CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

  [Copy link]
 Author| Post time 24-11-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 24-11-2016 01:18 PM
time kasih cik anggunsofea taip citer panjang2
saya dah baca semua
suka suka suka

Sama sama. Saya juga nak berterima kasih sebab Cik Sabariah bersabar membaca thread saya yg kemain berjela jela cerita ni  

Ye mmg ada ke arah tu. Tapi laptop takda kat saya lagi sekarang. Tak boleh nak hyperlink  

Saya bukan kerja office. Menaip dan post cerita ni pun pakai phone je sis  

Hujung bulan ni mungkin dapat balik laptop saya dan saya akan usahakan buat hyperlink di page pertama ye  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 01:34 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 01:28 PM
Sama sama. Saya juga nak berterima kasih sebab Cik Sabariah bersabar membaca thread saya yg kemain ...

terima kasih consider cadangan saya
saya akan terus sabar menanti dan membaca kisah cik sofea
teruskan berusaha!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 01:50 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 12:52 PM
Sungkai - Kg Gajah tu pulak, ni pengalaman BF saya. Dia kerja bahagian Escort.

Selalu escort sa ...

Haihhh semuanya ada misteri...ko jgn mcm2 dik tt, ptg ni hakak nak pi kg gajah, malam baru blk. Kenang daku dlm doamu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 24-11-2016 01:50 PM
Haihhh semuanya ada misteri...ko jgn mcm2 dik tt, ptg ni hakak nak pi kg gajah, malam baru blk. Ke ...

Maka dengan itu wujudnya thread ni kak  

Tapi saya mahir apa yg berlaku sekitar 'Perak Tengah' je lah. Sebab saya lahir dan membesar kat situ.

Kalau org tanya pasal Hilir Perak macam belah Chenderong Balai, Teluk Intan. Hulu Perak pulak Lenggong, Grik, tu semua saya tak berapa tahu kemisterian nya. Sebab tu kalau perasan, cerita saya balik balik sekitar Ipoh membawak ke Lumut, lepastu Batu Gajah je.

Jalan kg banyak kat Perak ni. Tu masalah nya. Pembangunan masih slow. Bunuh orang buang tepi jalan pun galak. Kawan saya kena bunuh dan mayat dicampak sekitar jalan nak ke Ulu Kenas tu. Kecoh Perak Tengah 7-8tahun lepas.

Anggap je lah ni semua rumours je kak.
Naik kereta sentiasa play ayat suci Al-quran dan mohon perlindungan Allah dan minta benda tu jangan ganggu urusan manusia. Semoga perjalanan akak dilindungi Allah  
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 03:58 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 03:30 PM
Maka dengan itu wujudnya thread ni kak  

Tapi saya mahir apa yg berlaku sekitar 'Perak Tengah ...

Betul tu...rumah2 kg masih byk & cantik2. Suka tgk.

Aamiin, thanks tt. Nak chow dah ni....here we go...kg gajah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 08:52 AM
KISAH 7 : BATU GAJAH PERDANA

Kisah ni pulak dialami oleh aku dan BF aku. Masa kitorang baru baru  ...

tq tt. nenek tu nk tumpang kot. tp bosan sorang2 kt blkang, tu yg dia ajak main cak2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2016 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 03:30 PM
Maka dengan itu wujudnya thread ni kak  

Tapi saya mahir apa yg berlaku sekitar 'Perak Tengah ...

Waaah kwn tt kena bunuh mcm mana tu?? Sebab apa?? Klu tt sudi dan tak keberatan nak cerita... Cerita please...

#modekepochion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 8 : LELAKI BERBAJU SILAT

Kisah ni terjadi pada abang sepupu aku sekitar tahun 90an. Masa tu umurnya baru menginjak ke awal 20an. Abang sepupu aku ni biar aku namakan sebagai Nizam je lah.

Masa zaman tu aktiviti malam anak muda di kampung lebih kepada aktiviti melepak sehingga larut malam. Zaman yang mana penggunaan handset hampir tak ada. Kalau ada pun hanya sesetengah model yang bila dibaling ke dinding, bumbung pun boleh runtuh.

So Nizam ni masa tu pun turut tak boleh lari dari aktiviti malam macam tu. Rumah Nizam berdekatan dengan rumah arwah nenek aku, yang berkisarkan cerita childhood memories tu.

