View: 6309|Reply: 31
|
[Tempatan]
Kurang yakin diri, tiada skil komunikasi punca graduan terus menganggur
[Copy link]
|
|
Masalah kurang keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi yang terhad merupakan antara faktor utama para graduan gagal mendapatkan pekerjaan, menurut golongan muda yang mengikuti sebuah program kerajaan bagi menangani isu pengangguran.
Walaupun mengikuti pembelajaran di kampus dalam bahasa Inggeris, sesetengah peserta program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) mengakui pengalaman di universiti tidak melengkapkan mereka dengan persediaan mencukupi untuk berdepan dunia sebenar.
Zati Aqmar Zahari, 28, salah seorang bekas peserta SL1M turut mengalami masalah yang sama ketika menghadiri temuduga.
Katanya, beliau pernah menghadiri kira-kira 10 sesi temuduga dan tidak mendapat sebarang maklum balas daripada mana-mana syarikat berkenaan dan berpendapat ia kerana kurang keyakinan diri dan masalahnya dalam berbahasa Inggeris.
Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ketika ditemuduga beliau berasa sangat sukar untuk memperkenalkan dirinya dalam bahasa Inggeris.
"Kebanyakan temuduga dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan apabila mereka meminta saya memperkenalkan diri, saya rasa sangat susah untuk berbuat demikian sebab saya berfikir dalam bahasa Malaysia, tetapi mengambil masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris," katanya kepada The Malaysian Insider.
Zati yang kini sudah 4 tahun bekerja sebagai pembantu pengurus pengurusan dan kutipan kredit itu berkata beliau mendaftarkan diri dengan SL1M kerana ingin sedaya-upaya memperbaiki masalah tersebut.
Bekas pelajar jurusan Sains Komputer itu berkata, walaupun pembelajaran di universiti dalam bahasa Inggeris namun mereka tidak didedahkan bagaimana untuk mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga.
"Keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi saya memang rendah sebab saya waktu itu (temuduga) baru lepas habis belajar dan saya tidak tahu apa sebenarnya yang majikan mahu," katanya.
Kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) itu ditemui pada satu perjumpaan antara bekas peserta SL1M dengan perdana menteri baru-baru ini.
Takut semasa temuduga
Seorang lagi peserta program itu, Nurul Azimah Che Nazir, 25, berkata tahap keyakinan dirinya sangat rendah terutama dalam berkomunikasi ketika ditemuduga.
Azimah yang merupakan graduan sarjana muda dalam jurusan Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata walaupun semasa pembelajaran di universiti beliau banyak melakukan pembentangan tugasan, namun situasi temuduga yang sebenar sangat berbeza.
"Saya tidak yakin untuk bercakap terutamanya daripada segi menyuarakan pendapat. Saya tidak yakin contohnya jika saya bercakap (menyuarakan pendapat), saya takut jika apa yang saya cakap tidak betul.
“Jika di universiti, pembentangan tugasan dilakukan di depan rakan yang kita kenali. Jadi tidak takut.
"Tetapi apabila temuduga, kita berdepan dengan orang baharu," katanya yang kini berkhidmat sebagai eksekutif utama di anak syarikat TM, Intelsec Sdn Bhd.
Beliau yang sudah diserapkan bekerja sejak 2 bulan lalu selepas tamat menyertai program SL1M berpendapat universiti sepatutnya mendedahkan situasi sebenar temuduga kepada pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan bagi mengatasi masalah keyakinan diri.
Manakala, bagi dua lagi bekas peserta SL1M, B Basker dan Faizul Azuan Baharin pula, bahasa Inggeris tidak menjadi punca utama mereka mendapatkan pekerjaan tetapi masalah lain seperti kemahiran menjawab soalan temuduga (kemahiran komunikasi) dan pengalaman yang diperlukan majikan.
Basker berkata, ketika menghadiri sesi temuduga beliau takut dan kalut untuk berkomunikasi.
"Tetapi kini saya dapat memperbaiki masalah tersebut," katanya.
Faizul pula berkata beliau terpaksa menganggur selama 6 bulan selepas menamatkan pengajian kerana kebanyakan tawaran pekerjaan di sektor swasta dan awam memerlukan pengalaman bekerja profesional sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun.
"Saya baru habis belajar ketika itu, sudah tentu tiada pengalaman sebegitu," katanya.
Program SL1M dimulakan pada Jun 2011 bagi membantu para graduan meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka setelah tamat pengajian.
