CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

  [Copy link]
Post time 26-5-2012 02:04 PM | Show all posts
akak teringat ..masa tu akak darjah satu. Pagi tu ada satu siaran langsung pengkebumian beramai-ramai mangsa tragedi nahas flight tu.. Semua mayat tu di kebumikan dlm satu liang..tak kira bangsa apa..sbb nya time tu mana ada DNA nak mengecam mayat. Upacara sembahyang pun dilakukan ikut gilir-gilir mengikut agama masing2. Mula2 pengkebumian cara Islam, lps tu diikuti dgn upacara agama yg lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2012 08:43 PM | Show all posts

Tragedi Pesawat MH635 Terhempas di Tanjung Kupang, Johor 4/12/77

Reply 302# uglynara

citer plzzzz....dah lma tnggu


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2012 05:24 PM | Show all posts
Reply 321# aKudaRikayanGan


   my uncle adalah anak angkat kpd keluarga arwah borhanuddin nieh .. so kira mcm adik bradik la ngan arwah azian .. dibyr pampasan dlm 50 ke 100k gak laaa masa tuh dgr citenya ..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 05:02 PM | Show all posts
ade baca artikel yg mak simpan psl tragedi nie tp dah tak tahu hilang ke mana sbb pindah umah, mak ckp ade org jumpa "boobs" perempuan kat tmpt kejadian tp tak tahu btul ke tak sbb time tue blum wujud lg...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 07:28 PM | Show all posts
Untuk yang tak tau kes2 pesawat komersil terhempas di Malaysia..nah
1. Double Six Tragedy - 6 Jun 1 ...
alphawolf Post at 23-5-2012 15:19


ot jap
kes 2 pesawat nuri terhempas di long pasia sabah.. aku ingat lagi sebab aku baca smua artikel psl tu dan paling tacing ialah salah sorang tentera tu baru kawin 2 minggu... ( dlm gambar ensem sangat ) ... isterinya pun cantik.. kat akhbar bacaria kalo tak silap ada gambar isterinya peluk keranda sominya... mmg sedeh baca
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 09:12 PM | Show all posts
Cite nie memang kekal misteri,ada yang kate kena hijack la, captain suicide laa, bodyguard vvip mabuk laaa...kalau teknikal problem,mesti captain dah bagi alert awal2 dah...entah la, aku suke layan air crash investigation, kalau satu enjin terbang tuh out,die masih boleh terbang dan buat emergency landing...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2012 10:36 PM | Show all posts
Ada yg kata team air crash investigation pernah cuba nak siasat nahas ni....well gov tak kasi sbb kes ni libatkan banyak vvip..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:39 PM | Show all posts
Pada aku la...bagi jer kotak hitam...kat expert2 air crash investigation...biar diorang siasat ...sekarang kan dah modern...detail bunyi pun boleh uraikan persoalan...pastu terpulang nak expose kat public ker tak...yg pasti MAs kena tahu apa sebenarnya yg terjadi....explain kat keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2012 11:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by sofiera at 11-6-2012 23:22

3. Japan Air Lines Flt 715, 27 September 1977 (dua bulan sebelum Tanjung Kupang)
    Douglas DC-8, Japan Airlines
    Sungai Buloh
    34 terbunuh, 45 cedera

Sg buloh bahagian....mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 07:55 AM | Show all posts
Kat kawasan Ladang Elmina, Jalan Sg Buloh-K. Selangor. ikut wiki, dekat2 saujana utama. Pesawat terhempas kat bukit tertinggi dalam estet tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:20 AM | Show all posts
Reply 333# anaktoyol


    aku rase kes ni dh disiasat pun oleh gov. cume hasil siasatan tidak didedahkan kpd umum...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:59 AM | Show all posts
Kat kawasan Ladang Elmina, Jalan Sg Buloh-K. Selangor. ikut wiki, dekat2 saujana utama. Pesawat terh ...
alphawolf Post at 12-6-2012 07:55