Malam tu Nizam balik dari melepak di Titi Gantung agak lewat. Kampung Nizam kira kira 7km dari port melepaknya. Jam menunjukkan jam 1:30pagi. This is kampung okay. 90an, 1.30pagi tu gelap gelita. Laluan balik Nizam juga dikelilingi hutan dan sawah padi. Jalan pula amat sempit dan tidak berturap. Hanya jalan tanah merah. Hampir mustahil dengan keadaan macam tu ada orang nak berjalan bersiar siar, Melainkan anak muda seperjuangan Nizam.

Nizam seorang diri menunggang motornya. Melayan perasaan. Cuba mengimbas aktiviti mereka malam itu yang mana tertumpu pada merambu tepi jalan, berbual macam macam isu kegemaran anak muda dan lain lain.

Lebih kurang 2km untuk sampai ke rumah, Nizam terpandang kelibat seseorang duduk di atas paip besi tepi jalan. Paip itu adalah paip yang sama ayah aku ceritakan dalam childhood memories beliau.

Ketika jarak semakin hampir, kelibat itu turun dari paip besi dan menahan Nizam. Nizam memberhentikan motosikal nya betul betul berdepan dengan kelibat tu.

Nizam menelan air liur. Diingatkan hantu, rupanya manusia. Dari susuk tubuh, lelaki tersebut mungkin berusia penghujung 20an. Dia memakai persalinan silat penuh. Serba hitam seperti pendekar zaman silam.

"boleh tumpang?"

Seperti anak muda kampung lain, sifat suka menolong dah sebati dalam diri.

"Eh boleh je. Apa salahnya. Nak kemana bang?"

Lelaki itu menundukkan mukanya. Mungkin segan nak minta pertolongan

"Kg Changkat Banjar"

Nizam menelan air liur. Jauh juga tu. Hampir 20km dari situ. Kampung tu dah tak jauh dari Pekan Parit. Cuma ada satu jalan untuk ke sana. Kiri kanan juga masih kampung sekampung kampungnya. Lampu jalan pun kurang. Minyak motornya entahkan sampai, entahkan tidak.

Nizam termenung sekejap sambil melihat meter minyaknya

"Boleh lah bang. Naik lah"

Lelaki tersebut naik tanpa bersuara. Sudah agak agak lelaki itu stabil duduk di belakang, Nizam memulas minyak dan bergerak motosikalnya. Hanya sesekali Nizam mengintai lelaki tersebut melalui cermin pandang sisi.

Badan lelaki itu sederhana besar, tapi Nizam hampir tak terasa seperti membawak penumpang. Mungkin lelaki tersebut duduk dalam keadaan baik di belakang, bisik hati Nizam.

Kira kira 1km lagi hampir sampai ke Kg Changkat Banjar, Nizam menjerit dari depan untuk double check dengan lelaki tu.

"Depan lagi ke bang?"

"Hmmmm!"

Lelaki tu sekadar berdehem pada Nizam. Mungkin kesejukan di belakang. Nizam cuba mengintai dari cermin sisi, takut takut jatuh ke kan. Sebab motor pun ringan semacam je. Entah apa apa saja lah sangkaan Nizam malam tu.

Setibanya di persimpangan Kg Changkat Banjar, Nizam terasa bahu nya ditepuk. Mungkin itu isyarat menyuruh Nizam memberhentikan motorsikal.

Sebaik terasa lelaki itu turun dari motor, Nizam kelam kabut membuat pusingan U dan memecut laju pulang ke rumah. Nizam harus menempuh perjalanan sejauh 20km sekitar kampung sekali lagi.

Perjalanan terasa amat jauh. Nizam tak mempedulikan meter minyak motornya. Kalau habis, habis lah. Tahun 90an mana ada stesen minyak sekitar kampung, kalau ada pun di Bota Kanan, 30km dari situ. Orang kampung nak mengisi minyak pun, hanya di kedai runcit yang menyediakan penjualan minyak menggunakan botol kaca. Itupun hanya beroperasi setakat 8:30malam.

Sampai dirumah, Nizam cepat cepat parking motor di bawah rumah dan masuk melalui pintu dapur. Dia berjalan laju menaiki tangga kerana bilik tidur anak anak di tingkat atas.

4 orang adiknya sudah tidur. Dia mencari ruang untuk berjalan masuk ke kelambu miliknya. Kepulangan dia malam tu tak disedari adik beradiknya yang lain.

Nizam tidur dalam keadaan mengigil gigil. Dia tak pasti, kesejukan itu berpunca dari dia memecut laju motornya membelah jalan raya kampung, atau apa yang dia lihat dalam cermin sisi sebentar tadi.

