CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

THE PRINCESS (LEARD KATTIYA) [SESI SEMBANG2]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 13-9-2004 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 13-9-2004 10:39 AM:
kenapa tak leh download mv tu.....:cry:


takleh yer? saya try ok je..

kalo takleh jugak, masuk sini jer :dia: TikClub.com

[ Last edited by kEk_KeL@d| on 13-9-2004 at 01:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2004 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 13-9-2004 01:15 PM:


takleh yer? saya try ok je..

kalo takleh jugak, masuk sini jer :dia: TikClub.com

[ Last edited by kEk_KeL@d| on 13 ...



thanks Kek.. dah dah boleh download..hui.. legalah sikit. walaupun tak dapat tengok at least tngk mv dia pun ok..

boleh nyanyi sama-sama lagi hehehe..:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2004 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by sara at 13-9-2004 03:11 PM:



thanks Kek.. dah dah boleh download..hui.. legalah sikit. walaupun tak dapat tengok at least tngk mv dia pun ok..

boleh nyanyi sama-sama lagi hehehe..:lol



hehe.. nyanyi lagu siam plak skang nih..:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2004 04:23 PM | Show all posts

Episod 12

since aku leh tgk lagi arini, so aku buatler summary kat korang okay..

Puteri Dara melawat Putera Mahkota yg sedang gering di istana. Di sana, Sidtiprawat menyuarakan rasa hatinya kepada Dara, lalu menghadiahkan kalung yg dimiliki oleh bondanya, di mana kalung itu melambangkan Permaisuri Yasothorn. Khea Khai yg baru tiba di istana, meradang apabila mendapati kalung itu dipakai Dara. Dia sgt kecewa kerana nampaknya pangkat Permaisuri kedua-dua kerajaan tidak akan menjadi miliknya.

Sementara itu, Anothai telah mengatur strategi untuk menghalang pinangan Chaiyan terhadap Dara. secara diam2 dia telah menghantar 4 org askar yg mahir berkuda ke Kemmarat. 2 drpd mereka menyamar sebagai pedagang dan menyebarkan kepada org ramai bahawa Puteri Khea Khai memiliki tanah yg luas di Yasothorn, termasuklah kawasan sempadan yg menjadi rebutan kedua-dua buah negeri. manakala 2 org lagi menyelinap ke kem tentera dan menyebarkan berita yg sama ke dalam kem tentera.  berita itu akhirnya sampai ke istana Kemmarat. Di Yasothorn pula, pihak istana menghantar utusan ke Kemmarat untuk menerima pinangan drpd Putera Chaiyan. Maharaja Kemmarat menyuruh pinangan ditukar kpd Puteri Khea Khai. Chaiyan amat kecewa dgn perkara tersebut kerana dia lebih sukakan Dara. Tetapi, setelah dipaksa maharaja serta mengenangkan negerinya serta sempadan yg bakal diperolehi, dia akhirnya bersetuju.

utusan pinangan di hantar ke Yasothorn. Maharaja Yasothorn amat terkejut apabila nama Puteri Khea Khai yg disebut di dalam perutusan peminangan. Jemaah Menteri kecoh apabila masing2 tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu menerima atau tidak pinangan itu memandangkan Puteri Khea Khai adalah bakal tunang kpd Putera Mahkota, serta berbagai perkara yg akan timbul sekiranya mereka menerima atau menolak pinangan tersebut. Panglima Anothai mencadangkan supaya menunggu jawapan drpd Puteri Khea Khai sendiri sebelum jemaah menteri membuat sesuatu keputusan. Sementara itu, Sidtiprawat amat gembira kerana rancangannya bersama Anothai hampir berjaya, hanya menunggu jawapan drpd Khea Khai shj. Sidtiprawat bertanyakan Anothai apakah yg perlu dilakukannya. Anothai memberitahu Sidtiprawat supaya 'mengucapkan tahniah' kpd Khea Khai. Khea Khai yang amat marah apabila terasa seperti 'disindir' oleh Sidtiprawat, memutuskan utk menerima pinangan dr Kemmarat itu. Keputusan dibuat di mana majlis perkahwinan akan dijalankan selama 3 hari 3 malam pada tarikh yg ditetapkan. Bonda Dara amat kecewa dgn keputusan ini seperti biasa disindir oleh bonda Khea Khai

Bonda amat gembira dgn berita ini.. semoga anakanda bergembira. tetapi anakanda harus ingat, ada kala hak kita akan terlepas dr genggaman, jika tidak menggunakan kebijaksanaan untuk mengawalnya. Nampaknya selepas ini anakanda harus melakukan sesuatu selain dari bersolek sahaja..

