CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

     Close [Copy link]
Post time 9-1-2009 11:41 PM | Show all posts
erm, nak tanye skit...yg lagu banduan, skrang tajuk dia jadik "trilogi cinta "by saleem tuh kisah tol ye? ada masuk paper ke citer tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2009 12:12 AM | Show all posts

Balas #336 yetta\ catat

ada masuk.

tapi orang tu nafikan yang lagu tu kena mengena ngan kes bunuh2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 02:18 PM | Show all posts
Kepada para pembunuh Nurul Jazlin atau pembunuh2 termasuk perogol kanak-kanak...aku dan ramai lagi rakyat Msia teringin sgt untuk menjahanamkan kau, LAHANAT!!

Jgn sampai kami dpt tangkap kau...kau tak layak untuk hidup bermasyarakat dgn kami semua...SIAL!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2009 01:30 PM | Show all posts

Reply #311 Syd's post

Bekas ahli Geologi Petronas terkeluar dari senarai harta warisan isteri
15/01/2009 11:34am

SHAH ALAM 15 Jan. – Permohonan Amanah Raya Berhad untuk mengeluarkan nama bekas ahli geologi Petronas Carigali daripada senarai pewaris harta peninggalan arwah isteri yang dibunuhnya, dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Hakim Syarie Saarani Ismail memutuskan Muhammad Suhaimi Abdul Aziz, 48, terhalang dan hilang kelayakan sebagai waris Allahyarham Faizah Arshad, 37, mengikut mazhab Shafie yang menjadi amalan di negeri Selangor. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2009 05:38 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-12-2008 04:34 PM



Kes bunuh Pembantu Menteriebih 100 luka tikaman pada tubuh Norjan, kata Ahli Patologi

Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu Khamis diber ...

gerun tgk gambar tuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-12-2008 12:14 PM
http://www.tranungkite.net/lama/d02/rmuda137.htm


dah baca dah artikel kat atas tu. yg menariknya ada sebut pasal kaitan datuk norjan nie dgn kejatuhan anwar ibrahim.
curious nak tahu....aku tak jumpa pun artikel tu.
syd kalo ko jumpa, meh la share link tu, penambah perisa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2009 09:53 AM | Show all posts
Penghantar surat bebas tuduhan bunuh

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Seorang penghantar surat dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui dengan lebih 10 kesan tikaman, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membebaskan Jamaluddin Samad, 24, daripada tuduhan membunuh Norazwin Zahari, 23, setelah mendapati tiada saksi yang melihat lelaki itu melakukan pembunuhan tersebut.

''Satu-satunya keterangan ialah daripada saksi pendakwaan ke-12 (jiran mangsa) yang melihat tertuduh mundar-mandir di depan rumah mangsa. Keterangan ini bagaimanapun tidak mencukupi untuk kes prima facie.

''Sehubungan itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan,'' ujar hakim tersebut dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan.

Jamaluddin yang ditemani kedua ibu bapanya, didakwa membunuh Norazwin yang bekerja di kedai aksesori wanita antara pukul 11 pagi dan 8 malam, 29 Mac 2005 di No. 91-7K, Blok B, Tingkat 10, Flat Pekeliling, di sini.

Dalam kejadian itu, Norazwin ditemui mati dengan lebih 10 kesan tikaman di perut dan dada.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yaakob Chik mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, sebanyak 14 saksi pendakwaan telah dipanggil membela diri.

Jamaluddin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia merasa gembira dengan keputusan itu kerana telah empat tahun menghuni Penjara Sungai Buloh.

''Seksa duduk dalam penjara,'' katanya yang diwakili oleh dua peguam bela, Aizul Rohan Anuar dan Eugene Lee.

Menurut anak bongsu daripada tujuh beradik itu, selepas ini, dia akan berehat sebentar sebelum merancang mencari pekerjaan baru.

