CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: isabel

[Tempatan] PRU 13 : Undi Popular vs Undi Elektoral - sila baca dgn pikiran yg terbuka.

[Copy link]
Post time 8-5-2013 04:51 PM | Show all posts
dino posted on 8-5-2013 04:40 PM
bukan ke isu persempadanan semula ni sbrnya dah makan tuan... yakni merugikan umno sendiri
itu m ...


...no, kalau tak buat gerrymendering (persempadanan semula), Umeno  dah kalah sejak PRU 12 lagik........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 04:54 PM | Show all posts
pyropura posted on 8-5-2013 04:51 PM
...no, kalau tak buat gerrymendering (persempadanan semula), Umeno  dah kalah sejak PRU 12 lagik ...

bg aku ape yg umno buat dah membuahkan hasilnya.... makin kalah teruk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2013 04:55 PM | Show all posts
ini lagi sebuah lagi entri dari Dr. Ram Dambul bagi yg masih mempertikaikan segala isu persempadanan...
dan mohon sekali lagi sila baca dgn hati yg terbuka...

i
Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan.

Sudah tamat hari pengundian, dan usai mengira keputusan. Semua ahli keluarga saya yang mengundi di Sabah telah selamat menjalankan tanggungjawab tanpa sebarang musibah.

Saya sebenarnya sangat risau. Sebab ada macam-macam spekulasi tentang isu keselamatan pada pilihanraya kali ini. Khususnya di negeri Sabah, yang baru-baru ini telah dikejutkan dengan insiden pencerobohan pengganas asing.

Terima kasih duhai perwira dan prajurit, yang telah menjaga kesejahteraan negara, rakan-taulan dan sanak keluarga saya dengan cemerlang. Sepanjang pilihanraya berlangsung.

ii
Tanpa sebarang hipokrasi, biar saya berterus-terang. Saya agak suka dengan keputusan undi keseluruhan: di peringkat federal, mahupun negeri Sabah. Tapi jangan bayangkan suka saya itu sampai ke tahap melompat girang terkinja-kinja. Sekadar senyum gembira saja. Bukan fanatik, ok.

Saya percaya Barisan Nasional masih layak diberi peluang untuk memperbaiki kepincangan-kepincangan nasional masa lalu, sambil meneruskan transformasi yang belum selesai. Manakala Pakatan Rakyat belum cukup sepakat untuk diberi mandat mengurus sebuah kerajaan persekutuan. Ahli-ahli pakatan ini masih perlukan masa untuk membina rasa serasi dan ikatan cinta. Kalau sesama sendiri pun belum bahagia; bagaimana mereka, secara kolektif, mahu membahagiakan sebuah negara, kan?

Ok, jangan ada yang terguris atau melenting. Ini cuma pandangan peribadi saya. Bukan saya bercakap bagi pihak kerajaan Saudi Arabia; atau mewakili mana-mana persatuan bertaraf antarabangsa. Pendapat personal, faham? Boleh abaikan kalau tidak suka…

iii
Betul, politik Malaysia sekarang memang di ambang kecelaruan. Wujud persaingan sengit yang tidak sihat dan bersifat kepartian totok. Fitnah dan syak-wasangka sudah menjadi satu komoditi fikrah yang sangat laku untuk menggerakkan idealisme politik. Lalu, kekotoran moral dan etika melimpah-ruah di mana-mana.

Kata seorang kawan saya: BN dan PR ini dua-duanya busuk. BN itu seperti tahi, dan PR bagaikan kentut. Tahi itu busuk lebih kuat, dan baunya boleh bertahan lebih lama. Manakala kentut pula busuknya kurang sedikit, dan ia cepat berlalu.

Sungguhpun begitu, sebusuk-busuk tahi, ia masih lagi boleh dibuat baja untuk menyuburkan tanaman. Namun busuk kentut tidak ke mana. Selepas mencemarkan udara dan merosakkan keselesaan deria bau manusia, ia akan hilang pergi dibawa angin.

Ya, saya amat setuju dengan analogi ini. Itulah juga sentimen saya terhadap situasi semasa politik kepartian negara. Jangan marah dengan tamsilan ‘tahi’ dan ‘kentut’ – yang kedengaran agak kasar. Itu cuma satu pesonafikasi linguistik. Kalau mau marah, sila marah kawan saya – si pencipta analogi itu. Bukan saya, ok!

iv
Seperti biasa, dalam situasi keputusan pilihanraya yang genting begini: Sabah dan Sarawak akan jadi mangsa cemuhan secara selektif oleh para reformis Malaya yang patah hati. Dalam FB pun, sudah mula muncul komen-komen yang ke arah itu.

