CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kEk_KeL@d|

THE PRINCESS (LEARD KATTIYA) [SESI SEMBANG2]

 Close [Copy link]
Post time 15-9-2004 04:21 PM | Show all posts
ya tak ya gak...apa kabar tauke vcd kite ni menyepi aje...:hmm:tak sabar dah ni...:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fauralyn This user has been deleted
Post time 15-9-2004 04:53 PM | Show all posts
sementara ade masa saya pun tuliskan sekejap..skrip tak semestinya betul, i just tulis ape yang igt igt camtu jer oke?

episode 14

(masih di pulau)
anothai dan dala berdating..dan mengayuh sampan...sedang mengayuh sampan tetibe dala teringat akan janji nya untuk berjumpa dan berborak dengan putera mahkota(gedik tul borak pun nak janji).lalu dia terpaksa habis dating kat situ aje dan pulang ke istana.

(sesampai di tepian sungai istana)
dala dan dayang nya turun .setiba nya dia di situ..ibunya datang dengan membebel kenape pergi sorang turun sungai..dan dala membalas.."saya pergi dengan dayang bukannya seorang"..ibunya seterusnya memarahi dan berkata " kita sudah malu kerana tidak dapat menjadi kan kau sebagai pemaisuri kemmarat,lalu kita tak patut lepas kan peluang untuk menjadikan kau pemaisuri yasorthon (kasi hint la tu kene kawin ngan putera mahkota)
dala membuat muka..lalu berlalu pergi..

(di bilik putera mahkota)
putera mahkota duduk di atas katil nya memegang bunga ros putih.nak melukis bunga ros putih itu...tapi tetibe tak jadi ..sebab kepala cam bengang ..kerana merasakan puteri dala tidak melayan nya (kwang3) lalu ros putih di masuk kan ke balang secara terbalik.

(di pejabat anothai)
putera mahkota masuk dan berjumpa anothai..kerana ingin berkata tentang masalah yang sedang menyerabutkan fikiran nya.
dia memberitahu anothai bahawa dia mencintai puteri dala.ketika itu rupa anothai sangat kelat dan sedih. tapi berpura pura seperti good listener.:devil:
putera mahkota berkata mungkinkah dala mencintai org lain kerana tidak melayannya..anothai membalas "tidak mungkin".
seterusnya putera mahkota meminta anothai menjadi org tengah antara mereka berdua dan akan mengkabulkan kesemua permintaan anothai sekiranya anothai berjaya mencari ikhtiar menggabungkan dia dan dala.
anothai hanya berkata "saya menurut perintah"

(di rumah anothai)
ayah anothai menegur anothai yang sedih dan kusam.dan memberi nasihat..
"sekiranya kita menyanyangi orang itu,dan tidak dapat menggapainya..letakkanlah dia di sekedudukanya yang adanya agar bahagia".anothai menerima nasihat ayahnya kerana sedar akan diri nya.

(di istana puteri)
puteri berjalan di koridor istana (koridor ek panggil) anothai pula di bawah .
dia memanggil nama anothai ..tetapi anothai berkata "jangan begitu.nanti org lain tahu".puteri berjalan di koridor dan anothai berjalan seiringan dengannya ( di bawah).anothai meminta berjumpa dengan dala di pulau itu.dala bersetuju.

(di pulau itu)
anothai dan dala berjumpa..dan berborak borak seperti biasa.tetapi anothai bermuka sedih sangat sebab dia tau dia terpaksa membantu putera mahkota.
dala memetik bunga rumput di tepi nya.anothai bertanya kenapa kamu masih ingin memetik bunga rumput itu.dala kata dia masih ingin mengutip nya kerana rasa ia nya terlalu berharga.anothai berkata bukan kah ia tidak seperti bunga mawar yang di letakkan di dalam pasu emas.dala berkata ia nya tidak sama..pastu last last dia cakap saya mahu bersama anothai selama lamanya.anothai berasa sangat sedih dan memeluk erat dala.
selepas itu anothai berkata dia ingin membawa dala ke suatu tempat yang indah.dala hanya dengan happy mahu ikut.lalu anothai membawa dala ke tempat yang indah itu.

