CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ColbyRaikkonen

♥♥ SUTRAMAYA CINTAMU di dada akhbar dan majalah ♥♥

[Copy link]
sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:39 PM | Show all posts
Siti, Khalid diijab kabul
oleh Zul Husni Abdul Hamid, Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Sallehuddin




SEMOGA BERBAHAGIA: Khalid mengucup dahi isterinya, Siti Nurhaliza sebaik selesai majlis akad nikah di
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta semalam.

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Datuk Khalid Mohd Jiwa sah bergelar suami kepada penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, pada upacara akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini semalam.

Pasangan itu selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah Kahwin, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud tepat jam 11.35 pagi, dengan Mohd Radzuan Abdullah dan Ismail Noor sebagai saksi.

Siti, 27, yang mengenakan kurung moden putih lengkap bertudung rekaan Radzuan Radziwill, mulanya kelihatan tenang tetapi menitiskan air mata apabila bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik selepas selesai upacara akad nikah.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM22,222 berserta wang hantaran RM30,000. Pengantin lelaki juga membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Penyanyi kesayangan ramai itu tiba di pekarangan masjid pada jam 10.05 pagi bersama ibu bapa dan abangnya, Saiful Bahri atau Ayie, manakala Khalid, 47, tiba 20 minit lebih awal dengan diiringi polis pengiring.

Bercakap kepada pemberita selepas bergelar isteri, Siti meluahkan kesyukuran kerana majlis berjalan seperti dirancang dan berharap doa semua pihak akan mengiringinya melangkah ke alam rumah tangga.



BERGELAR ISTERI: Siti Nurhaliza menandatangani borang nikah selepas majlis akad nikah, semalam.

"Selama ini Siti di bawah jagaan keluarga tetapi sekarang tanggungjawab itu sudah beralih kepada suami. Siti pun, Insya-Allah akan menjadi isteri yang solehah, mithali dan pada masa sama, meneruskan kerjaya sebagai anak seni.

"Siti bersama sama suami akan menjaga keharmonian dan melayari kehidupan dengan sabar. Ia adalah permulaan fasa baru dalam hidup Siti dan mengharapkan bimbingan suami serta doa semua pihak," katanya.

Setengah jam sebelum akad nikah, majlis pertunangan secara ringkas diadakan dengan Siti dibawa ke Dewan Jamuan Muslimat yang menempatkan pelamin khas 'Mahligai Permata'.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob mewakili keluarga pengantin perempuan sebagai ketua adat, manakala rombongan Khalid diketuai Tan Sri Halil Abdul Mutalib.

Ketika majlis pertunangan yang penuh istiadat Melayu lengkap dengan berbalas pantun itu, Siti menerima sebentuk cincin Bvlgari yang disarungkan ibu mentuanya, Siti Zainab Hanafi.

Khalid menghadiahkan lima dulang hantaran merangkumi set barang kemas, jam tangan dan tas tangan, dibalas tujuh dulang hantaran oleh Siti. Semua hantaran digubah perunding perkahwinan, Datuk Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd.

Selesai majlis pertunangan, pasangan itu dibawa ke Dewan Solat Utama untuk upacara pernikahan yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen TV3 dan radio Hot FM.

Sebagai tanda mereka sah bergelar suami isteri, Khalid, menyarungkan sebentuk cincin Audemars Piguet yang ditempah khas dari luar negara. Khalid juga menerima cincin jenama yang sama daripada Siti.

Turut hadir ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latif serta keluarga terdekat kedua-dua mempelai.

Sementara itu, Khalid juga memanjatkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya dengan Siti berlangsung seperti dirancangkan. Tidak seorang pun anak Khalid hadir pada majlis berkenaan.

"Saya tidak gugup kerana datang dengan niat yang baik iaitu kerana Allah. Saya bersyukur dan segala yang berlaku juga adalah rahmatNya," katanya.

Majlis persandingan untuk tetamu khas dan kenalan akan diadakan pada 28 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, manakala majlis kenduri untuk peminat akan diadakan di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September ini.

INFO
Pernikahan Siti Nurhaliza, Khalid


Mas kahwin RM22,222


7 dulang hantaran Khalid
- Wang RM30,000
- Strawberi bersalut coklat
- Senaskhah al-Quran
- Set barang kemas Chopard
- Jam tangan Roger Dubius
- Beg tangan Louis Vuitton
- Sepersalinan kain renda


9 dulang hantaran Siti
- Bunga Rampai
- Songket Terengganu
- Butang baju Melayu
- Jam tangan Richard Mille
- Tali pinggang dan dompet Briony
- Kancing lengan baju Audemars Piguet
- Set tuxedo
- Sebentuk cincin
- Kek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:41 PM | Show all posts
'Tuah nama saya Siti Nurhaliza'

Oleh Hartati Hassan Basri, Nor Akmar Samudin, Nazarali Saeril

KUALA LUMPUR: ?anggil Siti saja seperti biasa yang anda selesa. Kecuali jika diperlukan dalam majlis berprotokol,? kata Siti Nurhaliza mengenai panggilan Datin yang disandangnya sebaik menjadi isteri kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, semalam.




Katanya, nama Siti Nurhaliza memberi tuah kepadanya selama 11 tahun menjadi penyanyi hingga dikenali bukan saja di Malaysia, malah Indonesia, Singapura dan Brunei.

?iada apa yang berubah. Selepas ini, saya tetap menggunakan nama Siti Nurhaliza untuk kerjaya seni. Alhamdulillah, suami memahami kerjaya dan mengizinkan saya meneruskannya. Tapi utamakan keluarga.


?aya akan bahagikan jadual sebaiknya antara kerjaya dan rumah tangga. Buat masa ini, saya ingin berehat selama seminggu untuk menikmati kehidupan berumah tangga.

?aya akan kembali aktif selepas pulang dari umrah pada Ramadan nanti,? katanya pada sidang media selepas majlis pertunangan dan pernikahannya dengan Datuk K di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Hanya Siti yang hadir pada sidang media itu.

Dengan sekali lafaz, Siti Nurhaliza selamat diijabkabulkan dengan Datuk K kira-kira jam 11.35 pagi dalam majlis pernikahan yang sederhana.

Ia disiarkan secara langsung menerusi TV3 mulai jam 10.30 pagi dan berakhir tepat jam 12 tengah hari sebagaimana dirancang.

Pasangan yang memilih semalam sebagai hari bahagia mereka sempena Israk Mikraj, dinikahkan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nasroddin Mat Daud dengan disaksikan Redzuan Abdullah dan Ismail Nor.

Siti menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Hampir 1,500 tetamu hadir termasuk jemputan khas dan keluarga terdekat kedua-dua pihak. Antara tetamu khas isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan isteri, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan kerabat Pahang.

Turut kelihatan Datuk Harun Din dan penulis buku ?alau Ada Jodoh Tidak Ke Mana?, Syed Hussein Al-Attas.

Siti mengakui berdebar apabila dibawa ke Dewan Solat Utama di tingkat atas masjid itu untuk acara akad nikah.

Untuk menenangkan hati, Siti banyak berselawat dan berdoa agar perjalanan majlis berlangsung dengan baik.

Mengenai pelbagai spekulasi yang diperkatakan sebelum hari perkahwinannya, Siti berkata, agak sukar untuk menghentikan hal terbabit tetapi berharap semua fitnah yang dilemparkan tidak ada lagi selepas ini.

?arap tiada lagi fitnah selepas ini. Bagaimanapun, saya tidak boleh menghalang spekulasi atau kata-kata orang. Apa yang datang akan ditangani dengan tenang,? katanya yang anggun mengenakan baju kurung moden warna putih daripada kain lace rekaan Radzuan Radzwill dilengkapi tiara, kalung dan cincin tajaan Elegance Club.

Mengenai anak, Siti berkata, dia tidak merancang, sebaliknya berserah kepada Tuhan sama ada cepat atau lambat.

Terdahulu, dalam majlis pertunangan bagi pasangan yang mempunyai perbezaan usia 20 tahun ini, Khalil menjadi ketua rombongan pengantin perempuan manakala pihak lelaki diwakili Tan Sri Halil Abdul Mutalib.

Ia diserikan dengan acara berbalas pantun antara kedua-dua pihak diikuti istiadat membawa dulang hantaran.

Pihak lelaki membawa lima dulang dan dibalas tujuh pihak perempuan.

Untuk tidak menghampakan permintaan media, pasangan itu dibenarkan bergambar bersama di Bilik VIP di tingkat bawah masjid.

Fakta hantaran

- KHALID memberi mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000 atas permintaan ayah Siti, Tarudin Ismail sempena al-Quran disempurnakan selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari dengan jumlah 30 juzuk.

- SITI menerima lima dulang hantaran untuk majlis pernikahan dan dibalas tujuh manakala untuk majlis pernikahan, tujuh dulang dibalas sembilan. Nusantara Gems yang dilantik sebagai perancang perkahwinan mereka, menghasilkan semua 28 hantaran.

