CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 2-1-2015 06:31 PM | Show all posts
Esmiria replied at 31-12-2014 09:44 PM
Erk.okay ..Aku geram dgn Sheera. Aku syak dia gay la..Haha

yang ni ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2015 06:41 PM | Show all posts

lupakanlah!
*merajuk
Updatelah sekali post tu, 6 scene. baru puas nafsu aku. Satu lagi Tajuk ni umum and ada org dah guna. Why not guna tajuk cam

Jie Bukan Perempuan Murahan. Hah, kan catchy gituuuu

Ni, balik2 cinta,cinta,cinta masukkan dlm tajuk. Just ckp jeeeeee.....
Takmo amik pun dakpe..

I bet shera. Hanim kambing hitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 07:03 PM | Show all posts
Esmiria replied at 2-1-2015 06:41 PM
lupakanlah!
*merajuk
Updatelah sekali post tu, 6 scene. baru puas nafsu aku. Satu lagi Tajuk ni  ...

ada orang da gune tajuk ni ek?

tak pasan la..

nak update panjang tp kekadang ada aral melintang tu yang kadang update ciput

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 07:23 PM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 11:03 AM
ada orang da gune tajuk ni ek?

tak pasan la..

yup. yup. yup.yup.yup.yup.yup. Okay got it..ngeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 08:12 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 11:16 AM

Malang sungguh nasib kau Jie ! Macam mana bakal mak mertua nak sayang kau, dulu pun Mommy kau sendiri  tak berapa nak sayang kau. Apalah diharap kasihnya orang yang memang tak sudi..  Jie 'merapu' seorang diri sambil mata merenung air pancut dihadapan. Melihat pergerakan pancutan air membuat hati  mula rasa tenang. Perbualan Tengku Safiah dan Zeeta cuba dilupakan.

"Najiha !" Zack tahu dia tak salah orang.Dari jauh dia asyik memerhatikan gadis itu cuma Jie yang tidak menyedari kehadirannya. Berkhayal mungkin !  Pantas Jie dihampiri.

Jie yang sememangnya tiada 'mood' ketika ini mula rasa terganggu dengan kehadiran Zack. "Kenapa you boleh ada dekat sini?" Agak kasar soalan itu diutarakan. Menyampah menatap wajah Zack yang dulu pernah dicintai sepenuh hati. "Banyak lagi tempat lain kot !."

Namun, Zack tak ambil hati. Tanpa dipelawa dia mengambil tempat sebelah Jie. "I saja jalan jalan sini lepas balik kerja. Nampak you tengah duduk so I tegurlah." Walau tahu Jie sudah bertunang namun Zack tidak dapat menolak kenyataan hatinya berbunga dapat bersua muka dengan gadis itu. "By the way, I ada discussion dengan  tunang you tadi.  We had our lunch together." Zack bercerita tanpa ditanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin menarik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2015 09:52 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-1-2015 02:18 AM

Cont..

Melihatkan tiada balasan dari Jie, Zack terus menyambung. "Well, tengok you tadi I teringat masa kita dekat Richland Country. You khusyuk gila tengok Fleming Falls sampai tak peduli I dekat sebelah." Sekadar mengimbau kenangan sewaktu mereka bersama dulu. Zack tahu Jie memang sukakan waterfall dan keindahan alam semulajadi.

Jie teringat sesuatu apabila Zack menyebut Richland Country.Kata kata Tengku Safiah bermain semula di minda.  Katanya dia kenal Jie masa study dekat Ohio..Mungkin Hanim adalah salah seorang student OSU ! Seseorang yang Zack dan dia kenal zaman belajar dulu.

"You... Jie terus berpaling menghadap Zack.  Teman I minum kejap ." Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada lelaki itu. Langkah diatur menuju ke Starbuck.

Walaupun pelik dengan perubahan Jie yang tiba tiba namun Zack hanya menurut. Mungkin lepas ini dia tidak akan berpeluang bertemu gadis itu lagi. Peluang seperti ini tidak akan dilepaskan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2015 10:24 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 2-1-2015 10:26 PM

Tak boleh diharap ! Rayyan bengang. Penyiasat upahan yang dibayar untuk menjejaki siapa Hanim juga gagal melaksanakan tugas dengan sempurna. Takkanlah seorang gadis boleh hilang macam itu saja tanpa sebarang kesan. Pelik ! Yang pasti Hanim bukan staff Kencana Murni seperti yang dikhabarkan. Kalau Hanim itu tak wujud siapa gadis yang menemui Mama dan memunculkan diri depannya ? Makin sakit kepala.

Sudahlah tadi dia baru mendapat tahu dari Site Engineer  yang bertugas di tapak pembinaan di Johor Bahru bahawa terdapat masalah  pendawaian dan teknikal disitu. Kesemua General Manager, Project Coordinator dan Project Manager telah dikerahkan Rayyan untuk 'turun padang' bagi memastikan semua kerja berjalan lancar dan siap mengikut dateline yang telah ditetapkan. Dia tidak mahu ada sebarang kesilapan yang akan merugikan syarikat.

