CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

  [Copy link]
 Author| Post time 4-2-2015 06:36 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 4-2-2015 06:04 PM
memang laa.. ipo la jadi mangsa nanti..
kene usung ke hulu ke hilir..

ceh! aku plak jadi mangsa korang nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2015 06:58 PM | Show all posts
Darah memercik segenap ruang lantai dan dinding. Alif menelan liur. Pucat mukanya ketika ini. Dia tidak berani menapak masuk ke dalam rumah itu. Leher dipanjangkan ke arah celah sofa. Ternampak kaki Benjamin terlunjur di situ. Dia pasti jasad Benjamin sudah kaku,  melihatkan keadaan darah di atas lantai yang pekat dan likat. Matanya tertancap pada sekuntum mawar hitam yang berada dekat dengan paha Benjamin. Masa itu juga dia teringat kata-kata Ipo dulu tentang mawar hitam. Perlahan Alif mengundur dan terus berlari masuk ke dalam rumahnya. Pintu dikunci rapat. Dia sudah panik. Bermakna Benjamin adalah mangsa mawar hitam. Mundar mandir Alif di ruang tamu rumahnya. Apa yang dilihat di ruang tamu rumah Benjamin tadi sudah jelas ada kaitannya dengan mawar hitam.

"Apa harus aku lakukan? Takkan aku nak call polis?" Alif bingung. Sekali lagi dia mundar mandir di situ.

Teringat kesan cap jari di pintu rumah Benjamin. Alif cepat-cepat capai tuala kecil dan bergegas ke rumah Benjamin semula. Dia cepat-cepat mengelap bahagian yang disentuh tadi. Selesai semuanya, dia kembali ke rumah semula. Tersandar di sofa seketika. Jantungnya berdegup kencang. Baru kini dia merasa ketakutan melihat mayat dalam keadaan begitu dan dibunuh kejam. Telefon bimbit dicapai. Nombor Ipo dihubungi. Sementara menunggu Ipo sampai, dia cuba mengingati satu persatu kejadian sebelum itu. Ya, dia terserempak dengan orang yang memakai topi di dalam lif. Di bawah pula, dia melihat seorang perempuan yang berpakaian sama menunggu di tepi motosikal.

"Takkan perempuan tu? Atau.." Alif sudah buntu. Dia dalam bahaya. Polis mungkin menuduhnya bila-bila masa nanti.

Dia pandang jarum jam. Sepuluh minit lagi ke angka dua belas malam. Amir masih belum pulang. Segala kemungkinan mula bermain di benaknya. Dia tahu apa yang sudah terjadi pada Amir dan dirinya dan kejadian di rumah Ben tadi, bukan perbuatannya. Dia masih waras. Alif mencengkam rambut dengan kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 07:41 PM | Show all posts
Ipo replied at 4-2-2015 06:36 PM
ceh! aku plak jadi mangsa korang nih



rasa2 yg mana nicki.. yang mana conan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 08:09 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 4-2-2015 07:41 PM
rasa2 yg mana nicki.. yang mana conan?

hahaha...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 08:10 PM | Show all posts
IPO putuskan talian. Panggilan dari Alif tadi seperti ada perkara buruk sudah berlaku. Nombor telefon Nicki pula dihubungi. Nicki tentu tahu tentang Alif. Dia segera capai kunci kereta dari atas meja dan segera menaiki kereta menuju ke rumah Nicki. Tidak sampai setengah jam memandu, dia sudah sampai di halaman rumah Nicki. Waktu tengah malam seperti itu jalan tidaklah begitu sesak sangat. Tambah lagi rumah Nicki terletak agak jauh dari bandar. Berdekatan pula dengan htuan kecil. Mungkin sebab itulah rumah mereka jadi pilihan makhluk itu agaknya.  Tersenyum dia melihat Nicki dan Conan sudah sedia menunggu di situ. Mereka bertiga mula menuju ke kondominium Alif.

