CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mariss

Pelakon Rafie Hussin meninggal dunia

  [Copy link]
Post time 15-10-2008 09:45 PM | Show all posts
alfatihah..relakan pemergiaan mereka yg tlh pergi..semoga dicucuri rahmat hendaknye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 10:03 PM | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 02:41 AM | Show all posts

Reply #27 hanna1905's post

dekat ngan rumah ex aku!!!! sabar ajelah tapi Al-fatihah to the budak nakal from cerita Azura!!!! May he rest in peace!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 07:44 AM | Show all posts

Raffi bersemadi di hari lahir


RAFFI HUSSAIN
(1959 - 2008)

SEMALAM, seharusnya menjadi hari yang bahagia buat seniman berjiwa besar, Raffi Hussain kerana ia merupakan hari ulang tahun kelahirannya ke-49.

Dan sudah tentu, isteri, anak-anak dan seluruh kaum keluarga aktor itu tidak mahu ketinggalan daripada menyatakan hasrat dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kesempatan kepada Raffi untuk bernafas sehingga ke usia sedemikian.

Namun, ajal dan maut di tangan Tuhan. Sudah menjadi hukum dunia, kehidupan regunya kematian.

Begitu juga dengan ketentuan Ilahi buat Raffi. Dia dipinjamkan buat sementara waktu di muka bumi ini untuk berkongsi kasih dan kebahagiaan bersama keluarganya.

Hakikatnya juga, sudah tertulis di loh mahfuz, kehidupan pelakon yang begitu masyhur sekitar tahun 1980-an itu menemui titik noktahnya sehari sebelum ulang tahun kelahiran selepas sesak nafas.

Dan semalam yang sepatutnya menjadi hari gembira buat keluarga Allahyarham bertukar menjadi kesedihan kerana Raffi berangkat ke kehidupan baru yang kekal dan abadi.

Anak seni unik ini pernah hadir memeriahkan pentas seni tanah air.

Meminjam karakter legenda Hollywood, Elvis Presley sebagai pengenalan diri, Raffi Hussain memahat nama sebagai artis yang unik dan tersendiri.

Lakonannya sebagai remaja nakal dalam filem Azura pula akan sentiasa menjadi ingatan ramai.

Namun kini, nama Raffi hanya akan terus kekal dalam direktori industri hiburan sebagai antara pejuang seni yang memiliki iltizam yang begitu tinggi terhadap kerjaya yang diceburinya.

Semua itu diterjemahkan oleh Allahyarham menerusi keazaman dan cita-cita besarnya menerbitkan filem The Chini menerusi syarikatnya, Raffi Hussain Corporation.

Hampir lapan tahun Allahyarham menjaja ideanya untuk menghasilkan filem The Chini selain tidak pernah segan memohon pelbagai pinjaman semata-mata untuk memastikan hasratnya direalisasikan.

Sehinggalah pada 21 Ogos lalu, kekecewaan dan kesedihan Allahyarham bertukar menjadi gembira apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) meluluskan pinjaman RM1.5 juta untuk membolehkan Raffi menerbitkan filem itu.

Dalam temu bual terakhir dengan majalah hiburan popular, URTV (terbitan Kumpulan Utusan) edisi 15 Julai lalu, Allahyarham Raffi bercerita mengenai hasratnya untuk memastikan filem itu dihasilkan tahun ini juga.

Selama menanti jawapan positif daripada pihak-pihak yang berwajib, Raffi tampil dengan imej berjambang dan rambut yang panjang.

"Selama ini imej saya berambut panjang dan menyimpan jambang itu kerana bernazar. Saya berniat, selagi tak dapat surat pinjaman wang untuk terbitkan filem dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selagi itulah, saya tak akan cukur jambang atau memotong rambut.

"Lepas dapat surat daripada Finas terus saya botak dan cukur jambang saya sebagai tanda kesyukuran," cerita Allahyarham mengenai imejnya yang berubah sebagai tanda nazarnya selepas mendapat khabar gembira itu.

Pada awal kemunculannya, penyanyi dan pelakon terkenal ini pernah dilabelkan sebagai lelaki paling berani kerana imej yang ditonjolkannya.

Artis serba boleh ini juga pernah diberi gelaran Elvis Presley Kelantan hanya kerana kehebatannya bergaya dan menyanyi seperti penyanyi legenda dunia itu.

Barangkali juga ramai yang tidak sedar, selama hampir 15 tahun, Allahyarham Raffi berdiam diri kerana mencari ilham untuk filem sulung yang bakal diarahkan dan diterbitkannya itu.

"Pada awalnya orang tak percaya dengan kebolehan saya untuk mengarah filem ini.

