|
[Edisi Hijrah] Fathia Latiff bertudung...Alhamdulillah
[Copy link]
|
|
FATHIA LATIFF rasa lebih dihormati setelah berhijab
PELAKON cantik Fathia Latiff khabarnya bakal menjadi usahawan muda tidak lama lagi. Hasrat itu disuarakan sendiri empunya badan dalam pertemuan dengan Mangga Online semasa Media Prima Screening, baru-baru ini.
Menurut Fathia, dia bakal mengeluarkan koleksi baju raya sendiri sempena Syawal akan datang.
“Saya sekarang dalam usaha nak keluarkan koleksi baju raya sendiri sempena Hari Raya nanti. Saya sangat excited mengumumkannya dan berharap peminat-peminat saya membelinya nanti.
“Saya akan buat beberapa jenis koleksi seperti baju kurung, jubah dan sebagainya. Apa yang saya inginkan, rekaan itu nanti perlulah daripada koleksi tradisional, tetapi simple dan semua orang boleh pakai.
“Paling penting murah dan berbaloi. Setakat ini saya rasa harganya hanyalah sekitar RM120 hingga RM150 atau mungkin kurang dari RM100. Tak sampai RM200 pun. Tapi, semua itu masih dalam perbincangan.
“Tapi apa-apa pun, saya nak semua orang boleh beli. Kalau saya jadi pelajar pun, saya mesti nak yang cantik dan murah. Jadi koleksi baju raya itu nanti sangat sesuai dengan semua golongan, selesa dan berbaloi.
“Rekaan baju-baju itu nanti adalah daripada idea saya sendiri dan ada juga daripada rekaan pereka lain. Just tunggu.
“Sekarang ini, baju-baju itu masih lagi di peringkat proses idea sebabnya apabila saya buat baju sudah tentu saya mahukan yang terbaik. Pertama, saya mestilah buat baju yang saya suka pakai dan orang lain juga selesa memakainya. Kuncinya adalah keselesaan.
“Setakat ini, saya nak buat baju untuk golongan seperti saya yang mempunyai rangka fizikal besar. Tambahan pula, pada Hari Raya nanti semua orang tidak akan diet, jadi sudah tentu baju perlulah yang longgar supaya selesa ketika menjamu selera,” jelas Fathia.
Dalam perkembangan lain, Fathia yang baru sahaja mengenakan hijab sekitar hujung bulan lalu sempat berkongsi kegembiraanya yang sudah menutup aurat dengan sempurna.
Kata Fathia, sejak mengambil keputusan itu dia merasakan dirinya lebih dihormati oleh orang sekeliling.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi best sangat. Saya pun pakai tudung ini bukan sebab orang tapi sebab Allah. Cuma nikmatnya sukar diungkap dengan kata-kata,” ujarnya.
“Lepas saya bertudung, banyak betul Allah bagi rezeki. Malah saya dapat juga kebahagiaan dan ketenangan. Itulah yang saya rasa selepas tutup aurat.
“Sebelum ambil keputusan ini, saya sangat takut bagaimana nak bawa watak muslimah.
“Sedangkan nak jadi seorang muslimah bukanlah mudah. Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
“Dengan cara bertudung inilah yang mengajar saya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tak elok.
“Banyak kelebihan pakai tudung ini sebenarnya lebih-lebih lagi dalam soal menjaga adab,” ungkap Fathia mengakhiri perbualan.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga success la fathia....
dia ni kan bertudung asal boleh je
cuba pakai kemas2 sikit..rimas nengok tak berapa nak rapi
tp nasiblah ko cantik...senget benget pon tetap lawo
|
|
|
|
|
|
|
|
rotiban replied at 25-4-2016 08:27 AM
FATHIA LATIFF rasa lebih dihormati setelah berhijab
Semurah itu ke price nye..bagus ler..jgn ckp je..nti bila lunch mahal..x sabar nk tgu sheols lunch.. |
|
|
|
|
|
|
|
loyer replied at 25-4-2016 09:07 AM
semoga success la fathia....
dia ni kan bertudung asal boleh je
cuba pakai kemas2 sikit..rimas n ...
