CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xanderz

RotiKaya: Ayah Puteri Balqis Mula Berlagak Diva?: Reply dr Ibu balqis #p. 40

[Copy link]
Post time 30-12-2014 12:33 PM | Show all posts
tapi mmg banyak kali dengar...pelakon2 yg kerja dgn JS Pictures ala2 serah tengkuk berlakon ala boot camp girtuh....ya lah kak shila kan tegas...tp yg bestnya, dia jaga kebajikan...waktu solat , makan, logistik semua...kbanyakan pelakon yg dah berlakon dgn JS akan kembali berlakon balik dgn JS walaupun pd awalnya mcm sentap2 sbb ala2 bootcamp konsepnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 12:35 PM | Show all posts
hired la manager yg professional.. parents dia keje ape? patut utamakan study adik ni dlu la
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:37 PM | Show all posts
Dalam idup kita selalunya ada byk versi,
Kite da dengar versi jinggo, kna dengar juga versi pak balqis..
ok pak balqis sila hapdet
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:40 PM | Show all posts
Suchi replied at 30-12-2014 11:37 AM
bkn ke js pictures yg perkenalkn  balqis dlm industri kan? ke iols salah org.

yang iols dengar/baca, erma fatima..

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:43 PM | Show all posts
lantak kome le....
nak sangat suh anak jadi retis...kot ye pun tunggu le beso sket...
tapinye....aku suke kalo budak kecik comel mcm cite 'baby ana milik siapa'...comel giler...

btw, bagi aku, bapaknya kena la control sket bahasa tu...jgn la sampai nak membodohkan org...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 12:44 PM | Show all posts
silap dia guna perkataan bodoh tu..kalau takde bodoh tu...ade jinggo nk tepek screen shot ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2014 12:52 PM | Show all posts
well to be honest mmg production house selalu amik kesempatan so tidak ku menyalahkan parent balqis ni sebab dia cuma mau berhati hati. betul tindakkan dia tu. lain artis lain cara management nya. Hidup parent qish. Jangan sampai dibuli. Ni pun kira cyberbully oleh Jinggo. Eeeeeee !!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dh xde sape nk amik si balqis barulah thegeh2 mintak pocik jed jaidi bel..pui sgt!bapak mkn duit anak namanya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 01:42 PM | Show all posts
tak nampak apa nokkss....kehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 01:53 PM | Show all posts
Cian adik balqis. Bapaknye pun kena jaga bahasa tu sket
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:54 PM | Show all posts


Mak bapak pelakon kanak2 mmg banyaknya lebih sudu dari kuah. Macamkan dia org yg pagi ptg siang malam dok kat lokasi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambo mana gambo?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 03:04 PM | Show all posts
takde budi bahasa tul
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 03:20 PM | Show all posts

tukar avatar boleh x? x sanggup nak melting tetiap kali pandang
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 03:25 PM | Show all posts
keretapilaju replied at 30-12-2014 12:43 PM
lantak kome le....
nak sangat suh anak jadi retis...kot ye pun tunggu le beso sket...
tapinye....a ...

budak tu sgt comel..

klu korang ade follow grup fb "malaysian babywearing" salah sorg ahli tu..mak die..ade gmbr anak die dlm fb mak die..tp aku xde la igt...mmg comel pn..mak die kawin ngn  mat salleh..ade 3 beradik..dh besar2 pn akak2 die...


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 03:29 PM | Show all posts
sedap plak nk membodohkan org....sape x sentap uols kalo org membodohkan kite...selayaknye la si jenggo nih sentap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2014 03:44 PM | Show all posts
mcm dah bosan kisah mak ayah yang lebih over dr anak ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 03:59 PM | Show all posts

Selepas pengarah popular Jinggo berkongsi gambar di Facebook menunjukkan betapa berlagakanya pihak pengurusan Puteri Balqis, kini ibu kepada pelakon cilik itu tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurut Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz, segala apa yang ditulis oleh Jinggo yang merupakan suami Sheila Rusly adalah fitnah semata-mata.

