CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 30-9-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bygkan terjaga dr tidurnya.. Qi gi kije pehtu cko gaya Amariya ngan kengkawan die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:03 AM | Show all posts
bukan main tron ye.. suka kena peluk kena usap dengan pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak tkde update lagi ker ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 09:07 AM | Show all posts
adzyla posted on 6-10-2014 10:46 PM
Alamak tkde update lagi ker ?

Salam Adzyla,

Tengah busy tahap melampau ni. InsyaAllah akan kembali bersiaran tak lama lagi.

Thanks for reading
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-10-2014 09:07 AM
Salam Adzyla,

Tengah busy tahap melampau ni. InsyaAllah akan kembali bersiaran tak lama lagi.

Wassalam...

Baik...saya akan menunggu dengan sabar..
Semoga di permudahkan urusan..

^_^
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 12:25 PM | Show all posts
Ni Qi  ni berapa lama plak nak tido?
lama sangat nanti mau nye sedor2 dah kat spital
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2014 05:12 PM | Show all posts
ok....my komen.. best.. syiok...buat cek rasa macam cek pulak ada kat amariya tu

Nicki... keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki mmg suke wat cite psl wtk laki kn. Jrg penulis pompuan wat citer psl laki . Slalu penulis laki je wat citer psl laki ni. Pompuan slalu citer mesti psl pompuan sbb dkt ngan diri. Ke nicki ni mmg laki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2014 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan posted on 10-10-2014 12:25 PM
Ni Qi  ni berapa lama plak nak tido?
lama sangat nanti mau nye sedor2 dah kat spital

Lps tu leh ingat ke hawa lak.. Combine citer sebelah.. Alih2 tt pening nak endingkan citer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 07:03 PM | Show all posts
BAB 11

Sambil berbual dan bergurau, Syakilla dan Teja berjalan ke arah pohon rimbun di mana Arania dan Qusyairi sudah sedia menunggu. Mata Teja kerap kali memandang ke arah Arania.

“Syakilla.”

“Iya?”

“Makin lama aku pandang, makin cantik jadinya tuan puteri itu. Naik cemburu aku melihatnya. Kulitnya putih bersih. Pipinya bagai pauh dilayang. Senyumannya…ah! Boleh edan mana-mana jejaka yang melihat.” Puji Teja. Syakilla hanya tersenyum dan mengangguk mengiyakan. Sesiapa pun tidak akan menyangkal kejelitaan yang dimiliki oleh Puteri Arania itu. Tiada bandingan dengan mana-mana gadis yang ada di Amariya ini.

“Dan pemuda itu…” Teja merenung Qusyairi. “Itukah rakan yang kau katakan sebentar tadi?”

“Iya. Benar. Itulah dia.” Akui Syakilla.

“Sepertinya dia bukan dari penduduk di sini. Dari mana dia datang?”

Syakilla diam. Sulit sekali mahu menjawab pertanyaan dari Teja.

“Syakilla…”

“Yang sebenarnya, dia bukanlah rakanku. Pemuda itu sudah dua kali muncul di kawasan istana secara tiba-tiba.” Syakilla berterus-terang. Teja ternganga seketika.

“Apa tujuannya ke mari?”

“Sejujurnya, aku tidak pasti.” Akui Syakilla.

“Pelik. Kau tidak bertanya dari mana asalnya?”

“Aku…tidak berkesempatan lagi.”

Kening Teja terangkat. Langkahnya terhenti. Wajah Syakilla ditatap lama sepertinya mencari sesuatu.

“Mengapa?” Syakilla kurang selesa dipandang begitu.

“Kau tidak berkesempatan?”

Syakilla senyum sumbing.

“Setahu aku, kau sangat berhati-hati orangnya. Lebih-lebih lagi, dengan orang yang tak dikenali. Bagaimana kau boleh percaya pada orang asing seperti dia?” Kesangsian Teja tak dapat disembunyikan..

“Arania yang berkeras mahu dia turut serta. Aku tak mampu membantah. Jadi, aku ikutkan saja.”

“Mudah benar tuan puteri percaya pada orang asing. Bagaimana jika pemuda itu merbahaya?” Teja mempertikaikan tindak-tanduk Arania.

“Pada mulanya, aku juga ada bersangka begitu. Tetapi, bila aku perhatikan, tiada apa yang curiga padanya. Malah, pemuda itu agak lucu orangnya. Ada sedikit gila juga.” Syakilla tersenyum sendiri tatkala menuturkan kata itu.

“Hhhmm. Mengapa tiba-tiba saja kau menjadi lembut hati?” Teja seperti menduga.

