CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4556|Reply: 0

[Tempatan] PMX, Anwar Ibrahim. enggan layan kenyataan Akmal gelar menteri 'bodoh'

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Anwar enggan layan kenyataan Akmal gelar menteri 'bodoh'

https://www.malaysiakini.com/news/702446

Isabelle Leong
Diterbitkan:  Apr 14, 2024 6:25 PM
Dikemaskini: 6:37 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak akan melayan kenyataan Dr Akmal Saleh selepas Ketua Pemuda Umno itu menggelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai “bodoh” dan menjadi punca keadaan ekonomi lemah.

“Saya tidak melayan kenyataan seperti itu. Pada fikiran saya, ia bukan konteks yang betul bagi kerajaan perpaduan kita. Kita harus bekerjasama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anwar berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar dan sambutan ulang tahun kelahiran Dr Ambedkar ke-133 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor hari ini.



Kelmarin Akmal menafikan kempen boikot yang dilancarkannya sebagai punca ekonomi negara semakin teruk.

Sebaliknya, Akmal berkata keadaan ekonomi menjadi buruk kerana terdapat menteri "bodoh" seperti Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Nga sebelum itu membuat hantaran di X mengatakan bahawa pekerja tempatan menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jangan sekali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara,” kata pemimpin DAP itu.

Dia turut memuat naik tangkapan skrin daripada laporan media Cina dalam ciapan tersebut.

Akmal sebelum ini menggesa orang ramai memboik KK Mart susulan penemuan stoking tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.



Namun keadaan terus hangat apabila beberapa cawangan KK Marti dilempar bom petrol.

Selain itu Akmal juga mengajak orang ramai memboikot produk keluaran syarikat usahawan kosmetik Aliff Syukri kerana mengeluarkan video pendek lagu raya yang didakwa mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Ismail berkenan menerima mengadap pemimpin Umno dan DAP, termasuk Akmal sendiri di Istana Negara.

Baginda bertitah agar isu itu dihentikan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
resepi Ikan goreng paling anak dan suami suka musim hujan gini.
chaconresepi Ikan goreng paling anak dan suami
Views : 5693 Replies : 5
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 202555 Replies : 4811
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 2036 Replies : 16
Sambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan terangkat!
bang_nsrSambal Garing Bilis Tempe.. sedap dan te
Views : 5041 Replies : 18
Stroller Baby Untuk Travel Mana Yang Terbaik
masterdinStroller Baby Untuk Travel Mana Yang Ter
Views : 3388 Replies : 2
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 4842 Replies : 27
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11757 Replies : 14
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 10028 Replies : 56
Kehebatan marketing
chaconKehebatan marketing
Views : 2908 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24268 Replies : 164

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.079095 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list