CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 8-12-2006 10:32 AM | Show all posts
Gerak Perang skuad elit
Oleh Mohd Azis Ngah

Aksi seni pertahanan diri diiringi tiupan serunai 憁enceritakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2006 10:48 AM | Show all posts

Kelengkapan PDRM sudah ketinggalan - Utusan 8-12-2006

Kelengkapan PDRM sudah ketinggalan
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... en&pg=pa_04.htm

KUALA LUMPUR 7 Dis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2006 09:28 AM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihiraji'uun..

Al-Fatihah buat Allahyarham..

Soldier drowns during practice
09 Dec 2006
--------------------------------------------------------------------------------
MALACCA: His dream was always to wear the maroon beret, a symbol of excellence for members of the elite 10th Parachute Brigade.

So much was demanded of those vying for it that they trained even until the day before graduation today.

But Nasarudin Mat Napiah, 34, of the Armoured Para Squadron, a component of the 10th Parachute Brigade, never got to wear the beret.

The veteran soldier drowned after jumping three metres into the sea from a helicopter near Pantai Puteri, between the Petronas Terminal and Tanjung Beruas jetty yesterday.

The father of two from Gemas, Negri Sembilan, had been carrying a Steyr rifle, a bayonet and a magazine during the 9.35am incident.

His body was found near the jump area about 5.20pm.

Malacca Tengah Police chief Assistant Commissioner Johari Yahaya said Nasarudin and 100 other soldiers were practising for graduation after a month of training.

"He is believed to have been washed away by the strong current," Johari said.

The army organised a search team to look for Nasarudin before lodging a police report about 10.45am.

A joint search team was then established with the Fire and Rescue Department, Marine Police and Civil Defence Forces.

The primary role of the 10th Parachute Brigade
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2006 02:56 PM | Show all posts

Komando 69 suntik keberanian Abd. Manaf

Oleh SOPI SAMAILE
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm

ADALAH menjadi satu cabaran getir apabila mengendalikan siasatan kes berprofil tinggi apatah lagi kes tersebut membabitkan orang kenamaan (VIP).

Sudah pastinya tanggungjawab itu akan tergalas di bahu pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebut sahaja bahagian D9, secara spontan kes-kes berprofil tinggi akan berlegar-legar dalam setiap minda pegawai dan anggota yang berada di dalam kumpulan itu.

Meskipun kes itu akan menjadi perhatian umum malah melibatkan VIP yang sangat berpengaruh, polis akan melakukan siasatan dengan saksama dalam erti kata lain tiada istilah `pilih bulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 05:30 PM | Show all posts
Malaysia selects Trans Resources for submarine base
Jon Grevatt

Trans Resources Corporation has received a letter of intent from the Malaysian government for the design and build of the Royal Malaysian Navy's (RMN's) new submarine base.

The contract to build the base - which will be located in Sepanggar Bay in Sabah on the South China Sea - is worth MYR350 million (USD99 million).

The base will become home for the RMN's two new French-built Scorpene submarines, which are expected to arrive in Malaysia in 2009. Malaysia ordered the submarines in 2002 at a cost of about MYR3.5 billion.

Moya Mansor, Trans Resources spokeswoman, told Jane's that a formal contract award should be issued before the end of 2006, with a contract finalised early in 2007. Construction of the base will commence in the middle of 2007.

"It is still early in this process; many procedures have to be gone through yet," she said. "But we have now received the letter of intent and will prepare presentations for the government."

The construction of the new base, which comes under the Ninth Malaysia Plan, will be equipped with a training complex, living quarters, simulators and supporting infrastructure for the submarines
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 07:09 PM | Show all posts
Struktur Rejimen Gerak Khas Akan Diubah, Kata Panglima Tentera Darat


18 Disember, 2006 16:45 PM

MERSING, 18 Dis (Bernama) -- Struktur organisasi pasukan elit Tentera Darat Malaysia, Rejimen Gerak Khas (RGK) akan diubahsuai bagi mengikut keperluan ancaman semasa dan persekitaran dunia yang semakin tidak menentu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Menurutnya persekitaran dunia dan bentuk ancaman yang dihadapi oleh RGK pada masa ini adalah berlainan berbanding ketika pasukan elit Tentera Darat itu ditubuhkan dahulu.

"Penubuhan Rejimen Gerak Khas pada ketika itu adalah untuk menangani keperluan semasa, menentang ancaman luar negara, peperangan insurgensi menentang komunis dan melaksanakan misi-misi tertentu.

