CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zila_hakimie

Vol.2:YusRy&LiSa:MoGa BahaGia SelamanYa :)

   Close [Copy link]
Post time 27-2-2012 03:52 AM | Show all posts
Nampak sgt yusry sayang kat lisa.....alhamdulillah
Mungkin pengalaman dulu dan semakin matang....
So Lisa...ko kenalah pandai & jaga yusry terlebih2 elok ok...
Kalu tak nahaslah ko ramai nak lempang ko kat sini hahahhaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 03:53 AM | Show all posts
alololo...tecik nye tetek lisa...
anaktoyol Post at 27-2-2012 03:50


xpe la nanti kene pam ngan yusrik besar la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 03:53 AM | Show all posts
Apa motif video erra tu pun nak tayang ek???
Move onlah...rasa cam sibuk je erra ni inteprem lak....
Mcm nak ckap kat semua, yg yusry pernah menjadi milik ku....
choiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 07:38 AM | Show all posts
suwetttnyaa..... lisa cantek yci ensem.. sgt padan hokeh.. xnmpak pon perbezaan umo... huhu

to kaka zila, harap bertabah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 07:41 AM | Show all posts
i pon xphm nape erra nk ckp ape2..
dh lps tu dhla..
xperlu rsnye dia nk komen anything..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 07:42 AM | Show all posts
Reply 185# jingga007


   mmg sesuai+sweet sgat YusLis nie...
*stiap gmbar kapel nie msti ada Bob...{:4_237:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2012 07:46 AM | Show all posts
sweet giler kan lagu ni...indah je..seolah2 dunia ni xde masalah
maxim Post at 27-2-2012 03:53


terpaksa reply kat sini sebab umah lama dah tutup. baru pagi ni masuk berforum balik.

   tu la. lagu ni jenis lagu escapism yg menggamabrkan secebis realiti tapi sebahagian besarnya fairy tale.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:02 AM | Show all posts
Lisa ubah pandangan cinta Yusry

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ
dan MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Bahagia yang dikecapi hari ini diharap sampai ke hujung nyawa mereka.

SELAMA hampir enam tahun hidup menduda selepas bercerai dengan pelakon Erra Fazira, pernah dia memikirkan untuk tidak mahu lagi jatuh cinta.

Malah, Yusry Abdul Halim juga mengakui dia sudah tidak mempercayai akan kuasa cinta yang dulu pernah dikecapinya, tetapi kemudian membawa luka yang parah kepada kehidupan.

Namun, sebagai hamba Allah SWT, siapalah kita yang mahu menidakkan, lantaran segala ketentuan hidup adalah didalam kuasa-Nya.

Kehadiran wanita bernama Lisa Surihani Mohamed dalam hidup Yusry telah merubah segala-galanya.

Pintu hati yang dulu terkunci rapat untuk menerima cinta daripada mana-mana wanita kini sudah terbuka luas.

Kata Yusry, Lisa telah menjadikan dirinya sebagai orang baru dan memberi keyakinan untuk kembali merasai nikmat cinta.

“Bertemu dengan Lisa adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan berlaku sekali lagi. Ia membuatkan diri ini seperti seorang remaja yang baru hendak menjalinkan hubungan cinta pula.

“Saya sendiri tidak pernah sangka akan kembali melalui fasa ini sebelum membuat keputusan untuk menamatkan zaman duda.

“Alhamdulillah, kini Allah SWT telah mempertemukan dengan seorang wanita yang sangat saya cintai dan kami mahukan perkahwinan ini terus kekal sehingga ke akhir hayat,” demikian luahan hati Yusry dengan ketawa ceria dalam sidang akhbar ringkas usai majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya, malam Jumaat lalu.

Antara tenang dan debar

Menyambung bicaranya, Yusry yang segak berbaju Melayu rekaan Taufik Tailor pada malam bersejarah itu juga mengakui debaran kencang yang dialaminya sepanjang majlis berlangsung.

