CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

ALBUM 3 SUARA MENAMPILKAN JAC, NING, SHILA TAK LAYAK BERTANDING AIM TAHUN NI?

[Copy link]
Post time 1-5-2010 04:45 PM | Show all posts
Reply 39# elbee
SGT2 STUJU! dia mmg seorg legend!!
Smpai bile2 pun org akan ingtkn SITI NURHALIZA sbb dia lah artis malaysia yg plg berjaya..
hehehe...

Dia je artis yg mampu utk menang kategori pnyanyi wanita popular dan vokal wanita terbaik paling lama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2010 12:58 PM | Show all posts
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 06:55 PM | Show all posts
best nya klu jac duet ngn ct lpstu ngn ziana zain lagik..
klu masuk abp ngn aim konfem menang kategori duo/bkumpulan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 01:16 PM | Show all posts
ning & shila oiam. international kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 01:42 PM | Show all posts

Komitmen Jac
Oleh FIRDAUS SAHAT

2010/06/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUNGKIN ramai menanti kelahiran album terbaru daripada Jaclyn Victor. Namun, jujur penyanyi Gemilang ini menjelaskan mungkin tidak ada produk solo daripadanya untuk tahun ini.
pix_middle
Pun begitu dia yang selesa disapa Jac bakal berkolaborasi dengan Ning Baizura dan Shila One In A Million menerusi album yang bakal dipasarkan tidak lama lagi dalam meneruskan legasi karier seninya untuk 2010.


“Ia sebuah album penuh. Menariknya, setiap lagu dalam album ini dinyanyikan oleh kami bertiga dan tidak ada sesiapa antara kami akan menyanyikan secara solo. Semua lagunya baru. Walaupun peminat belum biasa dengan lagu berkenaan, saya yakin ia dapat diterima.


“Jujurnya, pada saya lagu dalam album ini ‘catchy’ dan menarik. Tidak mustahil ia akan melekat di hati pendengarnya. Dalam masa sama, produk ini akan menjadi pengubat rindu buat peminat,” katanya yang terpaksa menangguh projek album solo kerana komitmen lain, termasuk lakonan.


Selepas menjayakan watak Nalaini menerusi filem Papadom versi Tamil, ramai tahu penyanyi ini bakal melebarkan pengalamannya menerusi produksi teater pula.


Menurut Jac, tidak lama lagi jadualnya akan lebih padat apabila perlu menghadiri sesi latihan pementasan Cuci The Musical musim kedua. Menggantikan watak Adibah Noor, Jac teruja menerusi tawaran berkenaan.


“Sebelum ini saya memandang tinggi pelakon teater. Hakikatnya bukan mudah melakonkan watak dalam sesebuah teater. Malah jika mahu dibandingkan dengan lakonan layar lebar mahupun televisyen, ia sungguh berbeza.


“Impian untuk mencuba di pentas teater pernah saya simpan sebelum ini dan tidak sangka, hari ini peluang itu tiba. Dari awal saya faham, komitmen dan perjalanan sesebuah produksi teater ini bukan senang.

“Namun saya sanggup menyahut cabaran itu dan dalam masa sama mencabar diri saya untuk memberi yang terbaik. Lagipun ini pengalaman berharga, lebih-lebih lagi dapat bekerjasama dengan nama besar dalam industri lakonan.


“Penat itu semestinya akan saya rasai. Apapun, saya positif, keringat dan usaha saya menjayakan teater ini akan berbaloi,” katanya.


Bagaimanapun, pasti akan wujud persoalan mampukah Jac menyambung keberkesanan watak Adibah yang jelas sebelum ini berjaya memberi impak kepada penonton.


Jelas Jac, isu perbandingan itu pasti ada. Lebih-lebih lagi watak itu antara yang memberi kesan kepada penonton. Namun Jac menegaskan, watak dan karakter yang dibawanya nanti adalah daripadanya sendiri.

“Terus terang, ini pengalaman pertama saya melakonkan watak dalam produksi teater. Malah, jika mahu dibandingkan kredibiliti Kak Dib (Adibah) dengan saya, pasti jauh bezanya. Namun saya akan membawa watak itu dengan cara saya sendiri.


“Dalam masa sama, pihak penerbitan akan mengubah skrip untuk watak Farah yang akan dilakonkan oleh saya. Mereka mahu menyusun kembali beberapa babak berkaitan watak ini kerana mahu menyesuaikannya dengan saya. Lagipun, mereka tidak mahu perbandingan itu wujud.