"Tetapi kini, dengan persekitaran dunia yang sentiasa bergolak dan ancaman terrorisme, perubahan struktur organisasi pasukan elit Tentera Darat perlu diubah agar selari dengan keperluan dan ancaman semasa," katanya ketika merasmikan "Hyperbaric Recompression Chamber (HRC)" Kompleks Perubatan Menyelam 21 Grup Gerak Khas di Kem Iskandar hari ini.

Abdul Aziz berkata perubahan struktur organisasi RGK perlu bagi memastikan ia sentiasa relevan dan bidang tugasnya tidak bertindihan dengan pasukan-pasukan elit Tentera Darat yang lain seperti Pasukan Atur Cepat (PAC).

Sebelum kewujudan PAC, katanya, tugas-tugas dan operasi pasukan yang turut dikenali dengan nama "Para" itu dilakukan oleh anggota RGK tetapi apabila PAC ditubuhkan, anggota RGK kini hanya tertumpu untuk melaksanakan tugas mereka.

"Sebagai pasukan elit (RGK), bidang tugas mereka juga haruslah elit. Kita tidak mahu sebarang pertindihan tugas di antara pasukan-pasukan khas di dalam Tentera Darat," katanya.

Panglima Tentera Darat itu juga berkata peralatan dan bentuk latihan terhadap anggota RGK juga akan turut berubah selaras dengan perubahan struktur organisasi pasukan elit itu.

Beliau meminta warga RGK agar tidak terkeliru dengan perubahan struktur organisasinya, yang bertujuan memastikan pasukan tersebut berupaya menangani ancaman semasa dan pada masa depan terhadap keselamatan negara.

Mengenai alat HRC itu pula, beliau berharap, anggota-anggota unit menyelam RGK dapat meningkatkan latihan pengkhususan mereka dengan lebih kerap selepas ini.

"Kita mahu melihat penyelam-penyelam Rejimen Gerak Khas muncul sebagai penyelam terbaik di dunia," katanya sambil menambah, HRC juga dapat meminimumkan risiko dan komplikasi yang dihadapi oleh penyelam ketika menjalani latihan.

Para penyelam RGK berhadapan dengan risiko dan bahaya yang amat tinggi ketika menjalani latihan menyelam termasuk komplikasi-komplikasi terhadap kesihatan mereka, kata Abdul Aziz.

Panglima 21 Grup Gerak Khas Brig Jen Awi Suboh pula berkata peralatan HRC itu membolehkan RGK mengadakan latihan menyelam untuk anggotanya pada setiap masa, tanpa perlu bergantung pada unit-unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lain.

Katanya sebelum ini jika terdapat anggota RGK yang memerlukan rawatan di HRC, mereka terpaksa dihantar ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut yang mempunyai peralatan yang sama.

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Panglima 3 Divisyen Mej Jen Datuk Zulkifli Mohd Zin.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2006 02:01 PM | Show all posts
Latest JDW says that the Sibmas fleet has been reduced to about half due to cannibalisation. This model of AFV is no longer in production and no other armies uses it except M'sia, hence the reason for cannibalisation due unavailability of spare parts

[ Last edited by  gekko at 19-12-2006 02:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 02:12 PM | Show all posts

Reply #307 gekko's post

i guess that is why Sibmas replacement is an urgent project..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2006 02:18 PM | Show all posts
Afrika Selatan ada guna 'keturunan' Sibmas yg diorang buat sendiri, (Ratel AFSV) kalau TD masih minat nak guna keluarga Sibmas ni

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2006 02:46 PM | Show all posts
Bajet? RMK10?

plus JP Inc. dah sedia menunggu :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 12:40 PM | Show all posts
揔ami puas setiap kali terjun
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2007 12:26 PM | Show all posts
lest we forget:hatdown:

Thursday January 4, 2007


A befitting last salute

By NG SU-ANN

  

Tan: Most noted for being the first Chinese police director
PENANG: He told his loved ones at his deathbed that he wanted a 搇ow-key
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 8-12-2006 10:32 AM
PGA Orang Asli  


PGA Orang Asli?  heh heh senoi praaq tu ...

wartawan......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 03:06 PM | Show all posts

Reply #313 ferryman2393's post

Aku rasa tak salah kalau dia tulis cam tuh... sebut Senoi Praaq/ orang perang.. kita-kita tahu ler... cuba bagitau kat brader yang beli paper kat segambut dalam ker, bukit lanjan ker, sungai buloh ker... aku rasa tak ramai yg nak amik tahu, sebab pernah orang tanya aku Senoi Praaq tuh kumpulan rock mana... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:39 PM | Show all posts

PDRM Ganti Senjata Api Secara Berperingkat Mulai Tahun Ini

KUCHING, 5 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggantikan senjata api revolver jenis Smith & Wesson kepada jenis separa automatik secara berperingkat mulai tahun ini untuk kesesuaian semasa bagi meningkatkan kecekapan kepolisan.

