CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
Post time 13-2-2011 03:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by annehuda at 13-2-2011 15:48

“Kenapa? Kau tanya aku kenapa?”  Imrie merenung Hana dengan satu pandangan yang penuh geram.  Dahinya berkerut tanda menahan kegeraman yang teramat sangat.

“Aku dah cakap kan tadi, tak payah buat kerja ni. Tapi kau degil, kau nak buat jugak. Buat sorang-sorang. Kau ingat senang ke nak bersihkan kelas, buat jadual waktu, susun meja untuk pertandingan kebersihan esok?  Apsal kau ni ha, apa yang diorang suruh ko buat.  Can’t u just say no to them?”, Imrie membebel.  Terbit rasa bersalah dalam diri Hana.  Benar kata Imrie, dia sepatutnya perlu mohon bantuan orang lain, tapi dia segan.  Kerja-kerja membersihkan kelas ini sepatutnya kerjasama satu kelas, bukan satu orang.

  “Maaf Imrie sebab tak dengar cakap kau tadi.”  Kenapa minta maaf pada aku? Aku yang patut minta maaf kat kau sebab tak tolong kau tadi, dari membebel kat kau. Perempuan pelik!  Ingin saja Imrie berkata begitu, tapi keegoannya menghalangnya berbuat begitu.  There’s no way I’m going to apologize to you!

“Kenapa tadi kau panggil nama mak kau?”, Imrie cuba mengalihkan topik perbualan mereka.  Sememangnya, itulah yang bermain di fikirannya apabila terdengar rintihan Hana memanggil ibunya.  Hana teragak-agak untuk menjawab soalan itu.  

****bersambung. Sila komen, terima kasih.****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 06:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 13-2-2011 12:06

Reply 180# annehuda


    Komen dari bintang;

Edit balik, buat perenggan... pening nak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 06:53 AM | Show all posts
Reply 179# attokz


    Bravo
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:23 PM | Show all posts
Reply 182# bintang


    noted. kritikan positif dr anda amat dihargai
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:37 PM | Show all posts
Reply  bintang


    noted. kritikan positif dr anda amat dihargai
annehuda Post at 13-2-2011 15:23



    Bintang bagi contoh perenggan yang patut kamu lakukan. Jangan campur adukkan dialog dengan cerita pada perenggan yang sama.


“Perlu ke kau nak stay sorang-sorang bersihkan kelas tu? ”  Kata-kata Imrie tiba-tiba terngiang di telinganya.  

Imrie, anak lelaki kepada ibu tiri yang baru mengahwini ayahnya 3 bulan lalu.  Ayahnya mengambil keputusan untuk membawa Imrie tinggal bersama-sama mereka setelah mengahwini Mak Halimah.  Ayahnya memang kepingin memiliki seorang anak lelaki, sementalahan ayahnya hanya memiliki 2 orang anak perempuan dari perkahwinannya dengan arwah ibu Hana.  Imrie yang pada mulanya belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh berprestij tinggi itu akhirnya mengambil keputusan untuk menetap bersama keluarga baru ibunya di sebuah bandar kecil bernama Bagan Datoh.   

“Tapi….tapi semua orang kat kelas cakap aku pandai lukis. Dan aku paling rajin.  Aku yang paling sesuai buat kerja tu,”  Hana tersenyum kecil.   

Imrie mengetap bibirnya menahan kegeraman.   “Ko ni naïf ke bodoh?  Ko tau tak yang diorang tu sebenarnya tengah buli ko?”