Ibu tertuduh, Fadhilah Mohamad Ghulam turut melahirkan kesyukuran dan rasa gembira dengan pembebasan anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 05:19 PM | Show all posts
Bapa aku kawan pd abg arwah Dtk. Norjan ni,kira mmg knl dgn arwah ni la...
Skrg hotel tmpt dia dijumpai mati tu,mmg seram klu naik kat atas time mlm2..
jiran sblh rumah arwah ni ada ternampak bygan arwah berjalan kat bhgn dapur yg terletak kat blkng rumah x lama lepas arwah ni mati...
pengsan trus makcik tu..huhu...

p/s : sedih baca kes2 bunuh yg ada kat dlm thread ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-3-2009 05:20 PM | Show all posts
Hukuman gantung pembunuh Canny Ong kekal
27/03/2009 4:51pm

PUTRAJAYA 27 Mac
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 06:01 PM | Show all posts

Reply #340 maeya_78's post

sugar mummy...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 10:44 PM | Show all posts
teringat zaman sekolah dulu...ada cikgu sementara ni...dia graduate law
dia penah cte...ada satu eks tu dorg kena wat erm...kajian ke apa ntah,tak tau apa dia nye term tu.
dia cte pasal this one young lady ditemui mati kna rogol n disula pakai buluh.kepalanye dihentak dgn batu smp hampir pecah.
bila post mortem, rupanya lidah mamat tu putus dia gigit time kna kiss kot.so,dptla tgkp mamat jahane tu.
dgrnye dia grm sbb skt lidah kna ggt,sbb tu hentak kepala pompuan tu dgn batu.jahat gle:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 11:01 PM | Show all posts

Reply #346 brookemcqueen's post

erk...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 11:55 PM | Show all posts

Balas #347 JUSTcircle\ catat

mslhnye tak amik port sgt time tu jd tak igt nama or thn brp punye kes...tp rasanya bukan kes lama lama la...sbb hidup lagi penjenayah tu time tu...around 1999 tu hidup lagi la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 12:41 AM | Show all posts

Reply #348 brookemcqueen's post

giler ar nafsu2 camnih... seram aku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2009 07:12 AM | Show all posts
isah misteri telah berakhir

Oleh AMREE AHMAD dan
MEGAT LUTFI MEGAT RAHIMahad@kosmo.com.my




SEBAIK saja Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang mengetuai lima panel hakim mengetuk tukul mengekalkan keputusan hukuman terdahulu, dua suasana berbeza dapat dilihat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kelmarin.

Di pihak tertuduh, bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 33, tampak pasrah. Dia reda dan seolah-olah melihat perbicaraan rayuan itu sekadar formaliti bagi mengesahkan riwayat hidupnya bakal berakhir di tali gantung.

Ibunya, Rapiah Ahmad cuma mampu berduka sambil menghitung detik terakhir anaknya itu. Manakala di pihak orang awam yang mengikuti kes pembunuhan penganalisis komputer, Canny Ong Lay Kian, 28, mereka menyambutnya dengan kelegaan.

Mahkamah Persekutuan akhirnya 憁embenarkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 04:43 PM | Show all posts

Reply #350 Syd's post

canny rela dirogol sbb nak ke syurga? huh!! wallahu'alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2009 11:40 PM | Show all posts

Reply #351 JUSTcircle's post

itu la pasal

aku rasa canny tu pun mental gak
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 12:32 AM | Show all posts

Reply #352 Syd's post

macam2 dunia. semua org leh wat persepsi masing2.

oit avvie tuh gambo ko ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2009 09:57 AM | Show all posts
Selatan: Tragedi balai diserang terpahat dalam ingatan
Oleh Mohd Roji Abdullah
mdroji@bharian.com.my

KLUANG: Kejadian ngeri ketika Balai Polis Batu Pahat diserang sekumpulan pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu terus menjadi igauan dalam lipatan sejarah hitam pegawai, anggota polis serta kakitangan awam yang menjadi mangsa peristiwa berdarah itu.

Meskipun sudah hampir tiga dekad peristiwa itu berlalu, ia tidak pernah padam daripada ingatan mereka.

Serangan nekad kumpulan itu pada 16 Oktober 1980 yang mendapat perhatian seluruh negara, terus menjadi igauan buruk bagi mangsa, malah ada antara mereka masih dihantui trauma sehingga kini yang menyebabkan mereka tiba-tiba berdebar dan menggeletar setiap kali mendengar suara orang menjerit atau berlaku sedikit kekecohan di luar pejabat tempat mereka bertugas.

Seorang mangsa, Sarjan Azmi Yaacob, 49, berkata walaupun kejadian itu sudah lama berlalu, ia masih menghantuinya malah jeritan kumpulan berkenaan ketika menyerbu Balai Polis Batu Pahat masih terngiang-ngiang.

"Walaupun trauma yang saya hadapi tidak seteruk dalam beberapa tahun awal selepas kejadian itu, kesannya memang masih terasa hingga hari ini.