(di tempat yang indah itu)
anothai berjalan bersama dala.dan tiba tiba anothai berkelakuan ganjil iaitu meletakkan tangan di bahunya nya untuk menunjukkan rasa hormat.dala pelik lalu memusingkan diri nya dan melihat putera mahkota menunggu nya di belakang .baru lah dala paham bahawa apa yang sedang di lakukan oleh anothai iaitu cuba mematch make kan dia bersama putera mahkota.muka dala sangat la sedih dan hanya memandang anothai dengan perasaan marah.
dala menuju ke arah putera mahkota..mereka pergi ke tepi sungai..sementara anothai hanya berdiri di belakang mereka.
putera mahkota melafazkan kata cinta nya kepada dala.dala terkedu dan tidak menjawab soalan putera mahkota.putera mahkota merasa sangat gembira kerana dala sanggup bertemunya di situ .dala tidak dapat memberikan jawapan bahawa sama ada dia mencintai putera mahkota atau tidak.lalu putera mahkota berkata dia sanggup menunggu jawapan dari pada dala.
putera mahkota mengutip bunga di tepi sungai.sementara itu dala memandang anothai dengan sangat marah dan sedih.



korang i sambung esok pagi bole?i nak kejar pegi balik dah..oke setakat ni je buat masa ni..enjoy..nanti i sambung balik..tunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 08:17 PM | Show all posts
petang tadi baru first time tengok cite ni!!
tak sangka pelakon fox n sugarcube tu yg belakon!!!!!
cite ni cam bleh tahan gak ehh...
-_- malangnye tak dapat tengok sgt sebab waktu tu ada kelas -_-
vcd tu michi pun nak!
dah siap nanti jangan lupa hebahkan ye@!
thanks
Reply

Use magic Report

pyada This user has been deleted
Post time 15-9-2004 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by cozack at 13-9-2004 09:16 AM:



citer FOX ada 7 episode terakhir jer.. yang awal2 tak record.. so sori laa..




ooo...ye ke, kalu gitu takpalah nak wat camne.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2004 11:41 PM | Show all posts
Hi guyz!  Saya ni budak baru.  Tapi taklah baru sangat since I ikut you all punya borak bila Leard Kattiya aired on tv2 from day 1 lagi.  Macam you all gak, I got this nice feeling bila tengok citer tu.  Then masuk sini, you all borak-borak among yourself, rasa syok tu tak putus-putus lak!  Anyway, I dah pi survey semua website (dah tak tau mana lagi nak cari), I nak minta tolong dari COZACK, since you ada buat recording citer ni, bole include nama I dalam list you untuk this drama?  Please!!!  I berharap sangat sangat sangat!  Kalu bole, just tell me how the arrangement is, ek?!:pray:  

p/s today punya episode is the best (tak tau lak kalau esok-esok ada best lagi).  Tak leh tengok Anothai menitiskan airmata bila Dara kata.... "kalau Anothai setia dan bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan Putera Mahkota, jangan korbankan cinta kita ini.  Alahaiii.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 12:09 AM | Show all posts
Fauralyn...thank yoi so much.. thanks for today's summary..

tak pe lambat pun tak pe as long as you are still wanna posting summary for every episode..


thanks again


[ Last edited by sara on 16-9-2004 at 12:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2004 02:30 AM | Show all posts
Terima kasih banyak... Fauralyn!

Biar Rinaz sambung lagi sikit.. Epi 14

Tiba-tiba Putera mahkota jatuh sakit.. lalu dibawa pulang ke istana oleh Dala & Anothai.  Dala ingin memanggil tabib istana tetapi Putera enggan dan hanya mahu berehat sahaja.  Lalu disuruh Anothai menghantar Dala pulang... dalam perjalanan, Dala marah sangat dengan Anothai kerana perbuatannya itu.  Dala bertanya dengan Anothai.. adakah beliau sudah tidak menyintainya lagi.. hingga sanggup berbuat demikian! Anothai berkata bahawa beliau berbuat sedemikian kerana untuk Yasothorn.. Dala menangis.. begitu juga Anothai! lalu dala berkata kepada Anothai 'Aku benci kamu'.. lalu pulang!