Pengarah Logistik Ibu Pejabat Bukit Aman Datuk Zainal Mohd Tahir berkata perancangan untuk menggantikan sebahagian daripada revolver jenis Smith & Wesson 0.38 Specials yang digunakan oleh anggota polis yang menjalankan tugas harian kepada jenis separa automatik seperti Glock, Yavoz, Steyr, Heckler Koch, dan Sigsauer.

"Dengan perluasan jawatan dan tugas, kami (PDRM) perlu membeli senjata tambahan dan merancang untuk menggantikan secara berperingkat daripada revolver kepada pistol separa automatik.

Bagaimanapun, kami tidak menetapkan sebarang jenis tertentu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kereta peronda (MPV) kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal di Kompleks Logistik (Pengangkutan), Batu Kawa, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Zainal menyerahkan 93 kereta peronda dan empat buah kereta jenis Proton Perdana kepada kontinjen Sarawak yang kemudiannya akan diagih-agihkan kepada kesemua 27 daerah untuk meningkatkan kecekapan polis dalam menangani jenayah yang kian meningkat.

"Dengan penambahan kenderaan itu, kontinjen Sarawak kini memiliki 232 buah kereta ronda. Saya berharap kesemua Ketua Polis Daerah akan mengatur gerak kereta peronda di kawasan masing-masing secara maksimum bagi memantau kawasan yang sering berlaku jenayah bagi mengurangkan waktu respon apabila menerima laporan dan aduan," katanya.

Zainal berkata bahagian Logistik akan memperuntukkan kontinjen Sarawak 30 buah van dan kereta pacuan empat roda pada bulan depan di semua daerah di negeri ini untuk memudahkan tugas rondaan, pencegahan jenayah serta pelbagai urusan pentadbiran yang memerlukan respon dan tindakan segera.

Sementara itu, Talib berkata Sarawak merancang untuk menubuhkan unit peronda lebuh raya (HMPV) untuk menjalankan rondaan cegah jenayah serta penguatkuasaan undang-undang lalu lintas di sepanjang Trans Borneo Highway yang bermula dari Lundu hingga ke Lawas.

Beliau berkata unit ini yang memantau dan mengambil tindakan terhadap insiden yang berlaku di sepanjang lebuh raya akan ditempatkan di daerah Kuching, Sibu, Bintulu, Miri serta Mukah.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 08:10 PM | Show all posts

Sempena Tahun Melawat Malaysia: Persiaran dgn KD Pahang!

Kapal TLDM Bantu Bawa Keluar Pelancong Asing Dari Pulau Libaran

10 Januari, 2007 20:23 PM

SANDAKAN, 10 Jan (Bernama) -- Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Pahang hari Rabu membantu membawa keluar 14 pelancong asing dari pusat peranginan di Pulau Libaran termasuk dua yang terselamat dalam kejadian bot karam di muara sungai Padas Selasa.

Bantuan membawa pelancong berkenaan dari Pulau Libaran ke Bandar Sandakan dilakukan kerana bot dan kapal kecil tidak dapat digunakan dalam keadaan cuaca buruk dan laut bergelora di perairan Sandakan.

Kapal KD Pahang tiba di pangkalan TLDM di KD Sri Sandakan pada pukul 11.30 pagi dan kesemua pelancong asing berkenaan kemudian menaiki tiga bas yang disediakan oleh agensi pelancongan Wildlife Expeditions dan dihantar ke hotel penginapan mereka.

Pegawai Memerintah KD Sri Sandakan, Kapt Jamaluddin Mohd Saman berkata pihaknya turut mendapat permintaan untuk membawa keluar dua pelancong asing yang terselamat dalam kejadian bot karam di muara sungai Padas di Libaran ke Bandar Sandakan.

