CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nuriz001

[2012] MANTERA [THE 1ST SCi Fi FILM, LAKONAN TOMOK]

[Copy link]
Post time 22-3-2012 01:29 PM | Show all posts
Filem Aksi 'Mantera' Temui Peminat Malaysia Mei Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Filem sains fiksyen bertaraf antarabangsa keluaran produksi tempatan, 'MANTERA', yang menelan belanja RM8.5 juta, akan menemui penonton tanahair mulai 17 Mei ini.

'MANTERA atau singkatan kepada "MAN Transformable Exo-Robotic Armor" merupakan filem keluaran Flare Studios Sdn Bhd yang diarahkan pengarah muda lulusan Akademi Filem FINAS Aliyar Ali Kuthy manakala Shan Mugaa selaku pengarah fotografinya.

Filem itu juga menjalani penggambaran di luar negara seperti Dubai, UAE dan Russia dan dibintangi pelakon antarabangsa selain pelakon tempatan.

Fiare Studios dalam satu kenyataan berkata filem aksi superhero itu menampilkan pemenang program realiti "One in a Million" musim ketiga Tomok sebagai peneraju utama yang membawakan watak Azman.

Ia mengisahkan seorang budak lelaki, Azman yang menemui sarung tangan berteknologi nano yang membolehkan motosikalnya berubah bentuk menjadi baju perisai robotik.

Senjata rahsia itu yang dipanggil MANTERA tanpa disedari sebenarnya boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superhuman' kepada pemakainya.

Turut membarisi filem tersebut ialah Shiqin Kamal sebagai heroin dan pelakon-pelakon tempatan seperti Faezah Elai, Yang Kassim dan Jayson Lee.

Pelakon antarabangsa yang turut membintangi filem tersebut ialah Wael Al-Masri, Mikhail Dorojkin, pelakon seni mempertahankan diri Rusia Saide Dashuk, Daria Markova dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ratu Cantik Dunia 2008 Natalya Shmarenkova @ 'Kamaliya'.

Filem MANTERA adalah penglibatan kedua Flare Studios dalam dunia perfileman tanahair selepas filem animasi "Muhammad, Utusan Terakhir" pada 2003.

Flare Studios adalah antara syarikat animasi 3D yang terawal di Malaysia dan telah menghasilkan banyak rancangan kartun 3D dan hybrid untuk stesen televisyen tempatan seperti "Mr. Ice" dan "Tandania".

"Pihak Flare Studios bernasib baik kerana ada syarikat antarabangsa seperti Spacetoon International yang berminat menjalinkan kerjasama untuk membangunkan filem bertaraf antarabangsa seperti filem MANTERA ini," kata Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi Flare Studios, Khairul Anuar Md. Ariff dipetik dalam kenyataan tersebut.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 01:30 PM | Show all posts
tgk trailer sore backgound ala2 transformer........ moto bertukar jadi robot tiru citer katun mospeada
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 08:52 PM | Show all posts
dah nmpk dah poster film nih, menarik gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 08:52 PM | Show all posts
dah nmpk dah poster film nih, menarik gak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 09:34 AM | Show all posts
tp kenapa momok???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2012 11:11 AM | Show all posts
adekah bakal flop filem ni?...tgk tomok pun tak lalu, teringat imej "sejarah mgkn berulang"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2012 01:40 AM | Show all posts
sapa watak heroin??
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 06:06 AM | Show all posts
Reply 46# dauswq


    samalah aku juga...walapun dia dah besar dan kawin serta menjadi jutawan aku tak dapat lupakan gambaran ini:

mau tulis panjang pun nanti orang kata dengki...tapi itu lah.
takda kick start mau tengok...tapi kalau org forum komen cerita ni best, baru mau pegi tenguk.
hopefully it's good
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2012 01:25 PM | Show all posts
kena tengok dulu.. baru komen...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 08:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by amukgemuk at 14-4-2012 20:47

