CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16226|Reply: 132

Keputusan Undian Artis Paling Cantik HARIAN METRO 2011 TIPU??

  [Copy link]
Post time 1-1-2012 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by budaksekolah12 at 1-1-2012 22:31

Bukan nak pertikaikan kemenangan ayu Raudhah..x dinafikan la dia memang cantik...tapi aku tetap nak share 'RAHSIA' disebalik undian ini dibuat...korang pernah vote x bnda nihh di website harian metro??..rasanya tak ramai kot yg tahu/perasan psl poll ni (kecik jek dia tepek link kt tepi website HM)..tp geng sitizoners slalu bt gerak gempur utk vote Siti (biasalah fan CT kan gigih )... hmpir tiap2 hari klik butang undi dan ada para zoners yg mmg rajin sgt la berkempen utk vote ni..fan artis lain x tau la plak mcmna kann...Poll ni dh lama dibuka utk undian tp yg peliknya:
Pada 30/11/2011 inilah kputusannya yg smpt diprintscreen oleh sorg sitizoner nma fadz psl CT dh cecah 6ribu katanya..
cuba lihat keputusan undian ini dan fikir logik ker x?? - LoGik kan CT, Lisa, Lofa, fasha, RCW antra yg plg tinggi undian..
yg siti plg bnyk vote aku jamin psl undian gigih dr fanatik2 nya...


tapi pada tarikh 16/12/2011 (jarak 16hari drp yg sblom nihh)
keluar kputusan yg mngejutkan/pelik bila Nora Danish atasi siti dlm msa bbrpa saat jek..
cmnihh dlm jam 0:05 kputusan undian siti dlm 7 ribu lebih dan undian artis lain jg naik la bbrpa puluh undian drp asal tp tetap
x jauh beza drp yg 30/11/2011 tuhh..(sorry aku x smpt nk print screen pda jam 0:05) -sistem 24jam pd laktopku
tapi slps direfresh tetiba kputusan undian utk Nora Danish naik m'dadak drp bbrpa ratus jer trus jd 7ribu lbh mngatasi siti..
WOW gilerr la dlm msa bbrpa saat jek tu...giler la x logikkk kot undian nihh (saper yg gigih tgh undi msa tuhh dlm bbrpa saat?)...dan bila direfresh lagi smua artis yg divote plg rendah naik mndadak dlm waktu yg sma..drp ratus2 trus jadi puluh2 ribu t'utamanya undian utk Natasha Hudson tuhh..(pn x smpt nk prtscreen msa yg puluh2 ribu ni)

Sitizoners trus vote lagi tp naik mcm biasa2 jek yg siti pnya setiap klik naik 1undian jelahh..last2 kami spakat mlm tuhh x mo vote dah psl mmg ada yg x kena ngn Poll tuhhh..nampak sgt ada yg ubah kdudukan ssuka hati or main vote scra pukal pd last2 minit..





Dan HARI INI KELUARLAH KEPUTUSAN YANG SANGAT PELIK..AYU RAUDAH MENANG DENGAN UNDIAN 100ribu lebihh WOWWWW
BANYAK GILERRR TIPUNYAAA dlm masa bbrpa hari jer wlupun Poll nihh dibuka pd awal2 tahun 2011!!! hahahaha...sgttt kelakar okeyyy smpi nk kena umum kputusan undian di front page...

klu aku or sitizoner x tau pls hal nihh msti kmi x kesah jer siti x msk top 5..yerla lg pn cantik itu subjektif..x ssuai utk diundi bagai sbnrnya..tp bla tahu hal mcm nihhh kami bkn x puas hati tp KAMI RASA NAK TERGELAK BERAMAI2x la..bukan pulun nk suruh siti menang ponnn tp kesian bila bca komen ayu raudah ats kmngannya..dia sndri pn x p'caya..apa pun Tahniah la!!

OK SEKIAN CERPEN dariku ..KORANG NAK CAYA KER TAK TERPULANG LAHH...pda aku klu ikutkn top 5 yg sbnrnya ialah mngikut kputusan undian pda 30/11/2011 tuhh..korg plak???


nihh artikal dr Metro harini
yu Raudhah teratas
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
         
KUALA LUMPUR: Cantik dan berbakat antara pakej yang tidak dapat dipisahkan dengan artis yang menceburi bidang seni sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.