“Kenapa Sabah dan Sarawak tidak reti-reti menolak Barisan Nasional? Orang di Semenanjung sudah lama celik akal!” Nada-nada serupa ini, yang sangat bikin panas.

Personally, I would never be apologetic for the choice my fellow Sabahans have made. Malah saya amat bangga Sabahan ada citarasa politik yang unik. Tidak terikut-ikut dengan bandwagon ini-kali-lah di seberang. Ini negara demokrasi bah! Orang ada hak individu mau tentukan halatuju mengikut kesukaan sendiri.

But that said, I still find this kind of statement insulting: because it undermines us (the Sabahans) and our existence. Macam seolah-olah kita ini sepatutnya tidak signfikan kepada Malaysia. Menempel jadi kacau-daun pada perjuangan suci-bersih mereka yang mahu mengubah. Kononnya.

v
“Barisan Nasional sepatutnya sudah tersungkur jatuh dan Putrajaya telah kita tawan kalau bukan orang Borneo!” Para fanatik akan menempik-nempik. Seolah-olah mereka menang besar di sana.

Mari saya insafkan korang. Ini keputusan piliharaya parlimen di Semenanjung: BN mengatasi PR dengan kelebihan 86 – 80. Maksudnya apa? Sekalipun Sabah/Sarawak ini tidak wujud di Malaysia (katakan begitu, sebab korang anti sangat, kan?): parti pujaan reformasi korang tetapi kekal sebagai pembangkang. Masih gagal mendapat majoriti mudah. Nampak?

Itupun kalau korang ini celik matematik dan reti buat analisis statistik. Entahlah kalau korang ini buat analisis secara kimia. Oleh sebab Selangor, KL dan Pulau Pinang lebih tepu udaranya dengan pencemaran bahan asing – maka korang anggap bahawa kerusi-kerusi yang banyak PR menangi di kawasan ini secara kimianya mempunyai pemberat yang lebih tinggi. Begitu?

Hebat. Satu metodologi yang inovatif dalam menilai kemenangan pilihanraya. Sesuai buat tesis PhD berjudul: ‘Timbangtara Prestasi BN dan PR dalam PRU13 Berdasarkan Analisis Kimia’. Bakal menang Nobel Prize.

vi
Satu lagi yang suka dipersoalkan adalah agihan kerusi parlimen. YB Nurul Izzah Anwar pun pernah suarakan hal ini (secara tersirat) dalam satu debat tahun lepas. Kemudian sentimen itu dikembangbiak oleh para fanatik parti.

“Kenapa Sabah ada 25 kerusi parlimen dan KL hanya ada 11; sedangkan penduduk KL hampir dua kali ganda lebih tinggi dari Sabah?”

Nilai representatif dalam parlimen bukan semata-mata disukat kepada kuantiti penduduk. Ia mestilah mampu mewakili dengan adil kerencaman demografi dan geografi. Setiap segmen komuniti yang mempunyai keperluan khusus dan unik (kerana berbeza dari segi sosio-budaya dan ruang lokaliti) – suara dan aspirasi mereka haruslah diwakili secara berasingan. Sebab itu pertimbangan kerusi parlimen tidak boleh dipaksikan kepada jumlah penduduk semata-mata.

Sebagai misal. Perlukah orang-orang di Kerinchi dan Bangsar diwakili oleh dua MP yang berbeza? Atas dasar apa? Terlalu unikkah keperluan penduduk dua tempat ini (Kerinchi-Bangsar) jika dibandingkan dengan Kudat-Tuaran atau Kundasang-Telupid, biarpun kedua-dua padanan itu mempunyai ambang penduduk lebih rendah?

vii
Saya tidak faham. Apa motif para fanatik membangkitkan isu jumlah kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak. Menuduh itu kononnya satu komplot terancang BN untuk menawan Putrajaya. Tuduhan begini pun sangat mengguris perasaan orang Sabah. As if we don’t deserve to have that number of seats.

Apa niat mereka pertikai jumlah kerusi Sabah? Kalau ikut logik, orang Sabah yang sepatutnya komplen kenapa hanya 25 dan bukan 74. Sebab apa? Gagasan Malaysia dibentuk oleh tiga entiti asal: Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Jadi kerusi parlimen 222 itu patut diagih dengan sekata (74 setiap satu) bagi membolehkan suara entiti asal Malaysia yang tiga itu memiliki ‘bargaining power’ yang setara di parlimen. Serta membolehkan kuasa autonomi Sabah/Sarawak diperkukuhkan, sebagaimana yang diperjuang oleh Dato’ Seri Anwar dan kuncu-kuncunya sendiri. Bukan sepatutnya begitu?