"Itu sebabnya saya ambil masa yang lama untuk yakinkan (Finas) dan kementerian bahawa saya memang ada bakat untuk mengarahkan filem tersebut," luah Allahyarham Raffi lagi.

Sepanjang bergelar pelakon, selain Azura, antara filem lain yang dibintangi Allahyarham Raffi ialah Di Ambang Kasih, Tujuh Biang Keladi, Mr. Os, Si Jantung Hati dan Hero.

Seniman yang pada usia mudanya terkenal kerana ketampanannya itu juga pernah popular dengan lagu Luka Lama Berdarah Kembali dan Satu Percintaan.

Sebagai penyanyi, Raffi pernah muncul dengan tiga buah album iaitu Raffi 1 pada tahun 1981, Raffi 2 (1983) dan sebuah album kompilasi (1984).

Dalam kehidupan peribadinya, Allahyarham Raffi yang mengahwini Zaiinuni Mohd. Ramly sejak 17 tahun lalu dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd, Indraputra, 15; Puteri Ratna Sari, 14; Mohd. Razafiq Putra, 11 dan Mohd. Warith Iqbal Putra, 6.

Isteri Allahyarham juga kini sarat mengandung tujuh bulan anak kelima mereka.

Damailah Allahyarham di sana. Kami di sini sentiasa mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. - Al-Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 07:50 AM | Show all posts
semalam family pergi kat pengkebumian arwah....ramai orang melawat jenazah arwah....
semoga roh Allahyarham ditenpatkan di sisi orang-orang yang beriman....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by nanamiri at 16-10-2008 07:44 AM
http://www.utusan.com.my/pix/2008/1016/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.1.jpg
RAFFI HUSSAIN
(1959 - 2008)

Dalam kehidupan peribadinya, Allahyarham Raffi yang mengahwini Zaiinuni Mohd. Ramly sejak 17 tahun lalu dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd, Indraputra, 15; Puteri Ratna Sari, 14; Mohd. Razafiq Putra, 11 dan Mohd. Warith Iqbal Putra, 6.


dari kosmo semalam : Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 30, yang sarat mengandung anak kelima.
Jenazah akan dikebumikan di kampung kelahiran isterinya di Tanah Merah, Kelantan hari ini.


nak tanya.. masa dia nikah, umur isteri dia baru 13 tahun?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2008 08:29 AM | Show all posts
al- fatihah

Biasanyalah tarikh mati kita berdekatan dengan tarikh lahir kita  selalu kita baca kat paper si polan bin si polan tu tak sempat nak sambut hari lahir dah pergi.........contoh terdekat hani mohsin baru jer lepas sambut hari lahir .
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by redz85 at 16-10-2008 08:09 AM


dari kosmo semalam : Beliau meninggalkan seorang balu, Zawinunie Mohd. Ramli, 30, yang sarat mengandung anak kelima.
Jenazah akan dikebumikan di kampung kelahiran isterinya di Tanah Merah,  ...



ini bini yg terbaru kot
sbelum tu rasanye dia penah berkahwin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 08:52 AM | Show all posts
Al-Fatehah....semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman....

idop lawannya mati....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by mawarbduri at 16-10-2008 08:44 AM



ini bini yg terbaru kot
sbelum tu rasanye dia penah berkahwin


tu yg aku tanya.. sebab kat utusan tulis dia dah kawin dgn isteri dia tu selama 17 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:11 AM | Show all posts

Reply #186 redz85's post

rajin nye buat kira2....

typing error kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:19 AM | Show all posts
salam takziah..al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 09:43 AM | Show all posts
takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:20 AM | Show all posts
AL FATIHAH...
Takziah buat kluarga arwah..
cian kt bini dia tgh ngandung lak tue..arap tabah mghadapi ujian Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:31 AM | Show all posts
meninggal kat KL tp naper nak kebumi kat kelantan ek?? betul ker my facts nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:42 AM | Show all posts
takziah utk keluarga beliau..
semoge roh beliau ditempatkan di kalangan org2 yg beriman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2008 10:49 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:58 AM | Show all posts
aku igt lagi tahun 80an, dlm satu show hari raya, dia nyanyi lagu karma chameleon & dress up mcm boy george. ada rupa tuu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:41 AM | Show all posts
br tau hr nie sbb msk paper....berjambang smp mcm tu skali rupernyer di....

al-fatihah............
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 07:51 AM | Show all posts
al-fatihah untuh arwah.....semoga rohnya dicucuri rahmat......

tp berbeza betul gambo dia dulu dan skrg.......berjambang dan tua.....hampir tak kenal......cam Osama Laden versi gemok la pulak......oooppppsss.......sorry!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.079095 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list