Walaupun pernah berhadapan dengan situasi yang sama enam tahun lalu saat bernikah dengan bekas isteri, tetapi kata anak kedua daripada empat beradik itu, perasaan itu cukup berbeza menjelang ijab kabulnya dengan Lisa.

“Kalau tengok dari segi luarannya, pasti ramai yang menyangkakan saya tenang. Namun gelodak di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“Lebih-lebih lagi apabila melihat Lisa yang lebih tenang daripada saya ketika detik-detik sebelum ijab kabul kami, ia menambahkan lagi debaran di dada saya.

“Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang,” ujar anggota kumpulan KRU berusia 38 tahun itu lagi.

Menyentuh tentang keistimewaan Lisa di matanya, sambil merenung ke arah isteri di sisi, Yusry cukup mengagumi nilai budi bahasa yang dimiliki pelakon filem Ombak Rindu itu.

Kata Yusry, apabila bersama dengan Lisa, dia tidak perlu menjadi orang lain kerana isterinya itu juga seorang yang cukup merendah diri.

“Untuk saya menyenaraikan keistimewaan Lisa, ia memang banyak. Tetapi apa yang boleh dikatakan, dia mudah menyesuaikan diri dengan semua orang tanpa mengira usia, baik daripada kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Itu yang membuatkan saya kagum dengan dia.

“Mungkin ada yang berkata, waktu bercinta semuanya indah belaka. Akan tetapi sebagai lelaki dan suami, saya memang bersedia menerima segala kekurangan yang ada pada Lisa. Sebagai manusia, kita sememangnya tidak sempurna.

“Kadang-kala kalau dia sedang marah, ia tidak kelihatan di wajahnya. Sampai saya perlu bertanya kepadanya adakah dia baik-baik sahaja atau sebaliknya,” kata pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu sambil ketawa kecil.

Meskipun gugup dan gementar, Yusry berjaya melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja sebelum sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular itu.

Pasangan popular itu dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Dalam majlis yang turut dihadiri seramai 250 orang tetamu termasuk teman rapat dan kaum keluarga kedua belah pihak menyaksikan pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran termasuk seutas rantai leher platinum sebagai mas kahwin.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan memberikan sembilan dulang yang digubah indah oleh Cosry dengan kerjasama Eliza Ellies Wedding yang terdiri daripada bunga rampai, tepak sirih, cincin, kelengkapan sembahyang, pakaian lelaki dan coklat.

Mengetahui minat suaminya yang mendalam terhadap muzik, Lisa turut memberikan keyboard, koleksi lagu lama kumpulan The Beatles dan kek berbentuk gramofon sebagai hantaran.

Mahu empat anak

Biarpun menjalinkan hubungan cinta dalam waktu yang singkat selepas hampir setahun berkenalan, bagi Lisa ia bukanlah satu masalah buatnya untuk menerima Yusry sebagai arjuna dalam hidupnya.

“Hubungan kami bukannya suka-suka atau sekadar mahu mencuba. Kami serius dalam perhubungan ini dan atas alasan itu, kami memang sepakat untuk membawanya ke jinjang pelamin.

“Ada sesuatu di dalam diri yang mengatakan memang inilah lelaki yang akan bersama dengan saya sehingga ke akhir hayat, Insya Allah.

“Yusry cukup istimewa di mata dan hati saya. Dengan perkahwinan ini juga, ia membuka ruang untuk kami terus mengenali hati budi masing-masing. Tiada lain yang diharapkan melainkan doa daripada semua orang agar kami kekal selama-lamanya,” kata Lisa dalam nada yang cukup tenang.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 yang kelihatan anggun dengan baju kurung moden putih bersih itu juga menyatakan kesediaannya untuk bergelar ibu.

Sambil mengerling manja ke arah suaminya, Lisa mengimpikan untuk memiliki sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.

“Kami memang sudah bersedia untuk memulakan keluarga sendiri tetapi kami menyerahkannya kepada Yang Maha Esa. Bab anak ini adalah soal rezeki. Tidak kira cepat atau lambat, kami menerimanya dengan senang hati,” jelas Lisa lagi.

