CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

RAHSIA DIARI MERAH oleh penerbit KARNADYA X

[Copy link]
Post time 24-9-2014 10:04 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-9-2014 09:38 AM
Aku nk tgk adam plak kene hempuk. Kebal nau pak cik tu smp skrg...

ahh Adam ala2 hero pilem tamil
kena langgor dek ketapi pun rilek je ..xde cacat cela..ini kan plak kena hempok..stedy jekk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
awanjingga posted on 24-9-2014 10:04 AM
ahh Adam ala2 hero pilem tamil
kena langgor dek ketapi pun rilek je ..xde cacat cela..ini kan pla ...

Hero pilem tamil pong ads darah2.. puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuad mmg btl2 syg kt hawa. Xslh hawa bg 2nd chance kt fuad..hehe..tp nnt xjd la plak cita adam dan hawa..dh jd cita hawa dan fuad la plak..hahaha...kau bukan hawaku
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:13 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-9-2014 09:05 AM
pagi zam..dah start kerja ke tu?

yes Ipo... sorry... today is english day at my office... so by hook or by crook i have to speak in english...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 12:14 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 01:44 PM

ADAM kembali ke pejabat dengan perasaan kecewa. Bohonglah dia tidak kecewa bila pertama kali dia benar-benar jatuh cinta dan buat pertama kali juga dia kecewa. Langkah Adam lemah ke meja kerjanya semula. Dia duduk termenung menghadap skrin komputer. Otaknya ligat memikirkan kejadian tadi. Kedua pasangan itu jelas nampak bahagia dan semestinya dia yang patut sedarkan diri sekarang ini. Dia harus terima kenyataan yang dia hanyalah antara watak tempelan dalam kehidupan Fuad dan Hawa.

"Weh! Menung lagi!"

Adam menoleh. Kak Siti sudah tersengih di belakangnya.

"Eh mana ada kak..tengah buat kerja ni.." Adam betulkan duduk. Memang dia termenung panjang tadi.

"Buat kerja apanya? Tu! Gelap je skrin pc kau!" Siti tuding ke arah skrin komputer. Dia ketawa mengekek.

Adam pandang skrin komputernya. Dia tepuk dahi. Baharu sedar yang dia tadi belum buka komputer lagi. Dia melemparkan senyuman kelat.

"Tu la..akak tahu, kalau dah termenung sana, termenung sini..kes angau la ni,tak pun kecewa tahap nak bunuh diri bagai.." Sekali lagi Siti ketawa.

"Tak adalah sampai macam tu kak..saya ni masih ada iman. Lebih baik fikir cinta pada Allah.." Adam melarikan matanya bila melihat Kak Siti tersengih-sengih di situ.

"Cuba cerita...kalau akak boleh tolong." Siti mendesak Adam.

"Alah..kes kecil je kak. Sudahlah kak..saya nak sambung kerja. Hari ini saya nak balik awal..lepas melawat tapak."Adam sengih. Dia mula tekan butang on pada komputernya. Dia perasan Kak Siti tadi sudah ketawa mengekek padanya.


JAM tiga petang, Adam mengemas mejanya dan dia mula menapak ke kereta untuk ke tapak projek pula dan selepas itu dia akan pulang ke rumah orang tuanya. Sejak ibu tahu Hawa akan bertunang dengan Fuad, kesihatan ibu sudah terganggu. Dia akan tinggal di situ sehingga ibu benar-benar sembuh. Kereta Adam meluncur laju ke tapak projek. Dia perlu selesaikan kerjanya dulu.  Hampir dua jam di tapak projek, Adam mula beransur pulang. Keretanya membelok ke satu deretan kedai.

"Dah lama aku tak beli bunga ros putih untuk ibu aku.." Adam senyum. Terasa hati dan perasaannya kembali berbunga bila setiap kali dia menghadiahkan bunga kepada ibunya.

Adam menapak ke kedai bunga yang selalu dia singgah. Perlahan dia melihat deretan bunga yang disusun kemas di atas rak. Kali ini dia ingin membeli bunga ros putih dan juga bunga lain. Hati ibu perlu djaga tambah sekarang ini ibu selalu saja berduka dan sugul. Menyesal  pula berterus terang dengan ibu tentang hal Hawa dan Fuad.

"Hmm..bunga ni pun ok juga ni." Adam belek bunga berwarna putih kecil itu. Dia pandang sekitar kedai bunga, mencari penjual atau pemilik kedai itu.
"Mana pula dia orang ni?"

Adam menapak ke arah depan pintu. Melilau dia mencari kelibat penjual bunga. "Oh..maaf..saya tak sengaja."

Adam menoleh, tadi dia sudah terlanggar seseorang di lorong deretan bunga segar itu.

"Adam?"

Adam menoleh lagi. "Aimi? Buat apa kat sini?"

"Laa..beli bunga la. Takkan nak beli ikan pula kan?" Aimi sengih lucu. Soalan kelakar rasanya dilontarkan dari mulut lelaki itu. Dia pula tidak segan silu ringan mulut menjawab.

"Oh..ha'ah ek.." Adam turut sengih sambil garu kepala.

"Ni..nak beli bunga, nak hadiah kat siapa?" Aimi beramah lagi.

"Untuk ibu saya..awak?" Adam sengih. Matanya masih lagi mencari penjual bunga tadi.

"Ibu? Wow! Saya suka lelaki yang menghargai ibu. Serius! Awak ada ciri-ciri lelaki yang saya suka.." Spontan Aimi menjawab.

Adam pula sudah terkebil-kebil di situ mendengar kata-kata yang keluar dari bibir gadis itu. Dia kemudian mengukir senyum.