    Dulu ladang getah...sekarang dah tanam kelapa sawit...dulu kawasan tu tanah dia lapang ...pokok takleh tumbuh...sebab struktur tanah dan tersiram minyak kapal...tapi sekarang dah ok....katanya kalau pergi...boleh lagi nmpk serpihan rim tayar...kipas ..kapal terbang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 10:09 AM | Show all posts
3. Japan Air Lines Flt 715, 27 September 1977 (dua bulan sebelum Tanjung Kupang)
    Douglas DC-8,  ...
sofiera Post at 11-6-2012 23:20



    Pilot seboleh mungkin mendaratkan pesawat dgn selamat....walaupun akhirnya dia yg terkorban....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 10:12 AM | Show all posts
Kat kawasan Ladang Elmina, Jalan Sg Buloh-K. Selangor. ikut wiki, dekat2 saujana utama. Pesawat terh ...
alphawolf Post at 12-6-2012 07:55



    Ohh saujana utama....mmg jalan OTW umah aku tue di DC
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by haninuha at 15-6-2012 10:54

Ni artikel yg aku sempat save dan ada dlm simpanan aku...
Sorry kalo dah ada yg menempek sblm ni..

Credit : http://www.kreatifminda.com/pengalaman/kenangan-bila-pesawat-terhempas/ (Blog ni pon mcm dah tak wujud..)

KENANGAN……BILA PESAWAT TERHEMPAS
Friday, April 16th, 2010 /

MINGGU lalu, saya telah membawakan berita dari luarnegara mengenai pesawat Tupolev TU-154 terhempas dalam penerbangan dari Warsaw ke Moscow. Pesawat itu terhempas berhampiran Smolensk sebuah bandar di barat Russia.

TU-154 dikatakan terlanggar pokok dalam kabus yang tebal petang (waktu sana) 10 April lalu menyebabkan ia terbakar dan terhempas mengakibatkan 97 orang di dalam pesawat itu terkorban. Presiden Poland, Lech Kaczynski dan isterinya, Maria adalah orang kenamaan yang terbunuh dalam tragedi tersebut.

Antara kenamaan dan pegawai tinggi Poland yang turut terkorban ialah General Franciszek Gagor, Gabnor Bank Pusat, Salwomir Skrzypek, dua orang Timbalan Menteri – Luar dan Pertahanan serta beberapa orang lagi. Walaupun rangka-rangka pesawat itu bertaburan di sana sini, namun semua penumpang dan anak kapalnya terkorban.

Bila membaca berita itu, dengan pantas ingatan saya dibawa balik kepada tragedi pesawat MAS MH 653 yang meletup dan terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember, 1977 dimana saya secara langsung terlibat dalam membuat liputannya.


Ketika itu saya baru sahaja sampai ke rumah di Jalan Utama Kampung Melayu Majidee dari Pejabat Utusan Melayu yang terletak di Jalan Dato’ Dalam, Johor Bahru. Sebaik sahaja lepas solat maghrib, telefon berderiiiiiiiiiing.



“Hei Din, saya dapat inform ada kapalterbang jatuh dekat Tanjung Kupang sana,” kata rakan wartawan dari Shin Min sebaik sahaja saya mengangkat ganggang telefon.

Sebaik sahaja saya dimaklumkan, saya ucapkan terima kasih. Saya menghubungi ibupejabat Utusan di Kuala Lumpur. Petugas malam itu (saya lupa siapa) juga memberitahu menerima maklumat itu tetapi belum dapat butiran lanjut lagi. Mereka juga sebuk mencari punca berita bagi mendapatkan pengesahan.

Saya pun menalipon Pejabat Utusan Melayu di Jalan Dato’ Dalam untuk mencari jurugambar Haron Osman. Beliau biasanya balik lewat sedikit. Sebaik sahaja dapat menghubungi Haron, saya menalipon rakan setugas, Abdul Salam.