Hana tertunduk malu.  Hana seorang yang pasif, semenjak dari kecil lagi dia tidak tahu melawan apa sahaja yang diperkatakan orang tentang dirinya, segalanya disimpan dalam hatinya.  Dia gadis yang sederhana dalam serba-serbi.  Tiada yang menonjol pada dirinya.  Hana umpama gadis halimunan yang tidak disedari kehadirannya dalam sekolah itu.  Gadis halimunan yang kesunyian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2011 08:09 AM | Show all posts
Reply 181# annehuda


    salam anne... sebenarnya kat ruangan ini/umah ni hanya tuk bakat tulisan yg berupa karangan saja... bukan cerpen ya..
kalau nak post cerpen sila buat benang sendiri.... nnti anne akan dapat byk komen kat sana....
sila batalkan sambungan tu kat sini karang tak cukup page tuk org lain ketengahkan bakat  tulisan mereka...
sila baca betul2 kata2 pembukaan di awal permulaan benang ni....

jenuh la mod nak membacanya kalu semua nak post cerpen kat sini...... tolong ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2011 08:35 AM | Show all posts
Aku menekan butang send. aku berharap agar mendapat respon dengan cepat. Bunyi sms masuk menarik perhatian aku.

'bole. tp sket je tau.hehe'.

Ahh. Dia begitu pandai bermain kata. Wajarkah aku bertanya padanya ? begitu banyak soalan bermain di benakku. Tapi hanya melalui pertanyaan ini yang dapat memastikan hubungan kami sebenarnya. Lantaklah ! Tanya la. kalau tak, sampai bila nak main tarik tali macam ni ? Lalu aku tekan butang 'reply'.

'ermm.. ko serius ke ngan aku ?'. lalu aku send.

bunyi sms lagi. aku membuka kotak inbox aku.
'aku serius. tpi wat mse skang, aku ade mslah sket.'

aku tertanya-tanya. dia ada masalah kah ? tak pernah diberitahu. tapi kami memang macamni. tak pernah kongsi apa-apa melainkan perasaan yang sama. itu pun tak pernah kami declare. setakat tahu bahawa kami saling menyukai.

'cite la. aku pon nk tau'. lalu send lagi.

bunyi sms lagi.
'kwan baek aku.. nk kenan kan aku ngan adek die. da penah jmpe budak tu. mse aku eksiden ari tu. da grad. keje skang'

oh tidak! luluh hati aku membaca bait-bait sms tu. tanpa dipaksa mahupun tanpa diminta, air mata seakan-akan jatuh. teringat kembali segala kenangan bersama. walaupun tak pernah berjumpa, tapi kami seakan-akan dekat. dia sentiasa ada untuk aku. tapi aku sentiasa tiada bila dia memerlukan aku. dia yang memberi semangat. dia yang suka nyanyikan lagu untuk aku. lawak nya kakadang agak kasar dan bodoh, tapi aku masih boleh tersenyum dengannya.

'ohhh..abeh cmne ni ?'. aku send lagi. sekadar inginkan kepastian.

bunyi sms lagi.
'ntah la. family dorg da byk tlong aku. terhutang budi.'

aku mengambil masa yang agak lama. berfikir. menimbang balik yang mana baik untuk kami. yang mana buruk untuk kami. membandingkan diri ku dengan adik kawannya itu. ye, adik kawannya itu lebih sesuai. sudah bekerja. sedangkan aku ? masih meraba-raba masa depanku sendiri. dia sendiri, sudah menghampiri 30 tahun. memang sesuai kalau berkahwin. sedangkan aku ? masih lagi diawal 20-an. ahhh. umur hanya nombor. teringat kembali, dia pernah berkata 'aku boleh tunggu ko. 4 tahun je kan ? tapi kalau boleh nk kawen cepat. nanti dapat anak cepat-cepat'. kami hanya gelak. itu salah satu lawak bodoh dia. masa tu aku sedang menunggu keputusan stpm. dan sekarang, aku di tahun 1 di ipt. terlalu banyak kenangan bersama. 3 tahun bukan sekejap. walaupun hanya terhad kepada telefon dan ym.

'aku tetap cinta. pergilah selesaikan dulu apa yang perlu diselesaikan. nti istikarah lah' aku send lagi.

aku baru teringat, dia ada aktiviti pada waktu tersebut. aku menunggu dia reply. tiada lagi sms darinya selepas itu. biarlah. melepaskannya merupakan jalan yang terbaik. aku tak boleh mementingkan diri. Insya-Allah, ada jodoh.. jumpa lagi.