Tapi Sabah/Sarawak bukanlah negeri yang tamak kuasa politik. Sebab itu bila kami hanya diberi 25/31, kami redha dan puas hati. Itu pun masih ada yang mencemuh-cemuh. Harap-harap PRU14 jumlah kerusi parlimen di Sabah/Sarawak ditambah lagi. Biar si pencemuh itu nazak sakit jantung!

If anything, Sabah/Sarawak should get more seats - NOT less!

viii
Ok, marah saya yang di atas itu lebih ditujukan kepada para pentaksub parti. Bukan ahli politik atau para penyokong yang beradab.

Kepada Pakatan Rakyat: jadilah pembangkang yang lebih efektif. Carilah ruang yang boleh diperbaiki oleh kerajaan, dan kirtiklah dengan cara membina. Supaya kalian boleh lembutkan jiwa-jiwa rakyat yang belum terpanggil mahu bersama kalian.

Kepada Barisan Nasional: kali ini, jadilah kemudi yang tinggi budi dan rendah hati. Hormati lawan dengan penuh hemah; kerana itulah yang akan menukar ‘rasa benci’ menjadi tidak kisah; dari tidak kisah perlahan-lahan menjadi suka.

ix
Seorang kawan lagi (bukan si pembuat analogi itu), marah-marah semalam bila keputusan sudah diumumkan penuh. ‘Ingat, doa orang-orang yang teraniaya makbul!’ Dia mengulang berkali-kali.

Ya, doa orang teraniaya memang makbul. Tapi ambil perhatian dengan penuh teliti: ORANG YANG TERANIYA. Bukan orang yang RASA, PERCAYA atau FIKIR dirinya teraniaya. Kalau diberi peluang, Firaun pun boleh percaya yang dirinya dianiaya oleh Nabi Musa. Jangan sour grape. Muhassabah diri: itu lebih baik.

Serius. Saya sangat tidak suka orang menggunakan agama untuk mencipta ugutan-ugutan rohani hanya kerana berbeza fahaman politik. Semua orang berdoa. Semua orang percaya Tuhan. Kita semua sama-sama pendosa. Jadi, tidak perlulah ada sesiapa cuba ‘merasuah’ Tuhan untuk mendengar rintihannya lebih daripada orang lain.

Tuhan itu maha adil. DIA tahu bagaimana mahu mengagih-agih nikmatnya yang maha kaya itu kepada manusia. Terimalah setiap kurnia, sikit atau banyak, dengan syukur.


Pengakuan: Maaf, gambar hiasan entri ini saya curi secara rambang dari internet. Jika anda pemegang hakcipta foto ini, tolong maklumkan kepada saya sebelum hantar surat saman. Supaya saya boleh merayu dan mengemis belas kasihan. Terima kasih.




Last edited by isabel on 8-5-2013 04:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:00 PM | Show all posts
BN itu seperti tahi, dan PR bagaikan kentut.
sudah...tahi kentut bagai sudah kuar...apa plak lps ni...
Last edited by azharuchan on 8-5-2013 05:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:01 PM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 8-5-2013 04:08 PM
Pada saya, ketidakadilan berlaku bukanlah kerana tidak ada undi popular untuk melantik terus PM dsb, ...

very good explaination & counter point... lau BN menang lagi 2/3 mesti ada gerry mandering kat kwsn yg dia menang.. 1 kerusi asalnya diberanakkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:03 PM | Show all posts
azharuchan posted on 8-5-2013 04:13 PM
bagaimana pula dgn gerrymandering yg dilakukan pihak pemerintah sehingga undi ala akademi fantasia n ...

sebelah kanan lebih ramai tapi kerusi kurang ..nilai vote x sama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2013 05:06 PM | Show all posts
dino posted on 8-5-2013 09:40 AM
bukan ke isu persempadanan semula ni sbrnya dah makan tuan... yakni merugikan umno sendiri
itu m ...

yer la dino.. mcm sorang opismet sya (chinese) kata: "dulu mengundi di kepong.. lps tu kena pindah segambut.. tp (bn) kalah juga..."
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:08 PM | Show all posts

Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

  cacai2 pr yg dok ngaku urban bergaji tinggi tu rupanya dok kira nak jimatkan 2k ni la.... lawak la pulak... beria2 dok kutuk rakyat marhaen yg dok tadah 500 duit brim rupa2nya dorang sendiri dok harapkan 2k ni.. sungguh urban...  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2013 05:09 PM | Show all posts
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral?

errrr..... sejak bila PR gagal teruk? PR tambah bilangan kerusi, BN yg hilang 7 kerusi.. ni prof. kangkung juga kah???