Kami bertiga terus ke Tanjung Kupang dengan kereta Mini Salam. Pada masa itu jalan untuk ke Tanjung Kupang tidaklah selesa seperti hari ini. Jalannya kecil. Tiada Lampu jalan. Kami bertiga terus menuju ke Balai Polis Tanjung Kupang. Setiba di Balai Polis, kelihatan anggota-anggota polis juga sudah mula sebuk. Mungkin mereka juga sudah menerima berita yang sama.
Tidak lama selepas itu, semakin ramai anggota polis dan land rover mereka sampai.



Malam semakin gelap. Wartawan tempatan dan luar juga sudah mula membanjiri Tanjung Kupang dengan jurugambar masing-masing. Kami melaporkan ke ibupejabat setiap perkembangan yang berlaku dari masa ke masa melalui pondok-pondok telefon awam.

Memandangkan keadaan kawasan yang begitu gelap, kami tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian. Pihak tentera yang sampai juga memulakan operasi mencari lokasi pesawat yang terhempas itu Pada malam itu kami hanya mendapatkan cerita dari penduduk-penduduk kampung yang mendengar bunyi letupan di udara dan yang melihat adanya juraian dan bebola api yang menjunam laju ke bumi.  



Ketika berhubungan dengan ibupejabat di Kuala Lumpur, saya telah diarah mencari seorang wanita berbintikan Shain di kawasan Larkin. Atas maklumat-maklumat yang diberi, saya dan jurugambar berjaya mengesan rumah yang dimaksudkan. Wanita yang minta dicari itu ialah isteri kepada Dato’ Haji Ali Ahmad, salah seorang mangsa nahas itu.



Keesokan paginya - 5 Disember, 1977……

kami pagi-pagi lagi sudah berada di Tanjung Kupang. Pagi itu jugalah baru saya tahu wanita yang saya cari semalam adalah isteri kedua kepada Allahyarham Dato’ Ali apabila saya diberitahu di lokasi bahawa kedua-dua isteri Allahyarham telah datang ke Balai Polis itu dan itu jugalah pertemuan kali pertama antara kedua orang isteri yang bermadu itu. Ketika masuk kekawasan tragedi, saya lihat ada taliperut yang tersangkut di ranting-ranting pokok dan cebisan-cebisan daging yang bertaburan.

Kawasan paya bakau yang hangus terbakar akibat insiden itu dianggarkan seluas dua kilometer. Daun-daun bakau yang dulunya menghijau hangus hitam terbakar. Allahyarham Dato’ Ali ketika itu adalah Menteri Pertanian dan beliau adalah diantara 93 orang penumpang Boieng 737 MH 653 yang meletup di ruang udara sebelum terhempas ke kawasan itu. Selain itu tujuh krew MAS turut terkorban.

Selain Dato’ Ali, turut terkorban ialah Setiausaha Politiknya, Hood Fadzil, bekas guru yang pernah mengajar saya sebagai “guru gantian” untuk satu waktu menggantikan guru matapelajaran tersebut tidak datang. Pesawat MH 653 yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang kira-kira jam 7.21 petang menuju ke Kuala Lumpur. Entah apa yang berlaku di dalam pesawat itu, apabila ia menurun untuk mendarat telah diarah terbang semula menuju ke Singapura.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 10:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by haninuha at 15-6-2012 10:54

...sambungan

Setibanya di ruang angkasa Tanjung Kupang, penduduk kampung telah mendengar satu letupan di udara dan apabila melihatnya juraian api laju menjunam ke bumi dan muncung pesawat itu telah masuk ke dalam lumpur paya di situ. Allahyarham Hood Fadzil jika mengikut jadual asalnya akan balik ke Kuala Lumpur mengikut jalan darat, tetapi pada hari itu dia telah meminta tiket Khalid Yunus (kini Dato’) ketika itu Setiausaha Akhbar kepada Dato’ Ali, untuk pulang dahulu. Jadi tinggallah Dato’ Khalid Yunus sampai hari ini.