'biar waktu dulu, jadi penawar cerita kita. yang kau dan aku tersenyum'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 11:59 AM | Show all posts
AttOkz datang lagi!!!

*Kisah Kau Dan Aku

Sejujurnya aku tidak mahu tahu apa yang berlaku terhadap kau. Sebolehnya aku tidak mahu mendengar apa jua tentang kau. Tentang kehidupan. Tentang cerita. Tentang masalah. Tentang cinta. Tentang apa jua yang bersangkutan dengan kau. Kerana bagi aku, aku tetap aku yang tidak mahu mengambil tahu cerita peribadi tentang kau, kerana itu adalah satu 'permintaan abadi' yang harus ditunaikan. Seteguh pualam janji.

Antara kisah kau dan aku, kita bagaikan satu garisan selari yang pasti tidak akan ketemu walau di hujung mana sekalipun. Ketentuan antara kau dan aku yang sememangnya sudah tercatat sejak primordial lagi, namun jelas menunjukkan bahawa antara kau dan aku memang tidak akan ditautkan dalam satu cerita walau seaksara sekalipun. Namun, jangan diusik naga yang mahu melelapkan mata, kelak tersembur pawaka dari nafas-nafas kerinduan yang bisa berubah menjadi kebencian.

Prahara yang membuyar hati melanda jiwa dan memusnahkan segenap kekuatan dalam diri antara kita hanyalah kebetulan. Hanyalah anomali yang terjadi antara kisah kau dan aku. Aku pasti ramai yang tidak bisa mengerti bila membaca runut penceritaan antara kisah kau dan aku. Biarkan. Biarkan mereka dengan dungu dan kemanguan yang mengacau jiwa. Usah pedulikan mereka.

Kau dan aku pernah berharap agar ada satu titian atau jambatan atau apa sahaja yang bisa membuatkan kisah kita bertemu dan menyatu. Tapi sedarkah wahai jiwaku yang hitam, peristiwa atau agen pencantum itu tidak akan berlaku sama sekali. Tidak akan. Pasti. Kepastian ini memang telah lama kita sedari, tapi sering jiwa kita yang hitam itu akan menafikan dan cuba untuk berharap agar keajaiban berlaku. Dan, aku tidak pernah menipu akan perasaan dan hati sendiri.

Akhirnya, dihujung pengharapan, sekujur kecewa berladung dan melimpah dalam hati yang pedih. Jangan mudah melempar tuduhan. Kesakitan bukan untuk dipaparkan di wajah tetapi untuk dilakar di dalam hati. Supaya keaiban antara kita kekal terpelihara, seperti yang kau pinta.

Sedarlah, bahawa niat hatiku telah disalahertikan sejak awal lagi.
Kisah kita adalah garis-garis parallel yang selari dan sejajar!

*Penafian ~ cetusan kreatif yang tiada bersangkutan dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup ataupun 'masih mati'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 12:09 PM | Show all posts
*Penafian ~ cetusan kreatif yang tiada bersangkutan dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup ataupun 'masih mati'.

attokz Post at 18-2-2011 11:59



Tak pe, tak kisah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2011 12:12 PM | Show all posts
Satu lagi.

Tiga Rakaman Dialog Tentang Kedangkalan

Catatan Satu - "Dengan keuntungan perniagaan ini nanti, akan aku sedekahkan sebahagian kepada fakir-fakir miskin, dan selebihnya akan ku lontar ke masjid-masjid untuk digunakan bagi mengurus dan menjamin kebelangsungan dakwah dan rumah ibadah. ya! aku berjanji..." Ujar Leman sendirian di dalam stor kedainya, sambil tanganya lincah menyusun botol-botol Guiness Stout, Tiger dan Heineken dan memungah keluar dari kotak-kotak untuk diangkut masuk kedalam peti sejuk di ruang depan kedai.

