CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: amir_70014

Peluang kerja kat Kelantan dan Terengganu

[Copy link]
Post time 3-11-2010 10:40 AM | Show all posts
duk gayut nge awek malam tu, sapa abis kedit
Kak_Nor Post at 3-11-2010 09:22



    bakpe kak nor dok mai makang sutun celup tepun dekat mengabang telipot sabtu lepas......firsun ada msg.....tp kak nor dok reply ye kabo.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2010 10:43 AM | Show all posts
bakpe kak nor dok mai makang sutun celup tepun dekat mengabang telipot sabtu lepas......fi ...
tuan_wu Post at 3-11-2010 10:40



    sms san garib baru sampai ke kak nor.
amenda la jd gitu. kaknor sms doh ke san kabo psl tu
mmg rugi sungguhlah dokleh g makang sutung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:03 AM | Show all posts
sms san garib baru sampai ke kak nor.
amenda la jd gitu. kaknor sms doh ke san kabo psl t ...
Kak_Nor Post at 3-11-2010 10:43



    tu arr....besenya kak nor dok menghampakan jemputan org....tp aritu ambe kabo ke san mngkin ada prob teknikal yg wat kak nor dok leh mari tu........huhu...

p/s : kte sambung tred kat borak la yer.....kekgi maroh plok TT.....kte dah off topik sgt ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 11:05 AM | Show all posts
tu arr....besenya kak nor dok menghampakan jemputan org....tp aritu ambe kabo ke san mngki ...
tuan_wu Post at 3-11-2010 11:03



    aloh laaa gi borak pulok sini...
mintok maaf tuan rmh deh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2010 02:43 PM | Show all posts
Hohohohohohohoho.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2010 09:03 PM | Show all posts
safety and health officer ade kosong tk kt area kemaman....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2010 12:25 AM | Show all posts
comey...aku ni draftsmen. sere nok cari keje lek paka @ kerteh boh....rwp ker...mecip global ker...ader kabo boh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:33 PM | Show all posts
comey...aku ni draftsmen. sere nok cari keje lek paka @ kerteh boh....rwp ker...mecip global ker...a ...
musliadiadnan Post at 9-11-2010 00:25


Saya dengar Paka dan kerteh memang banyak jawatan drafsmen, huhu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 08:54 PM | Show all posts
Reply  amir_70014


    KIJO BYOK,ORE KITO JH HK MLS...
   ROHM WAKO SDN BHD ADO HUHUHU
viLLa7 Post at 21-10-2010 20:25



    kawe ado mitok denu ari tuh..buleh interview doh..kiro lepas 2nd stage interview la..loni tgh tunggu keputusan la plok..harap2 buleh la..xpayoh nyusoh cari umah sewa duk kl nih..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2010 08:17 AM | Show all posts
Saya dengar Paka dan kerteh memang banyak jawatan drafsmen, huhu..
amir_70014 Post at 9-11-2010 15:33


yer ke dok mir, aku lamer doh nok carik. bkn mende mir. aku ni org felda kerteh 02, paka tu. kire dkt r dgn umoh jgk klu nok gi keje. pulok tu sblm aku studi. aku mmg keje dgn sumatec corp. masa tu . kt petlin projects. citer lame. pulok tu masa tu aku keje rigger. lain dgn yg skg.

pastu mir, mg ader member ke kt compeni situ? sykt mende boh??......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2010 07:24 PM | Show all posts
Reply 50# musliadiadnan

Huhu..banyak pengalaman tu.. Dah pernah kerja dengan Oil and Gas company r ni ek.. Saya dengar ada draftsmen dari kawan saya tapi lupa pula syarikat mana. Kalau yang kerja offshore, dekat TerusMaju Logistik kemaman ada r..baru je keluar iklan kosong.. Member saya tu bukan kerja kat situ, tapi dia ada sedikit info mengenai kekosongan jawatan..

Sekarang sedang kerja atau masih mencari kerja?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 12:43 AM | Show all posts
kalu ada sape2 yg berminat.....

JAWATAN KOSONG MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU (MAIDAM)
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Terengganu yang berkelayakan sahaja bagi memohon jawatan-jawatan berikut:-

A. JAWATAN-JAWATAN KOSONG :-

1.JAWATAN : Pegawai Undang-Undang

Kod Gaji : L41
Klasifikasi : Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
ii. JADUAL GAJI : Gred L41 : P1 T1 RM1989.45 - P1 T24 RM4700.07
iii.SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination);
dan (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
iv.PENGALAMAN : Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pernah terlibat dalam urusan undang-undang sivil dan syariah.
v.SYARAT TAMBAHAN: Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.

B. TARAF JAWATAN : KONTRAK

2.JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
Kod Gaji : N27
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan.
2.JADUAL GAJI : Gred N27 P1 T1 RM1204.55 - P1 T26 RM3027.10
P2 T1 RM1274.13 - P2 T26 RM3213.25
P3 T1 RM1346.73 - P3 T26 RM3405.26

3. SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N271T1); atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T5); atau
(iii) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : P1T6);
dan (c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.PENGALAMAN :
Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pernah terlibat dalam urusan pentadbiran/pengurusan.
5.SYARAT TAMBAHAN:
Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.