“Aku memilih untuk berbaik sangka.” Tegas Syakilla.

“Aku pasti, kau lebih pandai menilai. Harap semuanya baik-baik saja.”

“Mudah-mudahan.” Balas Syakilla, merenung Qusyairi dari jauh.

“Sekali pandang, sama juga seperti kita. Cuma pakaiannya itu…” Teja tidak menyambung kata.   

“Teja. Pada pendapatmu, muatkah dia memakai pakaian Dariz?” Syakilla bertanya.

“Aku rasa, boleh. Ketinggian rakanmu dan Dariz agak lebih kurang sama. Cuma rakanmu itu kurus. Dariz lebih tegap lagi.” Jawab Teja. Syakilla terangguk, lega.

“Harapnya, ada pakaian Dariz yang sesuai. Aku bimbang jika dia dilihat orang kampung dengan pakaian begitu.” Terbit sedikit gusar dalam hati Syakilla.

Mereka mempercepatkan langkah. Teja kelihatan girang sekali manakala Syakilla kekal berwaspada memerhatikan keadaan keliling. Tidak mahu jejak langkah mereka diketahui. Kegusaran masih belum mampu dibuang dari dalam diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 07:11 PM | Show all posts
“Itu pun mereka.” Arania bersuara dan tersenyum memerhatikan dua orang gadis itu semakin menghampiri. Qusyairi pula merenung tak berkelip. Gadis disebelah Syakilla itu seperti pernah dilihat sebelum ini.

Biar betul? Rabiatul?

“Teja.” Arania pantas menyapa apabila Teja dan Syakilla menghadirkan diri.

“Puteri.” Sahut Teja lantas memberi tunduk hormat dengan meletakkan tangan kanan ke dada dan menundukkan kepala. Itu adalah adat rasmi rakyat Amariya tatkala bertemu dengan mana-mana ahli keluarga diraja.

Arania tersenyum kelat, berasa sedikit kurang senang dengan layanan sebegitu. Sepertinya, terdapat jurang besar diantara dia dan Teja. Lagipun, perjumpaan mereka ini bukanlah di dalam keraian atau majlis rasmi diraja. Tidak perlu rasanya terlalu mengikut adat. Namun, untuk menghalang perbuatan Teja, Arania tidak mampu. Sebagai pewaris kerajaan Amariya, dia turut tertakhluk kepada adat dan tatacara yang telah ditetapkan.

“Apa khabar, Teja?” Arania berkata lantas memeluk Teja. Pelukannya dibalas erat.

“Sihat, puteri.” Jawab Teja. Arania meleraikan pelukan.

“Usahlah memanggilku puteri. Aku kurang selesa dipanggil begitu olehmu.” Pinta Arania. Teja tersenyum saja. Dia sedar dimana kedudukannya. Sukar untuk tidak memanggil gelaran tatkala berhadapan dengan puteri jelita itu. Seluruh rakyat Amariya menyayangi keluarga diraja itu dan Teja tidak terkecuali. Pewaris takhta Amariya itu harus dihormati selayaknya.

“Maaf, puteri.” Ujar Teja namun nama gelaran tetap kekal digunakan. Arania menggelengkan kepala.

“Ini Qusyairi.” Arania memperkenalkan Qusyairi kepada Teja.

Pandangan kini bertukar kepada Qusyairi. Gugup jadinya apabila tiga pasang mana merenung ke arahnya.  Qusyairi jadi serba tak kena. Sekejap menggaru kepala, sekejap memandang Megatron yang kekal berdiam diri memerhatikan apa yang berlaku.

“Okay, this is damn awkward. Boleh tak korang jangan tengok aku macam nak telan?” Dalam tak keruan, Qusyairi bersuara juga. Segan direnung oleh tiga gadis serentak seolah-olah dirinya adalah barang pameran di muzium. Mendengar kata-kata Qusyairi, Syakilla, Arania dan Teja menjadi terpinga-pinga. Sukar memahami kata-kata yang diucapkan Qusyairi.

“Maaf. Aku tidak mengerti katamu.” Arania terlebih dahulu berkata.

“Eh…sorry. Lupa korang tak faham.”

“So…ri?”

Qusyairi tepuk dahi. Nafas ditarik panjang dan kemudian dilepaskan perlahan. Jelas sekali dia perlu mengawal pertuturan agar tidak tersasul menggunakan bahasa yang tidak mereka fahami.