"Kadang-kadang bulu roma saya meremang apabila mendengar suara orang menjerit. Saya berusaha mengatasi perasaan itu dan syukur, ia semakin hilang," katanya.

Azmi, yang kini bertugas di Cawangan Kenderaan, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, berkata ketika kejadian serangan itu, beliau yang baru 10 bulan menjadi anggota polis, bertugas di pejabat pertanyaan.

"Saya yang duduk di kaunter pertanyaan tergamam seketika apabila melihat beberapa lelaki berjubah putih dan membawa senjata tajam tiba-tiba meluru masuk sambil menjerit dan melibas senjata mereka.

"Melihat keadaan agak berbahaya, saya cuba menyelamatkan diri tetapi terkena libasan parang di dahi dan tangan, tetapi saya sempat lari ke bahagian belakang balai," katanya.

Azmi berkata, beliau dihalang beberapa lelaki berjubah putih di belakang balai dan ketika itu penyerang menetak bahagian belakangnya namun beliau sempat melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan dua penyerang terkorban.

Akibat tetakan bertubi-tubi tiga penyerangnya itu, Azmi, yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, luka parah di bahagian belakang, dahi, lengan dan putus jari tengah tangan kanannya.

Seorang lagi mangsa, Faridah Hussin, 56, berkata ketika kejadian, beliau yang bertugas sebagai kerani bahagian pelesenan sarat mengandung anak keempat.

Kandungannya yang ketika itu masuk enam bulan menyebabkan Faridah, tidak dapat melarikan diri dalam keadaan kelam kabut itu.

"Pada mulanya saya tidak menyangka sesuatu yang buruk berlaku apabila mendengar riuh-rendah di luar. Tetapi, tidak lama selepas itu sekumpulan lelaki berjubah putih tiba-tiba meluru masuk ke pejabat menyebabkan keadaan tidak ubah seperti peperangan.

"Seorang penyerang itu tiba-tiba menerpa ke arah saya sambil mengangkat pedangnya, tetapi sebaik bertentang mata dia seolah teragak-agak untuk menetak saya. Namun, selepas itu dia menghayun pedang dan terkena tangan kanan saya," katanya.

Faridah yang kini bertugas sebagai Ketua Kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, bernasib baik kerana beberapa anggota polis yang menyedari keadaannya membawa beliau keluar dan terus memanggil ambulans menghantarnya ke Hospital Batu Pahat.

Sementara itu, seorang lagi kerani awam, Rohaya Md Rawi, 55, yang cedera di kepala dalam kejadian itu berkata, pada mulanya beliau menyangka sekumpulan lelaki berjubah putih yang menaiki teksi memasuki perkarangan balai adalah jemaah haji yang baru balik dari Makkah.

"Saya memerhatikan mereka dan sebaik saja keluar dari teksi mereka terus bertempik dan menyerbu masuk ke pejabat menyebabkan saya tergamam seketika.

"Mereka seolah-olah hilang akal...menjerit, melibas parang dan menetak sesiapa saja yang lalu di depan mata dan saya hanya mampu menjerit. Ketika itu saya hanya teringatkan tiga anak saya yang masih kecil," katanya.

Akibat tetakan di kepalanya, Rohaya pengsan seketika tetapi sebaik saja sedar beliau terus menyembunyikan diri di dalam bilik air.

"Selepas mendengar siren ambulans di luar, saya nekad keluar dari bilik air dan terus menuju ke arah kenderaan. Saya kemudian terus dihantar ke hospital dan saya ingat lagi luka di kepala dijahit tanpa dibius," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi 16 Oktober 1980, sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat mengamuk di Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan 18 pegawai, anggota serta kakitangan awam dan orang awam di balai berkenaan. Lapan daripada ahli kumpulan itu terbunuh.

Kumpulan itu menyerang dari pintu depan dan belakang Balai Polis Batu Pahat. Mereka menetak sesiapa yang berada di depan mata tanpa rasa simpati.

Bagi menghargai mereka yang menjadi mangsa kejadian itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, menganugerahkan surat penghargaan serta wang tunai RM500 seorang kepada lima mangsa kejadian itu sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202, baru-baru ini.

Selain Azmi, Faridah dan Rohaya, dua lagi mangsa yang cedera menerima surat penghargaan itu ialah bekas anggota polis, Hamzah Hassan, 78 dan bekas pembantu am rendah, Johan Ali, 50.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 12:07 PM | Show all posts
syd...citer salma dgn samser tu ada dlm trid ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.073257 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list