CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34649|Reply: 488

[Dunia] Keputusan Perancis haramkan pemakaian tudung kekal

[Copy link]
Post time 28-11-2015 07:22 AM | Show all posts |Read mode
PARIS 27 Nov. – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah hari ini mempertahankan keputusan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di negara tersebut, selepas menolak rayuan seorang pekerja beragama Islam yang diberhentikan kerja kerana enggan membuka tudung yang dipakainya.

Mail Online melaporkan, pada tahun 2000 Christiane Ebrahimian yang bertugas sebagai pekerja sosial di jabatan psikiatri di sebuah hospital di Nanterre diberitahu bahawa kontraknya tidak disambung selepas seorang pesakit mengadu dia enggan membuka tudungnya ketika diminta berbuat demikian.

Dalam penghakimannya, Mah­kamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan adalah jelas, kepentingan untuk Christiane melaksanakan hak tuntutan agamanya dan dia juga sedar bahawa perlu mengikut kod pemakaian yang telah ditetapkan.

Mahkamah dengan itu mengambil keputusan untuk mengambil tindakan tidak berat sebelah dan memberi keutamaan kepada keperluan meliputi kepentingan semua pihak di negara itu.

Christiane sebelum ini pernah membuat rayuan berhubung kes tersebut di Mahkamah Pentadbiran Versailles Perancis dan Mahkamah Pentadbiran Rayuan namun ditolak.

Selepas gagal dalam dua rayuannya di Perancis, wanita berusia 60an itu membuat rayuan di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Undang-undang pengharaman pemakaian tudung di negara ini mula dikuatkuasakan pada tahun 2004 dan mendapat kritikan hebat daripada penduduk Islam yang membantah keras larangan tersebut.

Pada bulan Mac lalu, mahkamah tinggi Jerman menetapkan guru-guru beragama Islam dibenarkan untuk memakai tudung selagi tindakan tersebut tidak mengganggu aktiviti persekolahan. – AP/AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung ke burqa kaka?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ummah isle cari pasal dgn ummah kapir..so haruslah ummah kapir pun fobia dgn isle
Samala mcm meleis....dah kalo stok2 PATI bangla, indon , nigger cari pasal kat KL nun, korang gak yg gerun tgk puak2 ni bermaharajalela kat KL tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:27 AM | Show all posts
jgn propa la...byk je yg bertudung di perancis
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah..dah la mermpat pastu gigeh nk suroh orng kaper kokeshen suchi ikot mcm diorang.sendu jah diaidilnfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 08:34 AM | Show all posts
Jalan salah kan org bukan islam kalau Islam dipandang serong, salahkan diri kita sebagai org islam yg tidak tahu menjaga akhlak kita sebagai Muslim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2015 09:53 AM | Show all posts
Nampaknya umat Islam di Perancis haruslah balik ke negra asal mereka.

Tentu orang Perancis sedey dan menyesal nanti. Baru padan muka diaorang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 09:59 AM | Show all posts
saudi mesir dan turki begitu luas...balik je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai snowcap la sis..janji tak nmpk rambut.. Ni nk berjilbab smpi lutut,tumit.. Kat Arab bole la
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa ni apply kt purdah bukannya tudung biasa..translation berita mcm ke laut ja
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bluehedgehog replied at 28-11-2015 08:27 AM
jgn propa la...byk je yg bertudung di perancis

Mmg banyak..tapi g kedai or ofis, xde yang bertudung. Yang aku penah nampak pekerja bertudung pun kat pasaraya owner dia org islam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertudung is ok in france..but no burqa
x nmpk dia ni pompuan ke laki ke isis ke...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:24 AM | Show all posts

lu nk respek lu blik timur tgh
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:25 AM | Show all posts
becir replied at 28-11-2015 10:18 AM
Mmg banyak..tapi g kedai or ofis, xde yang bertudung. Yang aku penah nampak pekerja bertudung pun  ...

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 10:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk negara lain, kena ikut undang2 diaorang, kalau tak suka jangan datang
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:30 PM | Show all posts
Eloklah tak blh bg muka kat ummah terrorist ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:40 PM | Show all posts
Orang Islam jangan jadi jahil dan jumud. Kena tahu yang yang lebih utama. Kalau kena buat pilihan:-

Antara tudung dengan nyawa, pilih nyawa
Antara tudung dengan menuntut ilmu, pilih menuntut ilmu
Antara tudung dengan patuh undang2 sesebuah negara, pilih patuh kpd undang2 negara tu.

Takde bilanya Allah nak bagi pahala, nak bagi syurga bila korang sanggup mati ker, tak mau pergi sekolah atau langgar undang2 sebab nak pertahankan tudung korang tuh sebab korang bodoh tak tahu nak menilai yang mana lebih utama dalam Islam.

Pertahankan tudung bukan bererti pertahankan Islam sebab dalam Islam nyawa, ilmu dan patuhi undang2 adalah lebih utama.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 02:40 PM | Show all posts

..........entahlah .............. saya sebenarnya setuju je kalau malaysia pun nak "haram"kan pemakaian purdah (yang  tutup muka nampak bijik mata je tu) ..... apa keperluannya? cantik sangatkah muka sampai kalau orang lihat akan menimbulkan huru hara .. perebutan.. bunuh membunuh?


sedang kita mengadap Allah pun kita tak tutup muka ....


pakai tudung jer ... labuhkan tudung ... pudarkan warna ... rendahkan suara .. redupkan pandangan mata ... pakai baju longgar tak membayangkan bentuk tubuh badan ... cukup lah ....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.071730 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list