CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahmein

wartawan melayu dihencap shilalat

[Copy link]
Post time 24-9-2014 11:43 AM | Show all posts
apa lah cite press conference dia ptg ni ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 11:58 AM | Show all posts
Memang lumrah kebanyakan media di Malaysia ni.. kalau bab kontroversi atau gosip panas atau majlis kahwin, tak payah jemput. Ada jer yang nak menyibuk. Tapi kalau bab-bab kejayaan artis ni memang agak kurang!!! Dulu pun Fasha bukan main lagi kena boikot bagai.. last2 habis camtu jer sebab peminat sekarang dah pandai menilai. Kalau artis tu berbakat dan pandai menghargai peminatnya, adalah peminatnya. Media sosial skrg pun bersepah. Ko promote je lah diri kau dlm tu Shila, x payahlah nak mengharap wartawan kat Malaysia yang lebih mengejar cerita kontroversi dan bertenggek kat forum ni utk cilok cerita2 hot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:23 PM | Show all posts
sidang media ari ni pukul 3 kan??


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 03:03 PM | Show all posts
korang mesti tak baca paper hari2 ... banyak je berita aktiviti , business , laporan kejayaan artis ditulis ...  berita kemenangan anugerah tak berprestij mana pun masih ditulis .. tp biasalah .. berita2 macam tu mana nak ingat @ perasan @ baca .. kalau berita gossip senang je mata tu nampak ..



Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Any update about the press conference ptg td?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:36 PM | Show all posts
enchikfitz posted on 24-9-2014 08:34 PM
Any update about the press conference ptg td?

pi bukak cenel Astro 135 skrg...Paknil tgh interbiu Shila dan ND Lala.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2014 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 24-9-2014 08:36 PM
pi bukak cenel Astro 135 skrg...Paknil tgh interbiu Shila dan ND Lala.....

Ala...aku x de astro la der. Updatekan pls. Tq in advance
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 08:46 PM | Show all posts
Itu Pandangan Peribadi Peminat, Bukan Kecaman Dari Shila Amzah – ND Lala

Sebentar tadi telah berlangsung sesi penerangan daripada ND Lala mengenai kemelut dan kontroversi yang melanda anaknya, Shila Amzah. Agak panjang juga penerangan tersebut di mana ND Lala telah menggunakan kesempatan bertemu media itu untuk menjelaskan kronologi kemelut ini berlaku. Selepas kronologi kontroversi selesai diterangkan, ND Lala telah menjawab persoalan yang bermain di minda para media.



Persoalan pertama ialah ‘Kenapa Shila Amzah kecam media Melayu?’. Jawapan yang diberikan oleh ND Lala ialah:-

Shila Amzah tidak kecam media Melayu. Shila repost pandangan peminat. Shila Amzah tidak kecam media Melayu. Ok? Dapat jawapan ini? Ini jawapan kami sendiri yeah. Bukan ada tokok tambah tak, sebab ia tak ada diulas apa semua. Ini yang tepat.



Di atas ialah gambar ‘repost’ yang telah dilakukan oleh Shila Amzah. Seperti yang anda nampak, ia ditulis oleh peminat Shila Amzah yang menggelar diri mereka Shilaamzah_photograph. Apabila ditanya pada sesi soal jawab, kenapa perlu ‘repost’ kerana ia seolah-olah menunjukkan Shila bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh peminatnya, Shila menjawab:-

Ia merupakan satu pertanyaan. It was not a statement. It was a question. Actually rasa macam, it makes sense tapi it’s a question. Sha pun ada pertanyaan macam itu pada diri Sha sendiri. So why not I just repost? So bila kan dia punya papbapapom(reaksi yang diterima), oooo. Apa ini??!!!

ND Lala juga turut memberikan pendapatnya mengenai ‘repost’ yang telah dilakukan oleh anaknya itu:-

Adakah kami akan minta maaf? Ok? Kalau repost itu mendatangkan rasa tersinggung yang amat sangat kepada rakan-rakan media yang berkaitan, saya selaku manager Shila Amzah daripada kecik sampai sekarang, untuk topik itu untuk soalan itu, saya rasa untuk menjernihkan keadaan, Shila, kami wajar minta maaf, kalau repost itu mendatangkan salah sangka dan pertikaian. Tetapi secara peribadi, saya melihat bukan isu untuk memanjangkan pandangan daripada orang ramai.




Ada benarnya juga penjelasan daripada Shila Amzah dan ND Lala ini. Bila baca balik memang nampak ia lebih kepada satu persoalan dan bukannya kenyataan. Namun biasalah kekeliruan mudah terjadi kerana tafsiran setiap orang berbeza-beza. Nantikan sebentar lagi maklumat terkini mengenai kontroversi kedua iaitu penajaan syarikat judi dalam menjayakan konsert Shila Amzah.


http://beautifulnara.com/itu-pan ... hila-amzah-nd-lala/


@enchikfitz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsert ditaja magnum ape citer pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Shila dan nd lala dah buat penjelasan dalam hlive yg isu ditaja  oleh magnum adalah fitnah semata2. Taktau siapa yg mulakan fitnah. Nd lala bwk screencap yg management shila ade invite beberapa media melayu via email.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:19 AM | Show all posts
ooo my.. so sombong ok anak beranak ni kat pc tu.. siap cakap tak kisah diboikot..

pi china sana and jangan balik sini lagi.. meluat ok..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:27 AM | Show all posts
kot iye pun nak clearkan fitnah apa semua tunjuk bukti and ulas cara baik lah..

dulu masa 3 suara i was impressed dengan bakat dia.. waktu couple ngan SA
dah rasa dia ni tak matang.. but now.. attitude hancuss ngan bapak sekali..

oh my.. so arrogant..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:37 AM | Show all posts
sorry aku tgk kat utube xnampak ego pun. apa yg mereka ckp, kalau diboikot oleh media, apa mereka boleh buat cuma mereka terkilan fitnah yg diberi oleh media.

nampak sgt media melayu hiburan ni tak profesional. mereka rasa mereka raja yg menentukan rezeki para artis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
myst_leen posted on 25-9-2014 09:02 AM
Shila dan nd lala dah buat penjelasan dalam hlive yg isu ditaja  oleh magnum adalah fitnah semata2.  ...

Invite pegi PC atau konsert???
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:52 AM | Show all posts
shila ni nampak suka sangat merendahkan bangsa sendiri.
me LAYU la, wartawan melayu la.
perlu ke nak perli bangsa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:59 AM | Show all posts
bodo nye wartawan..
cedok cite kt sni pstu beriya2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 11:10 AM | Show all posts
baek...shila kata dia x kenal langsung dgn peminat club dia ni disebalik @shilahamzah_photography .pelik...
tugasan ni diserahkan kepada CSI Gosip Cari..ko org yg plg terbaik sekali dlm membongkar misteri gosip...
carik siapa sebenarnya org ni sbb org ni ler yg start dulu...

dan klu nak cari lagi bukti siasat sedlm2nya Mega Ultimate ni...company ni dibawah cawangan company mana...dan disitu anda akan tau kebenaranya...
Sidang Media Shila Amzah Gagal Jernihkan Hubungan Dengan Media
Published on Thursday, 25 September 2014 07:09

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.

"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.

"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu.


- mD

Last edited by isabel on 25-9-2014 11:14 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.078919 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list