Ia dikelolakan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta yang menyediakan latihan kebolehpasaran (soft-skills training & on-the job training) untuk peserta.
Sepanjang program, peserta akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 hingga RM1,500, bergantung kepada syarikat disertai, yang biasanya terlibat dalam program itu sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Tidak minat dengan graduan kurang mahir bahasa Inggeris
Ketua Sekretariat program SL1M Norashikin Datuk Ismail berkata, fokus utama SL1M ialah para graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum mendapat pekerjaan terutamanya berasal dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar.
Beliau berkata, SL1M bercadang memperbanyakkan senarai syarikat GLC yang terlibat dalam program ini dengan menggalakkan lebih banyak syarikat besar.
Bagaimanapun, katanya, kebanyakan syarikat bukan Bumiputera tidak berminat dengan graduan yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana menganggap usaha memperbaiki masalah kebanyakan graduan itu akan memerlukan masa dan kos tinggi.
"Kebanyakan syarikat bukan Bumiputra tak mahu mengambil (graduan) Bumiputera bekerja. Dan yang menganggur ramai Melayu.
"Kami sememangnya mahu menggalakkan sama ada syarikat usahawan kecil dan sederhana (SME) atau syarikat besar untuk menyertai SL1M. Lebih banyak lebih bagus.
"Tetapi, kita tidak boleh paksa mereka (syarikat bukan Bumiputera) kerana itu duit mereka, sumber mereka, dan akan libatkan masa dan pegawai mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu, 22 syarikat yang terlibat dalam program SL1M ini, kebanyakannya berkaitan kerajaan.
Mereka terdiri daripada Affin Holdings Berhad, BIMB Holdings Berhad, Bousted Holdings Berhad, Celcom Axiata Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, CIMB Group Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Lembaga Tabung Haji, Malayan Banking Berhad, Malaysia Airlines Berhad, Malaysia Airports Holdings Berhad, Malaysia Building Society Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Sime Darby Berhad, TM, Tenaga Nasional Berhad, TH Plantations Berhad, UEM Group Berhad dan UMW Holdings Berhad. – 18 November, 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
sikap suka cuba meletak kan salah dan silap kat pihak lain juga patut d perbetulkan
walaupun pembelajaran di universiti dalam bahasa Inggeris namun mereka tidak didedahkan bagaimana untuk mempersiapkan diri sebelum menghadiri temuduga. "Saya tidak yakin untuk bercakap terutamanya daripada segi menyuarakan pendapat. Saya tidak yakin contohnya jika saya bercakap (menyuarakan pendapat), saya takut jika apa yang saya cakap tidak betul.
“Jika di universiti, pembentangan tugasan dilakukan di depan rakan yang kita kenali. Jadi tidak takut.
tau kelemahan diri .. cuba la belajar mengatasi
|
|
|
|
|
|
|
|
- Bagaimanapun, katanya, kebanyakan syarikat bukan Bumiputera tidak berminat dengan graduan yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana menganggap usaha memperbaiki masalah kebanyakan graduan itu akan memerlukan masa dan kos tinggi.
- "Kebanyakan syarikat bukan Bumiputra tak mahu mengambil (graduan) Bumiputera bekerja. Dan yang menganggur ramai Melayu.
Copy the Code
ini pun penyakit suka salahkan orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
graduan skarang ni byk demand je ..
pengalaman aku .. call mrk minta dtg sesi temuduga .. tp graduan ni tanya brape gaji plak .. kalu gaji kurang drp yg mrk minta, so x mau dtg temuduga pun.
Walhal, mrk tu masih fresh graduate .. pengalaman pun xde .
Kompeni kecik aku cuma nk bagi mrk pengalaman keje, pastu mrk boleh la cari & demand kt kompeni yg besar2.
lagi satu hal plak .. cara berkomunikasi & menjawab soalan yg merapu je.
general knowledge lemah. Isu semasa pun x tau. Harap gajet je yg canggih |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup bawah tempurung waima belajar at illinois pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rospinki at 18-11-2015 10:58 AM
tu yg kurang yakin diri..pulak tu ada juga yg terlebih yakin diri..parah
kita bercakap dalam tone diskas dan official dia melalut2 ke lain...nk skill dalam yakin diri ni senang je..kena byk involve dalam kerja/urusan yg kita buat..observe and learn. tpi yg paling yakin adalah org yg berusaha sendirian and make it till end.Yes! u can do it..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu sis. salahkan diri sendiri dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
entah laa korang nie...... |
|
|
|
|
|
|
|
communication skill sepatutnya diasah sejak sekolah taska/rendah.
