CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] MENTOR 3 - TAHNIAH!!! BLACK & MAS IDAYU

[Copy link]
 Author| Post time 16-6-2009 12:34 PM | Show all posts
Jaclyn sebak Evo tersingkir
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

Rap




USAHA gigih serta kesabaran tinggi yang ditunjukkan peserta Mentor musim ketiga, Hunanis Zafira Huzaini, 18, atau Fira ternyata membuahkan hasil.

Persembahan bertenaga dengan aksi terbang menerusi lagu medley Ayat-Ayat Cinta dan Just Dance serta duet bersama Faizal Tahir bagi lagu Terlanjut Bercinta berjaya menarik perhatian penonton dan juri profesional sehingga meraih markah tertinggi sebanyak 72.1 peratus pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, malam kelmarin.

Biarpun, Fira hanya memungut mata 39.7 peratus menerusi konsert pertama diikuti 50.6 peratus pada konsert kedua, persembahan di konsert ketiga itu ternyata mengubah kedudukan peserta dari Selangor itu.

Kejayaan berkenaan menjadi keseluruhan markah yang dipungut sebanyak 162.4 peratus.

Lebih dramatik pencapaian protege kepada Lah Ahmad itu boleh disifatkan cemerlang kerana sebelum ini dia dikhabarkan mempunyai harapan tipis untuk mara ke peringkat separuh akhir berdasarkan rekod program realiti tempatan yang kebanyakannya lebih memihak kepada peserta lelaki.

Fira ketika ditemui berkata dia bersyukur kerana usaha dan kesabaran yang ditempuhi sepanjang persembahan konsert berkenaan membuahkan hasil.

"Syukur alhamdulillah kerja keras empat kali ganda daripada persembahan sebelum ini berhasil. Saya puas hati dengan persembahan pada konsert ini.

"Insya-Allah saya akan berusaha enam kali ganda lebih baik untuk persembahan akan datang," katanya.

Bagi Lah Ahmad pula anak didiknya itu berhak memungut markah tinggi pada persembahan berkenaan kerana usaha dan komitmen yang ditunjukkan.

"Untuk persembahan pada konsert ketiga dia betul-betul skor. Mungkin kami sudah belajar daripada pengalaman pada konsert sebelum ini.

"Apabila kerap berada di bawah, kami pernah merasa susah dan ia ternyata membantu untuk berusaha dengan lebih gigih," katanya.

Fira mengiringi Chaq atau Camellus De'lelli Anam, 20, iaitu protege kepada Ajai ke pusingan separuh akhir.

Chaq menyampaikan lagu Apologise dan medley Mana Satu Idaman Kalbu/ Malamku Mimpi duet bersama Alyah. Chaq terlebih dahulu mengesahkan kedudukan di pusingan seterusnya memungut mata keseluruhan tertinggi sebanyak 190.9 peratus.

Hanya 0.7 peratus yang memisahkan persaingan Fira dengan Evo yang dianggotai Khairul Najmuddin Abu Samah, 17, (Hyrul) dan Halhusani Razmi, 20, (Sani).

Protege kepada Jaclyn Victor itu memungut mata keseluruhan sebanyak 161.7 peratus.

Sementara itu, Jaclyn Victor turut meluahkan perasaan hampa apabila gagal bersaing ke peringkat seterusnya, walaupun menegaskan fokus utama bukan kepada imbuhan yang bakal diterima sebaliknya atas dasar minat selain bakat dan potensi yang ada bagi dua anak muda berkenaan.

"Saya salahkan diri saya sendiri dalam hal ini. Mungkin gabungan artis yang tidak popular antara faktor menyebabkan kegagalan untuk diterima penonton atau juri. Disebabkan perkara ini pernah timbul pada peringkat awal penyertaan kami dalam program ini.

"Malah, perkara negatif seperti ini kerap membayangi masyarakat.

"Saya tidak menyesal. Saya sudah mencuba sedaya upaya yang terbaik untuk mereka. Banyak masa saya luangkan bersama mereka.

"Bahkan, saya juga meminta bantuan orang yang terbaik untuk mereka seperti Shafinaz Selamat dan Pat Ibrahim. Mereka ini memang berbakat dan boleh menyanyi," katanya menahan sebak.

Dia yang belum mempunyai perancangan mengenai anak didiknya itu menganggap mungkin bukan rezeki mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sebaliknya mengakui adat pertandingan realiti televisyen tidak semestinya mereka yang menang boleh popular, malah mereka yang tidak menang juga boleh popular.

