CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Madu2 Ashraf Muslim - Dayana & Sakinah kini teman comolot pg8

[Copy link]
Post time 31-5-2014 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 31-5-2014 03:39 PM
Hahah khen..xhingin pn la nak amek gambaq

Si sakinah tu lg menggeletis xreti dok diam tersengih ...


uols tak selfie kah ngn sakinah?

serap nih sepupu jiran depan umh iols

tapi iols tak pernah  plak  terpikir tnya dia pasal serap
maklumlah iols cuma cerca artis kt forum je
kt luar dedepan jiran xpenah bergosip-gosipan  psl retis mahupun org lain kehkekeh
tp taulah serap tu kazen jiran iols dr masa serap baru2 nk up dulu tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2014 11:47 PM | Show all posts
Suchi posted on 31-5-2014 03:39 PM
rasa mcm tahu n pnah tgk
yg bini2 dia lawa gak kan

Aah lawa2..rase yg kedua kot ..wallahualam


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 09:12 PM | Show all posts
dayana mmg seorang yg sgt tabah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:36 PM | Show all posts
Haritu tertgk rcg mengaji taranum ustz kafsih yg kawen jd no.2
Masa iklan Cam nmpk muka iras dyana mengaji sesama ustazah
X taw mata aku kero ke idak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2014 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 7-6-2014 10:36 PM
Haritu tertgk rcg mengaji taranum ustz kafsih yg kawen jd no.2
Masa iklan Cam nmpk muka iras dyana  ...

Bukan die la..muka nak sama
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:46 PM | Show all posts
maxim posted on 7-6-2014 10:43 PM
Bukan die la..muka nak sama

Owh ya ke tp mmg sama la muka tang hidung pn
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-6-2014 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed posted on 7-6-2014 10:46 PM
Owh ya ke tp mmg sama la muka tang hidung pn

Klo x silap tu salima..penah tgk skali program tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2014 10:52 PM | Show all posts
maxim posted on 7-6-2014 10:48 PM
Klo x silap tu salima..penah tgk skali program tu

Salima af4 ke yg kwen jd no2?
Cam lain jah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2014 11:28 PM | Show all posts
mixed posted on 7-6-2014 10:52 PM
Salima af4 ke yg kwen jd no2?
Cam lain jah

kalau bersahabat mengaji sama ngan ust. sh. khasif tu salima Af4 kot..
masa kenduri salima kawen pun ustazah ni ade..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 12:56 PM | Show all posts
Sarah pengikat kasih


Tiada manusia dalam dunia ini tidak pernah ditimpa dugaan atau ujian. Tidak kira golongan sele-briti atau orang biasa, jika bijak mengurus masalah, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.
Begitu juga kehidupan dilalui tiga insan ini, pelakon Ashraf Muslim dan dua isterinya, Nur Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Saat merakam detik bersama mereka, SELEBRITI dapat lihat betapa bahagianya keluarga ini, seolah-olah tidak ada apapun yang pernah berlaku. Kehadiran Sarah Ashraf, tiga bulan, menjadi pengikat paling kukuh kasih sayang antara mereka bertiga.

Ashraf akui Sarah cahaya mata mereka bersama kerana Sakinah dan Dayana ibu yang sama-sama menjaga dan me-ngasuh Sarah.



“Banyak perubahan berlaku disebabkan Sarah. Saya sering beritahu mereka, ini anak kita. Saya seronok sebab banyak perkara dilalui sebelum ini, Allah tunjukkan hikmah-nya.

“Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri,” katanya berseloroh.

Ketika sesi fotografi berlangsung, keakraban Dayana dan Sakinah dapat dilihat. Masing-masing membantu memilih jubah dan tudung untuk dipakai.

Mereka juga tolong menolong membetulkan tudung masing-masing sehingga hampir ‘terlupa’ si suami juga perlukan bantuan menggosok baju untuk sesi fotografi.


Kata Ashraf, sebagai suami dan ketua keluarga, dia perlu adil dan membahagi masa dengan betul. Paling penting, sikap toleransi. Ashraf lebih tekankan silaturahim antara dua isterinya.

“Bila dapat rapat-kan mereka, saya lebih mudah me-ngurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

“Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita,” katanya.

Ia juga menjadi penenang tatkala mereka perlu duduk berbincang mengenai perkara serius. Ashraf melihat perkara itu sebagai kaedah stabil untuk menerapkan toleransi dan sabar dalam perhubungan.