Catatan Dua - "Alhamdullilah, syukur ke hadrat-Nya. Tak sangka akhirnya beroleh juga rezeki yang ditunggu-tunggu ini setelah lama mencuba. Tak sangka sungguh, nombor ini naik juga akhirnya". Luah Haji Salim kegirangan, sambil menatap keputusan 4 nombor ekor mukasurat belakang dada akhbar, dan kemudianya mengucup kertas tiket nombor ramalannya itu.

Catatan Tiga - "Terima kasih, syukur pada Allah. Kerana dengan izin dan limpah kurnianya, diberikan kekuatan kepada saya untuk terus berjuang dalam lapangan ini. Ia bagaikan satu perjuangan suci dalam meneruskan kepercayaan peminat dan penyokong saya selama ini. Saya berjanji akan menumpahkan bakti selagi termampu. Insya Allah". Ucap seorang aktres di atas podium ketika menerima trofi gelar artis popular pada satu majlis anugerah sambil sesekali dia membetulkan bajunya yang terdedah luas didada mengkal, bersama skirtnya yang singkat menyerlahkan betis yang ranum.

:: Kedangkalan memang banyak membuak dan melimpahruah dizaman serba maju ini. Kadangkala fikiran keliru untuk membezakannya. Inilah kuih yang terhasil, dari acuannya yang bernama sekularisme! Pemisahan antara agama dan kehidupan. Untuk ditafsir fikir. ::

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 12:38 PM | Show all posts
Tak pe, tak kisah
bintang Post at 18-2-2011 12:09



    *Penafian ~ cetusan kreatif yang tiada bersangkutan dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup ataupun 'masih mati'.

jaza pun tak kisah....  mmg bahasa attokz ni betul2 sastera.... kena faham betul2 baru faham citernya..
attokz ada tulis novel gak ke? or cerpen tauladan ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2011 12:44 PM | Show all posts
Reply 190# attokz


    memang kena dgn dunia skrng yg gah kelam dgn kejahilan dlm mengamalkan niat dan cara.
hati nak beramal soleh tapi jalan yg dicari dgn cara yg mudah tanpa ada akal fikiran nak membezakan halal dan haram...
benar dan salah... dunia memuji caranya... akhirat mengeji amalnya. Itulah manusia sekarang.

Insafkan diri kita sendiri dgn amalan dan iman yang betul, hati yang terang , jiwa yang bersih sebelum terkena batang hidung sendiri tanpa disedari .... (nasihat tuk diri sendiri ni...)
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:19 PM | Show all posts
Mod Jaza, ini lubuk kreditkan? Jadi, AttOkz datang lagi...! hahahaha!

Mencetak Kematian

Saya adalah lelaki yang tewas itu. Tewas ditangan takdir dan keadaan, dan kini sedang mencetak kematian di atas lembar kanvas kehidupan. Bukan sekadar mengelar urat nadi di tangan dengan pisau tajam, tapi sedang menjerut leher ditali-tali keras yang tergantung. Ohh...itu hanya imaginasi dangkal yang terlampau tanpa pegangan iman. Tapi benar, saya sedang mencetak kematian.

Cetakan-cetakan kematian bermula dengan hati dan perasaan. Hati yang tidak lagi bernyawa dan mampu untuk terus hidup, perasaan yang konyol dan tidak mampu bertindakbalas adalah tanda-tanda kematian. Ahh! Masih ada darah dihati yang mengalir keluar, tapi bukan mengikut urat arteri yang sedia terbina. Malah meleleh keluar perlahan dari segenap ruang darah yang tergumpal menjadi daging kecil itu. Mungkin dari luka yang terbelak dan terkoyak besar. Dan perasaan...semakin pergi mengosongkan jiwa. Menjauh. Perasaan telah mula kering, menghilang tanpa meninggalkan bekas.