Reply 49# BabeYSHa

Nope.
Orang tengok dulu.
Kemudian orang komen ....best? ok?-->baru sendiri tengok..

lastly baru sendiri komen.
---> weeee...

haha...btw...jangan marah...suggestion diatas caraku saja...hoho...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2012 02:03 PM | Show all posts
Reply  BabeYSHa

Nope.
Orang tengok dulu.
Kemudian orang komen ....best? ok?-->baru sendiri t ...
amukgemuk Post at 14-4-2012 08:37 PM


  tk kesahh.... wekkkk! bulan 5 neh kuar kat pawagam katernyer...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 10:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 01:27 PM | Show all posts
hopefully robot2 die tk nampak katun sgt.... kalau tk trus takde mood nk tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2012 11:04 PM | Show all posts
nak sama cam hollywood susah la bro.
org kita semua nak perfect tp tak de pun betul2 sokong produk sendiri.
kiranya ni 80% perfect utk capai tahap CGI hollywood, dan kosnya 200% kurang dari kos cgi hollywood.

aku tak kisah sgt bab cgi,
asalkan ada movie mampu pecahkan monopoli metrowealth dan citer sampah rempit, gangster etc..
aku akan try sokong..
tp jgn movie separuh masak sudah la.

aku tgk mantera ni mmg betul2 mahukan sebuah filem bermutu. berapa kali tunda semata2 nak mantapkan cginya. siap kuarkan game mobile, skrg buku artnya...
bukan cincai2 movie ni.
mutu betul2 di titik beratkan
cuma bab lakonan, final render cgi.. itu kena tgk kat pawagam..
harap2 superb, sbb aku nak sesuatu mampu pecahkan monopoli citer sampah di malaysia nih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 01:20 AM | Show all posts
naper tak byk promosi????
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2012 08:01 AM | Show all posts
semalam dah ada tayangan perdananya.
ni nak tunggu review dari org2 yg da pergi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2012 07:51 AM | Show all posts
sapa dah pegi tayangan perdanya cite laaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2012 06:25 PM | Show all posts
Mantera layak diberi pujian!
Posted by TUPAI Khamis, Mei 10, 2012



Bintang
Keseluruhan: 3.5
Pelakon: 2.5 Plot: 3.5
Efek Khas: 4.5
Sinematografi: 4

Sebelum pergi menonton, set semula fikiran anda setelah melihat poster ini jangan bandingkan terus dengan ‘Transformers’ kerana sememangnya filem ini masih belum mampu menandingi kehebatan filem tersebut.

Walaubagaimanapun, sebagai peminat filem bergenre sains fiksyen jangan lepaskan peluang untuk pergi sendiri melihat kehebatan grafik yang ada di dalam filem Mantera ini nescaya anda sendiri akan kagum dengan kehebatan dan kreativiti pada anak tempatan kita.

Pengenalan yang boleh diberikan tepukan kerana sememangnya berlainan dengan filem yang ada di Malaysia. Menggunakan elemen grafik yang bagus dan juga musik latar yang kena menaikkan mood penonton untu terus duduk melihat filem ini.



Kehebatan sesebuah filem dilihat dari sudut pengarahan, grafik, sinematografi dan juga skrip yang merupakan tunjak utama sesebuah filem itu disampaikan dengan berkesan.

Di dalam filem ini, penulis dapat lihat skrip yang diberikan kepada pelakon utama Tomok (Shah Indrawan) yang memegang watak seorang lelaki lurus bendul namun mempunyai keistimewaan dalam bermain pemainan video komputer. Permulaan cerita tidak banyak menunjukkan Azman bersuara dan hanya menunjukkan perkembangan watak dimana dia seorang pelajar kolej, yang sering dibuli dan hanya pergi ke sekolah dengan menaiki basikal pemberian arwah ibunya. Akhirnya dia jatuh cinta dengan Deena lakonan Shikin Kamal pelajar jurusan Robotik di kolej yang sama.