Apatah lagi dengan kehadiran Ramadan, Ashraf melihat ia sebagai bulan paling sesuai penuh berkat untuk merapat-kan lagi hubungan mereka. Antaranya, mengajak isterinya menunaikan solat tarawih bersama di masjid berhampiran.

Mengenai penerimaan keluarga Dayana yang sebelum ini dikatakan tidak me-nyukai tindakan Ashraf berkahwin dua, Ashraf akui sukar menjelaskan perkara itu.

Katanya, secara asasnya mereka masih dalam proses menerima sepenuhnya selain mengakui perkara seperti ini me-ngambil masa.

“Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpin sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri.

“Harap masyarakat turut mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.


Dulu pasrah, kini reda

Benar kata pepatah, ‘Tak kenal, maka tak cinta’. Pada awal perkahwinan berlaku, Dayana dan Sakinah masing-masing mengelak bercakap mengenai poligami.

Namun, kehadiran Sarah nyata merapatkan jurang yang ada antara mereka hinggakan selesa tidur sekatil menjaga Sarah tatkala suami terpaksa bekerja di luar da-erah.

“Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

“Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah,” seloroh Dayana.


Sebelum segala bahagia ini muncul, Dayana akui pada awalnya dia tidak rapat dengan madunya tapi sikit demi sikit dari perasaan pasrah dengan apa yang berlaku, Dayana kini reda dengan ketentuan Allah.

Dayana akui ketika berkunjung ke tanah suci Makkah menunaikan umrah bersama suami awal tahun ini, dia berdoa di depan Kaabah mohon diberi petunjuk dan kebahagiaan dalam menyatukan hatinya dengan Sakinah.

“Alhamdulillah, selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah yang sangat besar.

“Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak,” kata Dayana yang bertugas sebagai doktor di hospital tempatan.

Sakinah turut akui Sarah pelengkap kebahagiaan yang dicari dalam keluarga besar mereka. Walaupun masyarakat masih mengeluarkan kata-kata negatif terhadap mereka, Sakinah percaya tanggungjawabnya kini membahagiakan keluarganya terlebih dulu.

“Semua orang boleh rasakan, disebabkan Sarah, kami semua rapat. Ashraf juga pandai main peranan mengurus rumah tangga. Sebenarnya, kebahagiaan kami kerana Ash-raf tahu mengurus isterinya.

“Masyarakat boleh cakap macam-macam dan saya tidak boleh buat apa-apa. Yang penting menjaga hati sendiri. Saya bukan artis tapi sekarang kena belajar banyak perkara seperti perlu berhati-hati memuat naik foto ke laman sosial, nanti ada yang fikir bukan-bukan,” katanya jujur.

Tanpa berselindung, Sakinah akui sebagai isteri kedua, dia perlu faham kehendak dan siapa perlu dilebihkan, terutama apabila bercakap isu tertentu. Contohnya, isu balik kampung pada hari raya kerana masing-masing berasal dari negeri berbeza.

“Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai balik kampung siapa lebih dulu pada hari raya nanti. Apa sekalipun, terpulang kepada keputusan bersama dan pasti saya kena lebih–kan isteri pertama,” katanya sambil terse-nyum.







Last edited by maxim on 30-6-2014 01:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:59 PM | Show all posts
iols bc yg noks highlight jah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 12:59 PM | Show all posts
dr segi ayat, nampak bahagia..
thniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:15 PM | Show all posts
dayana ni takdak adik beradik pompuan ker....madu pun dia bulih buat kawan cam adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:17 PM | Show all posts
tahniah. walaupun bini kedua, sakinah tetap nampak "kakak".
sebab dah ada anak dan umur sama kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:17 PM | Show all posts
indahnya bermadu








tapi iols tak redha apalagi pasrah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:18 PM | Show all posts
dah
korang tolonglah accept
dorang sesama sediri pun dah seronok bagai nak rak tu
doakan lah berkekalan
amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2014 01:21 PM | Show all posts
alhamdulillah.....pandai serap didik bini2 die
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:23 PM | Show all posts
kukulangau posted on 30-6-2014 01:18 PM
dah
korang tolonglah accept
dorang sesama sediri pun dah seronok bagai nak rak tu

dan kena accept yang senyuman dayana sebegitu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 01:24 PM | Show all posts
ingatkan syarifah sakinah dan dayana anak wayang tadi...huhuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2014 01:24 PM | Show all posts
xde ke yg nak jdik tulang telek gambar tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068614 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list