- HANTARAN perkahwinan Siti dinamakan sempena lagu popularnya Sanggar Bayu (dari Siti untuk majlis tunang), Adi Warna (dari Khalid untuk majlis tunang), Azimat Cinta (dari Khalid untuk nikah) dan Sebenar Cinta (dari Siti untuk nikah).

- HANTARAN Sanggar Bayu - sirih junjung, bunga rampai, al-Quran, baju Melayu dan samping tenun Pahang, dodol dan wajik disediakan ibu saudara Siti.

- ADI Warna - cincin Bulgary, rantai bertulis Allah dibeli di Makkah, jubah juga dari Makkah dan halwa betik.

- AZIMAT Cinta - strawberi coklat, cincin Audemars Piguet (AP), set barang kemas ditempah khas dari Elegance Club, baju lace dibeli di Dubai, beg tangan Louis Vuitton (LV), jam tangan.

- SEBENAR Cinta - cincin AP, jam tangan Richard Miles, bunga rampai, kain samping songket Terengganu, butang baju Melayu, tali pinggang Brione & dompet LV, kaflin LV, tuksedo dan kek.

- KOTAK isi mas kahwin ditempah khas di Jeddah dan ditekat nama Siti dan Datuk K serta doa nikah. Ia disiapkan dalam masa 24 jam.

- BUNGA tradisional gim (dibuat dari benang gim) buatan tempatan disiapkan sebulan. Bunga pinang yang menghiasi sirih junjung dibuat Datin Zaleha.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:46 PM | Show all posts
CORAT-CORET


- CINCIN emas putih bertatahkan berlian bermata satu dipakai Siti Nurhaliza jenama AP ditempah khas dengan reka bentuknya dipilih sendiri Datuk K. Bagaimanapun, pasangan mempelai enggan mendedahkan nilai sebenar cincin berkenaan.

- UNTUK majlis pertunangan, Datuk K menyerahkan lima dulang hantaran yang dinamakan `Adiwarna? sempena satu daripada album popular Siti, mengandungi sebentuk cincin dan bunga rampai, manisan, rantai, jubah serta sirih junjung.

- SITI Nurhaliza pula membalas hantaran itu dengan tujuh dulang dinamakan `Sanggar Bayu? terdiri sirih junjung, bunga rampai, buah-buahan, kitab suci al-Quran, sejadah, kek dan kain baju Melayu lengkap dengan samping tenunan Pahang.

- BAGI majlis pernikahan, Datuk K menyerahkan tujuh dulang hantaran berkonsepkan tradisional berwarna merah jambu, emas dan krim yang dinamakan sempena lagu popular Siti Nurhaliza `Cindai?, mengandungi wang hantaran RM30,000, halwa, kitab al-Quran dan bunga rampai, set permata, kain lace, beg tangan dan seutas jam tangan.

- SITI Nurhaliza pula membalas hantaran sembilan dulang berkonsepkan kontemporari berwarna perak dan hijau bertemakan lagunya `Sebenar Cinta?, terdiri bunga rampai, kain samping songket, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, kek, tali pinggang berserta dompet, kaflin dan sut tuksedo.

- DALAM majlis bertunang dan akad nikah, Siti Nurhaliza ayu bertudung litup selain mengenakan busana kurung anggun kain lace berwarna putih bertakhtakan batu pertama rekaan pereka fesyen terkenal Radzuan Razwill.

- MAS kahwin RM22,222 tunai diberikan mengikut tempoh tahun dan hari, kitab suci al-Quran diturunkan.

- MAJLIS pernikahan pula diadakan bersamaan 27 Rejab 1427 Hijrah, tarikh peristiwa Israk dan Mikraj.

- MAJLIS pertunangan pada jam 10.30 pagi menyaksikan rombongan kedua-dua mempelai berbalas pantun dalam menyatakan hasrat meminang dan pinangan diterima, diakhiri dengan ibu Khalid, Siti Zainab Hanafi menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari manis Siti Nurhaliza.

- KELUARGA Siti Nurhaliza memakai pakaian tema hijau untuk majlis pertunangan dan pernikahan, tetapi bapanya, Tarudin Ismail memakai baju Melayu biru kerana difahamkan bajunya tidak sempat disiapkan sebelum majlis berlangsung.

- KOS perundingan serta persediaan majlis akad nikah dan majlis bersanding di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos ini, termasuk jamuan makan, menelan belanja hanya kira-kira RM500,000 berbanding laporan yang menyebut kosnya mencecah lebih RM12 juta.

- MAJLIS turut dihadiri wakil media dari Indonesia termasuk Jawa Post, Trans TV, majalah Anggun selain media tempatan. Wakil media bukan Islam pula diberikan pakaian menutup aurat disediakan pengurusan masjid.

- HAMPIR 1,000 hadir dalam majlis pertunangan dan pernikahan itu dan semuanya tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan foto Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk K.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 06:48 PM | Show all posts
Air mata Siti mengalir jua
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


Majlis tunang, nikah Siti Nurhaliza, Datuk Khalid Mohamad Jiwa berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah

BAGAIKAN puteri! Dengan busana putih bertatahkan manik biru serta bertudung rona serupa ciptaan Radzuan Radziwill, serta solekan Nurul Shukor, Siti Nurhaliza kelihatan cukup jelita dan mempesona pada hari dia bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohd Jiwa.




Semua mata yang memandang ke wajah penyanyi tersohor itu pasti asyik dengan keayuan wanita muda yang baru saja sah diijabkabulkan dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

Lebih daripada itu, Siti kelihatan cukup tenang sepanjang acara pertunangan dan pernikahan yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.

Acara pertunangan dan pernikahan diadakan kira-kira selang sejam dengan majlis pertunangan berlangsung jam 10.30 pagi, manakala pernikahan pula sejam kemudian. Cukup menarik apabila kedua-dua acara dilangsungkan dalam suasana cukup penuh beradat dan kaya dengan nilai tradisional masyarakat Melayu Islam.

Peminat di rumah sendiri dapat mengikuti kedua-dua acara yang penuh tradisi itu apabila acara bersejarah bagi penyanyi terkenal dan ahli perniagaan dari Kedah berkenaan disiarkan siaran langsung oleh TV3, stesen televisyen nombor satu negara ini.

Fedtri Yahya dan Azizah Ariffin mengendalikan siaran langsung berkenaan dari luar pekarangan masjid, manakala Ruhil Syafinaz Hussien dan Nuraffenda Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Fenda pula membuat laporan daripada dewan berlangsungnya acara.

Tidak lengkap sekiranya majlis yang sedemikian rupa tidak diselang dengan acara berpantun. Maka, kedua-dua wakil pengantin, Shamsuddin Salim dan Laksamana Datuk Ahmad Sufian Abdul Rashid yang masing-masing mewakili keluarga Siti dan Datuk K, berbalas-balas pantun dalam menyatakan hasrat mereka bertandang.

Lebih membuatkan acara bertambah menarik apabila Siti dan Datuk K bersetuju untuk menamakan pelamin serta hantaran bagi majlis bertunang dan pernikahan dengan nama lagu serta judul album artis yang dilahirkan 27 tahun lalu di Kuala Lipis itu.

Hantaran pertunangan sebanyak lima dulang berasaskan warna emas daripada pihak lelaki umpamanya dinamakan Adiwarna, manakala pihak Siti membalasnya dengan hantaran Sanggar Bayu, berupa tujuh dulang yang digubah menggunakan warna utama Perak.

Begitu juga tatkala hantaran tujuh dulang daripada keluarga Khalid untuk majlis perkahwinan yang dipanggil Azimat Cinta, sementara keluarga Siti membalasnya dengan sembilan dulang hantaran Sebenar Cinta.

Siti sendiri tenang menanti di singgahsana diberi nama Mahligai Permata ketika dia ditunangkan dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua daripadanya itu. Rekaan pelamin dan hiasan diselenggarakan Datuk Raja Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd.

Meskipun tenang sepanjang acara, namun, selepas saja sah bergelar isteri, Siti tetap wanita biasa apabila dia kelihatan cukup sebak ketika melebarkan tangan memeluk bapa tercinta, Tarudin Ismail dan ibu dikasihi, Siti Salmah Bachik.

Maklumlah, bukan mudah untuk orang tua melepaskan anak perempuan ke tangan insan lain. Selepas ini, hidup Siti di bawah jagaan Datuk K, selepas 27 tahun tanggungjawab itu dipegang mereka berdua.

Siti juga dilihat erat memeluk abangnya, Ayie, yang sekian lama membantu dirinya mengejar impian bergelar bintang terhebat Malaysia ketika ini. Sudah semestinya jasa lelaki itu tidak dilupakan begitu saja, apatah lagi setelah Ayie dan isteri, Rozi, berjaya meletakkan nama Siti pada kedudukan teratas selama sedekad menghambakan diri pada seni.

Selamat pengantin baru Siti dan Datuk K.

FAKTA
Pertunangan/Pernikahan Siti dan Datuk K


Bertunang selama kira-kira sejam saja sebelum mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.


Gaun pertunangan dan akad nikah Siti direka Radzuan Radziwill yang turut menyediakan gaun kontemporari buat bintang jelita ini pada majlis persandingannya, 28 Ogos depan.