Sambil Evo meluahkan kekecewaan apabila gagal mara ke pusingan berikutnya, Jaclyn menyifatkan mereka mampu beraksi lebih baik untuk persembahan itu.

Evo menyampaikan lagu Jiwa Lagu Cinta dan Bunyi Gitar dengan persembahan ala muzikal serta lagu duet bersama Tomok (Ku Tak Bisa).

Persembahan peserta dinilai oleh juri profesional iaitu penyanyi, Fauziah Latif dan komposer, Johan Nawawi. Format pemarkahan melalui tiga peringkat iaitu 50 peratus juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus juri awam merangkumi pelajar muzik, golongan media dan semi profesional yang terbabit dalam bidang penyiaran serta muzik.

Dua peserta sudah menempah tiket ke peringkat separuh akhir. Konsert ketiga untuk kumpulan B pada Ahad ini menyaksikan persaingan antara Tahiruddin Sain atau Thye protege kepada Adibah Noor, Hanifah Md Hanafiah (Black) protege Mas Idayu dan Suriana Abdul Wahab (Keena) protege Awie.

Mereka akan berentap memburu dua lagi tempat ke pusingan separuh akhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 12:26 PM | Show all posts

Balas #215 fahmein\ catat

sape dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:41 PM | Show all posts
nampak sedih ajer protoge jac yang pakai baju putih ini....

http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20090616073526/mainpix
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:45 PM | Show all posts

Balas #223 toritonz82\ catat

alamak...... url plak....  tak pasan plak kat blang tuh tulih mainpix.....bukan jpg
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 11:47 PM | Show all posts
minggu nie, sapa 3 artis yang berduet dalam mentor?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 01:27 AM | Show all posts
Originally posted by skymania at 16-6-2009 09:01 AM

die nih ader kontroversi ngan komposer ari tuh kan??


Originally posted by ensemboy at 16-6-2009 09:55 AM
sapa rain ni? aku kenal rain korea jer



Originally posted by derose83 at 17-6-2009 12:26 PM
sape dia ni...


dia nih dtg audition ......time lah ahmad nak ambik protege...
dia kawan gan imran ajmain.....dtg sama2 time tuh konon nak support arr..
lah reject dia mula2.....dia tak puas hati...then minta nyanyi semula....
lah bg rsnya nyanyi lagi....but suara dia mmg sengau je...reject lagi..
dia nih kuar je duk bebel2 kat imran konon dia dah bt terbaik konon...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2009 01:28 AM | Show all posts
Originally posted by toritonz82 at 18-6-2009 11:47 PM
minggu nie, sapa 3 artis yang berduet dalam mentor?


dato m. daud kilau
bob
faradhiya

keena nyanyi gan dato...
yg lagi 2 tak pasti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 09:33 AM | Show all posts
Suramkah Mentor 3?

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my


MENTOR kumpulan Evo, Jaclyn Victor mengalirkan air mata ketika anak didiknya diumumkan tersingkir untuk mara ke peringkat separuh akhir.

BERBANDING awal kemunculan rancangan realiti Mentor yang dimulakan pada tahun 2005, kesuraman program pencarian bakat nyanyian terbitan TV3 itu semakin kian dirasai.

Entah di mana silapnya, rata-rata membangkitkan persoalan yang serupa. Hambar dan kurang menyengat.

Mungkinkah disebabkan impak daripada lambakan pelbagai rancangan realiti di negara ini maka kemeriahan dan kekuatan yang ada pada Mentor umpama 'disedut' dan hilang sedikit demi sedikit atau mungkinkah kerana Mentor musim kali ini bersiaran tiga tahun selepas Mentor 2 melabuhkan tirai, menyebabkan ia kian dilupakan?

Ironinya, format yang ada pada Mentor sudah cukup membuktikan bahawa rancangan itu berbeza daripada mana-mana rancangan realiti nyanyian lain.

Mempertaruhkan nama-nama besar pentas nyanyian sebagai mentor, paparan-paparan menarik yang mengupas bagaimana seseorang mentor mendidik serta mendedahkan teknik nyanyian kepada protege mereka ternyata sesuatu yang cukup menarik untuk dikongsi bersama peminat.

Namun, selama tiga musim mengetengahkan format yang serupa, rancangan yang berjaya mencungkil bakat Pija dan Fiq sebagai juara musim pertama dan kedua itu dilihat semakin kurang impaknya.

Di mana silapnya, kurang publisiti atau kegagalan pihak penganjur mengetengahkan keunikan para peserta Mentor itu sendiri?.

