CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matabelalang

[Tempatan] GELARAN DATO SERI MB TERENGGANU DITARIK BALIK

[Copy link]
Post time 26-4-2016 02:42 PM | Show all posts
sape2 ade FB cari kat group ni or link empunya badan tu
voice recording tu panjang jugak la 21 minit

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 02:48 PM | Show all posts
calon MB katanya

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 02:57 PM | Show all posts

hmmm from the planet of the apes...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 03:44 PM | Show all posts
C.K replied at 26-4-2016 01:16 PM
xde satu ekor pun dari puak umno boleh gadai telaga minyak..sebab telaga minyak adalah berada diba ...

lama doh dok dengor org sebut mokpek..kak orang ganu ke..duk duaner
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 26-4-2016 02:57 PM
hmmm from the planet of the apes...

This is so funny... Tak baik abam dino ni. Kesian kat dia yg brp ada rupa.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
C.K replied at 26-4-2016 01:56 PM
sis belum lagi tgk rumah mesra rakyat yg dibina dipenuhi oleh pemilikan ummah indon....jika sis na ...

menakutkan citer u ni...yp malay mmg bodoh bab pilih ketua..sbb mudah kesian kat org.tgh tgk buletin utama muka merah nk marah.dan2 belanja teh o dah xingat apa dh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2016 04:15 PM | Show all posts

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.


Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla sultan terengganu ni ade jugak dia bsuara skang..dr duk senyap je lam istana smpai  kekadang rakyat jelata lupa (yakni aku sendir) kita ade raja rupenye..kekadang rs malu dgn sultan kelantan, pahang and johor sbb sentiasa menonjol n disyangi rakyat.. sultan terengganu? Time banjir pun xtau sultan ade mn?trun padan? Aku tak tau sbb xdok liputn..kurang2 bangkitla supaya rakyat sedar and respect fungsi sultan.. ambe pun nak rs bangga dgn sultan ambe gok..lantangla bersuara tuanku..sbb kami rakyat akan sentiasa dibelakang sultan kami..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 04:34 PM | Show all posts
sipendiam replied at 26-4-2016 04:15 PM
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada ...

ayat cover line
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:34 PM | Show all posts
jeeja07 replied at 26-4-2016 04:01 PM
This is so funny... Tak baik abam dino ni. Kesian kat dia yg brp ada rupa.

teringat movie tu je
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
N org istana kena jelaskan knp darjah kebesaran mb terengganu ditarik balik.. rakyat ade hak nak tau.. hargaila rakyatmu...n supaya lainkali jd pengajaran n iktibar pd org lain..ceritakan..jelaskan spy kami tak biat spekulasi sendiri n tak akan jatuh fitnah bile crite dsebar xbetul
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 04:54 PM | Show all posts
IRZeeBuk replied at 26-4-2016 04:38 PM
N org istana kena jelaskan knp darjah kebesaran mb terengganu ditarik balik.. rakyat ade hak nak tau ...

P&C kot sbb nk jaga aib mungkin dan mengelok huru hara rakyat.lebih2 lagi kalau libatkan parti keris
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap semua bertenang...Anak Terengganu di perantauan juga diminta balik untuk perbetullkan kemulut ... hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 05:05 PM | Show all posts
C.K replied at 25-4-2016 11:09 PM
negeri babi hapa gini....macang ge iblih seko2 hok memimpin negeri bengong ni....kalu ustaz azhar di ...

ada ustat kata, barang siapa kata negeri ganu babi, maka dia lah babi.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 05:07 PM | Show all posts
antara calon terhangat untuk jawatan MB Terengganu
mesra rakyat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 05:38 PM | Show all posts
Tiga pilihan buat Umno T’ganu ketika krisis MB

http://www.malaysiakini.com/news/339225

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi     
Hari ini, 1:36 tengahari      Hari ini, 2:04 tengahari



ULASAN l Kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian ramai apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah dengan resminya melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa pada Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu semalam.

Menurut kenyataan rasmi tersebut; "Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di Negeri Terengganu”.

Pada awal bulan lalu, Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.



Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan Umno sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sedang berada didalam keadaan terumbang-ambing dan menjadi persoalan ramai kalangan rakyat Terengganu sendiri kerana kemelut dalaman kepimpinan Umno Terengganu yang tidak berkesudahan.

Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai 3 pilihan;

1. Menukar Menteri Besar yang baru

2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya PAS

3. Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.

Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.

Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.



Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ serta mencari-cari erti kehidupan mereka.

Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus dijamin dan dihormanti.

Setiap ahli-ahli Dewan Undangan Negeri termasuk saya sendiri tidak terlepas dari tanggungjawab untuk mengangkat agenda rakyat dan mempertahankan hak dan maruah rakyat Terengganu bagi menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

Marilah kita sama-sama menyempurnakan tanggungjawab secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, serta amanah lagi berintrigriti.

Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmati oleh Allah Swt bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya.

Selamatkan Ganu Kite!

Penulis adalah ADUN Batu Burok, Terengganu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2016 05:46 PM | Show all posts
EJALTI replied at 26-4-2016 05:38 PM
Tiga pilihan buat Umno T’ganu ketika krisis MB

http://www.malaysiakini.com/news/339225

kenape aku nampak gambar mat said rambut putih mcm singa kelaparan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
time ni bn dah desperate abih banding zaman madey krisis 1998.

aritu balik kg.... turap baru lorong ( lorong k.. bukan jalan kg) kg pun nak dirikan papan tanda projek oleh kerajaan persekutuan ( papan tanda besi plak tu)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2016 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 26-4-2016 05:07 PM
antara calon terhangat untuk jawatan MB Terengganu
mesra rakyat

Hidup lagi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 25-4-2016 08:42 AM
takdak masalah bagi sorang sultan lainla kalao @dino berbini dua...kecoh porem neh haaa

Hari2 kena bahan dgn Laba..... lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195975 Replies : 4533
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30345 Replies : 177
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.143609 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list