|
Bab 42
Dia membiarkan matanya di lindungi kaca mata hitam sambil memerhati keadaan sekeliling Café Gusto. Tak banyak berubah dari segi dekor sejak kali terakhir dia ke sini. Yang berbeza cuma reaksi pelanggan. Berpasang pasang mata tertumpu padanya, terutama kaum lelaki. Sebaik dia melangkah masuk, keadaan hingar menjadi bening. Dari ayunan langkah bagai seorang model, tubuhnya yang langsing tapi sexy, rambut copper brown yang beralun lembut, pakaian berjenama dan sofistikated, dan wajah eksotik, semuanya sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki. Aaahh… indahnya menjadi tumpuan! Berbeza dengan kali terakhir dia datang, tak ada yang nak pandang sebelah mata pun.
Menu di selak ala kadar dan dia terus memetik jari memanggil pelayan. “ Seafood chowder, spaghetti carbonara, cheesy nachos and watermelon juice. I will order dessert later.” Ya, aku nak makan puas puas untuk balas dendam selama tiga tahun tidak dapat menikmati juadah Café Gusto.
Pelayan itu mengangguk dengan senyuman. Hatinya bertanya siapakah gerangan wanita jelita ini. Sungguh bertuah! Nafsu makan boleh tahan tapi badan tetap selim melim. Mesti dia rajin workout , atau bela hantu raya… uikksss!
Audemar Piguet di pergelangan tangan di kerling. Dia sengaja datang awal supaya dapat memilih meja kegemaran di tepi tingkap. Sambil menunggu pesanan, Elly mengeluarkan telefon bimbit dan membaca mesej yang masuk dari PA nya. Huh! Bagilah sedikit privasi untuk aku enjoy bulan madu. Ada beberapa majalah ingin mengatur temuramah. Forget it! Aku tak ada masa nak layan orang yang suka korek dan jaja kisah peribadi aku. Mesej dari Mummy mengatakan keadaan Daddy masih tidak berubah. Suaminya Shah pula keluar berjumpa kawan lama. Bagus! Inilah peluang untuk aku menikmati waktu senggang, peluang yang jarang sekali di dapati. Jadual hariannya ketat. Masanya di penuhi dengan mesyuarat, temujanji, lawatan ke tapak projek dan pusat perniagaan milik keluarga.
Nurul mempercepatkan langkah sebaik saja memakir kereta. Pelanggan yang banyak kerenah di butik terpaksa di layan dengan berhemah dan juga kesesakan trafik membuat dia hampir membatalkan temujanji. Akhirnya dia sampai juga!
“ Wei… cik kak! Kau pun baru sampai?” Aireen menuding jari padanya sebaik mereka bertembung di pintu masuk.
“Hissyyy! Nasib baik tak tercucuk mata aku. Cepat masuk, nanti tak ada tempat.” Meja kosong yang paling hampir dengan pintu terus di chup. Café Gusto amat popular waktu makan tengahari kerana juadah yang enak dan harga berpatutan.
“ Kau sihat, mak buyung?” Nurul tersengih bila Aireen mencebik. Sudah lama mereka tidak berjumpa sebab kekangan masa. Nurul sibuk dengan keluarga dan butik sementara Aireen yang bergelar isteri setahun lalu tak begitu sihat sejak berbadan dua.
“ Urghhh… aku dah tak larat. Kalau boleh aku nak beranak sekarang juga. Pinggang aku sakit, kaki aku bengkak. Nak tidur pun susah. Jealous aku tengok kau, masa pregnant tak ada problem. Dah sarat pun kau aktif lagi. Aku dah macam ikan paus tersadai di pantai! Entah macam mana nak kurus balik nanti” kompelin Aireen sambil mengelap muka dengan tisu.
“ Jangan risau lah. Nanti bila kau breastfeed cepat saja berat badan turun. Bila due date kau?”
“ Kalau ikut kiraan seminggu lagi tapi doktor kata anytime aku boleh beranak. Baby dah cukup besar dan cukup sifat. Itu sebab aku nak makan puas puas sekarang. Nanti lepas bersalin kena pantang makan.”
“ Kalau macam tu cepat lah order. Aku pun kena balik ke butik lepas ni. Hujung bulan ni ramai customers”
“ Business must be good. Kakak aku cakap kau memang kreatif dan banyak idea. “
Nurul membelek menu walhal dalam kepalanya sudah terbayang grilled salmon with salsa sauce sejak dalam kereta lagi.
