|
|
Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam dunia politik hari ini. |
|
Namun untuk bertindak menggugurkan seseorang pemimpin yang bersuara lantang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi tanpa mengundang tindak balas negatif. |
|
Menurut penganalisis politik, Prof James Chin adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinetk. |
|
|
|
|
Malah menurut Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, bukanlah tugas mudah untuk menggantikan timbalan presiden Umno itu yang sudah menjadi menteri kabinet selama dua dekad. |
|
Sebaliknya James meminta perdana menteri berhati-berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan berhubung langkah tersebut, dengan membangkitkan kes Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. |
|
"Apabila Mahathir mahu menggugurkan (timbalan perdana menteri ketika itu Tun) Musa Hitam dan (Tun) Ghafar Baba, mereka sedia pergi. |
|
"Bagaimanapun, apabila dia memecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Mahathir hampir hilang kawalan parti. Oleh itu, ia tidak mudah, jika Najib mahu menggantikan Muhyiddin, "katanya kepada Malaysiakini. |
|
Ujar James lagi, Najib mesti mendapatkan calon pengganti yang lebih berwibawa sekali gus dapat mengawal penyokong Muhyiddin. |
|
Siapa pula nombor 2? |
|
Namun, menurut James, Naib Presiden Umno, Datuk seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mampu menjadi calon pengganti timbalan perdana menteri. |
|
James berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Cheras Umno semalam, bahawa isu 1MDB akan merosakkan parti pemerintah. |
|
|
|
|
Bercakap di Mesyuarat Agung Umno bahagian Cheras semalam, Muhyiddin berkata jika pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ini parti itu akan mengalami kekalahan teruk. |
|
Bagaimanapun, Muhyiddin menjelaskan kenyataannya ini bukanlah satu bentuk kritikan terhadap Najib sebagai presiden parti. |
|
Malah, James berkata terlalu awal untuk mentafsirkan bahawa Muhyiddin menginginkan Najib untuk meletak jawatan. |
|
"Masih terlalu awal untuk mentafsirkan bahawa Muhyiddin mahukan Najib berundur meskipun beliau mahu perdana menteri berterus-terang dalam isu 1MDB. |
|
"Jika Najib pergi, Muhyiddin akan menjadi orang yang menggantikan Najib. Masalahnya ialah siapa yang akan menggantikan Muhyiddin untuk tempat nombor dua, "katanya. |
|
Pandang serius |
|
Bagaimanapun dalam respon Ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berhubung ucapan Muhyiddin itu harus dipandang berat oleh Najib. |
|
“Walau apa pun, Najib perlu memandang serius komen Muhyiddin. |
|
"Beliau (Najib) perlu memberi jawapan kepada tuduhan-tuduhan," katanya. |
|