Sepanjang perjalanan, mereka tidak banyak bercakap. Nicki yang duduk di tempat duduk belakang asyik menguap dari tadi, sempat lagi sarung kain pelekat di tubuh. Mata sudah kuyu. Conan di sebelah turut terlelap di kerusi. Dia menekan minyak semakin kuat. Sekali lagi Alif menghubunginya tadi. Tiba di kawasan kondominium itu, Alif sudah menunggu di bawah dekat dengan pondok pengawal.


"Lif, kenapa?" Cepat saja Nicki menerpa ke arah Alif yang sudah kelihatan pucat.


"Alif..apa yang dah jadi?" Ipo pula bertanya.


"Aku...aku.." Berpeluh Alif ketika ini. Dia cepat-cepat tarik tangan Ipo ke satu tempat jauh sikit dari pondok pengawal dan berbisik sesuatu.


"Hah?!" Bulat mata Ipo tatkala mendengar ayat terakhir yang dibisikkan oleh Alif tadi.


"Weh! Apa ni? Main bisik- bisik bagai! Tak aci la macam ni!" Conan tepuk bahu Ipo.


Ipo tidak menjawab. Dia segera mengikuti Alif yang sudah menapak ke pintu lif. Nicki dan Conan turut sama melangkah ke lif. Terkocoh-kocoh! Sampai di tingkat lapan, sebaik menapak keluar dari lif, Alif memberi isyarat supaya berhati-hati. Dia menuding ke arah rumah Benjamin.

"Kau pasti?" Sekali lagi Ipo bertanya. Dengan riak penuh curiga, dia cuba cari reaksi Alif. Lelaki itu mengangguk.

"Apa yang pasti?" Nicki garu kepala.

"Penghuni rumah tu...jadi mangsa mawar hitam.."Alif mula berterus terang.

"Apa?" Serentak Nicki dan Conan bersuara dengan memek muka dan mata terbeliak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 08:10 PM | Show all posts
nak taip citer sikit2..dapat tacang banyak sikit..

boleh kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2015 08:37 PM | Show all posts
Mereka berempat diam kaku di situ. Tidak berani mendekati rumah di hujung tingkat lapan itu. Masing-masing diam. Berfikir apa yang harus dilakukan pada jasad yang terbujur kaku dan berlumuran darah.

"Kita kena call polis..tak pun, call Detektif Hani.."Usul Ipo. Dia juga tidak berani mendekati rumah itu. Bimbang akan ada kesan cap jari di mana-mana.

"Lif..kau pasti ada mawar hitam dalam rumah tu?" Nicki pula menyampuk perbualan Ipo dan Alif.

"Ya..aku nampak. Ada kat tepi paha Ben..oh ya, nama dia Benjamin.." Alif mula menyebut nama mangsa.

"Aku call Hani kejap.." Ipo mula menghubungi Detektif Hani. Agak lama dia berbual dengan detektif muda itu. Biar semuanya terang dan jelas dan mereka tidak perlu takut dituduh membunuh nanti.

"Macam mana?" Conan pula bertanya. Matanya dialih ke arah rumah Benjamin. Dia menelan liur.

"Sekejap lagi Hani sampai." Ipo simpan semula telefon bimbitnya dalam poket seluar.

Mereka semua menunggu di situ dengan penuh sabar. Conan pandang sekitar tingkat lapan itu. Hairan, tiada siapa jiran yang perasan kejadian itu. Nampak gaya memang penghuni di kondominium itu buat hal masing-masing. Mati ke, sakit ke tiada siapa yang peduli. Lihat sajalah Benjamin yang mati katak! Tiada siapa yang peduli!

Sementara menunggu Hani tiba, Ipo mula menyalakan sebatang rokok. Dia menghisap penuh nikmat. Nicki pula hanya sengih melihat Ipo, sudah rupa orang hilang bini! Serabut rambut dan muka. Macam tidak cukup tidur.