Puteri Khea Khai tidak perlu diajar kerana sejak kecil lagi dia diasuh untuk menjadi Permaisuri..


Disebalik kekecewaan bondanya, Dara yang amat gembira dgn berita ini, pergi kepada Anothai..

Saya amat gembira, tetapi saya berasa sangsi..
Sangsi tentang apa Tuan Puteri?
Sama ada Anothai melakukan ini semua kerana saya atau Yasothorn
Alangkah baik jika kedua2nya disatukan kerana kedua2nya amat penting bagi patik..
(Sambil mengemaskan butang baju Anothai) Begini pon saya sudah cukup gembira..


Sambil tersenyum dan berlalu pergi..

bersambung......
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2004 05:00 PM | Show all posts
saya yg tak tengok pun terasa ke sweet tannya... terima kasih kek.. tak tahulah macam mana kalau tak de korang ni..kek rinaz dan yg lain.. kempunanlah kat sini

thanks a lot
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 13-9-2004 08:11 PM | Show all posts

:(

mana nak cari cd cite ni yang ade subtitle ( nak sgt cite niiii tolonggggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2004 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by fauralyn at 13-9-2004 08:11 PM:
mana nak cari cd cite ni yang ade subtitle ( nak sgt cite niiii tolonggggg


ramai nampaknya yg cari vcd lakorn ni. tapi nak buat camna, mmg tade dijual. kalo korang boleh beli pon, yg di order kat internet (since Siamese ni ramai kat US) pon korang akan tangok tanpa subtitle..setakat kepuasan menonton tu bolehlah.. tak paham apebendeler tapi..:kant: tu pon kira kite kat Cari ni dah untung sbb ada yg jual underground.. so... tunggu berita dari dialah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2004 11:58 PM | Show all posts

bertuahnya Dara!

Puteri Dara nampaknya bertuah sgt bila ada org yg sangat menyayanginya.. kesian jugak kat Khea Khai, tade sape pon yg sukakan dia.. macam dialu2kan pulak bila dia sudi terima pinangan tu. Dan Dara pulak, nampaknya dia tak perlu bimbangkan apa2, kerana Anothai sentiasa ada untuk melindunginya.. (sweettttt sgt ) Apa2 sekalipon yang berlaku Dara nampaknya boleh mengharapkan Anothai dan Anothai pula, sanggup melakukan apa sahaja demi Dara dan juga Yasothorn, 2 perkara yg paling penting dlm hidupnya.

psstt.. apsal aku rase cam aku nih syok sendiri jek kat thread yang aku bukak nih.. heheh...:gila: aku bukak thread pastu aku dok berforum sorang2... tade ke org nak layan aku nih??:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2004 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 13-9-2004 11:58 PM:
psstt.. apsal aku rase cam aku nih syok sendiri jek kat thread yang aku bukak nih.. heheh... aku bukak thread pastu aku dok berforum sorang2... tade ke org nak layan aku nih??



eh mana ada.. kita ni memang nak sangat join thread ni tapi apakan daya hanya boleh membaca post korang and make request..sebabnya tak dapat tengok.

kalau dapat tengok cerita ni..hari-hari masuk thread ni.. but kek you are awesome .. kalau tak de post kek tentu tak tahu apa yang akan jadi dalam setiap episode..

memang dihargai benarlah penat lelah kek mem posting kat thread ni..

keep up the good work ok..

kek tak keseorangan..:hug:
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 14-9-2004 01:24 AM | Show all posts
mmg takkan ade ke jual cd yang cun untuk di jual kat sini?huu kejam gile
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 08:13 AM | Show all posts
:pmuka: chaiyo..chaiyo... kek.. :pmuka:

versi thai xtau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 13-9-2004 11:58 PM:
Puteri Dara nampaknya bertuah sgt bila ada org yg sangat menyayanginya.. kesian jugak kat Khea Khai, tade sape pon yg sukakan dia.. macam dialu2kan pulak bila dia sudi terima pinangan tu. Dan Dara  ...