"Itu yang sebaiknya untuk seorang anak menghargai jasa ibu bapa, tak gitu?" Adam sengih lagi.

"Ya..betul-betul. Hmm..awak ni dah ada kekasih ke?"

Adam sekali lagi terpempan mendengar pertanyaan Aimi tadi. Selamba saja gadis itu melontar soalan keramat itu tetapi dia suka cara Aimi yang sentiasa ceria.

"Kenapa awak nak tahu?" Adam senyum lagi. Seronok pula melayan gadis yang ceria begitu. Terhibur pula hatinya yang sedang gundah gulana.

"Adalah...penting. Awak jawab je..ya atau tak?" Aimi sengih lagi.

"Tak ada.."

"Hmm..kalau ada orang suka kat awak, macam mana?" Aimi pandang Adam tidak berkelip. Kali ini dia mula serius.

Adam terdiam. Dia pandang gadis itu tidak berkelip. Gadis  yang ceria tadi sudah berubah riak. "Siapa yang suka saya tu? Awak?"

Aimi senyum malu. "Kalau saya suka awak pun..awak tak akan suka pada saya ni. Sebenarnya kan...apa kurangnya saya ni? Nak kata tak ada rupa, rasanya ada iras juga macam Nora Danish tu..cuma kulit saya ni gelap sikit." Aimi bergurau.

"Perempuan ni kecantikannya berbeza tapi pada saya semua perempuan cantik.." Adam cuba mengambil hati Aimi.

"Hish! Apa hal cerita hal saya pula ni. Balik pada soalan saya tadi, awak tak nak tahu ke siapa suka awak?" Aimi pandang lagi Adam yang sudah tersenyum di depannya.

"Siapa?" Adam senyum. Rasa senang berbual dengan gadis itu.

"Maaf..saya ke tandas tadi. Encik dan cik ni nak beli bunga apa ya?" Penjual bunga muncul dan mencelah perbualan Adam dan Aimi.

"Oh..saya nak sejambak ros putih dan sejambak daisi putih." Adam senyum, dia kemudian pandang semula pada Aimi.

"Awak nak beli bunga apa? Saya belanja.." Adam menambah.

"Betul ni??" Aimi sudah teruja. Bulat matanya memandang Adam.

Adam mengangguk. Dia lihat gadis itu terus beritahu bunga apa yang dia hendak beli pada penjual bunga itu yang masih berdiri di situ. Penjual bunga itu mula membungkus bunga yang dipesan tadi. Usai membungkus, Adam mula membayar semua bunga itu tadi.

"Terima kasih awak.." Aimi sengih. Bahagia bila dapat bunga percuma hari ini. Dia cium bunga ros merah jambu itu berkali-kali.

"Sama-sama.." Adam mula menapak keluar dari kedai bunga.

Aimi pula masih melihat lelaki itu berlalu pergi, mengelamun seketika sambil senyum-senyum. "Hmm..kalaulah aku dapat lelaki sebaik Adam. Patutlah Hawa suka pada Adam..he is so romantic, gentleman..yang penting..Adam sangat ambil berat pasal ibunya..haih.."

Adam diperhatikan lagi. Aimi senyum sendiri. "Ya Allah! Kenapalah aku tak cakap yang Hawa suka kat dia tadi?" Berkali-kali Aimi tepuk dahi.

Dia cuba kejar Adam. "Ala...dah blah la mamat tu.."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 12:15 PM | Show all posts
awanjingga posted on 24-9-2014 09:09 AM
buat je la masa Fuad tgh mgekor org Mr X , Fuad kena hempok ke apa ke..meninggal
ada laaaaaaaa pelu ...

amboih...kesian gak kat fuad tu..dah tobat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2014 12:16 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-9-2014 09:37 AM
Bagi adam terserempak ngan aimi plok. Bior aimi yg becok tu kasitau adam hawa terpaksa tunang ngan f ...

dah ada entri tu pasal aimi..

hohoho...ntah bila ler nak abih citer ni...huaaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 12:17 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 24-9-2014 09:47 AM
mencik..

harapnya adam teruskan tackle hawa.. go adammmmm... #teamadam

kalau adam berani lerr..rasanya pemalu adam tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2014 12:18 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 24-9-2014 11:39 AM
Fuad mmg btl2 syg kt hawa. Xslh hawa bg 2nd chance kt fuad..hehe..tp nnt xjd la plak cita adam dan h ...

dah ada sokong fuad...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 12:20 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 24-9-2014 12:13 PM
yes Ipo... sorry... today is english day at my office... so by hook or by crook i have to speak in ...

oh really?..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:29 PM | Show all posts
apa la aimi ni.. dapat bunga boleh pulak lupa

go adammmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:52 PM | Show all posts
Grrrrr.. kaco la tokey kedai neh... gi la dok lama2 sket dlmjamban nun
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 24-9-2014 12:18 PM
dah ada sokong fuad...

Hihi..everybody deserve second chance right???hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 01:29 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-9-2014 09:05 AM
pagi cegitu..kopi ke teh tu?

dua dua lah..sebab tadi pagi kat Penang hujan lebat...sejuk..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 02:26 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-9-2014 12:20 PM
oh really?..

yes it is true Ipo...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 02:34 PM | Show all posts
best citer cmnie...penyiasat vs loving...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 02:38 PM | Show all posts
ala... aimi ni... moist la...
baru dpt bunga terus lupa apa nk cakap...
jumpa kan sekali lagi ipo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat malam semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 10:56 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:23 AM

delete
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 12:47 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:23 AM

delete
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.077052 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list