Pastinya istilah cantik ini bukan saja merujuk kepada wajah, sebaliknya penampilan mereka secara keseluruhannya sepanjang pembabitan dalam bidang seni tanah air.


Berikutan itu juga, Metro Ahad menjalankan undian bagi mencari ‘5 Artis Paling Cantik’ tanah air menerusi laman web rasmi Kumpulan Harian Metro.

Undian berkenaan diadakan selama tiga bulan bermula 2 Oktober dan berakhir semalam.


Pencarian lima artis paling cantik itu berdasarkan senarai 14 selebriti tanah air yang terkenal dengan populariti, bakat dalam bidang seni serta gosip mereka.


Sejak carta undian ini diwujudkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni, khususnya pembaca setia dan pelayar laman web rasmi akhbar ini, sungguh memberangsangkan.

Sehingga tarikh akhir carta undian itu dijalankan, hampir 500,000 undian diterima dan mengejutkan apabila pelakon, Ayu Raudhah berada pada kedudukan pertama dengan undian lebih 115,000.


Ayu Raudhah satu-satunya artis wanita di negara ini yang memperoleh undian melebihi 100,000, sekali gus menenggelamkan populariti beberapa artis wanita lain yang sebelum ini banyak dihujani kontroversi dan gosip, termasuk kakaknya, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.



Sekalipun sudah berkahwin dengan pemain pemain bola sepak kebangsaan yang juga penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 24, ternyata ia bukan sebab utama pembaca tidak memilihnya.


Sebaliknya, ia juga mungkin disokong dengan populariti suaminya selaku pemain bola sepak selain imej bersihnya yang tidak terpalit dengan kontroversi liar.


Menerusi carta undian ini juga, kebanyakan artis wanita lain hanya memperoleh purata undian sekitar 85,000. Malah, beberapa artis yang tersenarai dalam kumpulan 14 artis paling cantik hanya memiliki jumlah undi tidak sampai 10,000.


Fasha yang sebelum ini banyak mencetuskan kontroversi dan pernah dinobatkan pembaca sebagai artis paling seksi menerusi carta undian yang pernah diadakan Metro Ahad, turut terkeluar daripada senarai paling cantik.


Dalam undian itu, Fasha yang sering dikaitkan dengan percintaan ‘pasang surut’ bersama Jejai, pertelingkahan dengan Nora Danish serta beberapa kali dikaitkan dengan penyebaran gambar seksi dirinya, hanya memperoleh 3,070 undian.


Pendatang baru yang mempesona, Neelofa, atau nama penuhnya, Neelofa Mohd Noor, 22, pula di tangga kedua carta dengan undian sebanyak 85,300.


Neelofa yang juga Juara Dewi Remaja 2010, laris bagaikan pisang goreng panas apabila menjadi rebutan pengarah serta penerbit filem.


Bukan sekadar bersandarkan rupa paras jelita, bintang baru ini berbakat besar dengan mutu lakonan yang semakin meyakinkan. Tidak sampai setahun pembabitannya, dia berpeluang menjayakan watak utama dan membintangi empat filem iaitu Azura 2011, Hantu Kapcai, Saya Amat Mencintai (SAM) dan Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada 2012.


Undian pembaca terhadap Neelofa sekali gus mengetepikan populariti Rozita Che Wan yang berada pada kedudukan ketiga dengan undian sebanyak 85,272.


Namun, ia tetap membuktikan pelakon jelita yang terkenal dengan bulu mata lentik ini masih menjadi tarikan dan sebutan di kalangan peminat industri hiburan tanah air.


Menerusi carta undian itu juga, dua artis lain yang tersenarai dalam kumpulan ‘5 Artis Paling Cantik’ adalah Nora Danish dan Natasha Hudson.


Jumlah undian diterima Nora adalah 84,868, manakala Natasha pula 84,441 undian.


Jumlah undian diterima Natasha juga mengejutkan berikutan mengalahkan beberapa artis yang sebelum ini memang cukup popular dalam industri seni tanah air dan terkenal dengan kecantikan mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Diana Danielle dan Maya Karin.