Mas kahwin pernikahan Siti ialah sebanyak RM22,222.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 07:02 PM | Show all posts
Siti isteri solehah

Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

Mohon bimbingan suami, doa peminat



WALAUPUN bergelar isteri ahli perniagaan, penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, 27, akan meneruskan kerjayanya dalam bidang seni, namun ia bukan lagi keutamaannya sebagaimana dulu sebaliknya rumah tangga kini jatuh nombor satu.

Katanya, suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, memahami kerjayanya dan memberi izin beliau meneruskan kerjaya seni dan akan cuba membahagikan jadualnya dengan sebaik mungkin.

?aya memanjatkan kesyukuran kerana majlis pernikahan saya berjalan dengan baik. Ia menjadi detik permulaan bagi fasa terbaru dalam hidup saya dan berjanji akan menjadi isteri solehah.


DETIK BAHAGIA...Khalid menyarungkan cincin ke jari manis Siti.

?aya bersama-sama Datuk Khalid akan layari kehidupan sebagai suami isteri dengan sabar. Bagaimanapun, kerjaya seni akan diteruskan sekali gus menjadi isteri berkerjaya. Harap segalanya berjalan dengan baik dengan bimbingan Datuk Khalid dan doa semua peminat.

?aya akan cuba bahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga. Bagaimanapun, sudah tentu keutamaan saya sekarang ialah rumah tangga,? katanya ketika sidang media selepas majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam.



SITI...pikul tugas sebagai isteri dan bergelar Datin.

Katanya, perkara pertama yang akan dilakukannya selepas ini ialah berehat selama seminggu untuk memberi masa kepadanya melaksanakan tugas sebagai isteri.

?aya akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga selepas majlis ini tetapi selepas itu saya tidak tahu lagi. Ia belum diputuskan di mana kami akan tinggal selepas ini,? katanya.

Sebagai isteri, Siti mengakui tanggungjawabnya begitu besar kepada suami termasuk menyediakan makan minumnya. Bagaimanapun, katanya, dia belum berkesempatan menyediakan masakan untuk Khalid.

?pa yang saya tahu, Datuk Khalid tidak terlalu memilih tapi makanan kegemarannya ialah masakan kampung seperti gulai tempoyak dan masakan yang pedas-pedas,? katanya.

Mengenai panggilannya selepas ini, Siti berkata, kalau boleh panggillah seperti dulu kecuali majlis protokol yang memerlukannya dipanggil Datin.

Siti yang anggun dengan kurung moden warna putih dari kain lace rekaan Radzuan Radzwill, sah menjadi isteri Khalid atau Datuk K dengan sekali lafaz, kira-kira jam 11.35 pagi semalam dengan mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Siti turut menerima tujuh dulang hantaran daripada Khalid untuk majlis pernikahan dan dibalas sembilan dulang oleh Siti.



TENANG...Siti kini bergelar isteri selepas selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud.

Mengenai pesanan ayahnya sebaik saja bergelar isteri, Siti yang nampak ceria dan tenang berkata, ayahnya selalu berpesan supaya dia menjaga maruah sebagai isteri, jaga rumah tangga dengan baik dan jangan lupa keluarga.

Katanya, ayahnya, Tarudin Ismail, agak emosi ketika dia datang mencium tangannya selepas majlis pernikahan berbanding ibunya, Siti Salmah Bachik, kerana dia seorang yang sensitif walaupun dia anggota polis dan nampak garang.

?udah menjadi kebiasaan apabila majlis seperti bermaafan di hari raya, memang ayahnya lebih emosi berbanding emak,? katanya.

Mengenai mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000, Siti berkata, ia atas permintaan ayahnya sempena al-Quran disempurnakan selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari dengan 30 juzuk.



CERIA...Siti tenang menjawab pertanyaan wartawan.

Katanya, dia agak berdebar apabila dibawa ke Dewan Solat Utama untuk acara pernikahan hingga banyak berselawat dalam hati dan berdoa agar segalanya berjalan dengan baik. Sebelum itu Siti menanti di Dewan Muslimat.

Untuk majlis pertunangan, Siti menerima lima dulang hantaran daripada Khalid dan dibalas tujuh oleh Siti. Hantaran daripad Khalid ialah cincin, rantai dengan tulisan Allah, jubah yang dibeli di Makkah, bunga rampai dan manisan halwa betik manakala daripada Siti seperti sirih junjung, bunga rampai, al-Quran dan kain baju Melayu dari kain tenun Pahang.

Untuk majlis pernikahan, Siti menerima tujuh dulang dan dibalas sembilan. Antaranya set barang kemas, baju lace, beg tangan, jam tangan dan tidak lupa strawberi bersama cokelat manakala dari Siti ialah kain sampin songket hijau, butang baju Melayu, jam tangan, cincin, tali pinggang dan dompet dan tuxedo.

Semua barang hantaran ini digubah oleh Datuk Shah Rezza dari Nusantara Germs. Ia diberi nama sempena lagu-lagu popular Siti seperti Sanggar Bayu dan Adi Warna untuk majlis pertunangan manakala nikah dinamakan Azimat Cinta dan Sebenar Cinta.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 07:08 PM | Show all posts
Doakan yang terbaik buat Siti
Oleh Nor Akmar Samudin


KEPUTUSAN Siti Nurhaliza Tarudin, 27, mengakhiri zaman solonya dengan usahawan duda anak empat, Datuk Mohamad Khalid Jiwa (Datuk K), 47, menimbulkan pelbagai reaksi.




Walau apapun tanggapan peminat terhadap pilihan penyanyi nombor satu negara itu, dia tetap akur kepada kata hati dan ketentuan Yang Maha Esa.

Semalam, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, dengan sekali lafaz, Siti selamat diijab kabulkan dengan lelaki pilihan hatinya itu. Seperti yang dijanjikan sebuah majlis sederhana tetapi meriah itu turut diraikan ramai tetamu kenamaan dan rakan artis.

Antara yang hadir, pelakon veteran, Rubiah Suparman, penerbit filem dan penulis lirik, Habsah Hassan, guru vokal, Juliza Adzlizan Abdul Ghaffar dan pengarah filem, Ahmad Idham Nadzri. Turut kelihatan, Sharifah Haslinda atau Lynn dan bekas selebriti TV3, Aziah Jasmin Azizul.

Menurut Rubiah, doakan saja kebahagiaan Siti yang kini sudah pun menjadi isteri Khalid.

?a pilihan Siti sendiri, jadi doakan yang terbaik untuknya. Kita perlu menghormati pilihannya kerana yang tahu buruk baik keputusan yang dibuat hanya Siti.

?alau peminat benar-benar sayangkan Siti, doakan jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Peminat mahu marah pun sampai bila.

?pa pun orang cakap, dia sendiri menjalani kehidupan yang dipilihnya. Peminat jangan terlalu fanatik, manusia tiada yang sempurna. Saya sayangkan Siti dan mudah-mudahan Siti berbahagia dan tabah menghadapi cabaran hidup selepas ini,? katanya.

Habsah pula berkata, sesiapa pun tidak perlu terkilan dengan jodoh Siti kerana ia ketentuan Allah.

?alaupun barangkali ada yang berasa kurang senang dengan pilihan Siti, perjanjian antara mereka sudah pun termeterai dan kini menjadi pasangan suami isteri yang sah.

?ita perlu terima qada dan qadar Allah. Kita hanya manusia biasa, begitu juga dengan Siti dan Datuk Khalid. Semua orang sangka sepatutnya begitu dan begini tetapi segalanya terpulang kepada Siti kerana dia berhak menentukan masa depannya.

?udah jodoh mereka, doakan yang terbaik buat mereka. Saya juga berharap mana-mana yang tidak kena sebelum ini, perbaikilah dan eratkan kembali silaturahim,? katanya.

Sementara itu Ahmad Idham berkata, dia gembira kerana Siti menjadi isteri rakannya sendiri.

?aya mengenali Datuk Khalid sejak 2004 iaitu ketika saya mahu menubuhkan syarikat produksi, Excellent Pictures. Walaupun projek filem yang kita bincangkan itu tidak menjadi, ia menjadi titik perkenalan antara Siti dan Datuk Khalid.

?ita tak boleh tahu kehendak Tuhan kerana Dia boleh melakukan pelbagai cara untuk menemukan dua insan. Datuk Khalid suka membantu, ada ketika kelakar dan bijak mengambil hati orang.

?ehingga kini saya masih bekerjasama dengan syarikatnya menerbitkan drama. Bagaimanapun sekarang saya banyak bekerjasama dengan kakaknya, Zaiton.

?rama pertama kami telenovela Mengejar Pelangi (40 episod) untuk siaran RTM. Saya juga berada sebumbung di bawah konsortium Datuk Khalid, T-Sky Network.

?aya doakan mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat dan mempunyai masa berkualiti bersama-sama. Maklum saja, kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing,? katanya.

Juliza Adzlizan berharap peminat akur dengan pilihan Siti kerana Tuhan itu Maha Adil terhadap hamba-Nya.