"Ipo, kau ni nak kata hilang bini, tak ada bini. Atau..kau putus cinta?" Nicki sengih, sempat mengusik Ipo yang sedang berdiri di tepi beranda kondominium menghadap ke arah  depan. Udara segar di situ dengan angin sejuk pada larut malam cukup tenang. Kalau nak berkarya, tentu idea mencurah-curah.

"Aku mana ada awek. Pretty tak suka aku.."Ipo hembus asap rokok, berkepul ke udara hilang dibawa angin malam.

"Tu la..aku dah cakap. Kau cari je perempuan lain.Macamlah Pretty saja yang ada dalam dunia ni." Conan turut sengih.

Alif hanya senyum hambar. Ya..kata-kata Conan tadi juga sebenarnya terkena batang hidungnya sendiri. Nayla, gadis itulah juga yang dia tunggu. Dia tunduk.


HANI masih di balai. Tadi, dia baru saja selesai meronda sekitar KL. Panggilan dari Ipo tadi membuatkannya merasa curiga. Baru sekejap tadi dia meronda sekitar kawasan kondominium itu. Perasaan dendam pada Benjaminlah yang membuatnya melekat di kawasan itu namun apa yang disampaikan oleh Ipo tadi memang di luar jangkaan. Mungkin berita itu boleh membuatnya merasa gembira. Dia capai kunci motosikal dan sempat mengarahkan kereta peronda polis untuk sama-sama ke Kondominium mewah itu setelah segala aduan dicatat dan direkodkan. Ducati hitam ditunggang laju menuju ke destinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Coppppp... hani..hanna.. dua2 watak ni ada kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2015 08:54 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 4-2-2015 08:51 PM
Coppppp... hani..hanna.. dua2 watak ni ada kan

yerr..Hani tu polis
Hanna tu kerja makmal

Jangan aku yang konfius sudehhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:06 PM | Show all posts
"Apa?" Serentak Nicki dan Conan bersuara dengan memek muka dan mata terbeliak.



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 4-2-2015 09:06 PM



Aaawwwwww!! Dah kenapa tomei sangat nehhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 09:24 PM | Show all posts


Aaawww. Ai comel? Rasa shy-shy cat lak kena puji.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 10:21 PM | Show all posts
hok aloh..comel nyerr...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts

Cukuuuuppppppp!!! Sambungggggg!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2015 10:57 PM | Show all posts
TIBA di kondominium mewah itu, Hani terus saja ke tingkat lapan. Dari pintu lif lagi dia sudah melihat ke empat lelaki itu sedang menunggun di koridor menuju ke rumah hujung. Dia memerhati seketika. Lelaki yang memakai kemeja T belang itulah yang dilihat berlegar-legar di tingkat bawah tadi. Kemudian lelaki itu dilihat menapak ke deretan gerai. Kemas langkahnya diatur menuju ke tempat lelaki berempat itu.

"Ehem!" Hani berdehem kecil. Ke empat lelaki di situ begitu asyik dengan melayan perasaan masing-masing. Ada yang hampir tertidur dengan kain pelekat disarung sehingga menutupi rambut. Dia cuba menahan ketawa. Sudah lagak bujang lapuk!


Ipo yang asyik menyedut asap rokok mula berpaling. Hani sudah sampai. Cepat-cepat dia tenyeh rokok yang sudah tinggal suku itu ke dinding. Dia segera mendekati Hani. Sempat dia melihat Nicki yang tersengguk-sengguk dalam kelubung kain pelekat.


"Mana mayat tu?" Tanya Hani sebaik Ipo sudah menapak ke arahnya.


Conan dan Alif turut tercegat bangun dari duduk mencangkung tadi. Nicki masih terlentuk di situ.


"Ada dalam rumah tu.." Alif tuding ke arah rumah Benjamin. Namun matanya tidak lepas dari memandang Hani. Ya, gadis itulah yang dilihat tadi berdiri di tepi motosikal Ducati hitam. Dia mula berkerut kening.