Undian terhadap Nora dan Natasha membuktikan mereka masih mempunyai tempat di hati peminat walaupun kedua-duanya gagal dalam rumah tangga dan bergelar janda.


Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715).


Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 09:51 PM | Show all posts
Erk cmne minah ni bole menang?cm xle trima kenyataan je
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:55 PM | Show all posts
panjangnya noks.....tak larat nak baca......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 09:55 PM | Show all posts
erkkk nampak gambar x?? asal aku sndri x nmpak gmbrnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:57 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 09:58 PM | Show all posts




ak tlg mu tuan tanah............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2012 10:00 PM | Show all posts
mimi one nation mc pun tersenarai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:04 PM | Show all posts
Ayu Raudhah memang cantik pon..kalau undian tipu pon dia memang cantik && tak jemu dipandang. jangan lupa tonton drama akasia terbaru Gemersik Kalbu adaptasi dr novel fav iolls ayu & aqasha pelakon utama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 10:04 PM | Show all posts
koser aku nak ambik berat pasal poll tak berpekdah ni.. lantak la sapa paling lawa sapa paling huduh pon
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:06 PM | Show all posts
Reply 6# lonso

motif tmpt ke 2-5 amat sengit?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:07 PM | Show all posts
gegeh nye tok ti nyer karatz... cantik tuh mmg subjektif, x yah wat ptandingan la.. mata org lain2.. kalo cantik tp bimbo pun x guna
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:11 PM | Show all posts
Alahai poll syok sendiri je pun ..
Pemenang pun tak dapat apa2 trofi atau hadiah .. bukannya boleh letak dlm profile/resume
Satu lagi .. anugerah PPMH .. itu pun syok sendiri jugak ..

Kalau minat sangat, lebih baik la anda peminat semua vote for ABP ..
At least ianya diiktiraf jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:13 PM | Show all posts
hahahaha.....xmendatangkan pekdah pun......tp aku terkujat gak ayu raudhah tercantik....  adakah tang rambut karatnya....mata kaler2 nya...bodynya yg makin semangat...ntah le...cantik tu subjektif kannnn....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 10:13 PM | Show all posts
memang POLL nihh LANGSUNG TAK PENTING KEPADA NEGARA hehe malah yg bukak poll tuhh pn sja nk srh org rajin msk website HM la teww ...TAPI INI MEMBUKTIKAN KREADIBILITI apa ker yg kluar di sok kabar HARIAN METRO BOLEH DIPERTIKAIKAN....aku masihh nak t'gelakkk dlm hati nihhh tambah2 bila baca part yg kata undian lebih 500,000 tuhhh..x blehhh blahhh la wehhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 10:21 PM | Show all posts
mesti ada yg kata aku gigihh buka thread nihh n wt karangan pjg lebar...

ala spoil la gosip pertamaku x klua gmbar, cmner yekk??...bru ingat tahun 2012 nk jd penggosip tegar wakil karatzz tokti..hahaha...Tokti n karatzz berpisah tiada hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:23 PM | Show all posts
Ayu raudhah yang menang? Pelik sebab boleh potong Fasha, Lisa and ramai lagi artis lagik popular, kalo ai lah, dari vote tok Ayu lebey baek vote tok Natasha Hudson sebab die memang lagik chantek and vogue dari Ayu tue, tetiba ramai fanz lebey dari Dato CT, memang pelek,tapi nak wat camne, name pon Metro, akhbar picisan yang penuh kontroversi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2012 10:27 PM | Show all posts
peminat zakuan tlg vote kan last minit kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2012 10:30 PM | Show all posts

{:4_182:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 10:34 PM | Show all posts
peminat zakuan tlg vote kan last minit kot...
yellowfish Post at 1-1-2012 22:27




haha mungkin la kot dorg pulun...ajak 100ribu org duduk bsma2 dlm masa bbrpa saat utk vote
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2012 10:38 PM | Show all posts
thread nihh x best..korg layannn la...OK BAIII
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199963 Replies : 4698
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11291 Replies : 185
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11889 Replies : 12
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.176966 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list