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:11 PM | Show all posts
bolehla buat Anugerah Bintang Popular versi politik pulak...sape agaknye bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:12 PM | Show all posts
Magika posted on 8-5-2013 04:06 PM
US Presidential Election 2000 (yang menggunakan undi elektoral mengikut negeri)

George Bush 50,45 ...

....kat US tu bilangan undi electoral berdasarkan jumlah pengundi, cuba perhatikan negeri Maryland (MD) yang saiz seco'et dapat 10 undi elektoral, berbanding dengan negeri yang lebih besar seperti Wyoming (WY)/Montana (MT) yang hanya dapat 3 undi saja....lagipun depa pakai sistem bilangan undi "proportionate",  pakai "threshold", so perbezaan popular vote tidak begitu dipersoalkan...

banding dengan Msia ni, gerrymandering dibuat berdasarkan kriteria ntah apa-apa, tak berapa adil & tak  masuk akal, sebab itu dah mula dipersoalkan popular vote nih...






Last edited by pyropura on 8-5-2013 05:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:15 PM | Show all posts
Artikel ini memihak kepada masyarakat pedalaman di mana 1 undi pedalaman mengatasi 10 undi kawasan urban.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:15 PM | Show all posts
pasal tol nk turun harga,kalo pihak PR kata nk turunkan harga minyak atau mansuhkan tol kenapa pulak orang lain nk pening pala? pandai2 la depa nk uruskan mcm mana....hal gaji ka/hal kos nk tarah bukit bukau ke...itu urusan mereka. Pelik aku ramai benor berjiwa kacau bila kata tol nk mansuh......aku faham perasaan prihatin masing2 sebab kesian takut makcik2 dan pekerja dan syarikat buat jalan x leh nk hidup,takut tak da gaji.... Kalo dah PR kata boleh buat,ada pulak yang cakap x leh buat...........cam ne? belum cuba belum tauuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:19 PM | Show all posts
azharuchan posted on 8-5-2013 04:13 PM
bagaimana pula dgn gerrymandering yg dilakukan pihak pemerintah sehingga undi ala akademi fantasia n ...

Lembah Pantai chinese seat ke?
u mean where Nurul vs nong CHik ittew?
kenape dalam kolum chinese seat?

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 05:27 PM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 8-5-2013 04:08 PM
Pada saya, ketidakadilan berlaku bukanlah kerana tidak ada undi popular untuk melantik terus PM dsb, ...





AC = PR

B = BN

PR menang   

selepas persempadanan semula

AC = PR

B1, B2, B3, = BN

BN menang .....

Last edited by bluemenx on 8-5-2013 05:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 07:08 PM | Show all posts
isabel posted on 8-5-2013 04:55 PM
ini lagi sebuah lagi entri dari Dr. Ram Dambul bagi yg masih mempertikaikan segala isu persempadanan ...

Sbenarnya aku pun rasa Sabah dan Sarawak sangat kurang representasi di Parlimen. Tapi kitorg tak tamak kuasa politik. Biarlah banyak tu jer, itupun aku heran kenapa dipersoalkan kenapa Sabah dan Sarawak banyak seats. Aku tak backing BN ek, tapi bagi aku, sebagai 'partner' dalam persekutuan Malaysia, Sabah dan Sarawak deserve more.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 08:35 AM | Show all posts
bluemenx posted on 8-5-2013 05:27 PM
AC = PR

B = BN

Terima kasih sebab ringkaskan dalam bentuk gambarajah. Memang jauh lebih jelas bila nampak grafik macam ni. Dalam pada tu, saya bersyukur sebab sedikit sebanyak dapat menerangkan konsep gerrymandering.

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 08:41 AM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 9-5-2013 08:35 AM
Terima kasih sebab ringkaskan dalam bentuk gambarajah. Memang jauh lebih jelas bila nampak grafik  ...

bro... just nak tanya brp tahun sekali persempadanan semula pilihanraya dibuat

sbb kalo x silap aku last persempadanan semula adalah slps PRU 99 tapi aku x ingat tahun bila...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 09:07 AM | Show all posts
aku dah cakap kat post mana ntah hari tu. PTPTN, minyak, kete dihapuskan. dkurangkan takde kasi impak pada sesetengah orang kampung. Perbaiki lagi manifesto, cuba fahami orang kampung, cara hidup mereka. jgn dekati mereka hanya ketika pilihanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 09:10 AM | Show all posts
sitihawa posted on 8-5-2013 04:10 PM
tidak miskin yang duduk di hulu kampong, tapi di bandar2 mcm aku ni yg middle class , pembayar chu ...

aku fahami perasaan ko..  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.074278 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list