CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: myvios

[Tempatan] 'Saya Hendak Menyentuh Anjing'

[Copy link]
Post time 20-10-2014 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 posted on 20-10-2014 01:29 PM
Ni agak betul jugak..sesetengah pemilik anjing ni sori lah mcm x reti nk bela anjing.penah nmpk an ...

Pbt kata kalo depa tangkap nanti ngo ckp mendera hewann...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 01:34 PM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 01:26 PM
soalan saya apa yg tertera dalam al-quran la AN..
maklumla.. ummah2 dok suruh kembali kpd alquran ...

tak semua mesti ada dlm alquran lah atira..

sebab tu dikatakan kembali lah pada Alquran, sunnah dan dalil2 yg telah disepakati..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:35 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 01:13 PM
ko ni aji...kasi contoh pun kelakar..

kalu simpan berak tu...tak membusung ke Aji?....dah mud ...

terpulang pada individu nak paham dan pilih

setau aku air arak tadak DNA

sekadar nak AJAR diri benci arak sekali pun takyah melampau lampau

hidup di kalangan ramai or majoriti oang islam tak sama hidup di kalangan majoriti oang bukan islam

yang kelako nya oang islam tu sendiri kata dia pi negara ramai oang bukan islam tapi dia nampak nilai islam kendian dia balik kembali ke masarakat or negara majoriti oang tu orang islam, sedara tok nenek ipar kawan saudara seme orang islam , tapi pasai pa dia tak nampak NILAI ISLAM?

bank islam ada..sekolah islam ada..basikal islam pun ada, apa lagi masjid bentuk kubah siap dengan bulan sabit..tak cukup itu ari2 oang melalak takbir..ini parti islammmmmmmmmm..perghhh meremang bulu idong anjing dan babi di situ

tapi pasai pa NILAI NILAI ISLAM tu takdak

hidup ni AN hanya untuk orang orang yang BERFIKIR
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 01:26 PM
soalan saya apa yg tertera dalam al-quran la AN..
maklumla.. ummah2 dok suruh kembali kpd alquran ...

Yu nak suruh org ckp dlm quran takde ckp haram pegang anjing ke ?..ai rasa mmg tiada ayat tu..kisah anjing dan pemuda ashabulkahfi ada dlm quran...itu pun tak byk cerita pasal anjing tu..ai baca quran dan terjemahan saje...yu  ada jumpa ayat quran kata boleh peluk peluk anjing?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:37 PM | Show all posts
orang melayu memang paling hebat bila mai bab hukum hakam
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 20-10-2014 01:30 PM
Area rumah aku ni 80% chinese... 15% Malay..balance india dll... Majority bela anjing.. Tp aku set ...

Ai pun selalu nampak indian and chinese suruh anjing mereka berak kencing di taman tempat org berehat beriadah....anjing tu berantai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 20-10-2014 01:39 PM
Ai pun selalu nampak indian and chinese suruh anjing mereka berak kencing di taman tempat org bere ...

Bodohkan.. X pasal2 org nak beriadah naknya budak2 terpijak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:40 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 01:35 PM
terpulang pada individu nak paham dan pilih

setau aku air arak tadak DNA

ye aji..hidup ni utk org yg berfikir...tapi yg berfikir yg berilmu..sampaikan ilmu yg betul..tak gitu ke aji?.

Sebab tu masyarakat islam kita sentiasa konpius...makan pisang bertaik babi pun jadi haram...pakai spek rayban haram..sebab dah ikut budaya kafir..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory posted on 20-10-2014 01:40 PM
Bodohkan.. X pasal2 org nak beriadah naknya budak2 terpijak...

Itulah..ai rasa kena buat majlis " i nak tampar dog owner" plak kan...baru lengkap ilmu dituntut selain ilmu sertu dan kasih sayang..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
magnus posted on 20-10-2014 01:43 PM
Itulah..ai rasa kena buat majlis " i nak tampar dog owner" plak kan...baru lengkap ilmu dituntut s ...

Not bad idea... Snap gmbr owner sekor...pastu snap plak apa dog dorg buat... Kira mcm hall of fame for idiots gitewww...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:47 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 01:34 PM
tak semua mesti ada dlm alquran lah atira..

sebab tu dikatakan kembali lah pada Alquran, sunnah ...

semua dalam quran, sempurna dah..malah ada khalifah zaman baghdad gelemer dulu suruh bakar seme buku dalam library tu pasei segalanya ada dalam ini (quran)

sunnah tu tradisi nabi, perbuatan or akhlak nabi tu ialah akhlak quran so menjurus quran

qiyas itjmak dan banyak lagi sumber hukum..dengonya sampai 10  seme ni MENJURUS pada quran

so maksud tak ada dalam quran bukan fisikali takdok or tuhan lupa bubuh tapi akal manusia belum sampai MEMIKIRKAN nya..

pasal tu dalam quran kata FIKIRKAN LAH..supaya otak kita ni sampai kepada apa tuhan turunkan yakni quran

contoh AKAL SAIDINA UMAR r.a ada vision, bleh fikir jauhh..bila ramai para hafiz mati syahid perang..dia dok terpikio..ni kalo abis seme hafiz ni karang camna jadi kitab ni karang..apa bagus buat ye? so dia pikio pikio last2 dapat idea dia pi kat khalifah abu bakar dan apa respon abu bakar r.a

mengigil kepala lutut haaaa..tak penah di buat nabi !! takuttttttttttttttttttt ya amat..takut wooo tak boleh tak boleh..nabi tak buat so takyah NO !