..tau xpe..x brapa nk rapi..tp mse da even n g jejalan obersi rapi n style pulak sheols..yg bonus sbb muka cantik sj so pakai mcm mn pn tetap nmpak lawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak gambor , nak gambar, nak gambar Tolong ler kekawan sikit benor gambor berhijab nya |
|
|
|
|
|
|
|
scents replied at 25-4-2016 05:04 PM
Nak gambor , nak gambar, nak gambar Tolong ler kekawan sikit benor gambor berhijab nya
Page sebelah ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
terbang ke mana?? |
|
|
|
|
|
|
|
Cloudfly replied at 25-4-2016 04:28 PM
Semurah itu ke price nye..bagus ler..jgn ckp je..nti bila lunch mahal..x sabar nk tgu sheols lunch ...
nk lunch ape chuols |
|
|
|
|
|
|
|
scents replied at 25-4-2016 05:04 PM
Nak gambor , nak gambar, nak gambar Tolong ler kekawan sikit benor gambor berhijab nya
esok iols belanja gambo ye chuols |
|
|
|
|
|
|
|
Fathia bagi ucapan semalam lembut je..moga istiqamah |
|
|
|
|
|
|
|
Cloudfly replied at 14-5-2016 10:44 AM
Duk godek threads br prasan..
Sorry uols..tertinggal a..
bkn lunch tp launch dara bynurfathi ...
produk apeni chuols |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 14-5-2016 12:55 PM
produk apeni chuols
Bj kurung n jubah katanye..raya collection |
|
|
|
|
|
|
|
new york knicks jersey, michael kors, jimmy choo, ray ban prezzi, ralph lauren uk, north face jackets, toms.com, michael kors outlet online, mcm bags, louboutin shoes, calvin klein outlet, tommy hilfiger online, michael kors outlet online sale, ferragamo shoes, burberry handbags, nike free, asics, nfl titans jerseys, tory burch handbags, mcm bags, coach factory, nfl broncos jerseys, moncler jackets outlet, uhren shop, nike outlet, adidas online shop, michael kors bags, huaraches, nuggets jersey, asics gel, timberland pas cher, ralph lauren, cheap jordans, nike outlet, mizuno, longchamp, burberry outlet online, lululemon, giuseppe zanotti sneakers, levis outlet, ray-ban sunglasses, coach factory outlet, cheap oakley sunglasses, prada handbags, nike, nfl chargers jerseys, pandora charms, nfl panthers jerseys, miami heat jersey, long champ, ray ban pas cher, nfl lions jerseys, michael kors outlet online sale, wedding dress, nike uk, adidas zx, easton bats, ralph lauren factory store, louboutin shoes, new balance shoes, coach outlet online, nfl azcardinals jerseys, nfl bengals jerseys, new balance, nike running shoes, nfl raiders jerseys, burberry outlet online, cheap michael kors, prada sunglasses, air max 90, jerseys from china, ralph lauren outlet, polo ralph lauren outlet online, thomas sabo, golden state warriors, gucci shoes uk, rolex watches, swarovski online shop, burberry outlet online, abercrombie fitch, supra women shoes, designer handbags, ray bans, nfl saints jerseys, toms outlet, tn requin pas cher, pandora jewelry, oakley store, cheap oakley sunglasses, ralph lauren outlet, hollister kids, hilfiger outlet, ralph lauren polo, mcm backpack outlet, 76ers jerseys, swarovski crystal, true religion outlet, chanel sunglasses, insanity schedule, nike air, uggs canada, burberry handbags, converse outlet, lululemon, sacramento kings jerseys, oakley outlet online, nike shoes, burberry handbags, nfl seahawks jerseys, converse sneakers, nike air max, reebok, pandora charms, nfl jerseys, nike free, lululemon, the north face, nike shoes, north face backpacks, nike air max, baseball jerseys, cheap true religion, nike id, [url=http://www.omega-watches.us.com/] |
|
|
|
|
|
|
| |
|