"Dua belas lagi pelancong asing yang tidak dapat keluar dari pulau itu turut dibawa menaiki kapal KD Pahang dan kesemua mereka sampai ke jeti ini dengan selamat" katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelancong itu di sini.

Sementara itu, ketujuh-tujuh pelancong asing yang terselamat dalam kejadian itu berada di sebuah hotel berhampiran Bandar Sandakan.

Mereka terdiri empat warga Australia iaitu Megan Jones, 23; Ross Weber, 27; Kimberley Chinpoy, 31; dan Prudence Vercoe, 29. Dua lagi adalah warga Britain terdiri Russell Holdsworth, 49; dan Christina Grand, 58; manakala seorang lagi Suzanne Clifton, 32, warga New Zealand.

Clifton berkata mereka tidak menjangkakan ribut seburuk itu dan merasa amat takut kerana tidak lama kemudian mereka memasuki laut terbuka dan nampak ombak besar setinggi enam meter.

"Itu satu igauan, dan mungkin dapat dielakkan kalau kami diberitahu terlebih dulu mengenai amaran cuaca. Kami tentu tidak turun ke laut langsung," kata Clifton.

Chinpoy berkata mereka tidak menjangka laut begitu bergelora kerana ketika keluar dari muara air kelihatan tenang.

"Tapi sebaik saja kami memasuki laut terbuka, ia jadi begitu bergelora dan kami terlambung-lambung dari tempat duduk.

Chinpoy mengandung lima bulan dan pergelangan tangannya terkehel akibat bencana itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2007 09:28 AM | Show all posts
Alias hadapi cabaran ‘getir’ dalam PDRM

Oleh: TARMIZI ABDUL RAHIM

TERGAMAK dan sanggupkah anda duduk bersama-sama dengan orang dewasa lain yang sedang membuang air besar dalam satu tandas pada masa yang sama?

Mungkin jawapan pertama yang bakal keluar daripada mulut sebahagian daripada kita ialah “hilang akal apa!, sudah buang tabiat ke! tak ingin aku walaupun dibayar dengan duit!".

Tetapi itulah yang dilakukan oleh Sarjan Mejar Alias Sulaiman, 47, semasa bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada tahun 1997.

Beliau bukan sahaja tunggu sekejap tetapi sehingga lelaki itu betul-betul ‘melepas’ barulah dia keluar setelah memperoleh barang kes dadah yang dimasukkan ke dalam plastik sebelum disumbat ke dalam dubur lelaki itu bagi mengelak daripada ditemui oleh polis semasa operasi najis dadah dijalankan.

“Saya kena tunggu juga walaupun tak sanggup kerana bimbang suspek itu berkemungkinan akan menghilangkan barang kes dengan menarik ‘flush’ tandas itu.

“Kita curiga suspek itu menyimpan sesuatu apabila dia berjalan mengangkang semasa ditangkap dalam operasi najis dadah itu dan setelah dirujuk kepada doktor suspek itu diarahkan untuk menjalani pemeriksaan imbasan x-ray.

“Hasilnya daripada imbasan itu memang terdapat satu bungkusan dalam duburnya yang dipercayai dadah yang disumbat ke dalamnya untuk mengaburi mata polis. Untuk mendapatkannya kembali, tiada jalan lain kecuali memaksanya supaya ‘berak’,” katanya yang ketawa kecil apabila mengenangkan kejadian itu.

Alias yang berasal dari Teluk Intan, Perak telah ditugaskan ke IPD Port Dickson setelah tamat latihan di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 5 April 1980.

Dua tahun selepas itu, beliau ditukarkan ke Balai Polis Lukut, Port Dickson sebelum kembali bertugas di Bahagian Logistik, IPD Port Dickson pada 1990.

Pada 1997, beliau dilantik sebagai penolong pegawai penyiasat Jabatan Narkotik IPD itu sehinggalah ditukarkan ke Balai Polis Pedas, Rembau pada 2004 sebagai ketua balai.

Alias yang dikurniakan enam cahaya mata berusia antara 23 dan 14 tahun hasil perkongsian hidupnya dengan Maznah Bahar, 43, kemudiannya telah ditukarkan ke Balai Polis Rembau pada tahun lalu bagi memangku jawatan ketua balai.