?arangkali pada pandangan mata kasar kita, Datuk Khalid tidak sesuai dengan Siti dari segi usia namun apa juga kekurangan dan kelebihan suaminya, hanya Siti yang tahu.

?uami isteri saling melengkapi hidup masing-masing. Dalam perkara ini, Datuk Khalid menjadi pelengkap dalam fasa baru kehidupan Siti.

?ita terima saja hakikat yang ditetapkan Tuhan, suka atau tidak ia bukan kerja kita dan terimalah ketentuan Tuhan itu dengan hati terbuka.

?agaimana mereka mahu melayari bahtera rumah tangga yang baru dibina, terpulang kepada kebijaksanaan mereka. Hidup berumah tangga mendedahkan pasangan suami isteri kepada pelbagai kemungkinan, harap Siti bersabar,? katanya.

Tambahnya, dalam kerjaya seni dia menghormati Siti kerana berjaya mempertahankan kedudukannya dalam dunia seni lebih 11 tahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 07:17 PM | Show all posts
Soseh-Soseh: Dapat kad Siti pun OK


TOPIK hangat yang dibualkan seminggu dua ni, apalagi kalau bukan pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Usahkan peminat, wartawan malah ?rang istana? pun tidak terkecuali bercerita perihal penyanyi nombor satu negara bersama duda beranak empat itu.

Dalam seronok bercerita, apa yang SS dapat tahu ada juga seperti meluat kononnya mengapa tak habis-habis cerita Siti dengan Datuk K. Hairan pula SS, dalam meluat, orang itu beria-ria pula mahu tahu perkembangan terkini Siti dengan pilihan hatinya.

Bagi SS, inilah penangan 11 tahun Siti mencipta populariti tersendiri dalam dunia seni. Pengaruhnya cukup besar hinggakan majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, semalam, ramai wartawan luar seperti dari Singapura dan Indonesia hadir sama.

Meja hiburan tempat SS bekerja ini pula tidak sunyi menerima panggilan daripada pihak tertentu yang bertanyakan apakah ada kad jemputan untuk hadir di majlis persandingan Siti dengan Datuk K pada 28 Ogos ini. Usahkan peminat, orang korporat pun ada bertanyakan mengenai kad jemputan ini. Masing-masing mahu memeriahkan majlis persidangan itu.

Setahu SS, kad jemputan untuk majlis berkenaan terhad. Kalaupun pihak media dijemput adalah wartawan dan jurugambar yang membuat liputan serta pengarangnya.

Cerita mengenai kad ini, ada peminat tidak dapat kad jemputan tidak mengapa, asalkan dapat bergambar bersama kad itu sudah dikira puas hati. Insiden ini berlaku di Sri Pentas, selepas sesi minum petang dan ramah mesra bersama Siti dan Datuk K.

Pada majlis itu, Siti dan Datuk K mengagih-agihkan kad undangan. Kebetulan di Sri Pentas, ada pihak luar membuat promosi produk mereka. Melihat kad undangan itu, ada pegawai promosi mengambil peluang merakamkannya sebagai kenang-kenangan.

Tidak kurang yang bertanyakan SS mahukan kad undangan itu sebagai cenderahati.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 22-8-2006 07:20 PM | Show all posts
Soseh-Soseh: Bahang sambutan merdeka kurang terasa



GARA-GARA perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, SS lihat seakan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-49 kurang dirasai dan seolah-oleh dipinggirkan oleh kalangan artis.

Memang SS tahu sepanjang Ogos ini begitu banyak anugerah dan aktiviti seni yang berlangsung, namun ia bukan sebab untuk menidakkan sambutan kemerdekaan ini.

Bagi SS, barangkali bahang kemerdekaan kurang terasa kerana sambutannya kali ini diadakan di Sarawak dan bukan di ibu kota seperti sebelumnya? Lalu SS perhatikan tidak banyaklah persatuan artis tampil memeriahkan sambutan kali ini.

Cerita yang SS dengar setakat ini, hanya Karyawan saja yang akan menganjurkan konsert sambutan kemerdekaan di KLCC pada 30 Ogos. Tapi SS terfikir juga, takkanlah buat konsert saja, mana inisiatif lain seperti buat teater ke, puisi ke atau tahlil.

Bukan itu saja, SS rasa rakyat kita ini nak kibar bendera pun susah, masih lagi mengharapkan bendera percuma. Walhal berapa sangatlah harga bendera jika dibandingkan dengan nilai perjuangan dirintis orang terdahulu.

Kalau setakat nak kibar bendera pun susah, apatah lagi nak buat lain, pasti berfikir beratus kali. Walau apapun SS bangga jadi anak Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 23-8-2006 02:10 PM | Show all posts
Pantun serikan majlis Siti


Pantun Azizah dan Ahmad Fedtri (Pengacara TV3)

Kalau biduk menyapa kiambang,
Air laut berkocak jadinya,
Lama bunga menanti kumbang,
Bilakan datang menyeri madunya?

Burung kenari suara semerdu,
Selisih di awan si burung camar,
Kalau jiwa dipasak rindu,
Adat pinangan datang melamar.

AKAD NIKAH

Tinggi terbang burung kenyalang,
Tiba di dahan berlagu sepi,
Jiwa kakanda bergolak kencang,
Bagaimana kan tenang di depan tok kadi?


AZIZAH:
Hujan berserak, gemawan menirus,
Rintik hujan menimpa melati,
Doa dikirim di angin berhembus,
Gementar kanda berlalu pasti.


PANTUN SITI NURHALIZA

Dari mana burung dewata,
Dari mega randai ke bumi,
Dari mana berkalung cinta,
Dari mata turun ke hati.

Selawat dan salam seulas doa,
Rahmat melimpah segenap naluri,
Hajat bersatu berjodoh jua,
Sudah tertulis di lembar hari.

Gemersik suara burung kenari,
Pohonan rimbun tempat bersinggah,
Kuala Lipis lahirnya puteri
Masyhur namanya, menjulang megah.

Merdu alunan siulan kedidi,
Menyapa helang di dahan cendana,
Lantas resah segala unggas,
Siti Nurhaliza secantik budi,
Santun menggoncang hati arjuna,
Bak buluh perindu suara emas.

Pelangi sejalur tampak merenda,
Sapta warna di langit terang,
Lama berkampung di pangku bonda,
Kini jelita disunting orang.

Tinggi terbang burung merpati,
Raja serindit hinggap di batu,
Baik budi baik pekerti,
Jodoh bersemi disembah restu.

Asyik rasa saya berdendang,
Tuan memalu gendang bertingkah,
Asyik rasa saya memandang,
Mempelai sejoli berseri wajah.

Bagai pinang di belah dua,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai bintang disinar purnama,
Bagai samudera dipancar suria.

Serlah sulaman warna suasa,
Susun seganding di atas hamparan,
Datuk Khalid Jiwa korporat berjasa,
Luhur budi tiada terlawan.

Ogos dinanti melingkar sejarah,
Dua jiwa berpadu kasih,
Bagai dalam taman nan indah,
Persis mahligai gemawan memutih.

Senyum simpul dilarik-larik,
Renung-renung dalam debaran,
Jangan hai jangan diusik-usik,
Darah manis gelora getaran.

Pepohon berbayang angin,
Dedaun tidak diserak rawan,
Sedondon di atas pelamin,
Redup mata memandang tuan.

Balik mega bintang kayangan,
Burung terbang diterpa semilir,
Sejuta doa buat kalian,
Disebut-sebut di manis bibir.

Mengorak melati berbunga indah,
Kuntum berserak kembang seribu,
Sepatah janji tuan bermadah,
Jadi istana di mercu kalbu.

Rahsia srikandi terpendam lama,
Bagai purnama dilindung awan,
kini terungkap segala bicara,
di sisi berdiri putera idaman.

Agah-agah si burung hutan,
Pinggiran jati terbang berteman,
Indah-indah majlis sambutan,
Syukur dihulur bersulam senyuman.

Inderagiri di jagat raya,
Renda kejora di langit membiru,
Segenap halaman dipancar cahaya,
Gemerlap asmara pengantin baru.

Raja sehari serinya berkurun,
Tidak luntur dipanah mentari,
Begitu tuan hidup berukun,
Selagi bernafas cinta kan terpatri.

Kalau wujud silang sengketa,
Cepat dilamar hati nan resah,
Pada bonda minta petua,
Makmur mahligai kasih melimpah.

Kalau rajuk puteri nan manja,
Kanda pantas memujuk rayu,
Cubit-cubitan memang sengaja,
Agar cinta tidak kan layu.

Cincin di jari tanda ikatan,
Jiwa sudah bercantum sumpah,
Sehidup semati melayar impian,
Dilanda bagai tidak tergoyah.

Emas menghias wajah srikandi,
Tidak setanding nilai asmara,
Nafas hidup kerana budi,
Bukan disilau ringgit berjuta.

Jangan jangan menjerat dewata,
Sayap pantas terbang berbalam,
Jangan jangan diuji cinta,
Dalamnya bagai jurang nan dalam.

Kalau keris biar bersepuh,
Ronakan emas secantik warna,
Beranak bercucu jangan mengeluh,
Kurnia Tuhan harta berharga.