Kali ini, giliran Qusyairi pula memandang ketiga-tiga gadis dihadapannya, satu demi satu. Lebih lama lagi apabila memandang Teja hingga menyebabkan gadis periang itu mula terkulat-kulat.

“Rabiatul?” Terpacul nama itu dari mulut Qusyairi. Dia mahukan kepastian.

“Rabiatul? Siapa Rabiatul?” Teja menyoal kembali.

“Kau bukan Rabiatul?”

“Aku? Tidak. Namaku Teja.” Gadis persis Rabiatul itu memperkenalkan diri.

“Teja?” Kening Qusyairi terangkat. “Betul?”

“Iya, benar. Teja.” Sahut Teja. “Mengapa? Kau ada masalah dengan namaku?” Suara Teja meninggi sedikit. Menjadi kurang senang apabila Qusyairi masih merenungnya.

“Maaf.” Qusyairi menggeleng. “Kau buat aku teringat pada seseorang yang aku kenali. Wajahnya serupa benar dengan wajah kau.”
Teja diam. Membuat penghakiman sendiri dalam hati.

“Sudah habis kamu semua berbicara?” Syakilla yang diam sejak dari tadi, memecah sunyi. “Jika sudah, aku cadangkan kita beredar secepat mungkin.”

“Benar katamu, Syakilla.” Arania berkata lantas mendongak ke langit, mencongak waktu. “Teja, harap kau tak keberatan membantu.” Arania memandang Teja pula.

“Tidaklah. Aku suka sekali dapat menghulurkan bantuan pada Puteri. Mari. Kita ke rumahku. Makanan dan pakaian sudah ku sediakan.” Pelawa Teja. Arania tersenyum dan mengangguk.

“Tron, turunlah dari Xora.” Pinta Syakilla. Megatron menurut tanpa banyak soal. Ia melompat turun.

“Ishan, Xora. Beredarlah kamu buat sementara waktu. Akan ku panggil semula tak lama lagi.” Syakilla berkata kepada kuda-kuda itu. Tidak berlengah, Ishan dan Xora terus meninggalkan tempat itu hingga hilang dari pandangan. Qusyairi tercengang. Interaksi diantara Syakilla dengan haiwan-haiwan itu membuatnya kagum.

“Tak apa ke, Ishan dengan Xora pergi macam tu aje?” Dalam tercengang. Qusyairi bersuara. Biarpun baru sejenak ‘berkenalan’ dengan Ishan dan Xora, Qusyairi mula terasa seperti ada hubungan dengan haiwan itu.

“Jangan risau. Ishan dan Xora tak akan pergi jauh. Jika kelihatan di kawasan rumah Teja, pasti mengundang curiga kepada sesiapa yang memandang.” Terang Syakilla. Qusyairi mengangguk.

“Marilah ke rumahku.” Pelawa Teja sekali lagi.

Mereka kemudiannya beredar menuju ke rumah Teja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 07:16 PM | Show all posts
Qusyairi duduk di atas tangga. Kehadiran tiga orang gadis membuatkan dia tidak selesa untuk berada lebih lama di dalam rumah lalu dia memilih untuk duduk di luar saja. Sesekali matanya memerhatikan Megatron yang sedang mundar-mandir tidak jauh dari kawasan rumah. Entah apa yang ada dalam kepala kucing itu saat ini. Jika dalam keadaan biasa, kucingnya itu sangat manja tetapi di Amariya ini, perangai Megatron berubah seratus-peratus. Kucing itu seperti banyak berfikir.  

Mungkin, haiwan di Amariya ini memang boleh memahami bahasa pertuturan manusia. Lihat saja Ishan dan Xora. Jadi, apabila Megatron turut terheret masuk, pastinya ianya menjadi keliru dengan keadaan dirinya sendiri.

Dah kenapa aku nak fikir masalah kucing pulak?

Qusyairi menggeleng. Diri sendiri masih samar dengan situasi yang berlaku, lagikan mahu memahami akan situasi kucingnya pula…

Baju yang telah tersarung di badan dibelek seketika. Baju seperti Kurta berwarna biru gelap itu diserahkan Teja sebentar tadi untuk mengganti pakaiannya. Begitu juga seluar. Semuanya milik Dariz, abang Teja. Agak besar untuk saiz badannya yang kurus. Namun dia perlu kelihatan seperti salah seorang penduduk Desa Atari jadi, ini saja pilihan yang dia ada.

“Puteri bilang, panggil saja kamu Qi.” Tegur satu suara. Pantas Qusyairi berpaling. Teja telah berdiri dibelakangnya. Qusyairi angguk dan senyum.