jangan biarkan ada pelajar yang terlalu malu nak bercakap. dah besar susah nak betulkan.
macam aku sendiri mmg pemalu zaman sekolah. tapi bila join aktiviti kat kampus baru build sket2 self confidence nak bercakap depan orang.
dah keje ni dengan bos2 pun aku sound jek |
|
|
|
|
|
|
|
ada la sorang adik sepupu aku ni..baru habis belajar...
minta la tolong aku forward resume dia kt HR aku...just nak cuba nasib..
aku cakap okay la..bagi je resume..
sekali tgk resume dia...ya ampun!!serious ko buat resume gini dik??
resume ntah pape...isi kosong...aku tgk pon speechless...
ada degree tapi resume gini jek???adoiii parah sgt...
tak hairan la kalau jd penganggur pon.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat opis aku ni ada sorang, masuk as fresh grad.
tanya sepatah, jawab sepatah.. cannot imagine mcm mana dia masa interview..
berat mulut sungguh nak berbunyi. dlm meeting senyap.
kalo ckap pon nak tak nak je kuar suara dia. mcm ada emas dlm mulut.
apa yg buat bos aku amik die pon aku xtau..mungkin sbb die tak kisah kot dibayar ciputs. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah terer englsih....tetap x de bajet nak amik...company dlm leaning process katanya...kalau nak jugak..x bole demand, gaji under rm2k...lol baik melacur ja... |
|
|
|
|
|
|
|
takut sgt anak2 acik jadi mcm tu , tapi alhamdulliah sebab dah di didik dari awal anak2 berani menyuarakan pendapat , isi hati , to have confident , tak confident pun berani kan diri redah jer.
anak acik yg sulung sekarang praktikal , dlm jurusan tourism kat hotel terkenal gak la . dia di tempat kan di front desk . she did well so far. semalam dia di beri tugasan penting as a PR pula . jaga vvip yg dtg. all because she can communicate well in a few languages. and she show willingness and confidence.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju ngn fantasy.
kena usahakan utk atasi kelemahan. takkan nk org hidang je cara nk baiki kelemahan. study la sikit.
me pernah dgr sorg ni cte, dia kata susah nk ambik pekerja yg bagus. tgk resume, buat lebih kurang. dah tu takkan nk suh kite ajar lak cara2 wat resume? first impression pun dah failed kat situ. email plk tak nampak keprofesionallannya. cth : [email protected] (sbg cth je, kalau ade mohon maap). penginterview ni kdg2 search FB guna email td then blh nampak dh life org tu mcmne sedikit sebanyak. dah la email nama mcm tu, fb jugak hauk.
bab komunikasi, mmg satu mslh. penginterview blh mengeluh bgtau iols, result cantik je tp bila suh bcakap mcm ade emas dlm mulut? sepatah2.. itulah, main gajet je pandai. soft skill kelaut.
mahap la graduan sekalian, skill uols hrus dimantapkan dari pelbagai segi jgn nk tgu org suap semuanya dan guna kabel semata.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade jnis majikan suka org2 yg byk ckp, dgr bercakap manis je mcm bijak, pastu reject org yg x berapa pandai nk cakap2 manis2 ni...
padahal yg x berapa pandai ckpo manis tu buat kerja lg bagus, rajin bijak, tidak buang masa lepak bergosip, yelah sbb x pandai bercakap kan..
tapi takkk... org2 tetap pandang yg mulut2 manis walau bodoh lembab ckp je besar, kerja x reti buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je Engineer bawah aku yang macam robot. semua benda nak kena bagi tau. Ada constraint sikit, dah tak tau macamana nak proceed. Entah apa le yang Universiti ajar dorang nih. Lulusan U dasat2 katanye. Sabo ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan bangsa lain tak nak terima dan menekan graduan bangsa melayu/bumiputra....alasan mcm mcm diberi utk menyokong tindakan mereka utk tidak menerima graduan melayu/bumiputra....itu adalah kenyataan...terima lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kosserrr, I mase tak graduan dulu OK jer keje jadik bartender sambil pole dance kat Texas |
|
|
|
|
|
|
|
COntoh graduan menganggur dlm bidang aku..amek science komputer tp xnak buat programming.abeh tu nak wat ape pon aku xtau.last2 budak engineering or budak pinoy/india gak yg steal our job dlm bidang nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|