Keladi... ko bukan keseorangan... aku ni haaa... dpt baca summary pun dah tersenyum sensorang... ni kan pulak kalau dpt tengok kat tv... tak tau la camane... nasib la aku bizi kat opis ni .. kalau tak SAH-SAH aku layan syok ko tu... :love:
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 14-9-2004 03:34 PM | Show all posts
meaning kan yang jual underground tu..yang kat tv nye version ke..huuuuu huduhnye gambar...cam ade tulisan tulisan promotion kat atas tu kan...huuuu tak de cd yang original ke..i mean yang ade english subtitle pun tak aper la...
sedih gile sini susah nak cari...cam soda and ice tea tu ade kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 05:13 PM | Show all posts
screencaps cerita hari ini... Rinaz tak dapat buat summary lor semua... semoga gambar-gambar ini semua melegakan u all!!!:lol



harap berpuas hati!!:cak:
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2004 07:40 PM | Show all posts
Padan muka Puteri Khea Khai sebab kena kawin dengan Putera Chaiyan dan jadi rakyat Kemmarat. Walaubagaimanapun, aku suka tengok muka Puteri Khea Khai nih bila dia geram/sakit hati/marah. Memek muka dia mengingatkan aku kepada Apatcha...kalau Apatcha berlakon sekali kan best...jadi adik Putera Chaiyan ke...pastu berebut harta dengan Khea Khai...wah, best tuh!:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 12:10 AM | Show all posts
thanks Rinaz..

well anyone yg boleh ceritakan apa yg jadi hari ni please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2004 12:30 AM | Show all posts
yeah.. can anyone post what happened for today?..
i was still in school.. and couldn't watch the 1st 30 minutes again...
T_T  T_T  T_T  T_T  T_T
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 15-9-2004 02:56 AM | Show all posts
mmg serius tak de jual ke cd dia...meraung aku..tgk sekerat2 tak de masa ..waaaa

anyway ni cerita hari ni untuk sesiapa yang tak tgk.

episode 13

putera chaiyan datang untuk mengahwini puteri khea khai.
dalam pada masa yang sama anothai mempunyai plan yang bernas ya itu menukarkan tanah milik puteri khea khai kepada tatau (siapa ek tak perasan).dan memastikan pertukaran itu berlaku sebelum putera chaiyan berkahwin dengan puteri khea khai, kalo tak parah..putera chaiyan akan memiliki sebahagian besar daripada yasorthon.
saat mendebar kan berlaku adalah apabila puteri khea khai agak berkeras untuk menandatangani perjanjian pertukaran tanah tu(ni sebelum kawin).last last puteri khea khai ckp kalo nak dia tukar kan tanah tu ..dia mahu kalung yang putera mahkota yasorthon kasi kat puteri dalakumari tu iaitu kalung waris dari turun menurun.

kerana keadaan memaksa sebegitu untuk menyelamat kan yasorthon , anothai pergi berjumpa puteri dalakumari dan meminta kalung tersebut.puteri dalakumari memberinya..dan penukaran tanah sempat di tandatangani oleh puteri khea khai sebelum putera chaiyan sampai untuk berkahwin dengan nya.
apabila putera chaiyan tiba di yasorthon,perkahwinan antara puteri khea khai berlangsung.majlis nya sangat lah simple dan tak grand pun.
sewaktu puteri dalakumari mengucapkan tahniah kepada putera chaiyan,putera chaiyan memandangnya dengan wajah yang sedih kerana pada mula nya dia mahukan dala.
puteri dala berasa lega kerana bukan dia yang perlu berkahwin dengan putera chaiyan,dan saling berbalas senyuman kepada anothai di dalam majlis itu.

