CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

PROTON catat kerugian sebelum cukai RM84j

[Copy link]
Post time 1-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PROTON Holdings Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM84 juta dalam suku ketiga berakhir 31 Disember 2011 berikutan penurunan dalam jualan akhir tahun.\rPengeluar kereta nasional itu dalam kenyataannya semalam berkata jumlah jualan keseluruhan lebih rendah berbanding suku sebelumnya itu berikutan kelembapan yang sudah dijangka dalam arah aliran pembelian kerana pelanggan biasanya menunggu selepas tahun baru untuk membeli kenderaan bagi mendapatkan nilai jualan semula lebih baik.\r\n\n\n\n\r  Ia berkata, permintaan pengguna sepanjang tempoh itu juga adalah tidak menggalakkan, sekali gus terus menjejaskan margin keuntungan.\r\r\n\n\n\n\n  “Berikutan jumlah jualan lebih rendah itu, kumpulan perlu melaraskan pengeluaran untuk menguruskan kos dengan lebih baik,” katanya.\rPrestasi PROTON dalam pasaran domestik juga dijejaskan oleh penurunan 0.9 peratus jualan kereta penumpang tahun lalu berbanding 2010.\rMengikut persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah keseluruhan industri bagi tempoh Oktober hingga Disember 2011 susut kepada 149,879 unit daripada 153,041 unit suku sebelumnya.\rSepanjang suku dikaji, PROTON Holdings meraih pendapatan RM1.43 bilion berbanding RM1.83 bilion dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.\r\n\n\n\rPendapatan yang diraih bagi sembilan bulan tahun kewangan semasa juga susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion.\rPROTON Holdings mencatatkan kerugian sebelum cukai terkumpul RM36.5 juta bagi sembilan bulan berbanding keuntungan sebelum cukai RM134.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelumnya.\r“Keuntungan lebih rendah itu kebanyakannya disumbangkan pendapatan lebih rendah dicatatkan dalam jualan domestik. Bagaimanapun, kesan tidak menggalakkan daripada pendapatan lebih rendah diserap oleh penurunan overhed pengeluaran serta perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah dalam tempoh sama.\r“Selain itu, keputusan kewangan dijejaskan oleh jualan kereta Lotus lebih rendah di Eropah sepanjang suku lalu,” kata Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam kenyataan itu.\rBerikutan prestasi muram dalam industri, PROTON menjangkakan tempoh akan datang yang mencabar dengan jumlah jualan yang terus rendah.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119346 Replies : 3084
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 8141 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 3133 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 8434 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.066076 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list