Menurut Nizam, tempat dia menumpangkan lelaki itu langsung tak ada rumah. Hanya sawah padi. Kebetulan, lelaki tadi menahan nya betul betul di hadapan rumah kosong peninggalan arwah Pawang yang sudah lama meninggal dunia. Kebetulan kedua, Pawang itu semasa hayatnya juga seorang ahli silat!

Biasanya kalau bawak penumpang, akan terasa beban di kerusi belakang. Lebih lebih lagi ketika di selekoh. Kebetulan jalan sepanjang 20km tersebut mempunyai banyak selekoh. Tapi Nizam tak rasa apa apa. Seolah olah dia menunggang berseorangan.

Mesti korang tertanya tanya, apa yang dia nampak di cermin sisi ketika hampir sampai ke kg lelaki tu kan? Yang membuatkan dia kelam kabut nak beredar dari situ.

Ketika hampir sampai, Nizam ada bertanyakan sekali lagi lokasi rumah lelaki tersebut. Oleh kerana soalan Nizam tidak berjawab, Nizam cuba adjust cermin sisi sebelah kirinya untuk melihat muka lelaki tersebut. Kerana kedudukan lelaki tersebut agak menyenget, dan hanya bahu yang kelihatan.

Apa yang mengejutkan Nizam adalah muka lelaki tersebut seperti diselaputi tepung! Putih. Putih yang memang terpancar dalam pekat malam untuk kawasan kampung tak berlampu sekitar 90an. Bukan putih bedak ye. Putih tepung!

Masa tu lah baru Nizam teringat, masa dia berbual dengan lelaki tu sebelum menumpangkan nya, badan lelaki tu seolah olah terapung. Beliau jugak sehelai sepinggang. Muka hanya menunduk sahaja. Lepas dia teringat semua tu, baru dia teringat bahawa latihan Silat di situ adalah pada setiap petang Rabu sahaja. Malam tu bukan malam Rabu. Takkan ada orang normal, saja saja pakai baju silat berjalan tengah tengah malam dalam hutan sawah padi?






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 11:09 PM
KISAH 8 : LELAKI BERBAJU SILAT

Kisah ni terjadi pada abang sepupu aku sekitar tahun 90an. Masa tu ...

Hi TT. Silent reader je all this while. Sebelum nii salu gi manjung ikot jln apa tahh yg mmg gelap. Kiri kanan hutan. Pastu jln mmg single lane. Jln tuu iols ikot dr kl sbb iols org kl ade bff kat Sri Manjung. Sbelum sampai jln tuu ade kwsn perindustrian kcik kott. Ade kilang simen ke kilang batu bataa. Tk pasti.  Tp penah bertembung satu lori yg tetibe corner trus gi dlm hutannn then dgn lampulori tuu skali hilangg dlm pekat mlm tuu. Ternganga kejapp.

Matik nebes bace citer awak nii
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 12:19 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 01:06 PM
Dah ada dah Kisah 7 atas tu sis. Pagi tadi saya habiskan taip, terus post

Dik, rasa-rasanya nenek kebayan tu dtg dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 10:08 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 10:09 PM
KISAH 8 : LELAKI BERBAJU SILAT

Kisah ni terjadi pada abang sepupu aku sekitar tahun 90an. Masa tu ...

misteri.........................
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 11:45 AM | Show all posts
Alhamdulilllah...hakak selamat pergi dan balik dr kg gajah mlm tadi, singgah parit ada brg nak kena ambik.  Terlintas jugak cerita tt dlm kepala, maka menononglah hakak drive sepanjang perjalanan. Jumpa pekan gopeng lega rasanya.
Akhirnya pagi ni masuk ofis kat kl semula. Fuhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-11-2016 03:30 PM
Maka dengan itu wujudnya thread ni kak  

Tapi saya mahir apa yg berlaku sekitar 'Perak Tengah ...

Wah tt sebut nama kg iols.. rindu chenderong balai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
best la cite TT ni. walupun aku bukan orang perak tapi penah la sekali pegi kg parit tu. umah mak tiri aku n kawan aku pun ada orang banjar tapi die duk kat bagan serai. huhu. selalu jugak ikut die balik kg. cantik sgt ada sawah padi. kite orang bandar bila ikut orang lain balik kg jadi jakun jap. teruskan TT cerita anda
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 10:30 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 22-11-2016 10:24 PM
Hee dah tahu mesti seram sejuk je lepasni nak lalu kan. Dia kalau tak tahu takpe lagi  

Chang ...

Weh ye ker..keranda terbang ade situ..

