View: 8499|Reply: 80
|
[Tempatan]
Updated : Harga Petrol Turun 10 Sen pada August 2015 (post #33)
[Copy link]
|

|
Edited by spiderman80 at 31-7-2015 09:24 PM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak terbabit dalam soal menentukan turun atau naik harga minyak petrol dan diesel, kata menteri baharunya Datuk Hamzah Zainudin .
Beliau berkata kementerian itu berfungsi untuk melihat dari segi penerimaan pengguna tentang harga sama ada patut naik atau turun.
"Kita memberi input, tetapi keputusan bukan daripada kita," kata beliau yang ditemui media ketika melapor diri untuk memulakan tugas di kementerian yang diterajuinya itu di Putrajaya, hari ini.
Mengulas penyebaran berita kenaikan harga minyak di media sosial sejak semalam, Hamzah berkata: "Kita tidak tahu sama ada keputusan berapa harga minyak petrol dan diesel. Sudah dua bulan, kementerian juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini."
Hamzah, yang sebelum itu diberi taklimat mengenai kementerian itu, berkata cetak rompak, anti-pencatutan dan masalah fahaman mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di kalangan rakyat merupakan antara isu yang menjadi tumpuan utama beliau kerana ia melibatkan mesyarakat dan rakyat.
Beliau berkata isu khusus seperti Akta Syarikat dan Akta Koperasi juga akan dikaji untuk ditambah baik dalam menjadikannya satu lagi enjin pertumbuhan ekonomi negara.
Turut hadir Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Alias Ahmad. – Bernama, 31 Julai, 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya keje kat kementerian ni...simple je fungsi diorang. Tahniahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
eh? time hasan malek kata mmg tugas kpdnkk..siap kata cuma blh announce pada 1hb jer..tu pun pblish kat website kpdnkk...tukar menteri, terus tukar polisi ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh... Abis tu apa fungsi ko?? Mkn gaji buta je?? |
|
|
|
|
|
|
|
for first place
kena berlepas diri dulu
sebab dia baru masuk ofis  |
|
|
|
|
|
|
|
last naik rega aritu bila ek? julai? ke jun?
kat atas tu bgtau dah 2 bln....
da lame dahhhhhhh  |
|
|
|
|
|
|
|
yg buat decision mof..ada satu division dlm mof yg buat kata putus sama ada harga minyak naik atau x..kpdnkk ni posmen tersohor ja..eloklah dpt menteri baru yg dtg drp kementerian posmen jgk(dulu kan dia timb menteri kem luar negeri) |
|
|
|
|
|
|
|
so esok rega minyak naik ke tak..?  |
|
|
|
|
|
|
|
besok harga minyak naik ke? kena isi penuh la hari ni.. tangki minyak keta aku pun dah nak habis tu |
|
|
|
|
|
|
|
1 july bru naik minyak
1 ogos nak naik lagi????? |
|
|
|
|
|
|
|
Rega minyak menta sekarang USD48.21 setong.
Rega matawang pulak USD = RM3.82.
Jadi, walaupun rega minyak turun, belom tentu rega pasaran turun
atau kekal macam yang ada. Sume bergantung pada rega matawang. |
|
|
|
|
|
|
|
so, apa fungsi kpdnkk? ....layan cari forum? |
|
|
|
|
|
|
|
lebih kurang laaaa 
|
|
|
|
|
|
|
|
naik lagi ? bertabah lahhh .. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau naik lagi...alhamdulillah sukurrrrrr ada PM macam najib.. |
|
|
|
|
|
|
|
RON 95 sepatutnya hanya RM1.86 seliter
3:51PM - 31 Jul 2015
http://www.malaysiakini.com/news/306872

Harga petro RON 95 sepatutnya 29 sen lebih murah jika nilai ringgit tidak merudum ekoran sentimen terhadap ekonomi negara.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata nilai ringgit berbanding dolar AS pada Ogos tahun ialah RM3.212 dan jatuh menjadi RM3.766 pada 1 Julai lalu.
"Ini bermakna, jika kadar matawang kekal seperti 1 Ogos 2014, harga RON 95 mengikut formula kerajaan sepatutnya hanyalah RM1.86 seliter berbanding RM2.15 seliter sekarang berdasarkan harga minyak mentah yang sama di pasaran.
"Tanpa perubahan harga minyak mentah, kejatuhan nilai ringgit dari RM3.212 pada 1 Ogos 2014 kepada RM3.766 pada 1 Julai 2015 menyebabkan rakyat terpaksa membayar RON 95 pada harga RM2.15 seliter sedangkan harga sebenar hanyalah RM1.86 seliter," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Justeru, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR mencadangkan supaya kerajaan menyiarkan jadual pengiraan yang digunakan untuk menetapkan harga setiap awal bulan seperti dilakukannya untuk memastikan tiada cukai tersembunyi dikutip daripada rakyat
Dia juga mahu kerajaan memperkenalkan kembali subsidi sebanyak 30 sen setiap liter yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk mengembalikan harga minyak RON 95, diesel dan RON 97 kepada harga sebenar mengikut harga pasaran iaitu RM1.85 seliter (bagi RON 95).
"Ini penting untuk mengimbangi kesan kejatuhan nilai ringgit yang kini menjadi bebanan utama kepada rakyat," katanya.
Harga baru minyak di negara ini dijangka diumum kerajaan malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
vavi sangat alas an minyak naik sbb rega matawang
PM2 seblom ni takde pun naikkan rega minyak ikut matawang  
mmg aku haramkan duit tax yg aku bayar kat sesapa dlm kerajaan yg makan duit rasuah
tak kira lah rasuah tu dari sumber mana
asal ko ambik je rasuah, mmg jadi bangkailah daging tubuh badan ko dgn anak bini ko yg ko bagi makan
|
|
|
|
|
|
|
|
yg betulnya koorang cepat2 pi beratur isi minyak siap penuh tank tu..besok minyak naik tawww..naik seringgit.. |
|
|
|
|
|
|
|
minyak bukan naik 20sen ke? haha.. lawyer office aku tadi bukan main canang.. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan fungsi simple.. tp memang takdak fungsi!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|