Edited by ohsemmm at 23-11-2016 03:10 PM
Kisah2Masih berkenaan dengan Batu 6.
Selepas beberapa tahun rumah pusaka atuk ditinggalkan sepi, acik (mak sedara aku), ambik keputusan untuk renovate rumah pusaka tu. Kononnya nak balik kampung la lepas dah pencen. Bila rumah dah siap, N (adik kepada Yob) buat planning nak buat gathering besar-besaran. Then berbondong2 la kami ni balik, sampaikan abang2 & kakak2 ipar aku pun berminat join sama. Rumah pusaka tu kemain besar acik renovate kan. Setakat nak masuk 100 orang tu boleh ja. Budak2 pun suka lari sana sini.
Bila dah ramai2 lagi la seronok buka kisah2 lama &gossip. Berjug2 teh tarik dihidang melayan borak semua orang. Dah puas borakkat rumah…sibuk pulak nak sambung kat kedai mamak sambil layan bola. Apa korangingat ni KL ke yang kedai mamak bersepah merata2. Ada yang setuju nak pergi,tak kurang juga yang menolak sebab masing2 tau dorang kena merempuh batu 6untuk ke Pekan Batu Gajah. Aku siap warning laki aku, kalau awak join dorang, silatidur kat anjung ye!.
Lepas diskusi yang panjang, akhirnya Yob & F (cousin aku) je yang gedik nak meneruskan hajat. Hajat asal, takat nak pekena teh tarik segelas sorang & layan bola barang sejam dua . Tapi sebab dah asyik melayan borak barulah dorang sedar yang hari dah nak menjejak tengah malam. Sudah…nak merempuh batu 6 ni. Suka atau tidak, kena jugak harung kan. Maka dengan tekad yang kuat, dorang pun meredah la kegelapan malam nak balik ke rumah atuk. Yob siap pesan kat F, ‘drive rileks je, apa pun yang jadi kita tempuh bersama..cewah’
Dekat2 nak sampai batu 6, suasana tenang & tiada sebarang rasa seram. Sekali sekala kereta meluncur laju dilorong yang bertentangan. Mat2 motor pun ada juga yang memotong dengan laju (nak siap2 pegi merempit gamaknya). Dua2 rasa macam lega, so F drive (Yob tak boleh drive sebab mata kurang awas dah) dengan kelajuan sederhana sambil borak2 dengan Yob, nak kurangkan rasa takut la tu.
Kemudian, terdengar bunyi motor dibahagian pemandu, Frasa rilek je and dia slow sikit supaya motor tu boleh potong. Namun motor tu tak nak la pulak potong & keep bersaing dengan dorang. Rasa tak sedap hati,Yob pun renung la mat motor tu…rupanya mamat motor tu takde mukaaaaaa!
F dah start cuak, nak tekan brek, tertekan minyak.Kereta menderum kedepan, motor tu pun laju sama. Rasa nak terkucil dah ada, tangan pun dah macam nak lembik. Nasib la Yob ada sedikit sebanyak ilmu so dia steady je. Dia suruh F drive & jangan pandang benda tu. Yob lagi risau kalau dorang terbabas ketepi & terjun lombong. Yang si F, ayat2 lazim dah tunggang terbalik dibacanya. Dia tekad untuk speed selaju yang mampu. Yob pulak mengucap bila F tekan minyak.
F tekan minyak, motor tu pun laju kedepan, F perlahankan kereta, motor tu pun sama. Jadila episode dorang perlahan-laju-perlahan-laju-perlahan buat seketika & tiba ‘motor’ tu pun sirna macam gitu aje. Rupanya dorang berdua dah lepas simpang rumah atuk & terlajak hampir ke pekan Tanjong Tualang. Nak tak nak kena la si F patah balik & drive lagi dalam mengigil2.
Esok paginya time sarapan, riuh la kisah mamat motortu, and F tak join sarap sebab berkelubung dalam selimut..demam terkejut!
|