CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] Keputusan PRK Rompin : Majoriti undi BN merosot

[Copy link]
Post time 6-5-2015 08:47 PM | Show all posts
Keputusan Pilihan Raya Kecil Rompin akan dikaji

6 Mei 2015
http://www.sinarharian.com.my/po ... kan-dikaji-1.387413



KUALA LUMPUR - BN akan melakukan post-mortem bagi meneliti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang menyaksikan kemerosotan peratusan undi kepada parti itu.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, post-mortem itu akan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuh lagi pencapaian dan prestasi BN pada pilihan raya akan datang.

"Kami akui bahawa peratusan undi kepada Barisan Nasional telah merosot daripada 66.53 peratus kepada 61 peratus, walaupun majoriti kekal pada tahap selesa.

"Kami akan meneliti keputusan PRK Rompin kali ini dan melakukan post-mortem dengan mengambil kira isu yang telah dibangkitkan bagi memperkukuhkan lagi  pencapaian dan prestasi Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.

Perdana menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian dalam entri terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Rompin kerana memberi kepercayaan kepada BN untuk terus membawa pembangunan dan kemajuan di Rompin.

"Saya yakin Datuk Hasan Arifin mampu meneruskan usaha dan perkhidmatan baik kepada penduduk Rompin sebagaimana yang diberikan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis," katanya.

Penghargaan turut dirakamkan kepada jentera BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku penyelaras parti bagi pilihan raya kecil itu, serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut bersama menggerakkan jentera parti negeri.

Dalam PRK semalam, BN mengekalkan kerusi Parlimen Rompin dengan meraih majoriti 8,895 undi.

Calon BN Datuk Hasan Arifin Hasan, 62, meraih 23,796 undi berbanding calon Pas Nazri Ahmad, 40, yang memperoleh 14,901 undi.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.  - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2015 09:16 PM | Show all posts
'Majoriti merosot tanda rakyat tak puas hati'

4:46PM - 6 May 2015
http://www.malaysiakini.com/news/297438



BN perlu menangani isu-isu berbangkit khususnya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya kecil Rompin kerana dilihat bakal memberi kesan jangka panjang kepada parti, menurut penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata keputusan PRK kali ini merupakan isyarat jelas daripada rakyat kepada kerajaan supaya melihat kembali beberapa isu termasuk pelaksanaan GST.

"Penurunan majoriti undi hampir 40 peratus perlu dilihat sebagai isyarat daripada rakyat untuk kerajaan melihat kembali beberapa isu secara lebih teliti sebelum PRU ke-14 supaya dapat dicari penawar untuk tidak berulang," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata: "Isu yang mendatangkan impak paling besar ialah GST yang sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada negara namun berjaya diputar belitkan oleh pembangkang kerana isu ini dekat di hati rakyat."

Sehubungan itu, katanya, perkara berkenaan perlu diteliti oleh kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya lebih teratur dan sistematik selain memastikan agensi-agensi yang berkaitan menjalankan penguatkuasaan untuk mengurangkan rasa curiga dalam hati rakyat.

Isu GST sehingga kini masih menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat terutama yang berpendapatan rendah walaupun penerangan telah dilakukan sehingga ke peringkat akar umbi.

Namun tenyata rakyat masih belum dapat menerima pelaksanaannya yang telah menyebabkan berlaku kenaikan harga barangan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab peniaga.

Beliau juga berkata kekalahan di beberapa saluran peti undi di kawasan  Felda juga memerlukan BN melihat kembali strategi memikat hati pengundi dengan tidak lagi menawarkan kemudahan dari segi fizikal, tetapi merubah kepada strategi menawan rohani.

Walaupun beberapa hari sebelum PRK, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penurunan harga rumah projek perumahan generasi kedua Felda daripada RM125,000 kepada RM90,000, namun ia tidak cukup membantu melonjakkan undi.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata faktor calon yang telah dikenali penduduk turut banyak membantu kemenangan BN, namun kekurangan jumlah majoriti jelas menunjukkan ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan.

"Sedangkan tidak ada perubahan kepada sokongan terhadap PAS dengan jumlah undi tidak jauh berbeza dengan hanya berkurang 25 undi berbanding keputusan pada PRU-13," katanya.

Beliau berkata sokongan pengundi muda khususnya di Felda juga perlukan jalan penyelesaian bagi memastikan golongan itu tidak terpengaruh dengan pelbagai bentuk maklumat negatif sehingga menjauhkan diri daripada BN.

Pada PRK kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5, antaranya dikatakan ekoran isu Felda Global Ventures (FGV) Berhad selain program perumahan untuk generasi kedua Felda.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, ia tetap tercalar dengan jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, sekaligus jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN.

Hasan, anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan undi majoriti sebanyak 8,895 undi setelah mendapat 23,796 undi atau 61 peratus berbanding Nazri yang mendapat 14,901 undi atau 39 peratus.

Jauh bezanya berbanding majoriti yang diperoleh bekas penyandang kerusi itu Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebanyak 15,114 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:55 AM | Show all posts
Hampir separuh undi majoriti hilang, kebanyakannya undi mulayu lari ke PAS.
Utusan tak tanya apa mulayu mau?

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 10:58 AM | Show all posts
v(T.T)v replied at 7-5-2015 10:55 AM
Hampir separuh undi majoriti hilang, kebanyakannya undi mulayu lari ke PAS.
Utusan tak tanya apa mu ...

nak kena tangkap dibawah akta hasutan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2015 12:49 PM | Show all posts
v(T.T)v replied at 7-5-2015 10:55 AM
Hampir separuh undi majoriti hilang, kebanyakannya undi mulayu lari ke PAS.
Utusan tak tanya apa mu ...

Apa bukti undi melayu lari ke PAS...Jika undi yg PAS dapat melebihi pada pru yg lalu,
Itu boleh dikatakan undi lari ke PAS...
Mungkin pengundi yg sama mengundi PAS pada pru yg lalu
Mengundi PAS pada prk 5 mei.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.160977 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list