CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: princebrunei

Lagenda Tambuakar Di Sabah

[Copy link]
Post time 9-11-2010 01:10 PM | Show all posts
yeahh ila dah masuk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 05:04 PM | Show all posts
wow seram beb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 08:12 PM | Show all posts
salam yenil ...

siap boleh imejin loch ness tu ...

aha.. PB ..ada kaitan tak lagenda   ...
ea208964 Post at 8-11-2010 09:52 PM


Den pernah pernah gak baca pasal Sulur Bidar tu, kononnya itulah makhluk yang mendiami tasik Chini dan Kenyir, ia pon digambarkan seperti seekor ular besar kan seperti Tambuakar ni, ok hasil google dapat cerita bergambar ni so layannn..







Sumber : http://www.kawanlah.com/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 08:21 PM | Show all posts
Banyak sangat orang citer pasal makhluk panjang besar duduk kat kawasan nusantara nih. Mungkin ader  ...
shahaizat Post at 8-11-2010 10:27 PM


Tu la banyak sangat cerita mengenainya, dari mitos, lagenda sampailah cerita mulut ke mulut orang2 tua.. betul ke idak semua tu Allahualam kan, tapi sekurangnya den nak tulis gak cerita mengenai ular raksasa versi sebelah Sabah pula sebab selama ni hanya cerita di sebelah semenanjung je.. btw walaupun namanya berbeza Tambuakar ke, Sulur Bidar ke, Naga ke beberapa ciri fizikal yang diceritakan hampir sama kesemuanya walaupun ada bermacam2 versi fizikal diceritakan.. btw kat cerita Tambuakar ni dia menghuni sungai Papar ke Beaufort katanya, ianya di pantai barat Sabah so menghadap Laut China Selatan.. mengenai gate keeper tu x tau la, tapi ada juga cerita2 kata dia kononnya raja segala hidupan sungai, tapi x tau versi tasik Chini macam mana plak.. tapi kejadian air berpusar yang di panggil "GALAP" oleh penduduk sekitar Sabah memang dikaitkan dengan Tambuakar dan fakta mitos terkini yang den dapat katanya ianya hanya memakan mata manusia sahaja (mitos)..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 08:30 PM | Show all posts
uihhhh best betul kalo mancing dpt ikan mcm ni punya beso................
ctaz Post at 9-11-2010 09:14 AM


Pernah diceritakan oleh kaki pancing melihat kepala ikan sinsilog sebesar sepemeluk orang dewasa di permukaan sungai, tapi itu bukan Tambuakar yang diceritakan tapi mengenai seekor ikan sinsilog bersize giant mungkin seberat 150kg++.. sebab tu la orang2 percaya yang Tambuakar tu adalah dari ikan sinsolog yakni raja ikan di sungai yang bersize super duper giant, walaupun ada juga yang percaya yang ianya seekor ular raksasa.. ni gambar ikan sinsolog yang berat sekitar 50kg kot, tapi tengok kepala pon dah mengerikan jadi x mustahil Tambuakar tu adalah ikan sinsolog raksasa yang diceritakan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 08:37 PM | Show all posts
kat ranau ada gunung berapi ker??????
vionna007 Post at 9-11-2010 09:31 AM


Itu cerita mitos dari kaum Dusun, mungkin ianya mengenai cerita ratusan tahun dahulu kot tapi den x ambil itu sebagai berita den ni, tapi itu sekadar info tambahan saja, lagipun ia ditulis oleh blogger mungkin itu info dia dapat dari pembacaan, penelitian dan pemahaman dia.. tapi bab ikan sinsilog tu sama seperti cerita yang den dapat, mengenai gunung berapi segala tu tak de plak tapi sungai Papar mengalir dari banjaran Crocker dan gunung Kinabalu berada di banjaran tersebut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2010 09:29 PM | Show all posts
err...tak tau lar ni ader kaitan ke tak. Tapi ader tak saper2 dengar namer gunung kinabalu asalnye dari perkataan cina baru......ader dua org cina 2 beradik kalahkan naga kat puncak gunung kinabalu lpas tu wat perkampungan kat kaki bukit gunung nih....maser2 kecik2 dulu ader baca buku pasal citer nih. Tapi tu buku budak2 ler...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:05 PM | Show all posts
avatar TT lagi mengerikan dari tambuakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2010 04:37 PM | Show all posts
ekk..leh  makan ker ikan ni? wat gulai ker?hehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 05:29 PM | Show all posts
err...tak tau lar ni ader kaitan ke tak. Tapi ader tak saper2 dengar namer gunung kinabalu asalnye d ...
shahaizat Post at 9-11-2010 09:29 PM


Kekeke itu pon cerita lagenda gak tu orang Sabah, pasal gunung kinabalu dan mutiara atas puncak gunung, btw ni ada citer berkaitan gunung kinabalu ni kat Wikipedia..