Berserak kenanga berserak,
Petang redup lamar selasih,
Semarak cahaya semarak,
Suluh hidup menabur kasih.

Kanda umpama redup pohonan,
Puteri cinta tumpang berlindung,
Jiwa raga jadi taruhan,
Tidak seinci berganjak rencong.

Pinang setampuk di dulang puri,
Bawakan embun barang secangkir,
Tuan budiman datang kemari,
Hati damai setenang air.

Dinding berikat, tiang pun berikat,
Seri balas itulah gerangan,
Sanding beradat, santap pun beradat,
Tidak lekang di layar zaman.

Yang elok biarlah dilarik,
Yang buruk letak di tepi,
Yang elok bawalah balik,
Yang buruk tinggal di sini.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 24-8-2006 11:08 PM | Show all posts
Astro mahu saingi majlis bersanding Siti?
24-08-2006 05:29:57 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD  


PETALING JAYA: Apakah agaknya rancangan ?has? yang dijanjikan oleh Astro All Asia Networks plc (Astro) melalui saluran satelitnya pada malam Isnin depan bagi menyaingi siaran langsung majlis persandingan Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa?

Jurucakap gergasi media itu ketika dihubungi enggan mendedahkan apakah bentuk program "besar" yang telah kerap diuar-uarkan melalui promosi awal sejak awal minggu ini tanpa menyatakan format dan masa siarannya.

Bagaimanapun menurut sumber, program khas berbentuk hiburan itu dianjur khusus untuk ?erentap? dengan siaran langsung persandingan gilang gemilang Siti dan Datuk K yang akan disiarkan secara langsung oleh TV3.

Pegawai hal ehwal komunikasi korporat dan komuniti Astro Hazatul Farah Abdullah berkata pihaknya sendiri belum dimaklumkan mengenai format siaran program berkenaan.

"Kami sendiri pun tidak tahu sama ada ia akan disiarkan secara langsung atau tidak," katanya.

Sementara itu, Media Prima yakin siaran langsung persandingan Siti dan Datuk K dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur melalui TV3 itu nanti akan dapat menarik jauh lebih ramai penonton berbanding 2.8 juta orang untuk siaran langsung majlis akad nikah pagi Isnin lalu.

Pengurus besar komunikasi korporat Media Prima Berhad Eliza Mohamed ketika dihubungi berkata itu adalah jangkaan yang positif memandangkan siaran langsung upacara persandingan itu akan disiarkan pada waktu perdana, berbanding siaran majlis pernikahan pada Isnin lepas yang disiarkan pada waktu pejabat.

?ami yakin dapat tarik lebih ramai penonton melalui siaran langsung majlis persandingan berbanding siaran majlis akad nikah kerana majlis ini memang ini amat dinantikan oleh orang ramai," katanya

Angka yang diperolehi daripada agensi penarafan media AGB Nielsen Media Research itu turut menyatakan siaran ulangan majlis tersebut mencatat 1.896 juta penonton dan hampir 90 peratus penonton TV (overnight rating) mengikuti siaran langsung itu Isnin lalu.

Eliza yang enggan mendedahkan kos yang dibelanjakan oleh Media Prima untuk siaran langsung tersebut menjelaskan syarikat itu mendapat hak penyiaran majlis berkenaan berdasarkan liputan meluas mereka di rantau ini dengan sokongan rangkaian penyiaran lain di bawah naungan mereka.

TV3 juga akan menyiarkan secara langsung majlis persandingan di rumah pengantin perempuan di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September depan. Siaran tiga jam setengah itu dijangka tamat pada 1.30 pagi.

Kejayaan Media Prima mendapatkan hak eksklusif menyiarkan majlis perkahwinan Siti dan Datuk K, yang pertama bagi majlis seumpama itu di negara ini, telah menjadi bahan percakapan dalam industri penyiaran dan pengiklanan.

Seorang penganalisis media walau bagaimanapun berpendapat hak eksklusif penyiar TV3 ke atas majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K tidak akan memberi impak yang besar kepada penyiar lain.

Penganalisis Rating Agency Malaysia Bhd (RAM) Chuang Syang Lin berkata hak eksklusif itu memang memberi kesan positif ke atas perbelanjaan iklan (Adex) untuk TV3 kerana ia menarik lebih ramai pengiklan.

"Tetapi ia tidak akan memberi kesan yang luar biasa ke atas stesen lain dari segi jumlah penonton dalam tempoh jangka masa panjang. Perkahwinan Siti Nurhaliza akan diikuti secara dekat oleh ramai penonton, tetapi saya pasti stesen lain tidak akan 'menderita' kerana tidak mendapat hak tayangan," jelasnya.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 24-8-2006 11:11 PM | Show all posts
"Pada Syurga di Wajahmu" lagu permintaan Siti-Datuk K
24-08-2006 09:25:32 PM
Oleh ZIEMAN  


Pada Syurga Di Wajahmu menjadi lagu permintaan kedua mempelai ini


Mendapat jolokan "Wedding of the Year", majlis persandingan pasangan Datuk K dan Siti Nurhaliza yang kini sudah bergelar Datin akan dihadiri oleh lebih 2,300 tetamu termasuk kerabat diraja, menteri-menteri kabinet dan rakan-rakan artis.

Majlis persandingan berpelamin hijau-putih di Dewan Pameran 1 dan 2 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada hari Isnin ini adalah antara acara kemuncak yang dinanti-nanti oleh pengantin baru yang dilanda pelbagai dugaan ini.

Istimewanya lagi majlis ini adalah persembahan hiburan selama lebih satu jam yang boleh dipanggil "konsert" kerana bukan calang-calang orang yang telah dipilih untuk menghiburkan Raja Sehari itu nanti.

Lagu-lagu yang merupakan favourite pasangan pengantin itu akan disampaikan oleh penyanyi hitam manis, Nash Lefthanded dalam Permata (lagu dari kumpulan Kopratasa) dan Pada Syurga di Wajahmu sementara Nora akan membawakan lagu Menyemai Cinta Bersamamu dan Hanya Satu.

Penyanyi-penyanyi Indonesia akan turut menghiburkan majlis iaitu Kris Dayanti (Mencintaimu) dan Rossa yang akan berduet bersama Melly Goeslaw di dalam lagu Biarlah Rahsia.

Difahamkan nama penyanyi yang akan membuat persembahan dan juga senarai lagu merupakan permintaan dari pihak pengantin sendiri.

Misalnya prot?? Siti Nurhaliza dari siri realiti Mentor di TV3, Kat begitu teruja apabila Siti meminta dia membuat persembahan di hari persandingannya.

"Kat rasa terharu apabila diberitahu Siti sendiri yang meminta Kat menyanyi. Siti juga telah sponsor baju yang akan Kat pakai di hari itu nanti, iaitu sepasang baju kebaya," kata Kat yang akan menyampaikan lagu baru Siti, yang bertajuk Pastikan.

Menurut Kat lagi, dia terpaksa membuat persediaan yang lebih memandangkan dia akan menyanyi di khalayak VIP dan ramai penyanyi senior.

Sementara lagu-lagu dari kumpulan Hijjaz, Ziana Zain dan Too Phat yang akan turut membuat persembahan pada malam yang gilang gemilang tersebut masih belum dapat dipastikan lagi.

Jennifer Thomson yang selalu menerbitkan acara Anugerah Industri Muzik (AIM) turut dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan acara ini manakala pengarah muzik pula akan digalas oleh Pak Ngah dan S. Atan.

Dua orang pengacara senior, Zakiah Anas dan Ishak Nengah akan membuat liputan di dalam dewan ketika acara merenjis berlangsung sementara untuk acara persembahan konsert pula akan dikendalikan oleh Farah Fauzana dan Aidil Abdul Ghafar.

Siaran lintas langsung dari KLCC itu nanti akan dikendalikan oleh Fitri dan Azizah Ariffin.

Persandingan ini akan disiarkan secara langsung oleh TV3 pada hari Isnin, 28 Ogos ini pada jam 9 malam dan akan berterusan sehingga jam 11.30malam.


Menurut sumber terdekat pihak pengantin, persiapan rapi sedang rancak dijalankan sekarang dan mereka yang terlibat akan menjalani latihan bermula dari hari Sabtu ini.

Difahamkan pelamin indah yang bertemakan bunga-bunga orkid dan mawar di taman adalah ilham rasa Kem Salleh dan Ashley Wong dari Kapas Couture.

Perunding perkahwinan Datuk Raja Rezza Shah dari Nusantara Gems Sdn Bhd bersama kakitangan stesen penyiaran TV3 dan ahli keluarga mempelai adalah orang yang paling sibuk di saat-saat akhir ini.

"Lokasi persandingan akan dikawal rapi menjelang hari persandingan kedua mempelai. Dewan Pameran 1 dan 2 di tingkat bawah pusat persidangan yang boleh memuatkan 1,200 tetamu akan berubah wajah menjadi sebuah taman berwarna warni dihiasi bunga-bunga segar seperti orkid dan bunga mawar merah jambu," kata sumber itu.