Atau mungkinkah kerana masyarakat hari ini sudah mula muak dengan kebanjiran artis realiti?. Tepuk dada tanya selera.

Menjawab persoalan tersebut, Penerbit Mentor 3, Muhamad Sufian Isa berkata, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat masing-masing.

"Dengan adanya beberapa pembaharuan, kita buat yang terbaik untuk Mentor kali ini.

"Setakat ini, penerimaan daripada penonton memang sangat baik. Lagipun, dalam Mentor yang kita ingin tonjolkan ialah bakat.

"Kelainan yang kita buat untuk Mentor kali ini termasuklah perkenalkan memanggil peserta-peserta yang gagal dalam uji bakat Mentor sebelum ini untuk menyanyi pada setiap akhir konsert.

"Saya tengok ia memang mendapat maklum balas yang baik daripada penonton dan tidak ada lagi pada mana-mana rancangan realiti televisyen lain," kata Sufian sambil memberitahu Mentor 3 ditonton oleh 2.9 juta penonton setiap minggu.

Malam Ahad lalu menyaksikan protege Lah Ahmad iaitu Fira atau nama sebenarnya Hunanis Zafira Huzaini, 18, menguasai pertandingan.

Dengan jumlah mata sebanyak 72.1 peratus termasuk 15 markah yang diberikan oleh juri awam, Fira yang menyanyikan dua buah lagu iaitu Terlanjur Bercinta duet bersama penyanyi Faizal Tahir serta medley Ayat-Ayat Cinta dan Just Dance membuktikan kehadirannya dipentas itu bukan sia-sia.

Bersama dua pesaing kumpulan A iaitu Chaq dan Evo, mereka berentap merebut tempat ke peringkat separuh akhir kumpulan A.

Dengan mata terkumpul sebanyak 162.4 peratus, Fira mengenepikan hak Evo yang memperoleh 161.7 peratus mata terkumpul untuk ke peringkat separuh akhir kumpulan A bersama Chaq yang berjaya mempertahankan mata terkumpul tertinggi sebanyak 190.9 peratus.

Keputusan di atas kertas dua minggu lalu dilihat lebih memihak kepada Chaq dan Evo. Apatah lagi masing-masing memperoleh jumlah mata 138.3 peratus dan 109.4 peratus berbanding Fira yang hanya memperoleh jumlah mata sebanyak 90.3 peratus.

Mungkin inilah yang dinamakan rezeki. Biarpun hanya memperoleh 39.7 peratus markah pada konsert pertama kumpulan A, dia bangkit membuktikan kebolehan diri apabila peningkatan ketara berjaya ditonjolkan pada konsert kedua kumpulan A sehingga berjaya memperoleh sebanyak 50.6 peratus markah.

Tidak dinafikan persembahan Fira pada malam tersebut cukup memukau dengan serlahan vokal menerusi lagu Terlanjur Bercinta.

Kenapa Jac menangis?

Penyingkiran Evo pada minggu lalu ternyata memberi impak yang bukan kecil kepada mentornya, penyanyi terkenal Jaclyn Victor.

Malah, penyanyi itu turut mengalirkan air mata apabila dua anak didiknya itu terkandas untuk ke peringkat seterusnya.

Persoalannya, mengapa Jac perlu menangis?.

Apakah kerana perasaan kasihan atau rasa kecewa dengan keputusan juri?

Sudah menjadi adat pertandingan realiti. Kalau tidak memang sudah tentu terkandas dan sebagai seorang yang pernah lahir daripada program realiti (Malaysian Idol), Jac seharusnya lebih bersikap profesional.

Bagaimanapun, bukan saja-saja dia ingin mempamerkan riak kesedihan di khalayak ramai.

Ketika ditemui sejurus selesai konsert ketiga kumpulan A, Jac memberitahu masanya telah banyak dihabiskan untuk menjayakan Mentor.

Bukan tidak puas hati, namun sebagai mentor, kata Jac dalam masa yang singkat dia dapat melihat peningkatan dan usaha daripada dua anak didiknya itu.

"Saya sudah cuba sedaya upaya untuk mengajar mereka (anggota Evo). Saya menangis bukan kerana kalah atau tersingkir tetapi mengenangkan terlalu banyak masa yang saya sudah beri.

"Bukan itu sahaja, saya ada minta bantuan daripada orang berpengalaman dalam seni iaitu Syafinaz Selamat dan Pat Ibrahim untuk membantu persembahan mereka.

