak salahkan sape plak agaknyer...:re: |
|
|
|
|
|
|
|
suka tengok nona time segmen perkahwinan jek.. sebab dapt tengok majlis kahwin yang grand2.. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabah lah kau maya karin... suram jah kau tahun 2010 neh |
|
|
|
|
|
|
|
Tergezut iolsss... ingatkan Cruisekeanu tadi ...heran camne kurusanu leh kuar sok kabar ...
solstice Post at 15-12-2010 15:00
pokcik ni x lepak rumah vee.. lepak umah dafi jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
SYABAS!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Org TV3 ni ponnn cobalah kreatip sket.
Think out of the box...
Coba korang amik lelaki lak jadi pengacara Nona... x salah kan kan kan..
Mna tau rating naik mencanak2 sbb suri rumah2 (trutama yg gersang) dok pakat cuci mata petang ahad...
Tapi jgnlah amik Acappan
Coba try Azwan Ali |
|
|
|
|
|
|
|
nona..
ibarat klu tamatkan rancangan ni pun.. dah x de apa2 rasa pun..
ada xde same je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|