CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AwgSagi

Malay Sketches (Perihal Orang Melayu) - Sir Frank Swettenham (1850 - 1946)

[Copy link]
Post time 25-6-2012 04:35 PM | Show all posts
Reply 20# AwgSagi


    letak la kt cni sket..cm best je bce petang2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2012 04:59 PM | Show all posts
Macam mana kita boleh pasti yg cerita ni betul atau direka2 atau ditambah sana sini atas tujuan2 tertentu? Kalau kita boleh pasti, maknanya cerita2 mat saleh kokosen ni penipu. Hanya org bodo yg akan percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 03:59 AM | Show all posts
Edited by BotakChinPeng at 14-2-2015 11:53 AM

Bodohnya frank kswettenham  Kaumnya  sendiri ramai merempat macam tikus akibat sikap pemalas bangsa inggeris..... dia lagi sibuk nak mengata banga melayu. Khaaaarrkptuih

Frank was definitely having his period again when he wrote the description of Malays
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 12:49 PM | Show all posts
Reply 21# mrs.wentworth

Insyaallah akan diusahakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 01:00 PM | Show all posts
Reply 22# apam
Wallahualam apam. Buku ni keluaran tahun 1884.

Original Front Cover


Penterjemah buku ialah Dr Zubaidah Ibrahim, pensyarah di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya dalam bidang terjemahan dan interpretasi sejak 1991.

Kalau buku ni kita boleh buat some reservation, kita juga boleh buat kat buku2 sejarah melayu dan individu2 seperti tun lanang, hang tuah, sang nila utama, mat kilau, tok janggut dll kerana watak2 seperti ni hanya ada dalam buku tetapi amat susah hendak dibuktikan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 01:27 PM | Show all posts
Reply 25# AwgSagi

takat tahun 1884 takdela jauh sangat...even zaman sebelum tahun tu lagi dah banyak bukti2 yg menunjukkan yg org melayu dah jadi part and parcel of world society...even ilmuan2 melayu terutama dalam bidang Islam telah dijadikan sumber rujukan oleh ilmuan2 islam dari benua arab. Cara swettenham cerita seolah2 dia berinteraksi dengan org asli yg baru kenal dunia. Dan sejarah2 yg menunjukkan yg org melayu telah lama bertamadun dan bersistem seolah2 tak wujud dalam dunia akademik? Apsal? Tak pasal2 plak munsyi abdullah, keturunan DKK, balaci inggeris yg diangkat jadi bapa persuratan melayu mcm tokoh akedemik...padahal ramai lagi tokoh2 melayu yg jauh lagi berkaliber dari si munsyi abdullah kaki temberang balaci inggeris tu. Dan si munsyi hanya menulis seperti apa yg tuan dia saja sebab dibayar gaji.Kalau kita rujuk kitab2 lama yg ditulis oleh ulamak melayu, yg masih dijadikan rujukan di pusat2 pengajian, kita akan dapati org melayu dah jauh ke depan, mungkin lebih maju dari si inggeris swettenham. Tapi oleh kerana kita telah "dijajah" secara licik oleh inggeris, dan bijak pandai kita pun kebanyakanya pegi belajar ke england, jadi kita secara tak langsung terputus dari mengenali dan mengetahui latar belakang bangsa kita sendiri. Tinggallah sisa2 ilmu yg ditinggalkan oleh nenek moyang kita yg hanya diangggap mitos, cerita2 tradisional saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-6-2012 01:41 PM | Show all posts
Reply 26# apam

kalau dah apam berpendapat begitu, saya takde lah nak bantah sebab mungkin anda betul dan boleh jadi juga salah.

saya cuma nak berkongsi pengalaman penulis buku dari kacamata beliau sebagai seorang residen british.


tak ada tajuk2 yang beliau tulis itu ganjil atau mustahil atau tak diamalkan berlaku di tanah melayu ketika itu. banyak rujukan tempatan yang bulih kita buat, malah kita jugak boleh membuat perbandingan keperibadian orang melayu zaman itu dengan zaman sekarang tak jauh bezanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 01:48 PM | Show all posts
Reply  apam

kalau dah apam berpendapat begitu, saya takde lah nak bantah sebab mungkin anda betu ...
AwgSagi Post at 26-6-2012 13:41

secara halus dia downgrade bangsa melayu secara akedemik. Yang hairannya, si Swettenham kaki penipu hanya berjumpa dengan bangsa2 melayu yg dropout ajer?...Sama ada dia sangat bebal sampai tak mampu berinteraksi dengan melayu2 yg bertamadun dan bersistem atau dia dengan sengaja mahu menonjolkan dan merekodkan secara bertulis perihal yang negetif sahaja berkenaan org melayu denga tujuan jahat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 01:54 PM | Show all posts
Di samping kita merujuk sumber2 yang kononnya "akedemik" untuk mengenal sejarah melayu, jangan kita lupa sumber2 yg sengaja dikategorikan sebagai "tradisional" untuk merendahkan ratingnya. Yang hairannya macam mana Munsyi Abdullah yang hanya hidup sekitar 1800an dan menerima upah dengan Raffles boleh diangkat sebagai bapa persuratan melayu? Sedangkan dia sendiri keturuanan keling. Dan zaman sebelumnya dah ramai ilmuan2 melayu yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa bukan setakat diiktiraf oleh si Inggeris kaki penipu aje mcm si munsyi Abdullah tu. Dan polisi ini diteruskan oleh ahli akedemik zaman sekarang. Kalau dah tau, ubahla
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2012 02:23 PM | Show all posts
Reply 28# apam