Selain dari mereka berdua kenamaan lain yang turut terkorban dalam nahas paling buruk dalam sejarah penerbangan negara itu ialah Ketua Pengarah JKR, Tan Seri Mahfudz Khalid dan beberapa orang lagi. Turut sama terkorban ialah Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia dan isteri. Pesawat MH 653 itu dikemudikan oleh Kapten G.K Ganjoor dengan dibantu oleh FO Kamarulzaman Jalis.

Selain dari 73 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas itu, terdapat juga rakyat Australia, Britain, Jerman, Afghanistan, India, Indonesia, Amerika, Cuba dan Greek. Selama seminggu saya dan rakan-rakan setugas berulang alik dari Johor Bahru ke Tanjung Kupang secara bergilir-gilir pagi dan petang untuk mengetahui dan menghantar apa jua berita mengikut perkembangan semasa.

Sehingga tempuh itu juga tidak ada satu mayat yang sempurna ditemui bagi dikenalpasti. Jika saya tidak silap keluarga kepada salah seorang pramugari yang menjadi mangsa itu dapat mengenali tangan yang dijumpa kerana sebentuk cincin dijari masih terpakai.



Amat menyayat hati melihatkan keadaan itu. Masakan tidak, sepanjang dua kilometer merentasi kawasan itu apa yang dapat dilihat cuma carikan-carikan pakaian yang tersangkut pada ranting-ranting, kasut yang tiada pasangannya, beg dan lain-lain barang yang dibawa bersama oleh mangsa-mangsa nahas itu.

Akhirnya, atas persetujuan semua pihak yang terlibat dan pihak yang bertanggungjawab, satu keputusan dicapai agar semua cebisan daging, tangan, kaki dan yang berkaitan dengan organ yang ditemui dikebumikan dalam satu pusara di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Kini tugu persemadian beramai-ramai itu menjadi kunjungan bukan sahaja para pelancung yang ingin melihatnya, tetapi kaum keluarga mangsa yang datang memperingatinya.



Biarpun berbagai cerita didengar antara Jalan Kebun Teh hingga ke Tanjung Kupang menjadi buah mulut ramai orang, namun yang pergi tetap pergi dan pada akhir bulan Disember, 1977 itu saya di arah bertukar ke ibupejabat di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 11:08 AM | Show all posts
kes ni terus kekal jd cold case je yea..tak patut dan tidak adil bagi mangsa dan keluarga mangsa
ni bukan kucing kene lenyek ngn lori ke apa tapi manusia yg menjadi nahas kapalterbang dah tu takde apa2 penyelesaian tak tahu kenapa jd camtu dan begitu begini hanya semata2 speku dan khabar angin je..kalo aku jd family mangsa2 ni aku memang tak puas hati dan berharap sgt nak tahu punca sebenar kejadian walopun mungkin xmampu hidupkan kembali mangsa tapi sekurangnya terbela juga kematian itu dan terjawab segala persoalan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2012 01:17 PM | Show all posts
kes ni terus kekal jd cold case je yea..tak patut dan tidak adil bagi mangsa dan keluarga mangsa
ni ...
Suchi Post at 15-6-2012 11:08


ntahla, susah nk cakap..mungkin juga MAS ada deal apa2 dengan family2 mangsa terlibat regarding this case..kalu tak, naper family2 mangsa diam jer...pulak tu yg terlibat bukan calang2 org..VVIPs and pegawai tinggi dari luar negara lagi...kalu org2 biasa, dalam tahun 70-an tu boleh jadi jugak diorg tak berapa nak reti nak bertegas tuntut penjelasan...Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 01:25 PM | Show all posts
Wah, sempat lagi mengasah bacaan tulisan jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 04:26 PM | Show all posts
Reply 340# haninuha

merangkak2 aku baca tulisan jawi, hahahaha..
artikel ni mmg best la serius
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.108715 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list