Selepas itu Anothai kembali ke istana untuk melihat keadaan Putera.  Putera berterima kasih dengan beliau atas pertolongannya untuk diketemukan dengan Dala.  Putera menanyakan dengan Anothai.. apakah kemahuannya.. setelah berjaya melaksanakan tugas yang diarahnya itu.. Anothai cuma berkata.. jika Putera bahagia.. patik pun ikut gembira juga.  Malam tiba.. Anothai teringat kembali kata-kata Dala siang tadi terhadapnya.. beliau sedih.. sayu.. hingga beliau melepaskan kesedihannya dengan berminum, menembak dan bertumbuk... lalu beliau terduduk ke bawah...  Anothai berkata.. hidupnya hanyalah berkhidmat dan buat yang terbaik untuk Yasothorn.. lalu beliau terbaring di atas rumput!!

bersambung... epi 15
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 08:20 AM | Show all posts
THANKS TO BOTH OF YOU -------------> FAURALYN & RINAZ !! :bodek::bodek:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2004 08:38 AM | Show all posts
Fauralyn & Rinaz ... thanks again...
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 09:35 AM | Show all posts
thank you rinaz sebab sambungkan..tak saba nak tunggu hari ni punya tayangan~;)
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 09:49 AM | Show all posts

Eeeemmm.......

:ah: Last episode cite nie 4/10/04. So check it out guy'z..:love:
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 11:00 AM | Show all posts
ost dia sgt besh oke.siapa ade piano score dia.teringin jugak nak main.tapi susah nak cari dia nye notes
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 02:46 PM | Show all posts
ala ciannyer Anothai...frust giler dier!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 03:02 PM | Show all posts
adoi la putera tue perasan Dala nak tanya Anothai pasal dia...perasannyer!:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 03:32 PM | Show all posts
kesiannya kat dala....tapi kesian lagi kat anothai....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 04:18 PM | Show all posts
sian Anothai...:cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2004 04:36 PM | Show all posts
tolonglah bagi summary untuk episode hari ni please
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 05:39 PM | Show all posts
hmmm... takde lagi summary utk hari ni ye... takpe lah... kan ku nanti sampai esok
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 05:43 PM | Show all posts
katne leh download mp3 lagu2 chite ni ye?
Reply

Use magic Report

fauralyn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 06:16 PM | Show all posts
sorry r kalo tak detail sgt and ade silap ..sebab ni je yang mampu igt, skrip pun igt camtu2 jer~...anyway enjoy dan harap info ni dapat bantu tolong org yang tak dpt tgk~;)

episode 15

(di padang latihan tentera)
anothai menegaskan kepada pasukan tentera nya supaya berkerja lebih keras.dia memarahi tentera nya kerana tidak berlatih dengan tekun dan bersungguh.(sebenarnya dia cam tensen sebab dala dan putera mahkota).
dia berlawan dengan salah seorang tenteranya dan tercedera di pergelangan tangannya.tetapi dia tidak memarahi tentera itu malah berkata tentera itu berlawan dengan bersemangat sekali!~

(di istana kemmarat)
seorang pengutus memberitahu kepada putera chaiyan bahawa pasukan tentera yasorthon sedang berlatih dengan bersungguh2.putera chaiyan agak bengang dengan ape yang di dengari nya.salah seorang penolong nya mencadangkan agar kemmarat pula yang membentuk sebuah pasukan tentera khas pula.putera chaiyan amat gembira dengan cadangan itu, dan berazam untuk menjadikan pasukan tentera nya lebih cekap dan hebat dari pasukan tentera khas yasorthon.