Pelakon Russia yang memenangi anugerah Miss Universe Kamaliya sebagai Dr. Natasya Pumpkin


Azman turut didokong kuat karakter humor dari pelakon berbangsa Cina iaitu Jayson dan memegang watak sebagai Kevin rakan baik kepada Azman. Pujian boleh diberikan kepada pelakon baru ini walaupun tidak fasih berbahasa namun masih mampu memberikan yang terbaik dan mampu membuat penonton tertawa dengan aksinya.

Dari segi skrip pula, masih banyak yang boleh dimasukkan dari segi elemen robotik itu sendiri dan ketika kajian penyelidikan yang sedang dijalankan ke atas bungkusan yang diterima oleh Azman dari sebuah institusi yang tidak dikenali dalam misi menyelamatkan dunia.

Filem ini menceritakan tentang Azman yang merupakan seorang lelaki yang mempunyai minat mendalam dalam permainan video .Akhirnya pada suatu hari dia menerima satu bungkusan yang membawa kepada rahsia yang dicari oleh penjahat yang dikenali sebagai “Communion”.

Dengan bantuan Kev dan Deena, akhirnya bungkusan tersebut menjadi sebuah motorsikal berkuasa canggih yang boleh bertukar menjadi robot untuk menyelamatkan tuannya yang dilanda musuh.

Cerita ini diselitkan juga babak cinta di antara Deena dan Azman yang akhirnya menjadi kekasih selepas Azman berjaya menyelamatkan dunia dari serangan robot jahat.



Dari segi lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakon, Tomok nyata bertuah kerana berjaya membawa namanya ke peringkat antarabangsa walaupun baru pertama kali berlakon.

Cuma bagi penulis sendiri, banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Tomok untuk lebih menghayati watak dan penonton dapat fahami karakter Azman. Deena pula, yang sebelum ini pernah menjayakan filem “Lagenda budak Setan” ternyata tidak mengecewakan kerana intonasi suara dan pertuturan yang jelas berjaya disampaikan. Kevin pula, dia seorang pelakon yang kelakar dan harus diberi pujian.

Perjalanan cerita mungkin agak laju dan ada beberapa babak yang tidak difahami contohnya apabila abang yang mengajar Azman ilmu persilatan telah mati dibom, namun diakhir cerita, dia kembali dan menjadi mejar kepada kumpulan baik dan membantu Azman menentang kumpulan jahat, Sam Weston.

Selain daripada itu juga, seperti tidak logik mengenengahkan watak saintis yang diburu bernama Doktor Natasya lakonan Kamaliya yang berbangsa Russia sedangkan wataknya akhirnya berpihak kepada kumpulan yang baik. Secara tiba- tiba, Tomok dengan berani menggadai nyawa dalam misi menyelamatkan dunia tanpa sebarang penerangan diberikan oleh Doktor Natasya dan juga Kolonel Ayman.


Keseluruhannya setelah menonton filem ini yang berdurasi hampir 2 jam, banyak babak yang boleh dimasukkan agar nampak logik dan kena dengan perjalanan cerita namun grafik yang canggih dari permulaan hinggalah penamatkan boleh diberi penghargaan dan tepukan gemuruh kerana berjaya memhasilkan filem yang bertaraf Antarabangsa.

Tomok dan juga pelakon Russia sedang sibuk melihat visual lakonan mereka


p/s: dari http://www.tupai.com.my/2012/05/mantera-layak-diberi-pujian.html
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2012 11:17 PM | Show all posts
gila lama peram cerita ni...

tp aku salute dgn producer ni yg berani buat filem yg lain drp lain kat msia ni...

dah busan sgt tgk cerita hantu dgn cinta dlm filem malaysia ni... mcm x de tema lain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 10:37 AM | Show all posts
sapa buat soundtrack filem ni?
sekali dgr ada iras steve jablonsky la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.067868 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list