6.SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN :
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3(b) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas;
dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

C. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

3.JAWATAN : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

Kod Gaji : W17
Klasifikasi : Perkhidmatan Kewangan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
2.JADUAL GAJI : Gred W17 : P1 T1 RM821.89 - P1 T24 RM2152.86
P2 T1 RM873.32 - P2 T24 RM2274.01
P3 T1 RM926.26 - P3 T24 RM2399.46

3.SYARAT LANTIKAN alon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T5);
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T9);
dan (c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER

Kod Gaji : FT17
Klasifikasi : Perkhidmatan Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan.
2.JADUAL GAJI : Gred FT17 : P1 T1 RM843.06 - P1 T26 RM2325.37
P2 T1 RM896.00 - P2 T26 RM2452.46
P3 T1 RM950.45 - P3 T26 RM2583.95


3.SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT171T1); atau
(ii) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T6); atau
(iii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9);
dan (c) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PENGALAMAN : Berpengalaman dalam bidang pembaikian komputer dan sokongan teknikal sekurang-kurangnya satu (1) tahun serta berpengetahuan tentang sumber terbuka (open source).

5. SYARAT TAMBAHAN : Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.

B. TARAF JAWATAN : TETAP

5.JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Kod Gaji : N17
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan.
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan.

2.JADUAL GAJI :Gred N17P1 T1 RM820.38 - P1 T24 RM2151.35
P2 T1 RM871.81 - P2 T24 RM2272.50
P3 T1 RM924.75 - P3 T24 RM2397.95

3.SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan (c) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer.
4.PENGALAMAN: Berpengalaman dalam pengurusan khidmat pelanggan terutamanya di dalam mengendalikan talian telefon.

5.SYARAT TAMBAHAN: Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.


6.TARAF JAWATAN : TETAP
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 12:44 AM | Show all posts
6.JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

Kod Gaji : N17
Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan :Sokongan.

2.JADUAL GAJI : Gred N17 P1 T1 RM820.38 - P1 T24 RM2151.35
P2 T1 RM871.81 - P2 T24 RM2272.50
P3 T1 RM924.75 - P3 T24 RM2397.95

3.SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada rencana dan menaip salinan trengkas sederas 15 p.s.m. dengan kesalahan tidak melebihi 4%.(Gaji permulaan ialah pada Gred N171T2).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer).
dan
(c)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4.PENGALAMAN: Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pernah terlibat dalam kerja-kerja kesetiausahaan.
5.SYARAT TAMBAHAN: Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.

B. TARAF JAWATAN : TETAP


7.JAWATAN : PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

Kod Gaji : R17
Klasifikasi : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir
Kumpulan Perkhidmatan :Sokongan.
2.JADUAL GAJI : Gred R17 : P1 T1 RM1166.74 - P1 T15 RM1981.96
P2 T1 RM1218.17 - P2 T15 RM2083.39
P3 T1 RM1271.11 - P3 T15 RM2189.21

3.SYARAT LANTIKAN: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) (i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
dan
(c) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
4.PENGALAMAN : Berpengalaman dalam bidang elektrikal sekurang-kurangnya dua (2) tahun dan berpengetahuan mengendalikan ‘Enjin Tunggu Sedia (Generator Standby)’ serta Papan Suis Utama sekurang-kurangnya 415v.
5.SYARAT TAMBAHAN: Boleh membaca al-Quran dan tulisan jawi yang akan diuji semasa temuduga.
6.SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN:

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K2 (Tukang Elektrik), Tukang K3 (Pendawai dan Pencari Kerosakan) adalah layak dipertimbang untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a)Mempunyai kelayakan di perenggan 3(b) (ii) di atas; dan
(b)Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

B.TARAF JAWATAN : TETAP

CARA MEMOHON :-

1.Guna Borang :

Permohonan hendaklah menggunakan Borang MAIDAM.01-003/422 yang boleh didapati di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan bayaran RM1.00.

2.Pegawai Sedang Berkhidmat :

Patuhi Perintah Am Bab “A” 21 (Bagi pegawai yang memohon jawatan dikehendaki menyertakan Laporan Penilaian Prestasi dan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini).
3.Pegawai sedang berkhidmat hendaklah mengisi alamat tempat bertugas di ruangan pengalaman kerja.
4.Hantar Kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu,
Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
Kompleks Seri Iman,
20519 Kuala Terengganu.

5.Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2010

6.Sertakan Salinan:
a)Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
b)Sijil Kelulusan Pelajaran.
c)Kad Pengenalan Bapa sekiranya pemohon lahir diluar Negeri Terengganu.
d)Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapa lahir di luar Negeri Terengganu.

7.Permohonan yang ditolak:
a)Tiada salinan Sijil Kelahiran atau kad Pengenalan.
b)Tiada salinan Kelulusan Pelajaran.
c)Tiada salinan Kad Pengenalan Bapa jika pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
d)Tiada salinan Sijil Kerakyatan Negeri Terengganu jika pemohon dan bapa lahir di luar Negeri Terengganu.
e)Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai sedang berkhidmat).
f)Tiada salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi (bagi pegawai sedang berkhidmat).
g)Borang permohonan yang tidak ditandatangani.
h)Borang permohonan yang tidak lengkap.


MAKLUMAN :

1.Hanya calon-calon yang lulus asas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2.Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 09:29 AM | Show all posts
Reply 51# amir_70014

oic. skg keje dgn kns consultant. ni sykt utk perunding projek m&e. kalu nk tau. projek yg kompleks perniagaan paya bunga square sebeloh menara permint k.trg tu ader termasuk. skg yg sdg giat construct. bkn aper bro, 1 reason aku nk blk keje area saner sbb mak aku pun byk2 kali suh dekatkan skit. well, senang skit urusan. 2nya mmg aku target situ pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 01:36 PM | Show all posts
Reply 53# prof_x01


    Semuanye mcm tak berkaitan jeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 09:46 PM | Show all posts
oic. skg keje dgn kns consultant. ni sykt utk perunding projek m&e. kalu nk ta ...
musliadiadnan Post at 12-11-2010 09:29


Wow hebat tu..huhu.. syarikat anda ada nak join program karnival kerjaya kat kuala terengganu dan dungun tak? Kalau ada inform r..huhu dalam bulan ni tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069591 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list