Deringan telefon bimbit kedengaran. Rayyan rasa terganggu. Fokusnya meneliti laporan hilang. Panggilan dijawab.

Suara Taufik kedengaran dihujung talian. Seperti  biasa Taufik membuat laporan pemantauannya kepada Rayyan. Rayyan hanya mendengar namun dia mula rasa tak sedap hati.

"Perhatikan mereka dan ambil gambar kalau boleh. I nak you jumpa I malam ni." Selesai memberi arahan telefon dihempas. Mood untuk meneliti laporan hilang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2015 10:47 PM | Show all posts

Bab 23

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:17 AM

Maznah tersenyum merenung anak gadisnya yang sibuk memilih baju untuk dipakai.Persis dirinya waktu muda dulu. Asal nak 'dating' saja mulalah sibuk cari baju, nak mekaplah. Semua serba tak kena. Kelakar juga bila diingat semula.

"Jie, Rayyan dah tunggu lama tu. Takkan tak siap lagi?" Maznah bersuara dari luar bilik apabila dilihatnya Jie masih lagi tidak tahu membuat pilihan baju.

Jie kelam kabut mengambil baju lantas disarung ke tubuh. Sempat lagi melihat cermin membetulkan rambut. Solekannya diperhati. Perfect ! Beg tangan di atas katil dicapai.

"Jie pergi dulu Mommy !" Jie keluar sambil menutup pintu bilik.

Usai bersalam dan mencium pipi Maznah,  Jie terus berlari menuruni tangga untuk mendapatkan Rayyan yang sedang menanti diruang tamu.



Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2015 11:55 PM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 02:47 PM
Maznah tersenyum merenung anak gadisnya yang sibuk memilih baju untuk dipakai.Persis dirinya waktu m ...

Bila nk.hbisnyaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Benarlah kata orang cinta itu indah dan mengasyikkan. Walau pun selalu bertemu namun hati tak pernah jemu. Rayyan ingin setiap kali mata terbuka Jie berada didepan mata. Segala tekanan kerja dirasakan hilang bila berada disisi insan tersayang. Wajah gadis dihadapannya ditatap tanpa jemu. Tetap cantik seperti selalu.

"Sayang , promise me you takkan tinggalkan I?" Rayyan tidak tahu kenapa dia berkata begitu. Cuma perasaanya tiba tiba takut akan kehilangan Jie.

" Kenapa you cakap macam tu Hans?" Jie pelik. " Of course I takkan tinggalkan you. Lainlah kalau -"

"Lainlah kalau apa sayang?" Rayyan pantas menyanggah kata kata Jie.

" Kalau..." Jie memikir wajar atau tidak sekiranya memberitahu Rayyan perbualan Tengku Safiah dan Zeeta siang tadi. Takut dua beranak itu bertelagah lagi Jie mengambil keputusan untuk membiarkan saja ia kekal menjadi rahsia. Tiada siapa patut tahu.

" Sayang kenapa ni?" Tindakan Jie mendiamkan diri mengundang pertanyaan dihati Rayyan.

Jie menghela nafas, panjang. " Hans, kalau Mama you minta you tinggalkan I you akan ikut ke?" Jie sekadar ingin tahu walau dia sedar takkan mungkin seorang anak mengingkari perintah ibunya.

"Mama cuma terpengaruh dengan fitnah buruk pasal diri you. Sebab tu Mama jadi macam tu. Jangan risaulah. I yakin  Mama akan berubah bila tahu kebenarannya nanti. Trust me sayang ! Apapun terjadi I tetap akan pastikan kita takkan terpisah melainkan kalau I mati." Pasal Mama Rayyan akan fikirkan kemudian. Yang penting hasrat untuk hidup berdua terlaksana.

"Hans ,  Mama you memang rapat ke dengan Zeeta?" Jie tukar topik.

Rayyan tersentak dengan soalan yang tak diduga. "Yup. Mama memang teringin nak anak perempuan. Zeeta pun pandai ambil hati Mama. So dari situlah mereka rapat."

"I tak pandai ambil hati Mama you kan?" Jie mula terasa hati. "Sebab tu Mama you prefer Zeeta jadi isteri you. Betul tak Hans?" Wajah kacak Rayyan ditenung.

Jari jemari gadis dihadapannya digenggam. Wajah cantik yang mula berubah sayu disentuh lembut. " But I love you , sayang. Bukan Zeeta! " Kalaulah gadis dihadapannya mengerti bertapa dalam cinta dalam hatinya. Hanya terukir satu nama. Najiha! Itulah cinta pertama dan terakhir bagi dirinya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 12:59 AM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 04:32 PM
Benarlah kata orang cinta itu indah dan mengasyikkan. Walau pun selalu bertemu namun hati tak pernah ...

Baru2 gitulah. nanti, ada napsu, nk kawen dua. dah nama jantan..haha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunyi mula dirasakan Sheera. Jie tega membiarkan segala panggilan dan SMSnya sepi tanpa balasan. Semua aplikasi yang membolehkan mereka berhubung Sheera sudah cuba. Just name it ! Whatsapp, viber, wechat, telegram jenuh dia mencuba namun hampa. Malah kondominium yang dulu diduduki Jie sudah tidak berpenghuni. Sheera buntu untuk mencari keberadaan Jie.