“Sedikit lebar baju itu untuk kamu. Tapi, tak mengapalah. Masih boleh dipakai.” Tutur Teja lagi.

“Okaylah ni.” Balas Qusyairi, memandang diri sendiri lagi.

“Okay? Apa maksudmu okay? Kedengaran lucu.” Teja tertawa. Qusyairi turut tersenyum. Menyenangi sikap mudah mesra gadis mirip Rabiatul itu.

“Okay tu maksudnya macam…” Qusyairi terdiam seketika. “Macam mana nak explain ek? Kiranya macam kau bersetuju dengan sesuatu atau kau faham sesuatu.”  

Kening Teja berkerut. “Aneh-aneh bahasa pertuturanmu.”

“Kalau aku ada masa, nanti aku ajar kau lebih banyak lagi bahasa yang aneh.” Ujar Qusyairi menyebabkan Teja tertawa lagi.

Mereka menyambung perbualan. Rasa sangsi yang timbul dalam hati Teja pudar sedikit demi sedikit. Dia mula mempercayai kata-kata Arania bahawa pemuda itu tidak merbahaya seperti yang disangka. Last edited by Nicki_Meow on 11-10-2014 11:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 07:45 PM | Show all posts
Ada jugak si Qi ni masuk pejabat esok bercakap bahasa amariya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 10:24 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-10-2014 07:16 PM
Qusyairi duduk di atas tangga. Kehadiran tiga orang gadis membuatkan dia tidak selesa untuk berada l ...

rabiatul pun tercampak sebenarnya ke bumi Amariya..tapi dia terus tukar nama jadi teja

dia yang mengekori Qi sebenarnya..mengintip apa yang Qi buat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:50 PM | Show all posts
Arania muncul menyertai mereka bersama Syakilla. Pakaian Arania juga sudah berganti dengan pakaian yang sama seperti Syakilla dan Teja. Tiada lagi busana indah terlekat ditubuhnya. Namun begitu, keanggunan seorang puteri tetap terserlah.

Qusyairi sedar Syakilla sedang memerhatikannya. Pastinya gadis itu sedang membuat penghakiman sendiri dalam diam tentang dirinya yang sudah pun menyarung pakaian Dariz.

“Bagaimana, Syakilla? Adakah aku kelihatan seperti salah seorang penduduk di sini?” Soal Qusyairi sambil tersenyum. Sengaja sebenarnya bertanya soalan itu pada Syakilla. Entah mengapa, timbul rasa mahu menyakat gadis  yang selama ini, mempamer sikap dingin dengannya. Malah Teja yang baru dikenali itu juga jauh lebih mesra.

Syakilla membiarkan saja soalan Qusyairi tanpa jawapan. Matanya masih merenung Qusyairi dari atas ke bawah. Dengan pakaian Dariz, tiada apa-apa lagi yang boleh menyebabkan pemuda asing itu dicurigai penduduk disini. Syakilla menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, satu masalah telah selesai.

“Syakilla, bagaimana?” Qusyairi mengulang soalan. Matanya dan mata Syakilla bertautan. Kaget stak semena-mena, Syakilla segera melarikan pandangan.

“Teja.” Panggil Syakilla. “Terima kasih kerana sudi membantu. Maaf kerana aku tak dapat berlama-lama di sini.”

“Aku juga mahu megucapkan terima kasih, Teja.” Ucap Arania pula.

“Hanya bantuan kecil saja. Aku senang sekali dapat membantu.” Balas Teja. “Ini, aku sudah sediakan makanan. Tidaklah banyak. Cukuplah untuk kamu semua mengalas perut.” Satu bungkusan berbalut dengan kain diserahkan kepada Syakilla.

“Terima kasih banyak, Teja.” Sekali lagi, Syakilla berkata. “Kirimkan salam sayangku pada bapa dan ibu. Andai berpeluang, aku akan ke sini lagi.”

“Salam sayang untuk bapa dan ibu saja? Bagaimana dengan Dariz? Tiadakah salam sayang untuknya?” Teja menyakat. Dia tahu, Dariz memang benar-benar jatuh cinta dengan Syakilla. Hanya Syakilla yang sengaja buat tak peduli.

“Iya, Dariz juga.” Balas Syakilla, mendatar tetapi tetap mengundang senyuman dibibir Arania dan Teja. Qusyairi hanya memerhati.

“Kami pergi dulu, ya? Jaga dirimu baik-baik.” Syakilla berpelukan dengan Teja.

“Kau juga, Syakilla.” Jawab Teja lalu melepaskan pelukan.

“Puteri…” Teja berpelukan pula dengan Arania. Mereka berbalas senyuman.