“Pengarah juga tidak membenarkan saya menonton pementasan Cuci sebelum ini kerana tidak mahu saya terikut-ikut watak dibawa oleh Kak Dib.


“Jadi, secara amnya karakter Farah akan menjadi watak baru dalam teater ini. Harap penonton dapat menerima lakonan saya dan faham watak itu adalah saya dan bukan Kak Dib,” katanya.

Dalam mengejar cintanya terhadap dunia seni, Jac tidak nafikan cinta hatinya yang kini jauh di United Kingdom. Ikatan pertunangan dengan lelaki Inggeris itu kian utuh biarpun berjauhan dan mereka ada rencana sendiri untuk perjalanan cinta itu.


“Dia pernah bekerja di Malaysia tidak lama dulu. Kegawatan ekonomi yang melanda dunia satu ketika dulu memaksanya kembali ke tanah airnya. Cinta jarak jauh banyak dugaannya. Bagaimanapun, saya meletakkan kepercayaan kepada ketentuan jodoh. Jika tertulis jodoh saya dengannya, lambat atau cepat tidak lagi menjadi isu.


“Jika diajukan soalan ini kepadanya, dia pasti memberi jawapan sama. Rasanya, buat masa ini lebih baik saya berusaha mengumpul wang terlebih dulu.


“Nanti bila dia membuat keputusan untuk ke Malaysia dan menetap di sini, kami akan kembali memikirkan hal perkahwinan. Jika diikutkan, mahu saja saya ke sana tetapi memandangkan karier yang bertapak di sini, saya harus akur dan berserah,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2010 01:42 PM | Show all posts
terkemuka kew shila oiam tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2010 08:14 PM | Show all posts
cis...musnah impian ku!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2010 08:14 PM | Show all posts
shila-terkenal dan terkemuka??

OMG...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2010 12:47 AM | Show all posts
best apa suara shila...jarang ada kat malaysia ni...suka2....jac ning shila...i love them
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 01:55 AM | Show all posts
best apa suara shila...jarang ada kat malaysia ni...suka2....jac ning shila...i love them
the_builder Post at 7-6-2010 00:47



    sore shila mmg best...tapi dia terkenal/terkemuka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 11:23 AM | Show all posts
ingatkan shila majid tadi..
ok la tu mana tau shila tu leh naik bila duet ngn jac ning..
shila tu pun leh tahan bbakat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 12:36 AM | Show all posts
plss la dont underated shila.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 09:45 AM | Show all posts
Bukan Sheila Majid ker?

(from Malay Mail)
Three divas collaborating

THE word isn’t officially out, but we have it in good knowledge that one of the biggest collaboration albums is in the making.

Combining the best of commercial jazz and R&B appeal, legends Sheila Majid and Ning Baizura will work on an album together with Jaclyn Victor (below, in blue blouse) who will soon make history for her many accomplishments.

Details on the hush-hush project are unknown but it will undoubtedly be an exciting effort.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:22 AM | Show all posts
Bukan Sheila Majid ker?
AwanYangTerpilu Post at 8-6-2010 09:45



    orang confuse kot antara shila oiam dan sheila majid
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 10:47 AM | Show all posts
aku lagi prefer shila tu di ganti dgn sheila macam tak masuk je gabungan shila dgn jac n ning kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 08:52 PM | Show all posts
Jac+Ning+Sheila Majid

- A better combination
- I don't mean that Shila can't sing, but if Shila is singing together with them, kinda .... don't know how to describe it...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2010 08:54 PM | Show all posts
But i think it's gonna be Jac+Ning+Shila OIAM..
Since the interview in page 5 was done with Jac...
Impossible that Jac provided wrong info...
So, accept it!
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:48 AM | Show all posts
But i think it's gonna be Jac+Ning+Shila OIAM..
Since the interview in page 5 was done with Jac...
Impossible that Jac provided wrong info...
So, accept it!


huhu..punah harapan nk tgk sheila majid bertrio...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 12:44 AM | Show all posts
huhu..punah harapan nk tgk sheila majid bertrio...
plasterhati Post at 10-6-2010 01:48



    uols ni peminat sheila ke? yang dia berduet ngan jac dan karen kong tu bukan trio ker
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2010 11:50 AM | Show all posts
uols ni peminat sheila ke? yang dia berduet ngan jac dan karen kong tu bukan trio ker
eddysheddy Post at 11-6-2010 00:44



    album dgn single lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067786 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list