(pasangan berkahwin)
selepas di kahwin kan puteri khea khai dan putera chaiyan menaiki kereta kuda untuk berangkat pulang ke kemmarat.putera chaiyan meminta puteri khea khai surat hak milik tanah kepunyaan puteri khea khai.putera chaiyan terkejut apabila melihat isi kandungan hak milik tanah itu.kerana tanah yang di miliki oleh puteri itu adalah sedikit.lalu puteri memberitahu tentang pertukaran hak milik tanah yang di minta oleh anothai yang berlaku sebelum mereka berkahwin.
putera chaiyan agak marah dgn perlakuan anothai kerana dia telah menghantar sepasukan tentera untuk mengambil tanah yang konon2 nya tanah puteri khea khai di sempadan yasorthorn.

(di sempadan kemmarat-yasorthorn)
sepasukan tentera kemmarat datang untuk menuntut tanah yang konon2 nya mereka punya (derang tatau pasal pertukaran tanah tu lagi).dan mengugut untuk menyerang sekiranya tentera yasorthon berkeras untuk memberi kan mereka melepasi sempadan itu.sebelum sempat tentera kemmarat menyerang tentera yasorthon, anothai dengan macho nya datang membawa surat perjanjian pertukaran tanah puteri khea khai.memula nya tentera kemmarat tidak mahu mempercayai tentang surat itu , berkeras untuk menyerang juga..kemudian belom sempat serang...dua org tentera kemmarat datang membawa message kepada mereka iaitu tentang benarnya pertukaran tanah puteri khea khai.
anothai menarik nafas lega kerana plannya berjaya menyelamatkan yasorthon dari di jajah ;)

(di istana kemmarat)
putera chaiyan sangat marah dgn plan anothai kerana menyebab kan dia tak dpt nak jajah yasorthon.lalu membebel2 untuk membalas dendam la ape la...
pastu berlalu pergi ke kamarnya.
dalam kamarnya..khea khai menunggu dengan penuh perasaan berdebar (konon la first night kan) ...putera chaiyan masuk..pergi ke arah khea khai dan menyentuh dagunya...khea khai memegang balik tgn putera chaiyan..kemudian di tolak oleh putera chaiyan (padan muka ) dan putera chaiyan berlalu pegi keluar dari kamar itu ...khea khai menjerit cam org gile sebab tak di layan ..sian dah la malam first

(sementara itu..)
(anothai di naikkan pangkat menjadi laksamana angkatan tentera)
anothai meninggalkan daun rumput kat tepi sungai.maksudnya nak berjumpa dengan dala.dala tersenyum riang.
sementara itu pula...putera mahkota di istana mencari dala(sebuk je)..dayang memberitahu bahawa dala pegi ke sungai untuk bersiar2....putera mahkota berlari anak menuju ke tepi sungai bertemu dala yang sudah berada di dalam sampan.dia menjerit nama dala dan berkata ingin mengikut nya.dala tak kasi ikut sebab dia ckp putera mahkota sakit,lagipun dia pergi sekejap aje..so tak ikut la.

(di pulau itu)
anothai dan dala berlari menuju ke tempat yang mereka selalu datang..mereka bergurau senda..anothai hampir mencium dala tapi dala malu..haha..dan mereka duduk di situ berdating ... (tak igt skrip sorry)

itu je la yang bole di berikan..kerana tadi tgk pun tak focus sgt.hope info yang ade skit ni bole membantu siapa yang tak tgk tadi.

[ Last edited by fauralyn on 15-9-2004 at 11:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 08:18 AM | Show all posts
he..he..
best ar fauralyn....
klako especially ayat dlm bracket () tuh... :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by kEk_KeL@d| at 12-9-2004 11:46 PM:


ada..:ah: kat page 2 aku dah letak.. tajuk dia As Long As
Shane, jarang nampak ko skang ni ek? bz dgn kelas ker?

[ Last edited by kEk_KeL@d| on 12-9-2004 at 11:58 PM ]


Wo.key.. nanti aku download.. tanx ye..

A'ah le.. sekarang aku tak dapat tengok LK ni sebab kelas aku clash dengan timing cerita ni.. geram lak! :geram:

Kek, ko mana ada shiok sendiri.. :no: lah fikir mcm tu.. aku agak musti ramai yang tak dapat tengok drama ni.. sebab tu lah ramai yang tak post sangat.. kalau aku dapat tengok pun musti aku post bebanyak thread ni.. :ah:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197246 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056584 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list