Hani menghubungi seseorang sebelum menapak masuk ke dalam rumah. Sarung tangan getah dipakai sebelum dia memegang pintu rumah itu. Ipo dan yang lain turut mengikut sehingga ke muka pintu saja. Itu arahan Hani untuk tidak masuk dan merosakkan bukti yang ada. Mereka akur dengan arahan detektif muda itu.


Alif tidak berkelip memandang pegawai polis itu tadi. Memang matanya tidak rabun, memang sah itulah gadis yang dilihat tadi. Dan gadis yang dilihat keluar dari lif juga mempunyai wajah seakan sama dengan pegawai polis itu. Dia mula curiga. Tidak mustahil sekarang ini, pegawaim polis pun boleh melakukan jenayah tanpa disyaki. Dia intai dari muka pintu. Dari cara gadis itu mengambil gambar dan bukti yang ada memang profesional. Segala bukti dimasukkan ke dalam beg plastik dan dilabel.


Hani keluar dari situ dan dia mula mengambil keterangan dari setiap mereka yang ada di situ terutama Alif. Semua keterangan itu direkodkan terus dalam ipad yang sentiasa dibawa bersama. Tidak lama kemudian, dua pegawai polis yang membawa trak polis tiba. Mayat dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan diusung masuk ke dalam lif sebelum diletakkan dalam trak polis.


"Ipo..terima kasih atas kerjasama ni." Hani mengucapkan terima kasih kepada Ipo dan yang lain sebelum beredar dari situ.


"Aku harap kau dapat selesaikan kes ni secepat mungkin. Kes pembunuh sadis tu pun belum selesai.." Balas Ipo.


"Ya. Aku tahu tu. Mawar hitam ni, petunjuk penting bagi kes ni." Hani tunjuk sekuntum mawar hitam yang sudah dimasukkan ke dalam beg plastik.


Nicki dan Conan hanya diam mendengar perbualan Ipo dan Hani. Kes mawar hitam mereka tidak tahu. Semuanya diserahkan kepada Ipo.  Alif pula masih memandang Hani tidak berkelip. Dia cuba mencari persamaan wajah gadis itu dengan gadis yang terserempak dengannya di dalam lif.


Sebelum beredar, Hani sempat berpesan  untuk memberi keterangan di balai polis secara rasmi. Dia jeling Alif yang dari tadi asyik merenungnya. Dia tahu apa yang ada dalam fikiran lelaki itu.


"Oh ya, saya akan dapatkan rakaman cctv dari pihak maintenance. Mungkin pembunuh itu dapat dikesan dan dikenal pasti." Ujar Hani sebelum berlalu pergi.


Mereka yang ada di situ hanya memandang Hani sehingga hilang dari pandangan. Alif pula mengajak mereka yang lain  untuk bermalam di rumahnya saja memandangkan waktu sudah lewat.  Malam itu mereka bermalam di situ.




CONAN tersedar dari tidur. Terasa perutnya memulas. Dia jeling jam. Hampir tiga pagi. Nicki dan Ipo sudah terbongkang tidur dengan nyenyak di sebelah di atas katil Queen yang dikongsi. Dalam keadaan mamai, perlahan dia melangkah ke bilik air yang terletak dekat dengan dapur. Suis lampu di tepi dinding dipetik. Sebaik lampu bernyala, Conan tergamam. Mata yang separuh terbuka tadi sudah menjadi luas. Dia menelan liur. Apa yang terbentang di depan mata sungguh membuatnya merasa kecut perut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2015 11:39 PM | Show all posts
errkkk.... ko jangan tercirit kat situ conan!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 06:48 AM | Show all posts
jangan kata Amir pon jadi bahan ujikaji?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 08:20 AM | Show all posts
Dan...dan la perut ko sakit itu jam, kan Conan?

Ko nampak menatang ni kot?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2015 09:12 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 5-2-2015 08:20 AM
Dan...dan la perut ko sakit itu jam, kan Conan?

Ko nampak menatang ni kot?

adeh..tak habis lagi tucing ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.086982 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list