Telah dilaporkan bahawa perarakan menaiki kereta kuda ke dewan persandingan dan sesi beramah mesra bersama peminat, terpaksa dibatalkan. disebabkan oleh faktor keselamatan dan cuaca.

Walau bagaimanapun difahamkan bahawa Siti akan mengaturkan sesuatu untuk tidak menghampakan peminat-peminatnya.

Mungkin Siti akan tetap menggayakan gaun petang rekaan Khoon Hooi yang telah diberi sentuhan klasik ?imeless beauty? yang bernilai RM50,000 yang sepatutnya dipakai semasa menaiki kereta kuda. Rekaan yang menggunakan fabrik sutera Duchess berwarna kuning lemak dari Itali ini telah diserikan dengan tatahan mutiara yang mendapat tajaan Rafflesia The Pearl Centre.

Kemeriahan persandingan gilang gemilang ini juga akan turut dihadiri oleh kerabat-kerabat di raja, pembesar negara dan ramai tokoh-tokoh politik dan korporat. Lebih 100 orang artis terkenal tanah air dijangka akan menghadiri acara kemuncak perkahwinan Siti-Datuk Khalid seperti Erra Fazira, Norman KRU, Linda Rafar, Mawi, Aznil Nawawi, Ahmad Idham, Erma Fatima dan semua selebriti dibawah naungan Media Prima.

Di hari persandingan itu nanti, Siti bakal menggayakan pakaian songket berwarna krim keemasan sentuhan pereka terkenal Radzuan Radziwill sementara untuk upacara memotong kek perkahwinan pula, Siti telah memilih gaun rekaan pereka kegemarannya, Michael Ong.

Siti yang merupakan penyanyi tersohor di rantau Asia ini telah melangsungkan pernikahannya dengan tokoh korporat Datuk Khalid Mohd Jiwa pada hari Isnin lepas, 21 Ogos bersamaan dengan Israk Mikraj di Masjid Wilayah Persekutuan. Acara yang meriah itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3.

Siaran secara terus-menerus selama sejam setengah bermula pukul 10.30 pagi dari Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta itu telah diikuti oleh kira-kira 2.8 juta penonton seluruh negara. Siaran ulangan majlis itu yang disiarkan selama setengah jam pada pukul 7.30 malam pula telah ditonton oleh 1.9 juta penonton.

Penerbit program siaran langsung pernikahan Siti Nurhaliza di Masjid Wilayah Persekutuan iaitu Mazlin Nordin juga dipertanggungjawabkan untuk menerbit siaran langsung majlis persandingan di Dewan Pameran, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos ini serta persandingan di Dataran Lipis, Kuala Lipis, Pahang pada 3 September.

Seramai lebih 85 orang krew akan terlibat membantu Mazlin Nordin dalam penerbitan ini termasuk sembilan jurukamera yang akan merakamkan peristiwa untuk siaran secara terus-menerus ini.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 24-8-2006 11:28 PM | Show all posts
Tiara Siti dilelong?
Oleh Hartati Hassan Basri



PASTINYA ramai terpegun melihat penampilan Datin Siti Nurhaliza Tarudin ketika majlis pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu.

Kurung moden warna putih dari renda Perancis rekaan Radzuan Radzwill lengkap dengan tudung, nampak cukup mewah dengan hiasan ribuan butir batu swarovski warna biru yang dibeli khas dari Paris.

Ia benar-benar menyerlahkan Siti sebagai pengantin hebat, sesuai gelarannya penyanyi nombor satu negara. Siti tambah berseri dengan tiara dan set rantai yang dihiasi lebih 100 butir berlian.

Tambah hebat apabila digandingkan dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang segak dengan baju Melayu putih lengkap sampin songket bunga biru sedondon dengan batu hiasan pada bajunya.

Itu baru permulaan kerana Siti akan memakai empat lagi set tiara untuk majlis persandingannya selepas ini. Sebagai penyanyi popular tanah air dan juga di negara jiran, semua pihak sedia menaja apa saja yang dipakai Siti pada hari bersejarahnya.

Untuk tiara dan barang kemas ini, Siti ditaja Elegance Club Sdn Bhd di Pusat Beli-belah Bangsar. Ia adalah koleksi khas De? Elegance Tiara yang akan dilancarkan akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Elegance Club, Tracy Ong, berkata dia gembira melihat Siti kelihatan anggun bagaikan ratu dengan tiara yang direka khas untuknya, sesuai dengan pakaiannya.

Katanya, dia dan Radzuan berbincang terlebih dahulu untuk menghasilkan rekaan yang sesuai dengan pakaian yang akan digunakan pada majlis tertentu.

?Contohnya untuk pernikahan, Radzuan menggunakan batu swarovski biru. Hasilnya ialah tiara indah yang dihiasi berlian.

?Dua hari sebelum nikah, Siti datang ke kedai saya untuk mencuba tiara ini bersama pakaian yang akan dipakainya pada hari pernikahannya di Masjid Wilayah Persekutuan. Siti nampak hebat hingga saya tidak sabar menanti detik 21 Ogos.

?Rekaan eksklusif juga akan digayakan Siti pada hari persandingannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos ini.

?Saya difahamkan Siti akan memakai baju rekaan Radzuan untuk bersanding manakala acara memotong kek dengan gaun rekaan Michael Ong.

?Begitu juga majlis di Kuala Lipis, Pahang pada 3 September dan juga di Jakarta, Indonesia pada 8 atau 10 September. Bagaimanapun, saya tidak pasti pakaian yang akan dipakai Siti untuk hari itu,? katanya.

Mengenai harga tiara yang dipakai Siti, Tracy berkata, ?Tolong jangan tanya saya soal harga kerana ia tidak ternilai harganya.

?Apa yang saya mahu pastikan ialah Siti tampil seperti ratu pada hari bersejarahnya. Saya menyediakan beberapa set tiara yang ditempah khas dari Hong Kong untuk Siti pilih. Mereka bertungkus-lumus menyiapkannya dalam tempoh tiga minggu supaya dapat dipakai pada hari pernikahannya.

?Selepas selesai majlis nanti, saya akan simpan semua tiara ini sebagai koleksi peribadi dan akan dipamerkan di kedai saya. Ia tidak dijual kerana saya tidak dapat menilaikan harganya. Mungkin saya akan jual dalam acara lelongan khas,? katanya.

Tracy mengakui Datuk K adalah pelanggannya dan berharap hubungan perniagaan mereka akan berpanjangan dengan kerjasama ini.

Katanya, Datuk K turut membeli set barang kemas berlian untuk Siti ketika berkunjung ke kedainya tetapi enggan menyatakan harganya.

Selain Elegance Club, Siti juga mendapat tajaan daripada Rafflesia The Pearl Centre untuk digayakan bersama gaun rekaan Khoon Hoi bagi acara naik kuda pada 28 Ogos nanti. Bagaimanapun acara itu dibatalkan kerana faktor keselamatan dan cuaca.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 26-8-2006 01:02 PM | Show all posts
Siti muncul di balkoni KLCC sebelum bersanding
Oleh Farihad Shalla Mahmud


KUALA LUMPUR: Bagi memenuhi janji untuk berkongsi hari bahagianya bersama peminat, Datin Siti Nurhaliza Tarudin akan muncul di balkoni tingkat tiga Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), beberapa jam sebelum majlis persandingan, Isnin ini.

Keputusan itu dibuat selepas perarakan kereta kuda terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan. Untuk tidak mengecewakan peminat yang ingin melihatnya daripada dekat sempena detik bersejarah itu, Siti bersedia meluangkan masa selama 30 minit bersama mereka.

Siti akan muncul bersendirian untuk sesi itu tanpa ditemani suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Perunding perkahwinannya, Datuk Shah Rezza, berkata Siti tidak mahu menghampakan peminat yang mungkin hadir tetapi tidak berpeluang menyaksikan majlis persandingan disebabkan undangan terhad.

?Siti sedih apabila mendapat tahu upacara berarak menaiki kereta kuda tidak dapat dilaksanakan. Selepas berbincang, kami mengambil kata putus Siti muncul di bahagian sayap barat bangunan itu.

Siti berada di situ dari jam 5 petang selama 30 minit. Oleh itu adalah sesi bertemu peminat, besar kemungkinan hanya Siti berada di situ tanpa ditemani suami,? kata Shah Rezza kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan rancangan perarakan berkuda pasangan pengantin sensasi itu terpaksa dibatalkan berikutan masalah keselamatan.

Laporan itu juga memetik sumber sebagai berkata, segelintir pihak mungkin menunggu masa untuk mensabotaj perarakan berkenaan termasuk membaling telur busuk sebagai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkahwinan itu.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 26-8-2006 01:30 PM | Show all posts
Mahu jadi Cinderella
Oleh Norhadiani Baharom



KUALA LUMPUR: Mengenakan gaun yang cantik dan diarak menaiki kereta kuda seperti digambarkan dalam kisah dongeng Cinderella, menjadi impian penyanyi pujaan ramai, Datin Siti Nurhaliza Taruddin, 27, sejak sekian lama.

Justeru, apabila tiba saatnya mendirikan rumah tangga, Siti begitu berharap hajatnya terlaksana.

