I pun tak tau gpa dia berapa tapi baru baru ni ada pi talk and the speaker ada mentioned pasal sekolah ni... Di kedah katanya ada 6 sekolah berprestasi tinggi dan sekolah ni satu satunya sekolah harian berprestasi tinggi , yg lagi 5 tu SBP . Katanya dah 6 tahun dapat award SPM terbaik negeri kedah... kalahkan SBP..
Td i google bila you asked me abt the gpa... i dapat information ni saja... nak godek lebih dalam tak sempat.
Perkembangan SMKSA
[size=0.9em] Created: 01 April 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma merupakan sekolah bantuan Inggeris yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu dan tertua di negara ini. Tujuan asal penubuhan sekolah ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak perempuan kerabat di raja dan anak-anak perempuan Pegawai Tinggi Kerajaan. Mulai tahun 1945, barulah sekolah ini dibuka kepada umum dan mula mengambil pelajar dari pelbagai bangsa. Guru besar pertama sekolah ini ialah Cik M.C. Wadell. Cik Wadell mempunyai dua orang pembantu berbangsa Melayu iaitu Cik Rahmah dan Cik Intan. Antara murid yang pertama menuntut di sekolah ini ialah Dr. Salmah, anak kepada YTM Tengku Yaacob, anak-anak perempuan Syed Muhammad Idid, YTM Tengku Lat dan YTM Tengku Habsah iaitu puteri kepada KDYMM Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1927 terdapat seramai dua orang guru dan 20 orang murid menuntut di sekolah ini. Sekolah ini telah diiktiraf sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman oleh Jabatan Pelajaran Kedah mulai tahun 1998 dan dinaikkan statusnya sebagai Sekolah Elit Negeri Kedah pada tahun 2000. Pada tahun 2007, SMK Sultanah Asma diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2010, sekolah ini diiktiraf pula sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama. Puan Pengetua SMK Sultanah Asma telah menerima Tawaran Baru (Bai’ah) daripada Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011, 2012 dan 2013. Sekolah ini terus unggul mencipta nama dalam semua bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kini, SMK Sultanah Asma menjadi kebanggaan dan pilihan utama pelajar dan waris di negeri ini.
http://smskp.edu.my/?p=523
Di KEDAH, Pengarah Pelajaran negeri Datin Azuyah Hassan berkata 484 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran berbanding 622 calon pada 2013. “GPN negeri adalah 5.19 mata berbanding 5.04 pada 2013,” katanya yang turut mengumumkan SMK Sultanah Asma sebagai sekolah terbaik, diikuti SM Sains Kubang Pasu, SMK Sultan Badlishah dan SM Sains Pokok Sena.
|