Ade 1 kali we all nak blk KL..slalu aku drive keta sendiri..disbbkan kakak aku sorang ngan anak dia, aku temankan lah dia..my dad n the rest dh jln dpn..konvoi 3 keta mlm tuh..dh mlm kul 11 lebih....skali keta dia rosak wei takleh start kat area changkat larang tuh..bulu roma meremang dh..sbb kat tmpt keta kitorang rosak tuh ade satu umah lama kayu yg besar..dh ditinggalkan..pastu dpn skit tuh plak area kubur..aku dh rasa lain mcm sbb perasan atau bayangan ade org duk perhati kat tingkap umah tuh..punya baca mcm2 sampai call my dad byk kali suruh patah balik..temankan pastu dh dkt sejam tggu baru abg ipar sampai..ape yg jd aku naik keta aku blk then blk kl..sbb mmg rasa semacam wei
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 15-11-2016 10:42 PM
KISAH 2 : CHILDHOOD MEMORIES

Episod : Bunian - Menyorok atau disorok?

Cerita pasal bunian ni, mak aku ade pengalaman berkawan dgn anak bunian.

Aku pun orang perak jugak. Mak aku dulu tinggal di behrang station. Sebelum berkahwin, mak aku berkawan dgn anak bunian sebaya mak aku. Mak aku ckp, nama bunian tu siti hawa. Mak aku selalu jumpa dgn siti hawa ni kat busut buluh lemang tepi rumah. Atok n nenek aku (mak n ayah mak aku) tahu yg mak aku berkawan dgn bunian ni. Sbb dorang pernah bermimpi didatangi sepasang suami isteri dalam mimpi minta kebenaran mak aku berkawan dgn anak dorang (dah mcm cite ahmad albab kan).

Atok n nenek aku xde masalah. Asalkan jgn mendatangkan masalah. Tapi bukan hari2 mak aku bermain dgn siti hawa ni. Ade hari2 nye. Aku dah x ingat. Sbb berkawan dgn siti hawa ni, mak aku ade kelebihan. Dia boleh cari barang yg hilang dgn bantuan siti hawan dan dengan izin Allah. Kalau ade barang hilang, mak aku akan panggil siti hawa ni. Siti hawa ni yg tolong cari kan. Pastu mak aku bgtau lah barang tu ade kat mana.

Lepas mak aku berkahwin, hubungan mak aku dgn siti hawa ni renggang. Sbb mak aku ikut ayah aku ke kampung lain. Mak aku boleh berjumpa dgn siti hawa di busut buluh lemang tu jer. Bila balik kampung sekali sekala baru aku dpt berjumpa dgn siti hawa. Tapi walaupun berjauhan, mak aku masih boleh cari barang yg hilang. Mereka berkomunikasi dgn cara dorang.

Mak aku cakap, siti hawa ni mmg cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2016 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
botol.susu replied at 24-11-2016 11:31 PM
Hi TT. Silent reader je all this while. Sebelum nii salu gi manjung ikot jln apa tahh yg mmg gelap ...

Hi botol susu. Tq singgah sini  

Kilang Bata tu tak jauh sangat dari kg saya. Dalam 10km macam tu je.

Oh yeke. Agaknya lori tu terbabas ke macam mana?  

Sri Manjung meriah. Jalan nak ke sana je yg tak meriah  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 25-11-2016 12:19 AM
Dik, rasa-rasanya nenek kebayan tu dtg dari mana?

Not identified kak. Saja saja singgah je kot  

Tadi tengok Detik 12 Malam. Episod Pemandu Van Jenazah.
Driver tu cerita satu malam dia nak hantar jenazah ke rumah waris. Dia lone ranger malam tu. Tetiba kat sebelah ada nenek kebayan  

Episod tadi siap ada pelukis lagi untuk gambarkan situasi tu. Ceh, sama pulak muka nenek tu dgn yg saya nampak tu. Rambut je lain    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2016 10:08 AM
misteri.........................

Dia pakai Qu Puteh kot kak  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
hatikudus replied at 25-11-2016 11:45 AM
Alhamdulilllah...hakak selamat pergi dan balik dr kg gajah mlm tadi, singgah parit ada brg nak kena  ...

Alhamdulillah. Jangan dilayan perasaan mu kak  

Baca cerita dalam forum ni, anggap hiburan je. Lepas baca, lupa terus.

Eh. Akak kerap nya turun Parit n Kg Gajah. Akak kerja office gomen kah?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157374 Replies : 3854
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4131 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18994 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 2525 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 2929 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187889 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.916026 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list