CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2245|Reply: 1

[Lain-Lain] Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

[Copy link]
Post time 25-6-2015 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan. 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan. Iblis merupakan golongan yang berasa sukar dan sentisa merintih di bulan yang Ramadan ini. Bagi golongan Iblis, Ramadhan ialah Bulan Bencana kepada mereka. Iblis dan Syaitan dirantai di Bulan Ramadhan. Berikut ialah Kisah Rasulullah dengan Iblisyang  menyatakan 6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan.

Kenapa Iblis Benci Bulan Ramadhan

Sabda Rasulullah saw:
Wahai Iblis, bagaimana keadaanmu apabila umatku mengerjakan puasa di bulan Ramadhan kerana Allah swt?

Berkata Iblis:
Ya Nabi Allah, inilah satu bencana dan kesedihan yang teramat sangat kepadaku dan terhadap seluruh bala tenteraku atas sebab berikut..





6 Sebab Iblis Benci Bulan Ramadhan
  • Apabila masuk sahaja awal bulan Ramadhan maka akan memancarlah cahaya Arsy Rahman dan Kursyi, dan semua Malaikat menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan penuh kegembiraan yang amat sangat.
  • Bagi orang-orang Islam yang berpuasa pula mereka mendapat satu kurnia yang sangat besar dari Allah swt dan dosanya diampunkan, dan begitu juga dengan dosa-dosa yang telah lalu digantikan dengan anugerah pahala dari Allah berganda-ganda, segala kesalahan yang dilakukannya tidak akan dicatit selama mereka berpuasa. Ini semua menyebabkan aku berduka cita yang amat sangat!
  • Yang paling menyakitkan hati aku ialah semua isi langit dan bumi, bulan, bintang, Malaikat, segala kehidupan didarat dan dilaut, hatta burung yang terbang di udara dan semua yang bernyawa akan mendoakan siang dan malam memohon keampunan dari Tuhan mereka kepada orang-orang yang melakukan ibadah puasa.
  • Satu lagi yang paling menyedihkan akan daku ialah, setinggi-tinggi yang didapati oleh orang yang berpuasa Ramadhan ialah dimerdekakan oleh Allah tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan 1000 kemerdekaan dari azab neraka, demikian juga ditutup pintu neraka dan dibukakan pula pintu syurga dengan seluas-luasnya dan akan bertiuplah angin yang terdapat di bawah arsy yang sepoi-sepoi itu melalui syurga.
  • Ketahuilah dihari umat Islam berpuasa Ramadhan, maka akan turunlah para Malaikat dengan perintah Allah swt untuk menangkap kami dari bangsa Iblis dan juga syaitan, lalu dibelengu dan dirantainya kami semua dengan rantai besi  yang sangat panas, lalu dimasukkan kami semua ke bawah bumi yang bahagian  paling bawah sekali dan di azab dengan seksa azab yang amat sangat! Seksaan ini akan berterusan  sehingga semua umat Islam selesai berpuasa barulah kami semua dibebaskan kembali.
  • Iblis dan syaitan dikatakan akan dirantai dan juga diseksa di dalam bahagian bumi paling bawah sekali ketika bulan Ramadhan. Semua ini dilakukan oleh Allah swt demi supaya kami tidak mengacau dan mengganggu umatmu yang mana mereka sedang mengerjakan puasa. Mereka akan merasa gembira dan lega ketika melakukan ibadah puasa tanpa gangguan daripada kami, begitu juga di kala bangun untuk makan sahur di waktu tengah malam, mereka akan merasa senang dan ringan dari perasaan malas dan takut seperti mana di waktu bulan lain.
http://www.hootoh.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2015 11:52 PM | Show all posts
hargailah bln mulia neh..setahun sekali je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT


    Forum Hot Topic
    TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
    Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
    Views : 3778 Replies : 22
    Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
    ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
    Views : 9122 Replies : 178
    Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
    fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
    Views : 29416 Replies : 212
    Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
    syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
    Views : 188749 Replies : 4305
    Mari Tepek Gif Picture V.7
    tariMari Tepek Gif Picture V.7
    Views : 73938 Replies : 2968
    Tyra
    aaanf14Tyra
    Views : 6165 Replies : 34
    [KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
    ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
    Views : 103730 Replies : 2884
    [ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
    Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
    Views : 3996 Replies : 32
    Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
    bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
    Views : 90518 Replies : 632
    Restoran Kantan Datin Isma
    AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
    Views : 40560 Replies : 248

     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    15-6-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.055207 second(s), 27 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list