kendian saidina umar REASONING cakap pro dan kontra..lama2 terbuka hati abu bakar..sapa bukak? takkan iblis laknatullah bukak kutttttttt AN

tu pasal umar al khattab di sebut mutjadid pertama or reformist pertama..FORM tu bertukar tadak kesah AN..yang penting SUBSTANCE tu menten

form tu salah satu nya ialah BUDAYA MANUSIA la..duluuuuuuuuu takut dan larikkk kalo jumpe anjing, ler ni tak kisah, ok ok relaxx aje..tepuk2 anjing good doogie..dok diam2 tauu jangan bising2 haa..tu nama dia REEEEEEEEEEEFORMASI dalam society

yang buat program tu salah soang bleh kita katakan reformist laa..dan patut di sokong, bukan dia suruh masak gulai anjing walo oang ba
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:49 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 01:34 PM
tak semua mesti ada dlm alquran lah atira..

sebab tu dikatakan kembali lah pada Alquran, sunnah ...

dah pulak...
posting aku tu response kpd posting yg sungguh kembali kpd quran....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk berita tgh hari.. Jakim tgh siasat event ni... Disamping muka2 minah2 bertudung bergmbr dgn anjing...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:50 PM | Show all posts
magnus posted on 20-10-2014 01:35 PM
Yu nak suruh org ckp dlm quran takde ckp haram pegang anjing ke ?..ai rasa mmg tiada ayat tu..kisa ...

ada dalam quran kata boleh berporem?
tapi ko berporem gak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:53 PM | Show all posts
set2 terhina jangan malas baca...


dari dr maza

ANJING DAN ISU MASYARAKAT MALAYSIA

Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitive mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememang inilah reality masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspective baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas.
Ada yang kata anjing binatang yang dimusuhi oleh Islam. Ada yang kata perbuatan memegang anjing diharamkan oleh Islam. Ada pula yang kata apa salahnya kita membela anjing macam orang lain. Macam-macam lagi yang ditimbulkan. Ada yang berdasar fakta, ada berdasar emosi.
Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;

Samakan Dengan Anjing

Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.

Islam Benci Anjing?

Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah: (maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).

Anjing tersebut menjadi binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing. Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.

Bolehkah muslim memiliki anjing?

Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.

Bolehkah Muslim Menyentuh Anjing?

Ada pula yang cuba menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka itu kesimpulan hukum yang cetek. Maka TIDAK HARAM menyentuh anjing.
Najis boleh disentuh tetapi hendaklah dibasuh apabila kita hendak beribadat ataupun berurusan dengan masyarakat. Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak najis. Menyentuh anjing basah khilaf pendapat dalam kalangan sarjana. Mazhab Syafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat-pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah. Sebahagian fuqaha hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis : “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).

Mazhab Malik bin Anas pula paling longgar dan luas berhubung dengan anjing.

Memelihara Anjing Dalam Rumah?

Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memelihara anjing kecuali anjing buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan. Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari).
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 01:50 PM
ada dalam quran kata boleh berporem?
tapi ko berporem gak kan?

Aik sentap pulok...tulah yu yg nak sgt bekap org pepeluk anjing sampai asik tanya apa tertulis dlm quran..quran bkn utk kita gaduh gaduh  beb..iqra..chilllax....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 01:54 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 20-10-2014 01:47 PM
semua dalam quran, sempurna dah..malah ada khalifah zaman baghdad gelemer dulu suruh bakar seme bu ...

sebab tu Aji...ayat pertama yg keluar ialah...baca lah...

tapi ramai yg tak baca..kalau baca plak...ikut pala otak dia punya suka je..tu yg konpius..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:58 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-10-2014 01:34 PM
tak semua mesti ada dlm alquran lah atira..

sebab tu dikatakan kembali lah pada Alquran, sunnah ...

maksudnya AlQuran tu kitab tak lengkap? belum lagi sempurna penurunannya?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:58 PM | Show all posts
atira posted on 20-10-2014 01:49 PM
dah pulak...
posting aku tu response kpd posting yg sungguh kembali kpd quran....

sebab tu kena faham...kembali pada Alquran tu tak bermaksud semuanya ada dlm Alquran...yg tak ada didalam Alquran tu pakai lah apa sunnah nabi..sama macam ikut Alquran jugak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:11 PM | Show all posts
MulutBecok posted on 20-10-2014 01:58 PM
maksudnya AlQuran tu kitab tak lengkap? belum lagi sempurna penurunannya?


bukan maksudnya Alquran tu tak lengkap...tapi tak semua didetailkan...macam berpakaian...tutup aurat...ada alquran ajar macam mana?...so..ikut sunnah nabi cara dia pakai...tu pun sunat..bukannya wajib...so ikut dalil2 yg dipakati..contohnya pakai baju melayu..janji faham apa yg dikatakan aurat itu.

sama macam buat kereta...ada Alquran ajar manusia cara buat kereta?.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077204 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list