“ Alhamdulillah, aku dapat boss yang baik. Nanti lepas kau bersalin nanti dan baby kau dah besar sikit, kau tak nak kerja?”
“ Tengok lah kalau Azman benarkan aku kerja nanti. Dia prefer aku jadi full time housewife. But seriously, I’m bored staying at home. Kau tahu lah kan, dulu aku tak pernah duduk diam, asyik fly sana sini. Kalau cuti pun aku tak lekat kat rumah.”
“ Memanglah, tapi kau kena belajar belajar lah slow down. Kau tu bukan muda lagi”
Cubitan Aireen hinggap di lengan Nurul yang ketawa mengekek.“ Haipp! Sensitif tau!”
Kedua mereka memberi pesanan masing masing sebelum mata Aireen mula meliar. Kalau dulu bujang trang tang tang, fahamlah dia nak cari teman/mangsa tapi sekarang siapa pula yang buat matanya tak berkelip dan nampak macam kagum gila? Nurul turut menoleh. Jantungnya bergerak deras.
“ Tengok perempuan tu. So glamourous! Dia pakai sunglasses bagak tutup muka pun aku tahu dia mesti lawa.” Puji Aireen.
Masyaallah! Elly! Nurul pasti. Bekas BFFnya itu sedang kusyuk menekan butang telefon bimbit. Nak senyum dan lambai dari jauh atau nak pergi jumpa? Should I or shouldn’t I? Macam mana kalau dia buat tak kenal? Malu sebakul lah aku.
“ Kenapa kau macam tertelan chewing gum ni? Kau ternampak pakwe lama? “
“ Perempuan lawa yang kau dok ushar itu tak lain tak bukan, si Elly.”
“ Haa? Biar betul?! Elly yang gemuk dan hampir jadi madu kau tu? Berbeza betul, macam mana kau boleh cam dia?”
“ Minggu lepas aku tengok wedding photos dia dalam FB. Beberapa hari lalu, Redza dengan bapa mertua aku melawat Tan Sri Effendy yang sakit tenat di hospital. Mereka jumpa Elly yang dah cantik jelita. Memang betul itu dia. ”
“Wow! Transformasi yang hebat! Patutlah lama tak balik Malaysia, dia sibuk adjust sana sini. Untung jadi orang berduit. Kau tak nak pergi berbual dengan dia?”
Nurul menyisip teh o ais. Kalau Elly nak hubungi aku, dia boleh minta nombor telefon aku dari Redza. Nampak sangat dia tak ingin menyambung kembali silaturrahim. Betul kata Redza. Elly sudah banyak berubah, bukan saja dari segi fizikal. Hakikatnya, Elly yang dulu bukanlah yang sekarang. Aikk… bunyi macam lirik lagu Tegar pula.
“ Tak nak lah ganggu dia makan. Lagipun aku tak tahu apa nak cakap. So much has happened between us. Sekarang dia dah jadi business tycoon, dia dah tak perlukan aku. Tipulah kalau aku tak kecil hati”
“ Mungkin jodoh kau dengan Elly sebagai kawan dah sampai ke penghujung. Anyway, you have me. Aku juga yang setia jadi kawan kau selama ini tapi kau tak nampak kesetiaan aku. Kasihan aku yang bertepuk sebelah tangan. Bila kau nak pinang aku jadi BFF kau?”
" Merapu lah kau!" Tawa mereka meletus serentak.
Makanan yang di pesan pun sampai dan mereka berdua terus menjamu selera. Aireen mengunyah sirloin steak dengan penuh selera. Pai epal juga di jamah sekaligus. Buruk makan mak buyung ni!
“ Sedap tak salmon kau? Aku nak rasa sikit” Nurul memotong sedikit salmon dah di letak di pinggan Aireen.
“ Kau nak rasa steak aku?” pelawa Aireen. Nurul menggeleng. Entah kenapa, selera makannya terbantut. Nak habiskan potongan ikan sebesar tapak tangan pun payah. Pinggannya di tolak ke depan dan mulut di lap dengan napkin.
“ Aku habiskan ya? Ini yang best dapat kawan kurus macam kau” Licin pinggan Nurul di kerjakan. Tak sampai beberapa saat, muka Aireen berkerut menahan sakit.
“ What’s wrong? Kau okay?” Nurul memegang bahunya. Takkan tertelan tulang ikan kot.