Bagaimanapun atas alasan tertentu khususnya faktor keselamatan, impiannya itu terpaksa dilupakan.

Bagi mengubati hati Siti yang bergelar isteri pada 21 Ogos lalu dan memenuhi janji penyanyi jelita itu berkongsi hari bahagia dengan peminat setianya, Siti akan muncul di balkoni tingkat tiga Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, beberapa jam sebelum majlis persandingan dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K berlangsung, Isnin ini.

Perunding perkahwinannya, Datuk Shah Rezza berkata, keputusan itu dibuat pada saat akhir selepas rancangan awal iaitu perarakan menaiki kereta kuda dibatalkan atas sebab keselamatan.

Ini berikutan ura-ura kononnya ada pihak memprotes dan ingin membaling telur busuk sekiranya penutupan beberapa laluan utama di KLCC diiteruskan bagi memberi laluan perarakan itu.

?Sebaik mendapat tahu upacara berarak menaiki kereta kuda tidak dapat dilakukan, Siti memang susah hati. Satu sebabnya dia bimbang tidak berpeluang berkongsi kegembiraan dengan peminat apatah lagi kad undangannya terhad.

?Pun begitu, selepas berbincang kami menemui kata sepakat dan Siti sendiri bersetuju muncul di bahagian sayap barat bangunan itu bagi membolehkan peminat menatap wajah ratu sehari itu,? katanya.

Sepanjang sesi selama 30 minit bermula jam 5 petang itu, Siti akan bersendirian tanpa suami tercinta untuk memberi peluang kepada peminat yang menyokong kerjaya seninya selama 11 tahun, melihatnya secara dekat.

Penyanyi Biarlah Rahsia, diijabkabulkan dengan Datuk K di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu.

Siti menerima mas kahwin RM22,222 berserta wang hantaran RM30,000 dan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dibalas sembilan daripada pihak pengantin perempuan.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 26-8-2006 01:58 PM | Show all posts
Pernikahan Siti direstui rakyat



?acam tak percaya Siti kahwin juga.? Begitulah bisik seorang rakan yang menyaksikan siaran langsung pernikahan Siti Nurhaliza di TV3 Isnin lalu.

Kak Tim cuma mampu tersenyum mendengarnya tapi tak pasti apa maksud kata-katanya.

?pa komen Kak Tim tentang majlis pernikahan Siti dengan Datuk K?? tanya seorang rakan.

Mudah jawapan Kak Tim. Ia melangkau sejarah pernikahan artis. Bayangkan! Dewan solat Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur bukan sekadar menyaksikan sejarah akad nikah yang gilang-gemilang tapi pada hari yang sama turut mencatat sejarah menjadi lokasi majlis pertunangan bertukar-tukar dulang hantaran dan berbalas-balas pantun yang cukup meriah.

Lebih daripada itu, Kak Tim merasakan majlis tersebut cukup hebat dan gah macam pernikahan seorang puteri raja tatkala menyaksikan Siti bertakhta di atas pelamin dalam masjid itu ketika dia bertemu wakil-wakil media dalam negara, Singapura dan Indonesia.

Pernikahan Siti dan Datuk K disiarkan secara langsung dan ditonton oleh 2.8 juta rakyat Malaysia. Malah siaran ulangannya diikuti oleh 1.9 juta penonton.

Suka tak suka semua harus akur bahawa pernikahan itu direstui rakyat Malaysia pelbagai golongan yang hadir pada majlis itu.

KAK TIM: Nak tonton program Sulaman Kasih Siti Nurhaliza & Datuk K di Saluran Ceria Anda, ntv7, pukul 7 malam Isnin ini.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 26-8-2006 02:06 PM | Show all posts
Kejutan persandingan



PADA tanggal 28 Ogos ini, persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk K akan berlangsung di Dewan Pameran 1 & 2, Aras Bawah, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kak Tim difahamkan ramai orang kenamaan akan hadir dan menepung tawar mempelai termasuk Sultan Pahang, Sultanah Johor, Tengku Mahkota Pahang, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri.

Ramai juga rakan artis yang akan hadir. Kak Tim dengar artis popular Indonesia, Hetty Keos Endang, pun akan datang menyaksikan acara persandingan Siti dan Datuk K.

Para tamu akan berjalan menuju ke dewan persandingan di atas permaidani merah dengan iringan persembahan muzik tradisional. Macam festival filem kan?

Cuma Kak Tim terkilan kerana acara Siti berkuda mengelilingi KLCC yang Kak Tim anggap sebagai acara klimaks persandingan itu terpaksa dibatalkan. Terkilan Kak Tim nak tengok Siti bergaun yang dikatakan ala-ala Cinderella tu. Namun Kak Tim dengar pihak perunding majlis sudah pun merancang beberapa ?ejutan? pada majlis persandingan itu bagi menggantikan acara klimaks yang dibatalkan itu.

KAK TIM: Menghitung hari untuk menjerit ?erdeka! Merdeka! Merdeka!? dengan jutaan rakyat Malaysia pada Khamis ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 10:57 AM | Show all posts
Siapa lebih ramai peminat, Siti atau Mawi?



KUALA LUMPUR 26 Ogos ? Siapa lebih ramai peminat dan siapa yang lebih hebat, Datin Siti Nurhaliza Tarudin atau Asmawi Ani (Mawi) dan TV3 atau RTM1 yang berganding bahu bersama Astro?

Mawi dilaporkan akan dipertemukan dengan bekas tunangnya, Nordiana Mohd. Naim, 22, atau Ina dalam satu rancangan terbitan bersama RTM1 dan stesen berbayar Astro menerusi saluran Ria, Isnin ini.

Manakala Siti Nurhaliza pula bersanding dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, atau Datuk K yang disiarkan oleh TV3 selaku penyiar rasmi majlis itu pada hari sama.

Kedua-dua rancangan itu disiarkan secara langsung dan serentak pukul 8.45 malam setelah selesai berita saluran RTM1 dan TV3.

Bagi orang ramai, kedua-dua rancangan itu amat hebat dan dinanti-nantikan kerana mungkin akan menjawab beberapa persoalan yang bermain dalam minda mereka.

Tindakan Mawi memutuskan tali pertunangan dengan Ina menimbulkan pelbagai persoalan dan orang ramai mahukan jawapan kenapa ia boleh berlaku.

Malah aura Mawi melalui slogan Mawi World yang dihasilkan oleh produk Akademi Fantasia (AF) turut terpercik kepada Ina sehinggakan gadis kampung itu menjadi terkenal.

Manakala bagi Siti Nurhaliza pula, persandingan itu sememangnya ingin ditonton kerana orang ramai ingin melihat bagaimana hebat dan gahnya majlis persandingan tersebut berlangsung.

Mungkinkah RTM melalui pakatan dengan Astro dapat menandingi kehebatan siaran secara langsung majlis persandingan Siti Nurhaliza yang ditayangkan TV3?
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 11:00 AM | Show all posts
Tidak salah Siti kahwin duda



JAKARTA 26 Ogos ? Artis terkenal Indonesia, Krisdayanti yang menjadi rakan baik Siti Nurhaliza berkata, tidak salah penyanyi pujaan ramai Malaysia itu memilih duda untuk dijadikan teman hidup.

?enikah dengan duda bukan bererti tidak baik,? kata Krisdayanti yang turut diundang oleh Siti Nurhaliza untuk menyanyi pada majlis perkahwinan artis itu dengan ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, atau Datuk K, esok.

Krisdayanti yang popular dengan lagu ?enghitung Hari dan merupakan produser filem ?atuh Cinta Lagi? berkata, Khalid adalah pilihan Siti Nurhaliza dan mereka kini bahagia.

Kepada wartawan Detikhot Com. ketika ditemui di Senayan semalam, Krisdayanti menjelaskan, Siti Nurhaliza bukan sekadar mengundangnya untuk hadir pada majlis perkahwinan tetapi menyediakan tiket pesawat dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun artis Indonesia itu mengakui bahawa Siti Nurhaliza sering mencurahkan hati kepadanya mengenai soal perkahwinan dan mendedahkan dia pernah menyarankan supaya Siti berkahwin dengan lelaki pilihannya itu setahun lalu.

?aya senang sekali Siti menikah, setiap kali ketemu, dia (Siti) curahkan hati kepada saya,? kata Krisdayanti yang baru menyambut ulang tahun perkahwinannya ke-10 dengan suaminya, Anang Hermansyah.

Di Indonesia, Krisdayanti juga tidak sepi dengan isu kontroversi apabila sebuah pertubuhan Islam baru-baru ini melaporkan kepada polis kerana dia muncul dalam iklan majalah Playboy Indonesia.

Sementara itu, kebanyakan media cetak dan stesen televisyen juga tidak ketinggalan menyiarkan kisah pernikahan Siti Nuhaliza dengan Khalid.

Beberapa media tempatan seperti Kompas menjadikan media Utusan Online sebagai rujukan untuk menyiarkan cerita dan gambar tentang pro dan kontra pernikahan artis popular Malaysia itu termasuk gambar bekas isteri Khalid, Tengku Zawyah bersama anaknya di lapangan terbang untuk bercuti di Australia.