Selain duduk bersama dengan suspek yang tengah ‘melepas’, beliau juga pernah menumpaskan sindiket penyeludupan rokok kretek apabila berjaya menangkap dua pemandu van yang membawa dua buah kenderaan itu yang penuh dengan rokok seludup.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi, 22 Februari 1989, Alias bersama rakannya yang sedang melakukan rondaan jenayah dengan kereta peronda di sekitar Port Dickson telah terserempak dengan dua buah van itu yang dalam keadaan mencurigakan menuju ke sebuah hotel.

Dua suspek itu katanya, telah bermalam di hotel berkenaan dan meletakkan kenderaan mereka di pekarangan hotel itu.

“Kami meletakkan kereta peronda jauh daripada hotel bagi memastikan kehadiran kami tidak disedari oleh suspek. Kita telah meninjau van itu dan mendapati memang terdapat rokok kretek dalam kedua-dua van itu.

“Kami memutuskan untuk menghubungi sebuah kereta peronda lain untuk meminta bantuan kerana bimbang kemungkinan terdapat beberapa lagi rakan lain suspek yang telah menunggu di hotel itu.

“Kita juga tidak tahu sama ada mereka juga mempunyai senjata berbahaya. Apabila bantuan sampai, kita telah merancang langkah-langkah terbaik untuk menahan suspek dengan meminimumkan risiko yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Alias berkata, beliau bersama rakan-rakannya terpaksa menyorok dalam semak hampir empat jam untuk menunggu suspek-suspek turun daripada hotel dan beredar dengan kenderaan masing-masing.

Waktu hampir subuh, dua suspek itu turun dan memasuki kenderaan masing-masing, pada masa inilah Alias dan rakan sekerjanya terus menahan mereka itu yang begitu terkejut sehingga tidak sempat berbuat apa-apa.

Hasil kejayaan itu, Alias telah menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Negeri Sembilan pada waktu itu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 01:13 AM | Show all posts
Polis-Senjata
    POLIS RAMPAS SENJATA, DIPERCAYAI TERBESAR DI DAERAH MANJUNG

    LUMUT, 20 Jan (Bernama) -- Sepasukan anggota polis dari IPD Manjung
merampas sejumlah besar senjata api pelbagai jenis, semalam.
    Menurut sumber, rampasan itu dilakukan di sebuah rumah di Venice of
Perak, di sini.
    Rampasan itu dipercayai yang terbesar pernah dibuat di daerah
berkenaan.
    Ketua Polis Daerah Manjung ACP Dr Hashim Haron ketika dihubungi enggan
mengulas lanjut.
    Beliau sebaliknya berkata sidang akhbar mengenai rampasan itu itu akan
dibuat di IPD Manjung di sini pagi Isnin ini.
    -- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 01:13 AM | Show all posts

lagi..

Polis berjaya merampas sejumlah 58 senjata api pelbagai jenis dalam satu serbuan di Lumut, Perak, semalam.
kesemua senjata api berkenaan milik seorang agen senjata api namun tempoh lesennya telah tamat.
ini adalah rampasan terbesar yang pernah dilakukan pihak berkuasa.

RAMPASAN SENJATA API
------------------------------------------------------
-serbuan di sebuah rumah di Lumut
-agen berusia 29 tahun ditangkap
-rampas 58 senjata api jenis rifel dan mesingun
-lesen tamat pada 2004

serbuan dilakukan sepasukan polis Perak di sebuah rumah di Taman Venice, Lumut.
agen senjata api berkenaan, seorang lelaki berusia 29 tahun kemudian ditahan.
hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah 58 senjata api jenis rifel dan mesingan di rumah berkenaan.
siasatan awal polis menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai lesen untuk menjual senjata api, namun telah tamat tempohnya pada tahun 2004.
dia juga tidak mempunyai lesen untuk menyimpan senjata api berkenaan.
sebaik lesennya tamat, dia sepatutnya menyimpan senjata api berkenaan di stor senjata TLDM Lumut namun gagal berbuat demikian.
siasatan masih dijalankan sekiranya senjata api berkenaan telah dijual kepada individu tidak berkaitan.
siasatan dijalankan mengikut seksyen lapan, akta senjata api, penalti lebih berat, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan
satu sidang akhbar dijadual akan diadakan isnin ini.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 04:09 PM | Show all posts

Reply #319 standupper's post

emm..satu citer yg menarik nie....
umur 29thn dah boleh dapat lesen niaga senjata api....
kalau tak silap KKDN amat menitik berat bab umur ni...
utk apply lesen senjata api apatah lagi lesen meniaga senjata api..
:hmm:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.072979 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list