Saya tidak pernah siap untuk mencetak kematian. Tapi telah terpaksa untuk menyediakanya, setelah tewas dalam percaturan dan permainan kehidupan. Percaturan yang diperanankan oleh sekeping hati yang telah mati berdarah tadi. Perasaan yang mengewap kering hilang membawa bersama kekeliruan dan ketidakpuasan. Dan, seperti yang telah saya katakan tadi, saya adalah lelaki yang tewas itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 03:22 PM | Show all posts
Lagi...

Mendalamkan Luka

Saya sebenarnya tidak pernah bangkit dari sejarah, malah terus tenggelam dalam sejarah. Tapi saya sedar, tanpa sejarah saya tidak akan dapat memacu apa-apa yang bernama kemajuan. Atau juga sedikit entiti bergelar pengajaran. Saya mengaku, saya jarang belajar tentang itu. Oleh kerana saya agak sedikit pesimis; atau lebih tepat lagi tidak pernah peduli dan serik, jadi sejarah lama telah diperbaharui. Menjadikan apa yang digelar sejarah, semakin muda usianya - kerana ia seperti mengulanginya semula. Kembali.

Parut terhadap luka yang belum sembuh sepenuhnya juga adalah secebis sejarah. Tetapi kerana saya begitu degil, saya tidak menghiraukan dan mengambil iktibar tentang parut-parut yang terhasil dari luka-luka sejarah. Malah saya begitu asyik untuk mengejar luka-luka baru (barangkali), biarpun saya tahu luka itu nanti bakal menyakitkan; mati.

Dan, saya telah mendapat luka baru. Kelukaan yang amat dalam. Malah luka ini telah mendalamkan lagi luka yang lama. Tapi saya tidak pasti berapa lama lagi saya akan bertahan dengan luka yang semakin dalam ini. Dalam diam saya menyedari, saya harus memiliki sejarah esok, bukan bermelankoli dengan sejarah semalam dan/atau kelmarin.


* Yek! Jiwang gilak...mood romantislah kunun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2011 04:06 PM | Show all posts
Reply 193# attokz


    bila baca betul2 dan terasa dilubuk hati yg dalam akan bait2 yg diolahkan seolah2 terjadi pada diri sendiri...
boleh menginsafi diri bila terasa diri ini terlalu jauh dari yg diharapkan...
Terima Kasih Attokz....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 10:32 PM | Show all posts
saya cuba ya !
................................................................

"Ema.. ema..bagun mandi”. Gerak ibu
“ cepatlah nanti lambat ke sekolah”.Ema bangun dengan malas.
“hari ni  Jumaat kan ibu? Esok boleh cuti ya bu ? “
" a’ah .. cepat sikit !”.tegas ibu .
“ Ibuuuuuuuuuuuuu… sejuk lah air nih” rengek Ema.
“ Astagfirullah… macam tak biasa kena air !. lalu dengan pantas tangan ibu memandikan Ema.
“ Dhia..cepat bangun hantar adik ni ke sekolah” pinta ibu.
“ hari-hari nak kena hantar..Dhia dulu pergi sendiri jer” rungut Dhia .
“ Awak tu dulu ramai kawan boleh pergi sekolah sama-sama , adik ni tak ada kawan” terang ibu.
“ lagi pun dulu kita tak ada basikal kan ? sekarang dah ada..apa salahnya Dhia hantar adik tu ke sekolah.

Jarak  sekolah Tadika dengan rumahnya dalam 1.2 km. “ Beratlah budak tu…”
sambil dibentak-bentaknya kaki  Dhia tetap pergi menghantarnya ke sekolah. Along dan Dhia bersekolah  di Sekolah Kebangsaan Batu Lapan.Bezanya Along di sesi pagi manakala Dhia pula di sesi petang.

“ nanti balik dari hantar adik ..singgah rumah Makcik Maznah , beli kuih pulut panggang buat sarapan” .pinta ibu..
“ baik ibu” jawap Dhia.
      