Syakilla membuat siulan merdu, memanggil Ishan dan Xora.

Beberapa saat berlalu, langsung tiada kelibat Ishan dan Xora. Kening Syakilla mula berkerut. Dia membuat siulan lagi dan menunggu. Masih tiada jejak. Syakilla mula resah, begitu juga Arania. Siulan dibunyikan buat kali ketiga.

“Syakilla…” Panggil Arania. Dia dan Syakilla saling berpandangan.

“Mungkin Ishan dan Xora tak dengar.” Qusyairi cuba menyedapkan hati.

“Ishan dan Xora pasti akan mendengar. Mereka ada berdekatan dengan kawasan ini. Kuda-kuda itu patuh dengan arahan. Tidak akan pergi jauh jika tidak disuruh.” Usai berkata, Syakilla bersiul lagi. Namun kelibat jejak Ishan dan Xora langsung tiada. Syakilla semakin gelisah. Bimbang sesuatu yang tidak elok berlaku ke atas kuda kesayangannya.

“Adakah sesuatu telah menimpa Ishan dan Xora?” Arania menyoal. Wajahnya turut berubah risau. Syakilla menggeleng perlahan tanda dia tidak punyai jawapan. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Seketika  kemudian, matanya dipejamkan. Lama.

Suasana menjadi hening. Tiada sesiapa yang mahu bersuara. Qusyairi yang terlalu ingin bertanyakan banyak soalan juga tidak mampu berkata-kata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 12:09 AM | Show all posts
Tidak lama kemudian, Syakilla membuka mata.

“Ishan dan Xora berada tidak jauh dari sini.” Bicara Syakilla terhenti seketika. “Cuma…” Kata-katanya terhenti sekali lagi.

“Cuma apa?” Teja bertanya. Syakilla menggeleng, tidak mahu berterus-terang lebih lanjut.

“Kita perlu pergi.” Syakilla memandang Arania dan kemudian, Qusyairi. Sedikit keluhan dilepaskan. Keselamatan Arania berada di bawah tanggungjawabnya dan kini, ianya berganda. Keselamatan Qusyairi juga tidak boleh diabaikan walaupun pemuda itu orang asing yang muncul secara tiba-tiba.

“Aku mahu ikut.” Putus Teja.

“Tak usah, Teja. Lebih baik sekiranya kau tidak masuk campur. Aku tidak mahu kau ditimpa susah nanti.” Syakilla pantas melarang. Cukuplah Arania dan Qusyairi saja menjadi tanggungjawabnya ketika ini.

“Aku risaukan kalian.” Teja membantah.

“Usah risau. Tiada apa-apa yang akan berlaku pada kami.” Syakilla memaksa bibirnya mengukir senyuman.

“Tapi…” Kata-kata Teja terhenti apabila Syakilla merenungnya tajam. Terus Teja tahu, tiada gunanya bertikam lidah dengan Syakilla lagi.

“Baiklah.” Teja mengalah walau hatinya berat mahu mahu membiarkan pemergian itu. Benar-benar bimbang sekiranya perkara buruk berlaku pada mereka semua.

“Mari kita pergi.” Syakilla memecah sunyi setelah lama berjeda.

“Kalian perlu berhati-hati.” Pesan Teja. Syakilla mengangguk beberapa kali.

Mereka bertiga diikuti Megatron, mula beredar. Teja memandang sehingga kelibat mereka menjauh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2014 12:11 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 10-10-2014 12:25 PM
Ni Qi  ni berapa lama plak nak tido?
lama sangat nanti mau nye sedor2 dah kat spital

Lepas beriadah kat air terjun baru Qi bangun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 12:14 AM | Show all posts
redsentra posted on 10-10-2014 05:12 PM
ok....my komen.. best.. syiok...buat cek rasa macam cek pulak ada kat amariya tu

Nicki... keep it ...

Thanks for reading Red



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 12:31 AM | Show all posts
err... tron tadek jumpa aweks kucing kat amariya ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2014 12:36 AM | Show all posts
mawibotak posted on 11-10-2014 01:27 PM
Nicki mmg suke wat cite psl wtk laki kn. Jrg penulis pompuan wat citer psl laki . Slalu penulis laki ...

Mawi teka saya ni lelaki ke pompuan?

Actually, tak adalah preference pun.

Emosi watak perempuan lagi berat + lebih complicated. Emosi lelaki lebih straight forward. Kenalah pilih mana yg lebih sesuai dgn tema / jln cerita.

Thanks for reading    



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.112422 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list