Pilu dan sedih teramat dirasakan hidup tanpa Jie. Sheera rasa separuh dari nyawanya hilang dengan ketiadaan Jie. Hendak bertanyakan Khalid dia terasa berat hati. Lelaki itu selalu dingin melayaninya.

Kalau aku buat salah aku minta maaf Jie. Tapi janganlah kau buat aku macam ni! Air mata mengalir dipipi. Dia benar benar rindukan Jie.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 08:02 AM | Show all posts
elia201 replied at 2-1-2015 05:57 PM
Sunyi mula dirasakan Sheera. Jie tega membiarkan segala panggilan dan SMSnya sepi tanpa balasan. Sem ...

i bet shera sgt hot!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 05:03 PM | Show all posts

Bab 23

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:27 AM

Tengku Safiah merasa sangat gembira hari ini. Masakan tidak, hari ini adalah hari lahir Rayyan dia sudah merancang untuk menyambutnya bersama keluarga terdekat. Disamping itu Tengku Safiah berhasrat untuk mengajak Zeeta datang untuk meraikan bersama sama. Pasti Zeeta takkan menolak.

Segera telefon yang terletak diatas meja dicapai. Dia berkira kira untuk menghubungi Zeeta. Ingin mengajak gadis itu menemaninya membuat persiapan majlis.Talian bersambung. Tidak sabar menunggu panggilan berjawab.

"Hello Aunty !" Kedengaran suara manja Zeeta dihujung talian.

Tengku Safiah segera menyatakan hasrat yang terbuku di hati. Berharap sangat Zeeta sudi memenuhi pelawaannya.

Kata persetujuan dicapai. Kegembiraan makin dirasakan Tengku Safiah setelah mendengar persetujuan dari Zeeta.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-1-2015 05:21 PM

Special for Rayyan Hardy

Happy Birthday Mr CEO,
I love you forever
Don't forget our date today
See ya... Mmmuahhhh..

-Your future Mrs CEO-
Nur Najiha Hanafi

Senyuman mekar dibibir Rayyan sebaik saja membaca nota yang terselit. Hati berbunga melihat  bungkusan hadiah berbalut cantik di atas meja. Pada mulanya Rayyan terkejut apabila diberitahu oleh pembantu peribadinya ada bungkusan dihantar atas namanya.

Jie memang sengaja membuat kejutan untuknya. Dia sendiri lupa hari ini adalah hari lahirnya. Genap 28 tahun hidupnya didunia. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat hidup yang diperolehi.

Teringatkan mesyuarat yang perlu dihadiri Rayyan pantas berlalu. Sempat dititipkan pesanan ringkas kepada tunangnya sebagai tanda terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Viana merenung Khalid tidak puas hati. Nampaknya rancangan mereka malam ini terpaksa dibatalkan. Semua gara gara Tengku Safiah ! Tak ada angin tak ada ribut mak mertuanya menghubungi Khalid dan meminta mereka untuk pulang hari ini.  Alasan untuk menyambut hari lahir Rayyan.

Viana tahu hari ini hari lahir abang iparnya akan tetapi dia tak sangka Tengku Safiah ingin menyambutnya hari ini juga. Mama tidak berkata apa apa pun semalam ! Hati mula memprotes.  Viana paling menyampah perancangan yang 'last minute'.

Khalid memeluk mesra isterinya, tanda memujuk. Memahami rajuk sang isteri. Sememangnya dia sendiri serba salah. Cuma berharap Viana mengerti keadaannya.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 05:49 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 09:18 AM
Special for Rayyan Hardy

Happy Birthday Mr CEO,

Ale sweetnyaaaaa....aku rasa mcm nk berkapel pulak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2015 05:55 PM | Show all posts
elia201 replied at 3-1-2015 09:46 AM
Viana merenung Khalid tidak puas hati. Nampaknya rancangan mereka malam ini terpaksa dibatalkan. Sem ...

aku rasa dalangnya Shera. Shera upah hanim untuk tabur fitnah. And, hanim juga ada perasaan kat Rayyan.

Bila pk balek, fitnah is better. I mean, lebih baik ko difitnah dari dituba sampai ke tak sudah sakitnya. Itu pendapat akulah. But dua2 tak baik..haha..perbandingan saja.

Atau Vianna berkelompok dengan Hanim. Atau Zeeta? Apa2 pun, orang yang ada perasaan dengki menjadi suspek dalang. Atau ini mimpi or mainan minda or Shera adalah Hanim, aikk, apa kes byk sangat jangkaan aku..haha. Mohon tt jgn berhenti update sebab expectation aku.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2015 07:58 PM | Show all posts
Esmiria replied at 3-1-2015 05:55 PM
aku rasa dalangnya Shera. Shera upah hanim untuk tabur fitnah. And, hanim juga ada perasaan kat Ra ...

Teruskan speku cik Es
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194169 Replies : 4495
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103927 Replies : 2886
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5023 Replies : 45
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23617 Replies : 153
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74202 Replies : 2976
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8371 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 30082 Replies : 48

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.078353 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list