“ Yuyu, aku…aku sakit perut. I think I am having contractions. Adoiiiii!” Suaranya meninggi.
“ Relax. Tarik nafas. Aku bawa kau ke hospital sekarang.” Nurul menggamit pelayan yang paling dekat.
“ Dik, kira halal ya. Emergency! Kawan akak ni sakit nak bersalin” Wang RM150 di letak atas dulang gadis pelayan yang terkebil kebil.
Nurul menyandang beg tangan ke bahu dan Aireen terus di pimpin keluar ke kereta. Muka Aireen dah merah macam udang galah dan bibirnya di ketap menahan sakit.
“ Aku takuttt, Yuyu. Macam mana kalau aku terberanak dalam kereta? Aku nak Azmaaannnn“ Drama sungguh lah si Aireen ni.
“Jangan risau. Baby pertama tak keluar cepat sangat. Insyaallah, kita sempat sampai hospital. Nanti aku phone Azman. Zikir dan salawat banyak banyak. Everything will be okay”
Elly memerhati dari tempat duduknya dengan rasa sebak. Nurul sudah ada pengganti aku. Jiwanya terasa kosong dan sunyi. Kata kata Auntie Sufi sewaktu di London bermain di telinga “ Yuyu sanggup berkorban untuk Elly. Dia rela Redza berkahwin dengan Elly kerana dia sayangkan Elly. Tapi Elly tak hargai persahabatan Yuyu yang ikhlas.” Berbakul penyesalan sudah tidak berguna. Ego nya dan kebencian Daddy terhadap Nurul dan Redza menjadi penghalang untuk mereka kembali berkawan seperti dulu. Masa yang silam tidak akan berulang kembali. Airmatanya di seka dengan bucu napkin. Kecantikan dan nikmat material tak bermakna berbanding dengan persahabatan yang tulus. Nurul Aishah bt Anuar, kau lah satu satunya insan yang amat aku rindui. Dalam percaturan hidup, aku lah yang rugi. Benar benar rugi.
………………………………………………………………………T A M A T ..............................................
Last edited by sang_arjuna on 29-12-2013 10:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aaaiiyyyoooo....habis gak baca @ 3.30am.....
tahniah TT...buat laaa lagi cerita baru..... |
|
|
|
|
|
|
|
kakaaaa......tahniah...novel best walaopun
tak sangka menjelang new year habis gak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi smiley....
Akhirnya jumpa perkataan TAMAT
Lama x dgr cerita.........
|
|
|
|
|
|
|
|
azzira posted on 30-12-2013 03:31 AM
aaaiiyyyoooo....habis gak baca @ 3.30am.....
tahniah TT...buat laaa lagi cerita baru.....{:1_15 ...
tenkiu sbb sudi baca
tp kaka sgt bizi skrg
nak baca novel pun takde masa, nak tulis lagi la..... takut nanti 5 tahun pun tak habis
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 30-12-2013 11:12 AM
kakaaaa......tahniah...novel best walaopun
tak sangka menjelang new year habis gak...
timakasih sanggup tunggu lebih setahun
kira break rekod ...
|
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 30-12-2013 03:25 PM
Hi smiley....
Akhirnya jumpa perkataan TAMAT
Salam qimi
akhirnya habis jugakkkkk
nanti pesta buku kita jumpa lah.... kalau ada rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 4-1-2014 12:26 PM
Salam qimi
akhirnya habis jugakkkkk
nanti pesta buku kita jumpa lah.... kalau ada rezeki
Dah tamat @sang_arjuna...
Kalau nak naikkan RP sila PM Nay berserta link.
BTW..... lama tau tunggu habisnya |
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya....ingatkan @sang arjuna lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Congratz... |
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 29-4-2014 10:15 AM
Dah Abis baca novel nie.. tak reti nak buat review
tks sudi baca dan review citer lama ni
kaka dah kurang pandai letak unsur komedi sbb umur makin tua kot
btw siapa nina ismail n BFF tu? Artis ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
ciksurie posted on 4-5-2014 10:13 AM
bkn retis kaka...nina ismail tue anak menteri ismail sabri
aka kaka dafi
ok... kenal lah kakak Dafi ni
comey kan BFF dia
|
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 4-5-2014 10:45 AM
ok... kenal lah kakak Dafi ni
comey kan BFF dia
chomel..sedap jer mata memandang
|
|
|
|
|
|
|
|
k.. best.. saje up kan cite best nie.. tergelak byk kay.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|