(di perkarangan istana yasorthon)
putera mahkota dan puteri dala sedang bermain baling bola (macam bowling padang)apabila anothai sampai kepada mereka.putera mahkota memberitahu dala bahawa anothai amat cekap bermain permainan itu.dala meneruskan permainan dan membaling bola itu ke arah kaki anothai.putera mahkora bertanya kenapa dala membaling ke arah situ sedangkan dala sangat bermain permainan itu,dan kepada anothai beliau bertanya kenapa tidak mengelak kerana anothai tere mengelak.dan akhirnya anothai dan dala hanya saling berpandangan.
puteri mintak excuse mengatakan dia kurang sihat dan berlalu pergi.

(di istana putera mahkota)
ayahanda dan bonda putera mahkota sedang berbual tentang betapa rajin dan semakin bertanggungjawabnya putera mahkota sejak beliau rapat dengan puteri dala.dan membuat kesimpulan bahawa mereka sudah yakin akan putera mahkota untuk menduduki taktha ayahandanya sebagai raja tidak lama lagi.bonda nya pula memberi cadangan agar putera mahkota mencari maharani yang sesuai dengannya.lalu mencadangkan agar puteri dala bertunang dan berkahwin dengan putera mahkota.cadangan itu amat di persetujui oleh ayahandanya.dan mereka menghantar utusan kepada ibu dala dan dala sendiri.

(di bilik istirehat puteri dan ibunya)
perutusan untuk masuk meminang dan berkahwin dengan puteri dala di sampaikan oleh pengutus dari pihak putera mahkota.ibu puteri dala sangat berbesar hati dengan perutusan itu dan berkata "akhirnya impian kita tercapai" kerana dala akan menjadi pemaisuri tak lama lagi  (mak ke anak yang nak kawin ni helo?) .muka dala sangat sedih dengan perutusan itu.

(di bilik istirehat - putera mahkota,ayahanda dan bondanya)
putera mahkota mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bondanya kerana menjadi kan impian nya satu kenyataan iaitu memiliki dala sebagai isteri.dan mengatakan bahawa anothai yang byk membantu nya dalam hal ini,lalu bertanyakan ayahandanya apa kata sekiranya menaikkan pangkat anothai sebagai panglima angkatan tentera.ayahanda nya bersetuju tetapi perkara tersebut perlu di bincangkan terlebih dahulu dengan jemaah menteri.sekiranya mereka bersetuju anothai akan dilantikkan sebagai panglima angkatan tentera.

(di istana yasorthon)
putera mahkota sangat gembira dengan keputusan yang di lakukan oleh parent nya, lalu bergegas mencari anothai untuk memberitahu berita gembira itu.dia mencari anothai di istana, tetapi pengawal mengatakan dia berada di padang latihan tentera,lalu dia mencari anothai di sana.

(di padang latihan tentera yasorthon)
putera mahkota berjumpa dengan anothai , dan memberitahu ttg perkahwinan dengan puteri dala,dan berterima kasih dengan usaha anothai mematchkan mereka.air muka anothai sangat sangat sedih ketika itu dan hanya mampu mengucapkan tahniah kepada putera mahkota.
putera mahkota akan menaikkan pangkat anothai seperti yang di janji kan pada episod 13 lalu iaitu menjadikannya panglima angkatan tentera termuda di yasorthon.

(di bilik ibu puteri khea khai)
ibunya sangat bengang kerana puteri dala akan di kahwinkan dengan putera mahkota.dia membebel bebel kepada pengawal yang gile rasuah tu akan tensen nya sekiranya dala menjadi pemaisuri kelak.

(di perkarangan istana yasorthon)
putera mahkota memberikan ros merah kepada dala.
putera mahkota bertanyakan kepada dala adakah tindakannya terburu2 untuk mengahwini dala.dala hanya menjawab "sekiranya itu arahan kanda,adinda terpaksa akur" dan putera mahkota menjawab "jangan lah berkata begitu ia seolah olah kanda memaksa dinda".
dala hanya mampu setuju dengan keputusan itu.ketika mahu melangkah pergi putera mahkota berkata "dinda patut berterima kasih kepada anothai kerana ini semua adalah rancangannya".dala dengan muka curious bertanye "adakah semua ini rancanganya dari awal?".putera mahkota "ya,kerana kanda telah berjanji untuk menaikkan pangkat nya menjadi panglima angkatan tentera".di dalam pemikiran dala dia merasa sangat bengang kerana menyangka kan anothai nak sangat kan pangkat itu sehingga sanggup melihat dala berkahwin dengan putera mahkota.