Lagenda

Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya.

Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 05:40 PM | Show all posts
Tembuakar,Naga & Ketam besar                        
by Langau - [email protected]

Aku mau kasi bangkit balik ni cerita org dulu2 bah.Mustahil kamu indak pernah dengar kan,pasal 3 benda ni?

ada yg bilang tu ketam besar ada di bawah jambatan papar.Ada yang bilang tu naga di Bopot,dan yg tembuakar tu di sg klias

sampai,aku pernah di datangi oleh seseorang yang ingin memperlihatkan sesuatu yg mistik.tapi aku TAKUT.Iaitu cuba mengeluarkan TEMBUAKAR dari tidurnya...

atau senang cerita,seakan upacara TARIAN BUBU.ianya adalah mistik kan?mcm tu BUBU buli menari sendiri?

ha,sama lla juga ceritanya dengan tembuakar ini.Ada beberapa orang TUA yang ada mempelajari ILMU mistik ini.Cuma,mereka ini sudah tua di makan usia.meraka juga kebarangkalian sedang mencari orang yang dapat di pertanggungjawabkan untuk meneruskan ILMU mistik itu.alah,mcm SAKA la abh tu kali.

so,apa komen anda pasal 3 BENDA2 ni?pernah dengar?

jeng..jeng..jeng...

Sumber : http://www.sabahan.net/
                       


Ok dah terlanjur baca mengenai info di atas ni, den nak ulas mengenai ketam besar yang dikatakan ada di bawah jambatan Sungai Papar.. mengikut cerita tak rasmi dan lisan, dikatakan ketam bersize raksasa ni menghuni bawah jambatan Papar dan itu lah sebabnya jambatan Papar tu hampir roboh dahulu dan memerlukan 2 tahun untuk disiapkan semula.. tu kata orang, ada pula kata ianya disebabkan di bawah tanah permukaan sungai tu ada laluan si Tambuakar, jadinya lama2 jambatan tu terperosok ke bawah laluan si Tambuakar ni so hampir roboh la jambatan Papar tu.. tapi ikut kajian ianya akibat pergerakan tanah dan cerucuk yang dah x kuat, so ni sekadar cerita2 mulut ke mulut je.. mengenai naga di Beaufort tu la Tambuakar, naga tu panggilan orang setempat bila x tau apa nama sebenarnya.. ni setakat cerita2 orang saja ye, x pe kita baca je percaya jangan setakat menambah info mengenai Tambuakar ni je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 05:43 PM | Show all posts


RE: Tembuakar,Naga & Ketam besar

by hokagee

klu tembuakar ni mmg sy pcaya mmg wujud..sal sy mmg pnh mgalami kejadian yg aneh masa sy d sungai padas ni..sy ni mmg blh d kata kan sy ni selalu gak pki sampan p memancing d sungai padas d bfort ni dulu..p skrg inda brapa sudah la..sebenar nya tembuakar n naga ni ada la sama cuma asal nya 2 tembuakar yg berlawan yg menang akan mjadi naga akan ke laut dan yg kalah akan stay d sungai padas ni..tu mgikut org2 tua yg pnh aku tya la..sal aku ni mmg suka btanya ttg hal2 yg mcm ni..

p beliau aku pnh bg taw dan pnh saksikan plawanan tembuakar ni..d kg batu 61.mmg kaedaan sungai tu mcm ribut time tu beliau ku ckp..mgikut pgalaman beliau aku yg dia ceta kan..dia ngan bebarapa kwn2 nya dulu ni mmg hidup d sungai..time tu lum ada lg ni ampangan d pangi tu..arus sungai padas ni pun tenang ja jernih ja..dr kg 58 spi la ke kg 65 dorg da puas menyelam p menimbak ikan d sungai padas.yg menarik nya ada 1 masa ni dorg menyelam d 1 lubuk mmg dlm lada nama pun lubuk kan..d dlm dasar lubuk tu mmg byk ikan.d dlm dasar tu terdapat 1 mcm akar pokok yg besar mcm banir pokok ikan tu p makan mcm lumut d bdn akar pokok..jd dorg pun menimbak la ikan d sana..jd pada esok nya dorg p lg lubuk tu sal kaminatan byk ikan d sana.yg pelik nya yg mcm akar pokok tu suda nada lg dr tpt tu..dorg mmg taw suda la mmg tembuakar ada d situ..p dorg menyelam bkn org ckp free hand men menyelam sembarangan ja..ada la d pakai2.