Berdasarkan penerangan Norashikin, pihak produksitersebut telah merayu agar Puteri Balqis berlakon di dalam drama Syurga Nursehingga tahap menganggu tanpa mengira siang dan malam. Skrip juga telahditerima dan dihafal oleh Puteri Balqis. Namun ketika pertemuan untukmenandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantarmesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut.

Kata Norashikin:-
Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalahtidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitusebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di AsianTelevision Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.
Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu keranadipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jikaingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.

Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam dramaberjudul Syurga Nur untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untukBalqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana adapenggambaran drama dengan Micheal Ang.
Namun, pihak produksi masih menganggu denganmenghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itukerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut. Olehkerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untukdibaca dan dihafal oleh Balqis.

Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana padaawal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarahMicheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepasmenerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah punmenghafalnya.
Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukanbanyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanyaakan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod.


Norashikin juga turut memaklumkan yang merekatelah dinasihat oleh beberapa pihak agar tidak berurusan dengan produksitersebut kerana syarikat itu banyak mendatangkan masalah. Nampak gayaberdasarkan penerangan ini, ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baikPuteri Balqis. Mungkin ada komplot tertentu untuk menjahanamkan karier PuteriBalqis. Cemburu mungkin? Pelik-pelik orang kita ini. Tak boleh ke kalau naktumpang gembira apabila melihat orang lain berjaya? Kenapa perlu menciptacerita tipu hanya untuk menjatuhkan orang lain? Sumber Mstar Online.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:03 PM | Show all posts
budak ni belakon over ya amat...dh mcm org tua je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 04:22 PM | Show all posts
Edited by xanderz at 30-12-2014 04:26 PM

Ibu Puteri Balqis Dedah Kisah Sebenar Difitnah Pengarah Jinggo
Balqis



PETALING JAYA: Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz kecewa dengan fitnah yang dibuat pengarah drama Azman Yahya atau Jinggo yang berniat menjatuhkan reputasi pelakon kanak-kanak itu.

Norashikin berkata, syarikat produksi kepunyaan pengarah tersebut iaitu JS Pictures Sdn Bhd tidak profesional dan cuba mempermain-mainkan mereka apabila membatalkan tawaran terhadap Puteri Balqis pada saat-saat akhir.

"Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

"Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.


Status Facebook yang dimuat naik Jinggo bersama paparan skrin whatsapp pada malam Isnin.

Norashikin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan pengarah terkenal Jinggo menerusi laman sosial Facebooknya dengan mendakwa ayah kepada pelakon kanak-kanak itu bersikap sombong dengan menuduh produksi tersebut cuba mempermainkan anaknya.

Jinggo yang juga suami kepada pelakon Sheila Rusly menerusi laman Facebooknya turut mendakwa ayah pelakon kanak-kanak itu turut meminta pelbagai syarat termasuk bayaran 50 peratus sebelum menerima skrip yang ditawarkan kepada anaknya.

Norashikin menjelaskan, apa yang berlaku antara pihaknya dengan produksi tidak seperti yang digambarkan oleh Jinggo menerusi laman sosialnya itu.

Katanya, pihak produksi telah merumitkan keadaan apabila segala perjanjian yang telah dipersetujui dibatalkan secara tiba-tiba tanpa seberang alasan.

"Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur  untuk slotAkasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.




























Jinggo bersama isterinya pelakon Sheila Rusly



"Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut.

"Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut.

Walhal anaknya sudah menghafal skrip yang mereka hantar melalui e-mel beberapa minggu sebelum itu.

"Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

"Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

"Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod," ujarnya kesal.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama mereka berurusan dengan syarikat produksi tersebut biarpun setelah beberapa kali diberi peringatan.

Katanya, beberapa pihak sebelum ini ada menasihatkan mereka agar tidak bekerjasama dengan syarikat produksi tersebut yang banyak mendatangkan masalah.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 1.311089 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list