(di istana yasorthon)
istiadat perlantikan anothai sebagai panglima angkatan tentera di laksanakan.
dan dia kini adalah panglima termuda di yasorthon.yeay .
selepas perlantikan nya anothai berlalu keluar,dan dala menegur nya "tahniah panglima".seterusnya perbualan topik adalah kerana dala marahkan anothai,sebab dia ingat anothai tipu dia untuk pangkatnya..
dan anothai hanya menjawab "saya lakukan untuk puteri". dan dala berlalu pergi.


tarikh perkahwinan dala dan putera mahkota di tetapkan pada 10.9 dan majlis akan di adakah 7 hari berturut turut.

(di perkarangan istana - selepas upacara perlantikan anothai-cam org berkumpul kat luar lepak2)
sedang ibu dala dan dala berborak , putera mahkota datang mengatakan ingin berjalan2 dengan dala.dala hanya menuruti putera.putera mahkota menuju ke arah anothai dan dala hanya mengikut di belakang.
"tahniah anothai " kata putera mahkota.anothai menjawab dia merasa gembira dengan perkahwinan putera mahkota dan dala (tipunya ).dala bertanya adakah bebetul gembira?anothai menjawab "ya saya benar2 gembira".
sementara itu putera mahkota di panggil oleh salah seorang pengawal nya kerana ada hal yang perlu di bereskan dan bertanya adakah dala ingin mengikutnya...dala mengatakan dia ade sesuatu ingin bertanya kepada panglima(anothai).putera mahkota berkata adakah mungkin dala ingin mengetahui tentang diri putera mahkota dengan mendalam melalui anothai kerana anothai mengenali nya dari kecik(perasan tak terkira oke:agr.dan putera mahkota berlalu pergi dan meninggalkan anothai dan dala berdua duaan(:devil.
dala menyatakan perasaan sedih nya kerana di perlakukan sedemikian oleh anothai.anothai berkata dia buat segala gala nya untuk puteri kerana walau di mana sekali pun puteri berada dia akan sentiasa di sisi nya dan menjaga keselamatan juga berkhidmat kepadanya,walaupun hati nya pedih untuk melihat semua perkara itu berlaku.

(pada mesyuarat antara pembesar yasorthon)
perebutan untuk menjadi ketua di antara pergabungan 3 negeri kecik di situ menjadi topik mesyuarat.kemmarat ingin menjadi tuan rumah mesyuarat tentang siapa perlu menjadi ketua kepada 3 buah negeri itu.anothai mencadangkan agar yasorthon menjadi tuan rumah agar nyawa pembesar yasorthon yang akan pergi bermesyuarat tidak terancam sekiranya mereka menjadi tuan rumah bukan kemmarat.

(di istana kemmarat)
raja kemmarat sangat berang dengan keputusan yasorthon yang ingin menjadi tuan rumah kepada mesyuarat antara negeri itu.putera chaiyan juga begitu marah dengan tindakan yasorthon.

(di bilik khea khai - di kemmarat)
dayangnya masuk mengatakan bahawa putera chaiyan tidak dapat pulang makan bersama khea khai kerana mempunyai hal di luar.puteri khea khai sangat tensen dan berkata kata "aku tersalah membuat pilihan"  "aku seperti sebatang kara di negara orang,tiada org pun mempedulikan aku" (:devil: padan muka kau)

(di istana yasorthon)
istiadat pertunangan berlangsung dan putera mahkota menyarungkan cincin ke jari dala.
di majlis itu,dala memandang anothai dengan pandangan yang sakit hati, dan anothai hanya mampu berdiri di situ dan memandangnya dari jauh kesiannya.

(di padang latihan tentera yasorthon)
anothai bekerja keras dan menyuruh askar2 nya berlatih bersungguh2.

bersambung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.072320 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list