pernah lg 1 kejadian berlaku.ini pun dr arwah nenek tua aku bg taw..pnh dulu time banjir besar dlm taun 1981 yg banjir besar.dorg pnh npk 2 bda tu blawan sehingga kan dorg arwah naik ke bukit kerana ombak yg besar tjd time 2 bda tu blawan..dan dorg mmg npk bda tu dr atas bukit tu..

mmg btl mmg ramai yg blh timbul kan tembuakar ni.p bkn semua blh tenggelam kan dia balik..sal klu x dpt tenggalam kan balik silap2 berlaku banjir besar..

klu mo tgk gbr sal tembuakar ni ada dulu msk d berita harian time sarawak banjir besar..inda silap taun lalu ka....p mcm anak lg la d dlm gbr tu..ko rg smua le cr d goggle pic taip ja naga d sarawak...le tgk d sana..ok..nti aku ka c ceta lg..

Sumber : http://www.sabahan.net/


Ni lagi citer seorang forumer, so kita boleh nilaikan, x yah kata ni tipu ke x ye.. sama2 menambah info pasal cerita Tambuakar ni, cerita macam2 versi tapi bentuk fizikalnya tetap sama..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 05:22 PM | Show all posts
Reply 16# ea208964

salam Ea..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 09:01 PM | Show all posts
Aku pernah mendengar cerita mitos tembuakar sebelum ini dari rakan Sabahan di kolej, tapi sebelum ini aku hanya mendengar versi mengenai ular besar yang menjadi naga di panggil tembuakar sama juga seperti mitos naga di Tasik Chini. Tapi penceritaan penulis mengemukakan teori dari ikan belut sangat menarik minat aku, tengok dari bentuk fizikal gambar ikan itu memang sangat mengerikan dan paling hampir kepada dakwaan bentuk fizikal mitos naga selama ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2011 11:28 PM | Show all posts
Ni lagi citer seorang forumer, so kita boleh nilaikan, x yah kata ni tipu ke x ye..  sama2 men ...
princebrunei Post at 10-11-2010 17:43



apa yg hokagee ckp adanya betul...sbb sy mmg membesar kt kg.batu 58..hampir 20 thn la duk kat sinun..(penulis lupa letak batu kat nama kg sy..hehehehe....dan sbnrnya sy kenal sapa penulis yg bernama hokagee tuh..org kg.sy tuh..hehe)...cerita ni mmg sy dgr sjk kecil n sy percaya tambuakar mmg wujud..cma sy x pnh nmpak...tp,leh rasa laaa...coz sy sllalu ikut ayah sy g memancing kt sg.padas neh...dah la besar sg.nya...hehehe...cuma byk pantang la...huhu

ada kesah kata...kalu banjir..tambuakar timbul...n cri mangsa..tringin jugak nk tgk tambuakar sebenarnya...sbb kata mak sy..ianya menyerupai naga..tp,bdan seperti ular..dan ianya panjang...sepanjang2 sungai..(sr sg.padas ke papar)..wallahulam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 01:10 PM | Show all posts
princebrunei posted on 5-11-2010 08:20 PM
Tapi mungkin juga itu adalah Tambuakar seperti yang orang katakan, sebab dia duk dalam tanah kan seb ...

ibu saya pon ada cerita... time dia kecik2 dulu.... time tu malam... hujan lebat giler.... n then banjir... kawasan rumah nenek saya ni mmg slalu banjir katanyer... (tp pas tahun 1985 da x banjir da) malam tu ibu saya dengar bunyi air berkecah macam ada benda besar yang lalu... ibu saya tinjau melalui tingkap dia kata dia nampak ular besar sangat... ada tanduk tgh jalan menuju ke arah laut.... n banyak giler ular kecik2 yang mengekor ular besar bertanduk tu.....

dulu saya dgr citer ni cam ibu saya tipu2 jer... tapi ble korg kata ada ular besar cam tu mybe betul la citer ibu saya tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2013 05:16 PM | Show all posts
seronok baca....nice info....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 06:59 PM | Show all posts
BUKAN NAMA DIA TEMBOAKAR KE ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:16 PM | Show all posts
by the way,...tringat plak kat @princebrunei  , last active pun 2011...mana la agaknyer princebrunei skrg....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2013 10:22 PM | Show all posts
goreng pun sodap neh...

takpun masak cam sup belut tu..jamu 1 kampung...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.457160 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list