Akhbar The Jakarta Post pada 23 Ogos lalu, umpamanya menyiarkan gambar Siti Nuhaliza memeluk erat lengan Khalid selepas majlis pernikahan mereka dengan tajuk berita Pop princess Siti ties the knot in lavish affair.

Dalam kalangan artis Malaysia, Siti Nurhaliza mempunyai paling ramai peminatnya di Indonesia, dari remaja hingga orang tua kerana penampilan dan cara pakaian artis itu yang dianggap bersopan selain lagu Cindai yang menjadi siulan mereka.

? Mingguan
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 11:03 AM | Show all posts
Siti tempah 2,500 kuntum bunga
Oleh: ABD. AZIZ ITAR



KUALA LUMPUR 26 Ogos ? Penyanyi tersohor, Datin Siti Nurhaliza Tarudin, 27, menempah lebih 2,500 kuntum bunga termasuk jenis hydrenges, casablanca lily dan ros putih yang diimport dari Belanda dan China untuk majlis persandingannya dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Isnin ini.

Pereka hiasan dalaman majlis itu, Hafez Mohamed berkata, bunga-bunga itu yang ditempah dua minggu lalu akan menghiasi meja-meja para tetamu dan juga pelamin persandingan pasangan tersebut.

?elain itu, Siti Nurhaliza juga menempah 6,000 meter kain langsir berwarna putih yang diimport khas dari China untuk menceriakan lagi majlis berkenaan.

?aya tidak pasti berapa kos mengimport bunga-bungaan dan langsir itu tetapi ia mungkin mencecah puluhan ribu ringgit,? katanya kepada Mingguan Malaysia sewaktu ditemui di Dewan 2, KLCC di sini hari ini.

Sementara itu, kata Hafez, Khalid pula menempah 13 buah sangkar burung yang akan diletakkan di atas 32 tempat duduk meja tetamu khas yang terdiri daripada orang kenamaan.

Meja-meja utama dengan sangkar burung dan berkonsepkan hiasan landskap itu, jelasnya, mungkin mempunyai simbolik dan maksud tersendiri.

?atuk Kahlid tertarik dan minta saya mengadakan konsep seperti itu selepas dia melihat satu gubahan meja yang saya buat sewaktu majlis Malam Gala Formula 1 di KLCC pada Mac lalu,? ujarnya.

Sebanyak 32 orang kenamaan akan duduk di meja-meja utama dan dijamu dengan 12 jenis menu dengan kos mencecah RM297,000.

Antara menu itu ialah Kerana Jelingan Sup Ekor Berempah, Purnama Merindu Nasi Kabuli, Nasi Putih Kukus Daun Pandan Berpantun Kasih dan Ikan Kerapu Goreng Tepung Bersama Sos Pedas Bunga Kantan Nian Di Hati.

Perancang majlis perkahwinan itu, Datuk Shah Rezza pula berkata, sebanyak 2,500 jemputan dijangka memenuhi Dewan Pameran 1 dan 2 pusat konvensyen itu.

?rang kenamaan yang dijangka berkenan hadir antaranya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Barieng Mohammed Salahuddin; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakub dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,? katanya.

Selain pelbagai hidangan, para tetamu juga akan dihiburkan dengan irama gamelan dan kumpulan penari Tepak Sirih seramai 30 anggota yang didatangkan khas dari Singapura.

Sementara itu, dua penyanyi dari Indonesia iaitu Kris Dayanti dan Rossa pula akan menghiburkan para tetamu selain penyanyi tempatan termasuk Ziana Zain, Ezlynn dan Hijjaz.

Para jemputan pada hari itu turut berpeluang melihat barang-barang hantaran pasangan mempelai dan pelamin mereka di ruang legar pusat konvensyen tersebut.

Dalam pada itu, para peminat Siti Nurhaliza juga berpeluang menyaksikannya muncul depan khalayak ramai di balkoni, tingkat tiga, sayap barat KLCC, Isnin ini bermula pukul 5 hingga 5.30 petang.

Acara itu diadakan bagi menggantikan acara berkuda mengelilingi KLCC mempelai tersebut yang dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.
Reply

Use magic Report

sayang_manja This user has been deleted
Post time 27-8-2006 11:18 AM | Show all posts
Semoga bahagia Siti Nurhaliza dan Datuk K
Oleh: NIEZAM ABDULLAH



Strawberi coklat pengikat sayang
Cincin disarung sebagai restu

Ibarat kapur bertemu pinang
Di dalam sirih ia bersatu

Sirih dijunjung dipetik belum
Pinang di tampuk dikait jangan
Bagai bunga cantik sekuntum

Walau sekuntum harum setaman.

Dua pantun itu saya tujukan khas buat penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin, 27, dan juga Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47.

Pantun kiasan itu melambangkan cinta yang suci murni, dan indah.

Seindah cinta luar biasa Siti terhadap seorang yang sudah bergelar duda.

Namun kemuncak kepada cinta itu apabila kedua-dua mereka disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis yang penuh bersejarah dalam dunia hiburan negara.

Khalid atau Datuk K dan Siti Nurhaliza selamat diijabkabulkan oleh Pegawai Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Nasroddin Mat Daud dengan disaksikan oleh berjuta rakyat Malaysia melalui kaca televisyen apabila ia disiarkan secara langsung melalui TV3.

Bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Isnin lalu terungkailah segala rahsia yang disimpan oleh kedua mereka selama ini.

Dengan mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran sebanyak RM30,000 Siti Nurhaliza menjadi isteri yang sah kepada khalid.

Upacara di masjid itu dimulakan dengan majlis pertunangan apabila pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Beberapa minit detik bersejarah itu berlangsung, majlis nikah pula diadakan dengan hantaran tujuh dulang daripada pihak lelaki dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Pernikahan pasangan itu membuka satu lembaran baru terhadap dunia hiburan tanah air.

Tidak pernah dalam sejarah upacara pernikahan artis disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Begitulah hebatnya Siti Nurhaliza yang berjaya menempatkan kedudukannya sebagai bintang ternama.

Di sebalik majlis itu, wajah ayu Siti tiba-tiba bertukar sebak apabila dia menitiskan air mata ketika memeluk bapanya Tarudin Ismail selepas sah menjadi isteri kepada Khalid.

Air mata yang bergenang itu sebagai tanda segala tanggungjawab ahli keluarganya terhadap Siti selama ini bertukar sudah apabila ia ?iserahkan? kepada suaminya itu.

Siti yang mengenakan pakaian rekaan Radzuan Radzwil yang diperbuat dari kain jenis lace Perancis dengan kilauan kristal Swarovski tampil dengan wajah ayu ketika majlis pernikahan diadakan.

Khalid pula tenang berhadapan dengan majlis itu mungkin kerana beliau pernah melalui detik-detik berkenaan suatu ketika dahulu.

Ketika sidang media diadakan, Siti berkata dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan alam rumah-tangga dan bergelar isteri orang.

Namun hatinya masih berdebar dan bagaikan tidak percaya dia sudah memegang status itu.

?iti berdebar dan banyak berselawat di dalam hati ketika dibawa ke masjid dan syukurlah segala-galanya telah terlaksana dengan baik,? katanya.

Wanita itu berjanji untuk menjadi isteri yang baik dan taat kepada suami.

Khalid pula tidak menghalang isterinya itu untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni kerana tidak mahu menghalang minat Siti yang telah diceburi sejak sekian lama.

?aya tidak akan menghalangnya menjadi penyanyi sebaliknya terus merestui untuk beliau aktif dalam dunia yang diminatinya itu,? kata Khalid.

Menurut Siti, selepas perkahwinannya itu, beliau bercadang untuk mengerjakan umrah selain merancang menunaikan ibadah haji.

?nsya-Allah... ketika balik haji nanti Siti akan memakai tudung,? katanya.

Esok, majlis persandingan kedua-dua mempelai itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dengan para tetamu terdiri daripada kalangan kenamaan serta kerabat diraja.

Mudah-mudahan Siti Nurhaliza dan Khalid dapat melayari kehidupan penuh dengan kegembiraan dan hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Pihak lelaki

1. Sirih junjung

2. Cincin jenama Bvlgari dan bunga rampai

3. Kalung emas putih dan berlian

4. Manisan

5. Telekung

Pihak perempuan

1. Sejadah

2. Al-Quran

3. Manisan

4. Songket dan Baju Melayu

5. Bunga Rampai

6. Kek

7. Wajik

Pengantin lelaki

1. Wang hantaran

2. Tas tangan jenama Louis Vuitton

3. Jam tangan jenis Roger Dubuis

4. Bunga Rampai

5. Kain

6. Strawberi bersalut coklat

7. Aksesori Chopard

Pengantin perempuan

1. Cincin jenis Audemars Piguet

2.Jam tangan Richard Mille

3. Tali pinggang Brioni

4. Set Cufflink Louis Vuitton

5. Kain songket dan Baju Melayu

6. Sut hitam

7. Butang Baju Melayu

8. Kek

9. Bunga rampai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.270191 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list