      Tidak berapa lama kemudian Dhia terlihat kelibat adiknya , Ema berlari pulang ke rumah. “ huh !! buat hal lagi nih ..penat aku hantar pun belum hilang lagi dia dah berlari balik ke rumah” kata Dhia sendiri.

“ lambat lagi ke masak kuih ni makcik ?” tanya Dhia.
“ kenapa ? cepat nak kemana kamu ?” soal Makcik Maznah.
“ Erkkkk… tadi nampak macam adik Dhia lari dari sekolah lagi”
“ Dah siap ni.. jaga –jaga panas ni ,baik-baik bawa basikal tu” . Dhia hanya mengangguk. Tiba  di rumah, Dhia lihat  ibu sedang memeluk bahu Ema. Nasib baik ayah sudah pergi kerja , kalau tidak mesti berbekas badan Ema dilibas dengan rotan. “ kenapa buat ibu macam ni ?

"kenapa balik semula ?” soal ibu bertalu.
“ semua orang tak mahu berkawan dengan Ema , Mereka kata Ema busuk”.balas Ema.Dhia terdiam . Dhia teringat kembali sewaktu umurnya sebaya dengan Ema dulu, pernah menerima nasib yang sama.pernah satu tika Dhia disuruh mandi di bilik air sekolah.Tanpa banyak bicara dia hanya menurut.Pakai baju yang ada saja,
kebanyakkannya dari sedekah jariah jiran-jiran.Dhia dan adik-adiknya hanya berpeluang memakai baju baru setahun sekali , itu pun jika ada rezeki lebih.Alhamdulillah mereka tidak pernah bersungut. “ petang nanti Dhia bawa ibu pergi ke rumah Cikgu Fatimah               
ya !” pinta ibu. Sayu hati ibu mengenangkan nasib anak-anak mereka.Dia tahu dia tidak dapat menjalankan tanggungjawap sebagai seorang ibu yang sempurna lantaran kecacatan mata yang dialaminya, begitu juga dengan pasangannya.Dia redha dan bahagia Dalam usia perkahwinannya mencecah 12 tahun dia telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. 1 lelaki dan 5 perempuan.Rohani kini sarat mengandungkan anaknya yang ke 7. Baginya anak-anak adalah anugerah Allah dan harta  yang paling berharga yang dia ada untuk menjamin kebahagianya di akhirat kelak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2011 10:15 AM | Show all posts
Reply 196# wardah75


    terharu sungguh....sedih dihati bila ada dan masih ada orang yg memandang serong pada org miskin...
kesiankan budak2 baru nak hidup dan semangat nak gi sekolah timba ilmu...tapi dugaan sprt itu lah yg melemahkan
semangat si cilik utk terus belajar dan belajar demi masa depan mereka...

jaza mmg pantang kalau ada org menghina org yg tak berkemampuan..
rasa cam nak luku2 je org yg mengata tu....

sbb tu la.. jaza selalu ckp kat mak..kalau nak ambik pekerja..ambil lah org yg betul2 memerlukan keja tu.

good job wardah... tapi perlu diperbaiki lagi bila ada dialog dan jln cerita jgn campuradukkan dlm satu perenggan...
nnti org tak faham bila baca bersambung...


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 10:23 AM | Show all posts
terima kasih..saya akan cuba perbaiki  
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 03:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by wardah75 at 24-2-2011 15:21

cuba lagi...harap beri tunjuk ajar
--------------------------------------------------
“ De , cuba datang tenguk mak ni sekejap”
“ Ada yang tak kena kena ke ?”
“ Rasalah kot.. macam nak jadi semula jer ”

Tepat jangkaan ku.Celoteh mak yang panjang semalam agak berbeza dari sifat asalnya yang agak pendiam.Bercerita kenangan-kenangan lampau, susah senang waktu kecilnya.

