CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14220|Reply: 251

[Tempatan] Isu Poligami: 8,000 naskah novel Cinta Paling Agung terjual

[Copy link]
Post time 16-8-2015 12:04 AM | Show all posts |Read mode
Buat pertama kalinya sebuah filem televisyen keluaran Astro First Eksklusif berjudul Cinta Paling Agung telah diadaptasi di dalam bentuk novel.

Karya naskah yang diterbitkan oleh Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd  sudah menemui peminat novel tempatan pada 17 Julai lalu bersamaan dengan tarikh tayangan filemnya di Astro First.

Walaupun hampir  sebulan karya tersebut berada di pasaran, namun sambutannya agak memberangsangkan dan dijual lebih daripada 8,000 ribu naskhah.

Novel yang diambil berdasarkan filem Cinta Paling Agung itu telah menerima respon positif dan rata-ratanya menyukai jalan penceritaan novel tersebut.

Dengan harga yang berpatutan iaitu RM25 senaskah, novel tersebut boleh didapati di MPH, Popular, Kinokuniya dan kedai buku di seluruh Malaysia.

Jadi dapatkan novel berkenaan di kedai buku berhampiran dan jangan lupa juga untuk saksikan filem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif (saluran 480).

Sinopsis:

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
alaaa...ni tiru cite yang viral dlm.emel dolu dolu...fprward sana forward sini..hahahahaha

pastu laki tu xjadi ceraikan....hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk promo kt astro mcm menarik meskipun akak x minat Aron ... Akak pandang pengarah nya, Hanung Bramantyo ... Sebab beliau memang bagus dlm berkarya, terutama cerita berunsur Islamic.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
pompuan la suke beli novel2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:28 AM | Show all posts
revolusi_30 replied at 16-8-2015 12:22 AM
Tgk promo kt astro mcm menarik meskipun akak x minat Aron ... Akak pandang pengarah nya, Hanung Bram ...

Aku suka filem-filem islamik Indon.

Ayat-ayat cinta
Ketika Cinta Bertasbih
99 Cahaya di Langit Eropa
Haji Backpacker
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dh tgok,cerita ni trlalu ringkas,mybe kalau pnjangkn lg dlm setgh jam ok kot
ending cm rushing sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2015 12:35 AM | Show all posts
Citer Melayu neh tak habis2 dengan poligami, kau hengat jantan jer tau poligami? Nyampahhhh period terus I nengok novel2 vangang cenggini ughhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 15-8-2015 04:28 PM
Aku suka filem-filem islamik Indon.

Ayat-ayat cinta

Tapi kalau buat kat malaysia naskah jd hancus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 12:43 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 16-8-2015 12:38 AM
Tapi kalau buat kat malaysia naskah jd hancus

aku tengok citer ni time raya aritu kt tv..ok la not bad..cuma tak suka harun aziz pelakon kayu tu je..x de org lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:43 AM | Show all posts

ni ler keje melayu..macam A ALI kasik tau 30 taun dulu..


kalau tak menangis, termenung

kalau tak termenung, bercinta


so keje melayu salu nya ialah MENANGIS, TERMENUNG DAN BERCINTA
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:44 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 16-8-2015 12:38 AM
Tapi kalau buat kat malaysia naskah jd hancus

Contohnya 7 petala cinta la. Haha. Macam gampang.
Assalamualaikum cinta
Waalaikumsalam rindu

Puiiiiiiiiii




Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 12:57 AM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 16-8-2015 12:43 AM
ni ler keje melayu..macam A ALI kasik tau 30 taun dulu..

beselah aji..melayu kan sentimentol
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 16-8-2015 12:28 AM
Aku suka filem-filem islamik Indon.

Ayat-ayat cinta

Kan, x perlu pun nk berbudaya arob segala, akak tgk 99 langit part 1 & 2 tu cukup mendalam mesej nya, sampai mesej dakwah nya kat akak, jadi ejen Islam ka apa. Tak perlu pun Acha tu nk berpurdah bagai.  

Film2 karya Hamka juga, negeri 5 menara, dan banyak lagi la film berunsur Islamic. Yg ada cium mulut pun ada dan tajuk kontroversi dan akak percaya tak boleh masuk malaysia mcm Film "Ketika Tuhan Jatuh Cinta" Dan "Cinta Tapi Beda" yg berkisar tentang laki muslim dan perempuan nasrani sanggup buang agama demi cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 16-8-2015 12:44 AM
Contohnya 7 petala cinta la. Haha. Macam gampang.
Assalamualaikum cinta
Waalaikumsalam rindu

Haha, soft porn versi berjilbab... Akak tengok pun tak sangka ukhti dan akhi punya kesah cinta yg hebat.  lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita2 Islamic yg MIG terbit semua Ariel Zafril berlakon, dah x mcm cerita dakwah dah akak tengok, dengan dialoq nya yg mcm cerita cinta sekular, cuma sebut nama2 Alloh jah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 15-8-2015 04:43 PM
aku tengok citer ni time raya aritu kt tv..ok la not bad..cuma tak suka harun aziz pelakon kayu tu ...

Amboii dek salad.bukan main lagi yerr hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2015 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ice_sky92 replied at 15-8-2015 04:44 PM
Contohnya 7 petala cinta la. Haha. Macam gampang.
Assalamualaikum cinta
Waalaikumsalam rindu

Iyer nok selalu interpretasi sini ke laut.xde kehalusan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2015 03:08 AM | Show all posts
typical Melayu, meraung mahukan kelainan bila buat kelainan tak mahu support, hujung2 citer sedih air mata jugak menjadi pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 05:53 PM | Show all posts
revolusi_30 replied at 16-8-2015 12:22 AM
Tgk promo kt astro mcm menarik meskipun akak x minat Aron ... Akak pandang pengarah nya, Hanung Bram ...

karya indonesia emang kebanyakannya bagis2 skali mas
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 05:57 PM | Show all posts
shernazz replied at 16-8-2015 12:08 AM
alaaa...ni tiru cite yang viral dlm.emel dolu dolu...fprward sana forward sini..hahahahaha

pastu  ...

haha mbak ak mau komen satu ja. cerita ini memang kalo direalitnya memang sama. peragai isteri malaysia memang kuat meroyan berbanding madunya perempuan indonesia tenang n lembut aja karakternya haha. kalo realitinya perempuan malaysia emang meroyan kalo suaminya mau menikah lagi.
kesimpulannya : ramei perempuan malaysia jadi janda setiap tahun n ramei lelaki malaysia kawin sama wanita indonesia tiap tahun. wanita malaysia ngak laku haha.
sumber : imigresen n JPN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.059271 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list