CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4389|Reply: 30

[Tempatan] Polis Panggil Nurul Izzah Beri Keterangan Pertemuan Jacel Kiram

[Copy link]
Post time 25-11-2015 10:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil Nurul Izzah Anwar untuk diambil keterangannya berhubung pertemuan dengan 'puteri' Sulu, Jacel Kiram, bagaimanapun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih belum berbuat demikian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis akan mengambil jalan keluar menerusi Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah bagi mengeluarkan perintah bertulis untuk mengarahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tampil memberikan keterangannya.
"Kita faham beliau mempunyai kekangan masa berikutan kedudukan dan komitmen hariannya, jadi kita akan tunggu untuk beberapa hari.
"Tetapi sekiranya beliau masih tidak tampil, kita akan menggunakan seksyen 111 KPJ," katanya pada sidang media di Cheras, Selasa.
Mohmad berkata, polis menyiasat Nurul Izzah di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 berikutan pertemuan beliau dengan Jacel.
"Terdapat lebih 90 laporan polis terhadap beliau yang dibuat di seluruh negara, tetapi kebanyakannya dari Sabah," katanya.
Ditanya sekiranya polis turut memanggil Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung pertemuan itu, Mohmad berkata, tumpuan mereka kini adalah Nurul Izzah.
"Kita lihat apa yang Nurul Izzah katakan dahulu, kemudian baharu kita lihat beliau (Tian Chua)," katanya.
Jacel Kiram merupakan anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

-mstar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarik beliyau ke ruang angkasa syaitan!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:49 PM | Show all posts
Adakah video beliau masa belajar tu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:52 PM | Show all posts
individu yang tak tahu
apa2 tentang kepentinagn negara dan etika
sebagai ahli parlimen macam izzah sangat tak layak
jadi MP

parlimen lembah pantai perlu diserah kepada orang
lain yang lebih bijak dan prihatin
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:15 PM | Show all posts
dia jumpa anak kiram bukan bapaknya, klu bapak penjenayah, anaknya otomatik jadi penjenayah jgk ker... Jd tak slh lah sebab seorang dua org Islam jadi teroris, semua org Islam dilabel teroris...gitu ek? Berfikirlah secara rasional n ppuan ni lak, mmg bodo, time2 cmne nk wat keje bodo. bg parlimen lmbh pntai kt org yg bijak manipulasi dan korup yer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 08:22 PM | Show all posts
giyomi replied at 25-11-2015 08:15 PM
dia jumpa anak kiram bukan bapaknya, klu bapak penjenayah, anaknya otomatik jadi penjenayah jgk ker. ...

Dia dijemput ke sana oleh penganjur dan tiba2 anak Kiram tu pun ada. Bukan dia sengaja nak jumpa anak Kiram tu. That is what I know.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
sam_survivor replied at 25-11-2015 08:22 PM
Dia dijemput ke sana oleh penganjur dan tiba2 anak Kiram tu pun ada. Bukan dia sengaja nak jumpa a ...

If btol apa yg ko dakwa,  patut dia lebih sensitif dlm menyebarkan gmbr..... n dia x patut bergmbr dgn waris kiram at the 1st place..... mmg bukan salah dia tp pk rasional dan sensitiviti
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tgk najib, zahid bergambar ngan bapak dia terus... takper pulak kan... anak dia ker pengganas..atau bapak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 11:10 PM | Show all posts
Nurul Izzah xnak kahwin smeula atau kahwin semula dgn bekas suami ke ?

Mengapa nak solo ?

Dia kan bijak ....berkahwinlah dan teruskan perjuangan .
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
giyomi replied at 25-11-2015 08:15 PM
dia jumpa anak kiram bukan bapaknya, klu bapak penjenayah, anaknya otomatik jadi penjenayah jgk ker. ...