Dalam satu bab bertajuk Tahyul Orang Melayu, beliau menceritakan pengalamannya melihat teknik menilik barang kepunyaannya yang dicuri orang dan mengeluarkan air dari keris. Dia sendiri takjub mengenai teknik itu dan mengongsikan pengalamannya dengan Sultan Perak ketika itu. Kebetulan Tok Guru Sultan Perak terdengar perbualan itu lantas dia menegur melalui surat. Saya salinkan di bawah ini:


"Pada satu petang saya menbincangkan berbagai-bagai jenis tahyul ini dengan Sultan Perak, dan saya tidak perasan guru agama baginda telah masuk dan menunggu untuk mengimamkan sembahyang maghrib. Tok Guru tersebut, tidak syak lagi telah terdengar hujung perbualan kami dan merasa sungguh aib, kerana keesokan harinya saya menerima sepucuk surat darinya, sebahagiannya adalah seperti berikut:


Pertama puji-pujian bagi Tuhan, yang memberi segala yanG baik, yang maha mengasihani semua hambanya.
Dari Haji Wan Muhammad, Tok Guru Kepada Yang Maha Mulia Sultan Perak, kepada Tuan Residen yang mentadbir Kerajaan Perak.


Seluruh dunia ini di dalam tangan Tuhan Yang Maha Agung, Dia memberinya sebagai warisan kepada sesiapa yang Dia suka di antara hambanya. Agama yang benar juga datangnya dari Tuhan, dan Syurga itu balasan orang Yang takutkan Tuhan. Keredaan dan kedamaian adalah untuk mereka yang menurut jalan yang lurus, dan merekalah pada akhirnya nanti akan menemui keagungan yang sebenar. Tidak ada Raja yang boleh membuat baik, tidak ada yang lebih berkuasa kecuali dengan pertolongan Tuhan Yang Maha Agung dan juga Yang Maha Kuasa.


Saya memberi sepuluh ribu salam. Saya ingin tahu tentang amalan berhantu, membuat diri seseorang menjadi gila dan hilang pertimbangan, seperti yang menjadi adat Raja dan Penghulu di Negeri Perak ini, adakah ini betul menurut agama Tuan, Tuan Residen, atau adakah ini salah? Kerana amalan yang demikian adalah dosa tidak terampun dalam agama Islam, kerana orang-orang yang mengamalnya hilang pertimbangan dan membazir barang dengan tidak bersebab; ada yang mencampakkannya ke dalam air, ada yang menaburkannya ke dalam hutan. Bagaimanakah kelakuan yang demikian dianggap dalam agama tuan?


Tuan residen, adakah salah atau benar? Saya ingin tuan memberikan saya jawapan, kerana amalan yang seperti ini sungguh menyeksakan orang miskin. Penghulu mengutip wang dari rakyat, kemudian mereka membuat persiapan besar-besaran untuk makanan, menyembelih kerbau atau ayam, dan semua ini dibuang seperti yagn telah saya sebut. Menurut agama Muhammad, adat-adat ini membawa kemusnahan.


Saya memberi berbanyak-banyak salam, janglah tuan tersinggung, kerana saya tidak faham ada tuan, Tuan Residen.


(Tandatangan) HAJI MUHAMMAD ABU HASSAN."
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 10:41 AM | Show all posts
Teruskan update TT, Menarik sekurang2nya tak yah nak beli/cari buku tu..
Boleh lihat dari berbagai sudut pandangan pihak lain tentang diri kita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 01:50 PM | Show all posts
Reply 31# garagas


Insyaallah, akan cuba diusahakan. Tak semua, part2 yang rasa menarik jer ok. Kalau nak semua, pinjam kat public library, mcm saya buat.

garagas = keadaan yang tergesa-gesa

luus kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 03:22 PM | Show all posts
Reply  AwgSagi

takat tahun 1884 takdela jauh sangat...even zaman sebelum tahun tu lagi dah banya ...
apam Post at 26-6-2012 13:27



    Maaf saya org baru. Ingin tanye, keturunan DKK. DKK tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 29# apam



...Dan zaman sebelumnya dah ramai ilmuan2 melayu yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa


WTF????
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 04:47 PM | Show all posts
Reply 29# apam

Orang yg ko cakap penipu ni laa yg standard kan ejaan bahase melayu

Org yg ko cakap penipu ni laa yg bertungkus lumus menyalin semula semua Malaische Spraaakun unlimited kerane takut di ambil oleh British karya asalnye