Pasangan ini akan berbulan madu di Eropah bermula di Switzerland dan ke beberapa buah negara lain selama tiga minggu selepas majlis resepsi selesai semalam.

Walaupun sudah berumah tangga, baik Yusry mahupun Lisa nampaknya akan terus aktif dalam bidang seni sebaik sahaja pulang dari berbulan madu.

Yusry akan sibuk dengan pasca produksi beberapa buah filem sementara Lisa pula bakal memulakan penggambaran filem terbarunya, Tingkat 4 selain sibuk dengan tugasnya sebagai duta Garnier.




Credits: utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 08:02 AM | Show all posts
Reply 194# Yen_Aireena

Bob pon sweet jugak... cuma big in size sikit
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:08 AM | Show all posts
mia sara tak dtg eh? mesti cute kalo mia jd flower girl lisa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:16 AM | Show all posts
dorg nmpk sgt lovinggggggg
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:20 AM | Show all posts
aku nak join lempang diaorang boleh tak?
tapi lempang manja2 jerlah.....sbb suka sgt tengok gmbr2 diaorang ni. bnyk gmbr2 lucu....
wishing both of them happy together.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:26 AM | Show all posts
tahniah kepada yusri n lisa....so sweet...
semoge bahagia dan kekal hingga ke akhir nyawe.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:27 AM | Show all posts
first taim ai menelaah thread sambil senyum bahagia memanjang...tidak paham dgn diri sendiri kenapa gitu jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:31 AM | Show all posts
tahniah abg yuciku..





lisa, jaga abg yusry baik2..jgn bagi dia kecewa mcm dulu tau

anyway, they both meant to be together. ada hikmah sgt cerai dgn erra. 2-2 sama padan.. 2-2 educated. nampak la sekufu gituu dari segi kesederhanaan (kesederhanaan bagi diorg lah hehe)


iols nak bersendirian jap..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:34 AM | Show all posts
Antara yang hadir

Antara yang hadir

Liyana Jasmay
Marion Counter & hubby
Catriana Ross
Sheira Ayob
Dynas
Scha & Awal
Vee & Shidee
Datin Tiara
Natasha Hudson
Nora Danish
Datuk Yusof Haslam
Aaron Aziz
Fizz Fairuz
Sazzy Falak & hubby
Sein & wife
haiku Post at 27-2-2012 00:08


Tumpang tanya...Sein  tu sape...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2012 08:34 AM | Show all posts
first taim ai menelaah thread sambil senyum bahagia memanjang...tidak paham dgn diri sendiri kenapa  ...
magnus Post at 27-2-2012 08:27


sbb uols happy mcm iols la kot tgk abg yuci dah ada suri dalam hidup dia.. dia tak keseorangan lagi mcm dulu. ada orang yang dpt jaga dia, makan minum dia n buat dia bahagia
semoga abg yuci dapat memimpin lisa jadi seorang muslimah sejati.. dpt membentuk keluarga islam yang betul2...
dan harap perkahwinan ni akan kekal sampai jannah..insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:38 AM | Show all posts
Kesian tgk gmbr2 bob di enterpramekan sipi2. Semoga dia cepat bertemu jodoh and yusry pulak can jadi pengapitnya.

Btw soalan off topic. Dah lama nak tanya. Apa maksud KRU??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:40 AM | Show all posts
Reply 217# sitot


    mungkin jugak ye..ai pelik sbb ai bukanlah peminat dorang pun...tapi happynya bila tgk dorang ni..masa prince william nikoh dgn kate middelton pun ai tadok feeling...mungkin sbb prince william votaks kots..tapi kate gorjesss
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2012 08:42 AM | Show all posts
kredit : dr laman web era
6. Sebelum majlis tamat, para hadirin sempat melihat tayangan video ucapan khas dari Erra Fazira, bekas isteri kepada Yusry Abdul Halim

jingga007 Post at 27-2-2012 02:09


tak berapa nak paham yg ni..kalau takde pun dah ok kot kan...agaknya senang tayang jek video so bila era tak dtg takyah penat nak menjawab soklan "kenapa"...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058441 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list