“ Ada buat benda-benda pelik ke ? ”
“ Mak masak ikan dalam tin biskut ”
“ Ya ..Allah , penyakitnya menyerang kembali ” bisik hati Yan
“ Nanti siap kerja ni , De datang ”.
“ cepat tau , risau dah tengok mak macam tu ”
“ Ye..ye , datangnya.awak cuba awasi perbuatan mak tu .Pujuk dia baik –baik ”
“ Dia bukan nak dengar cakap ..dia kan mak…huhuhu ”

Kejadian seumpama ini bukan perkara baru bagi Yan.Mak akan menjadi begitu bila hatinya resah dah fikirannya runsing.Kali ini entah apa punca yang menyebabkan dia begitu.Memerlukan masa untuk pulih , memerlukan pengorbanan dari semua orang di sekeliling.

“ Makkkkkkkkkkkkkk..buat apa tu ?
“ Mak buat ekperimen ”
“ Amboi … pandai pulak guna perkataan tu”
“ Berasap satu rumah ni…sampai kat rumah De asap ni pergi ”

Yan tinggal di rumah pangsa.Hanya selang sebuah rumah jarak rumah emak dengan rumahnya.Memang niatnya begitu ingin membantu  mak dan ayah walaupun sudah berumahtangga.

“ Mak makan dah ?”soal Yan
“ Belum..tak ada selera nak dimakan ”.
“ Ni ..mak masak ikan bakar , nah..ambil rasa ”
“ Sedap juga mak , tapi hangit nih ”
“ Alahhhh..pahit kan ubat ” lalut si ibu.
“ Nanti Yan masakkan untuk emak yang lain ye ”
“ Suka hati awaklah ”

Berita penceraian si Along akhirnya sampai ke telinga si ibu.Mungkin itu punca mengapa mak jadi begitu.Dia tidak boleh menerima hakikat jodoh anak sulongnya telah berakhir.

Apa yang pasti luka si ibu hanya boleh dirawat dengan ketenangan. Ayuh semua kita perlu berpadu lagi. Bukan hanya seketika ,moga hingga ke hujung nyawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 04:31 PM | Show all posts
Pasrah

Tiba-tiba suasana sunyi seketika..bak kata orang , malaikat lalu.Nampak si adik mengesat airmatanya secara sembunyi.Betul kata si kakak , mana ada orang yang saja-saja mahu menyerahkan tubuh badan dicucuk dan dipenuhi dengan segala macam ubat yang mengandungi steroid..melainkan orang gila.

“ Redhalah , dah tu nasib kita ” pujuk si kakak
“ Tapi kenapa Ki ? ”

“ Oiiii…awak sorang je ke ? Akak ni dah lebih dua puluh tahun makan ubat tu, lupa ?

“ Abis tu yang lain tu tak kena pulak ?” soalnya lagi.

“ Hidup dah 23 tahun , cakap macam orang tak ada iman ” bidas si kakak
“ Kalau semua anak emak kena sakit , alamat pengsanlah mereka nak besarkan kita sepuluh beradik ” sambungnya lagi.

“ Awak tu tahan lah..baru tahun ini asma tu teruk kan ?”
“ Ya lah..tapi minggu depan Ki kena pergi temuduga fizikal , kalo tak reda macamana ?”

“ Sabar boleh tak ? ubat tu jangan lupa makan..berhenti merokok ”
“ Kalau dah rezeki tu tak kemana..yang penting sembahyang jangan lupa ..berdoa
   moga rezeki tu milik awak” nasihatnya lagi

“ Tengok lengan  ni ..biru kanan dan kiri ”
“ lebamlah lah ..bila pula kena cucuk tu ? soal si adik
“ Dah dua hari berturut-turut akak ke hospital amik gas nebulazer dan cucuk.”
“ Apsal Ki tak tahu akak sakit ? patutlah tak nampak batang hidung sejak dua hari   ni..ingatkan sibuk buat kek.”
“ Awak ada amik peduli ke pasal akak ? Apa-apa hal sabar ya ! semua tu telah tersurat sejak azali lagi ..jangan persoalkan kerja Tuhan.Allah telah tetapkan yang berbaik buat kita semua.


“Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.132727 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list