Org yg ko cakap penipu ni jugak laaaaa yg expose kekayaan persuratan melayu kepade dunia


Orang yg ko cakap penipu ni jugaak laa yg mengkantulkan agenda dalam sulit dlm perjanjian negeri selangor dan n9


Orang yang ko cakap penipu ni jugakkk laaa yg dapat peluang mengajar di Masjidil Haram dan mati di Makkah al Muqarramah.. so.. keturunan ko ade yg diberi keistimewaan mcm ni???
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 10:02 PM | Show all posts
dan org yg ko ckp menipu ni la org yg pertama translate kitab injil ke bahasa melayu..

wow bnyk saham dia kat bawah tanah nu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2012 10:13 AM | Show all posts
dan org yg ko ckp menipu ni la org yg pertama translate kitab injil ke bahasa melayu..

wow bnyk s ...
otai_g Post at 28-6-2012 22:02


memang betul dia yg translate.... sebab satu je = sometimes in 1820's.. dia dah nampak.. kalau BUKAN DIA.. sure ade orang lain yg translate.. lebih2 lagi golongan2 melayu jawa yang memang kristien yg dibawa masuk belanda di Melaka dulu YG SURE boleh sampaikan hingga ke dalam hati jika mereka translate

Abdullah munsyi cume literaly translate makna.. bukan 'maksud'.


detailnye ade dalam : Untold History : Abdullah Munshi Yang Disalah Erti
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 10:59 AM | Show all posts
Reply  apam

Orang yg ko cakap penipu ni laa yg standard kan ejaan bahase melayu

Org yg ko cak ...
unekspekted_XII Post at 28-6-2012 16:47


memangle dia ada kerja nak buat, dah british bagi dia kerja...translate itu, translate ini..susun itu, susun ini......apa kau ingat sebelum tu kau ingat org melayu takde tulis kitab, buku bagai? oooooo....ada munsyi abdullah, baru tetiba org melayu pandai tulis buku pasai ejaan dah standardized...ikut standard mana tu bro? zaman sekrang pun DBP pun dok improvise lagi susunan ayat2 dan perkataan...........apa yg si munsyi dolah susun tak cukup standard ker bro?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by apam at 29-6-2012 11:05
memang betul dia yg translate.... sebab satu je = sometimes in 1820's.. dia dah nampak.. kalau B ...
unekspekted_XII Post at 29-6-2012 10:13

banyak lagi kitab2 agama yg besar2 dia buleh kasi translate, tetiba bible plak dia buleh sibuk translate........dia ada buat comparative session macam ahmad deedat ke? at least la kan? ....................senang cerita.......translate bible=supaya melayu2 yg sebelum ni takda masa nak meneleah bible, sekarang dah senang.....ada masa buleh flip through......nak kasi alasan, biar masuk akal sikit der!...kekekekeke........errrr. tambah sikit lagi...kang kalau dia tak sempat translate, telepas royalty dari brit....kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:13 AM | Show all posts
Reply  apam

Orang yg ko cakap penipu ni laa yg standard kan ejaan bahase melayu

Org yg ko cakap penipu ni laa yg bertungkus lumus menyalin semula semua Malaische Spraaakun unlimited kerane takut di ambil oleh British karya asalnye


Org yg ko cakap penipu ni jugak laaaaa yg expose kekayaan persuratan melayu kepade dunia


Orang yg ko cakap penipu ni jugaak laa yg mengkantulkan agenda dalam sulit dlm perjanjian negeri selangor dan n9


Orang yang ko cakap penipu ni jugakkk laaa yg dapat peluang mengajar di Masjidil Haram dan mati di Makkah al Muqarramah.. so.. keturunan ko ade yg diberi keistimewaan mcm ni???
unekspekted_XII Post at 28-6-2012 16:47


bertungkus lumus menyalin manuskrip melayu? kekekekek.......dah memang keje dia kan....errrr..apa manuskrip yg dia salin ek? manuskrip2 ada manfaat ke umat melayu isle ke tak? takat cerita2 sembang jer,,,...majalah mangga pun manuskrip melayu gak...oooo..ade2...Bible melayu....kekekekeke
dia kasi expose kepada dunia?........................dia hidup sebelum zaman melaka ker?lagi tere dia dari Hang Tuah kekekekekek...sultan johor yg glam satu dunia pun kalah,,,,kekekekeke

Bab kantol mengkantol dalam politik,,,,tak payah cerita la der....politik semua penuh tipu muslihat, pura2 sana sini...zaman canngih bervideo cam sekarang pun  org buleh manipulate....ni kan zaman melayu kengkunun tak berapa paham ejaan dan dia sorang kengkunun paham ejaan melayu....pfthghghgh@!

Dapat peluang mengajar? Dia ajar bab apa? apa kitab2 agama yg disyarahnya kat masjidil haram.......abihtu, kau ingat takde melayu2 yg dah bepuloh tahun mengajar kat masjidil haram sejak zaman sebelum Saudi lagi? sampai jadi tempat rujukan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.346231 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list