"Saya cuba nak memuaskan hati semua orang. Tetapi nak buat macam mana, hari ini (Ahad lalu) tidak kesampaian.

"Bila buat sungguh-sungguh komen pula agak kurang memberangsangkan. Mungkin sebab masa latihan tidak mencukupi. Dalam masa yang singkat saya mengajar mereka (Evo), saya harap mereka telah faham apa yang saya cuba sampaikan," kata Jaclyn mengulas mengenai penyingkiran anak didiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 10:47 AM | Show all posts
Menangis tu maksud dia "Nak menang sangat!!!" hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 10:56 AM | Show all posts

Reply #229 tdpp2006's post

sape la yg tanak menang kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:14 AM | Show all posts
Penerbit sangkal dakwaan Mentor gagal pikat penonton
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my


AJAI mempertaruhkan Chaq yang mendapat peratusan undian keseluruhan tertinggi iaitu 190.9.

MASIH ada pengikut setia. Demikian dapat disimpulkan mengenai program Mentor musim ketiga yang sedang bersiaran di TV3 kerana ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penonton walau pun ada yang mendakwa program ini semakin suam-suam kuku.

Bermula daripada kisah yang kurang enak melatari golongan artis yang dipilih memikul tugas sebagai mentor sehinggalah protege yang terbabit musim ini juga bagaikan kurang mantap atau paling sesuai dikatakan hanya sekadar tangkap muat.

Namun semua itu sekadar pandangan mata kasar kerana setiap malam Ahad ketika program itu disiarkan, ia masih menjadi tumpuan dan pilihan penonton di rumah mahupun di dewan Majlis Bandaran Shah Alam. Bukti paling kukuh menyokong kenyataan itu disokong sendiri Muhammad Sufian Isa yang bertindak sebagai Penerbit dan Pengarah Mentor 3.

揈pisod minggu lalu kita mengumpul rating mencecah hampir 2.9 juta. Setakat ini, penerimaan program itu sangat baik dan kita akan cuba kekalkan prestasinya hingga ke peringkat akhir. Saya sendiri kurang pasti dengan persepsi sesetengah orang yang berpendapat Mentor 3 sudah suram. Malah ada yang memberi cadangan meminta Mentor 3 perlu dipertingkatkan.

揇engan format baru memperkenalkan Nas Ahmad sebagai penemubual di belakang pentas dan menjemput peserta yang gagal terpilih di dalam Mentor membuat persembahan, ia adalah bukti kami membuat sehabis baik bagi menarik minat penonton.

揔ami sentiasa mengambil perhatian setiap kritikan dan pandangan untuk terus memantapkan program ini. Begitu juga dengan Mentor yang memikul amanah besar terhadap protege masing-masing,
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 10:54 PM | Show all posts
Pandai2 jer repot kata suram la...aper lah...

Booooo!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 07:56 PM | Show all posts
232# ikanbilis

sory nak tanya....lisa tak fhm sgt apa yg dikatakan suram tuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2009 11:46 PM | Show all posts
232# ikanbilis  

sory nak tanya....lisa tak fhm sgt apa yg dikatakan suram tuh
eddlisa_uyuk Post at 20-6-2009 18:56



refer tajuk post syed tepek "suramkah mentor 3"
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 12:34 PM | Show all posts
234# toritonz82

ooooo ok. ok...slow lisa nih

amboi...avatar mikael...comeiii...ayahnyerr tak de ke??
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 08:02 PM | Show all posts
235# eddlisa_uyuk



mikael jauh lebih comei dari ayah dia......





larikkkkkkk............. hehehehe...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2009 10:42 PM | Show all posts
comeinya thye tadi........ utk minggu nie thye menang...tapi jumlah keseluruhan black yg menang......


aq tgk tadi black cam dak tingkatan 5.....thye plak cam dak darjah 5........comei...... cam avvy aq.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:10 PM | Show all posts
bodonye wartawan tu sesuka hati jer cakap suram..

aku rasa mentor 3 ni la rancangan menyanyi paling berbaloi ditonton..
impres jugaklaa dengan persembahan peserta2nye..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2009 11:21 PM | Show all posts
persembahan tadi pon meletop kebaboom...... gabungan thye - bob besh.... keena persembahan kedua besh.....siap.....ada tali lagik.... (mcm persembahan fira minggu lepas kan....) tapi yang paling besh gurauan sesama mentor2 downg.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 05:33 PM | Show all posts
mentor team B best skit..lawak jer tgk dorg bertiga tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.062096 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list