Sblm ko bg pendapat...fikirkn orng yg kena,keluarga mangsa Kiram n the gang...Letakn(fikirkn) diri ko kt tmpat keluarga mangsa.Kalo Nurul Izzah kata dia 'pemimpin',buatlah cara 'pemimpin',lainlah kalo dia hanya nakkn undi rakyat tuk kuasa,tak ler hairan.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 11:32 AM | Show all posts
axl_bach replied at 25-11-2015 09:35 PM
If btol apa yg ko dakwa,  patut dia lebih sensitif dlm menyebarkan gmbr..... n dia x patut bergmbr ...

Yg upload tuh bukan Izzah tapi that anak sulu tuh. Then it is viral lah kan.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 11:38 AM | Show all posts
giyomi replied at 25-11-2015 08:15 PM
dia jumpa anak kiram bukan bapaknya, klu bapak penjenayah, anaknya otomatik jadi penjenayah jgk ker. ...

masa kes lahad datu dlu, dia ni jd jurucakap penceroboh serta sebarkan gambar2 kononnya pga/vat69 mati terbunuh (perang saraf etc)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 11:57 AM | Show all posts
Skuau replied at 26-11-2015 12:10 AM
Sblm ko bg pendapat...fikirkn orng yg kena,keluarga mangsa Kiram n the gang...Letakn(fikirkn) diri ...

Helo if the same thing happens to me, sy tkn rasa apa2 pon, sebab x slh kita berkawan dgn anak sorg pembunuh, lagipon Islam tak ajar kita bermusuhan sesama manusia, tak kira bangsa apa sekali pon. Jgn kerana marahkan nyamuk, rumah dibakar...cam karam singh lak aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:01 PM | Show all posts
giyomi replied at 26-11-2015 11:57 AM
Helo if the same thing happens to me, sy tkn rasa apa2 pon, sebab x slh kita berkawan dgn anak sor ...

ishhh ade je alasan nak backup pemimpin kesayangan...

siap selitkan unsur islamik tuuuuuu

kunun2 islam tak suh kita memusuhi sesiapa ye??

hahahahaha lawak la you ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:02 PM | Show all posts
Deff_Lepak replied at 26-11-2015 11:38 AM
masa kes lahad datu dlu, dia ni jd jurucakap penceroboh serta sebarkan gambar2 kononnya pga/vat69  ...

Oh yeker...btw kita patut marah kat org2 kita sendiri sebab leka sehingga penceroboh camne bole masuk. Pemberontak sekerat ni pon amik masa berhari2 tuk di tawan. It's an eye opener bg semua rakyat Malaysia and dunia, betapa rapuhnya pertahanan Malaysia wlpon selalu mendakwa kita mempunyai senjata2 canggih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:05 PM | Show all posts
kemaruk replied at 26-11-2015 12:01 PM
ishhh ade je alasan nak backup pemimpin kesayangan...

siap selitkan unsur islamik tuuuuuu

Sori...I tak minat mana2 pemimpin hokeyyy, semua sama. Just bg pendapat jew
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2015 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang salah dia laa sapa suruh pegi bergmbar dgn anak Kiram tuh kan dah mendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
giyomi replied at 26-11-2015 11:57 AM
Helo if the same thing happens to me, sy tkn rasa apa2 pon, sebab x slh kita berkawan dgn anak sor ...

Itu 'if'....klo benar2 berlaku kt ko...hanya Tuhan yg tahu....Tanya ank Kiram tu,perbuatan bapak dan kuncunya ada diajar dlm Islam x? Ko ingat yg mati tu nyamuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 01:57 PM | Show all posts
dizek replied at 25-11-2015 03:52 PM
individu yang tak tahu
apa2 tentang kepentinagn negara dan etika
sebagai ahli parlimen macam izzah ...

LEVARGE. my enemy is my friend my friend is my enemy
https://en.wikipedia.org/wiki/The_enemy_of_my_enemy_is_my_friend

  • Buat apa pasang hatred , kalau boleh manipulate.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.052818 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list