View: 2310|Reply: 21
|
[Tempatan]
{4} Lagi ikan paus mendarat ke pantai...3 tan & masih idup katanya!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 8-2-2016 07:20 PM
08/02/2016 6:56pm
PONTIAN- Kira-kira 200 penduduk di sekitar kawasan ini terkejut apabila seekor ikan paus seberat 3 tan dan sepanjang 20 meter sesat di perairan di Pantai Rambah kira-kira pukul 2 petang tadi.
Penemuan ikan paus itu menarik perhatian penduduk setempat yang disifatkan cukup unik kerana mamalia itu hidup di kawasan beriklim sejuk dan tidak terdapat perairan negara ini.
Gerakan menyelamatkan ikan paus tersebut dilakukan oleh penduduk dan anggota penyelamat terdiri daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pontian dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM.).
Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan bagi menarik ikan paus yang berada hanya kira-kira 50 meter daripada kawasan tebing Pantai Rambah.
"Ikan paus itu masih lagi hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan.
"Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam, kerana kawasan di tepi pantai Rambah agak cetek.
"Ekor ikan paus telah diikat dengan tali, yang kemudiannya ditarik oleh sebuat nelayan tempatan ke laut dalam kira-kira 50 meter,"katanya.
Jelasnya, selepas ditarik ke kawasan laut dalam kira-kira jam 3.30 petang, ikan terbabit dilepaskan.
"Ini kali pertama gerakan menyelamatkan ikan paus dilakukan di kawasan pantai di daerah Pontian.
"Kerjasama yang begitu baik penduduk dan nelayan kepada pasukan penyelamat memudahkan kerja-kerja menyelamat dilakukan,"katanya. - K! ONLINE
p/s semoga ikan itu terus hidup ...Amin!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
paus [pun nak mengadu kat mat maslan tue .... pasai stresss ngan laif jaman skrg .,.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pontian?
Kampong peynolegend....
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 8-2-2016 07:46 PM
ahmad maslan tgh kegembiraan terima menantu baru...
mana sempat nak dengar paus berbisik... |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik sempat tolak ke laut balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat sama si tenang ... |
|
|
|
|
|
|
|
amat maslan teruk kena bash oleh rakyat malaysia...
tapi anak dan bini heols tetap kool ... low profile ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat Indon dah kena kerat2 dibahagi samarata rejeki katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. mudah2an paus tu doakan orang2 yg tolong dia..
err.. kalau biarkan mati susah juga kan? Unless ada yang nak makan... |
|
|
|
|
|
|
|
apa kesudahan ikan paus tu? |
|
|
|
|
|
|
|
hyunniesSS501 replied at 8-2-2016 09:18 PM
Teringat sama si tenang ...
Aku macam ingat2 lupa dengan si tenang.sape ye?dugong ke paus.dulu glemer kisah si tenang tapi nih duk recall binatang apa tak dapat2.otak beku pepagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Operasi Khidmat Khas, Balai Bomba Pontian Baru, Jumaat Sailan berkata, bot nelayan tempatan digunakan untuk menarik ikan paus yang berada kira-kira 50 meter dari kawasan tebing Pantai Rambah.
“Ikan paus itu masih hidup. Justeru gerakan menyelamatkan mamalia itu dilakukan dengan bantuan penduduk dan nelayan tempatan.
“Kami cuba membawa ikan paus itu ke laut dalam kerana kawasan di tepi pantai Rambah agak cetek.
“Ekor ikan paus itu diikat dengan tali terlebih dulu sebelum ditarik oleh sebuah bot nelayan tempatan ke tengah laut yang mempunyai kedalaman kira-kira 50 meter,” ujarnya.
Jumaat berkata, ikan paus itu berjaya ditarik ke kawasan laut dalam pada pukul 3.30 petang untuk dilepaskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
spenderterselit replied at 9-2-2016 09:05 AM
Aku macam ingat2 lupa dengan si tenang.sape ye?dugong ke paus.dulu glemer kisah si tenang tapi nih ...
Si dugong yg pernH terdampar.. x sure kt mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Seekor Lagi Ikan Paus Ditemui Mati Dekat Batu Pahat
JOHOR BAHARU, 9 Feb (Bernama) -- Seekor lagi ikan paus ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat, petang Selasa.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Maritim Batu Pahat, Lt Komander Maritim, Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata mamalia tersebut ditemukan nelayan sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.
"APMM menerima laporan pada 4.47 petang tadi. Sebuah bot kilat 47 bersama empat anggota APMM kemudian dihantar ke lokasi terbabit bagi bantuan menyelamat, namun, ikan itu didapati telah mati," katanya menerusi kenyataan.
Muhammad Zulkarnain berkata usaha untuk menarik bangkai ikan paus tersebut masih gagal sehingga 9 malam ini kerana faktor air surut dan ia akan disambung pagi esok.
Semalam, seekor ikan paus sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian dan haiwan itu kemudian berjaya ditarik ke laut.
Bagaimanapun, buat masa ini, belum dapat dipastikan sama ada haiwan yang ditemukan mati di Pantai Sarang Buaya terbabit adalah ikan paus yang sama ditemukan di Pantai Rambah.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tunggu pauspenyo legeng terdampar dkt Pontian krn ramai tgh nak melaukkannnya ni. Mail dh suruh masak asam pedas JDT katanya.
Donload Tungku,beribu upload kami sembahkan.
Nurfififuyoh Bin Tumiran
Pontian |
|
|
|
|
|
|
| |
|