CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: silentwinner

[Jenayah] Pondan disaman kerana memakai baju wanita

[Copy link]
Post time 7-1-2014 12:36 AM | Show all posts
BurningTimes posted on 6-1-2014 09:00 PM
ummah lain pakai seperti pondan bottom especially dalam show, tak nak pula denda.
terrorist sunni w ...

Kebetulan hari ini hari tarikh lahir Yasmin Ahmad salah seorang wanita yang jiwa telah tersalah masukan kedalam tubuh lelaki.....

Maideen~Sedih bila memikirkan kesilapan alam ini......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2014 12:42 AM | Show all posts


Tangkapin dugongggg inehhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 12:47 AM | Show all posts
noor2 posted on 6-1-2014 10:16 PM
aduii....

kita mengantuk la hannah..esok nak keje...argh..pukul 6.30 pagi dah jem kat federal ...

nite nite Noor
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 06:00 AM | Show all posts
Maideen. posted on 7-1-2014 01:36 AM
Kebetulan hari ini hari tarikh lahir Yasmin Ahmad salah seorang wanita yang jiwa telah tersalah ma ...

akak pun teringat dekat beliau, google pun siap bubuh lagi gambarnya di skrin utama harini kan, untuk memperingatinya.
kalau harap kan ummah melayu sunni wal jamaah nak bubuh, jangan harap lah, bajet maksom seperti rasulullah sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:30 AM | Show all posts
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)

2008/83/2
Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan:
18 Dec, 2008

Keputusan:


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.   Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.     


Keterangan/Hujah:


1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)   

Status Penwartaan:
Diwartakan

Tarikh Diwartakan:
10 Jun, 2010

Nombor Rujukan:
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2U.Pk.07/2001

Akta/Enakmen:
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:37 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 7-1-2014 07:30 AM
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah) ...

ade btol jugk larang org pakai menyerupai pompuan ni...
tp sepatutnya buat keseluruhan... rancangan tv pun patut di haramkn memakai menyerupai opposite sex...
kira xadil la yg kene rakyat marhaen je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2014 07:39 AM | Show all posts
BumpIQ posted on 7-1-2014 07:37 AM
ade btol jugk larang org pakai menyerupai pompuan ni...
tp sepatutnya buat keseluruhan... rancan ...

Jaga hukum ketika berlakonCetak

Oleh Musa Awang
TENTU seronok menyaksikan drama atau rancangan bersiri bersama anak pada waktu malam atau hujung minggu sama ada secara percuma atau melalui saluran berbayar. Ini lebih-lebih lagi dengan kemunculan rancangan realiti bagai cendawan tumbuh selepas hujan yang tidak dinafikan banyak melahirkan bakat baru dalam lakonan.

Namun, sama ada kita perasan atau tidak, beberapa rancangan yang menjadi kesukaan kanak-kanak kerap menggunakan pelakon lelaki untuk membawa watak wanita dan memakai pakaian wanita. Dikhuatiri jika keadaan ini dibiarkan, ia akan mempengaruhi pemikiran dan perwatakan kanak-kanak yang gemar menonton rancangan itu.
Walaupun niat mereka mungkin ingin menyampaikan mesej yang baik tetapi banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum yang ditetapkan Islam. Apatah lagi majoriti pelakon terbabit adalah Melayu beragama Islam. Dalam Islam hukumnya jelas haram seorang lelaki berpakaian perempuan, maka ia tetap tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.

Majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti wanita dilarang menyerupai lelaki.



Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al-Bukhari). Maksud menyerupai dalam konteks hadis di atas, termasuk menyerupai gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai’il Lil Nisa’ menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita sama ada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud) Pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (HR Bukhari dan Muslim).
Menurut pandangan dikeluarkan oleh Sheikh Yusuf Qardhawi, penerbitan dan dunia lakonan yang harus hendaklah memenuhi beberapa syarat, antaranya: l Filem dan lakonan mestilah bersih daripada pengaruh kegila-gilaan, fasik atau yang menjejaskan akidah dan akhlak serta syariat Islam; apa jua filem dan lakonan mengajak masyarakat kepada dosa dan maksiat atau menjurus kepada kriminal atau keganasan dan kebatilan adalah haram.
l Lakonan dan perfileman tidak boleh berlaku percampuran bebas keterlaluan dan persentuhan antara lelaki dan wanita serta pendedahan aurat wanita dan lelaki, ini untuk menjaga fitnah dan syubhah. l Ia ada kepentingan kesedaran kepada masyarakat (ada unsur pengajaran, iktibar dan keagamaan). Jika sesuatu produk filem atau lakonan memenuhi syarat minimum di atas, maka ia adalah harus dan halal. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008 bersamaan 20 Zulhijjah 1429H memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki menyerupai wanita (mak nyah/ pondan) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah haram di sisi Islam.
Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar sebaik-baiknya kepada anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
Orang Islam lelaki yang berlagak seperti perempuan boleh didakwa di bawah kesalahan jenayah syariah negeri-negeri. Sebagai contoh, Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan – “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.” Bagaimanapun terdapat sedikit pengecualian atau klausa selamat (safety clause) dalam peruntukan tersebut, di mana terdapat perkataan ‘atas tujuan bermoral’, yakni seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam tidak boleh dikenakan tindakan melainkan dia berpakaian sedemikian untuk tujuan tidak bermoral atau untuk tujuan maksiat. Jika seseorang lelaki saja-saja memakai pakaian perempuan di tempat awam, atau berlagak seperti perempuan di tempat awam, tanpa tujuan melakukan maksiat, maka dia tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Peruntukan yang hampir sama juga terdapat di Negeri Selangor, Johor, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak, walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi tempoh hukuman penjara.
Penulis berpandangan peruntukan ini perlu dipinda kerana ia berlawanan dengan kehendak Hukum Syarak yang mengharamkan lelaki menyerupai perempuan tidak kira untuk tujuan apa sekalipun. Peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, dan Kelantan lebih bertepatan dengan Hukum Syarak. Sebagai contoh, Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 memperuntukkan: “Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.” Hukuman bagi kesalahan berlagak seperti perempuan di Perlis lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 memperuntukkan bahawa “(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.” Ramai ibu bapa sekarang sibuk dengan kerjaya. Tidak mahu diganggu anak dan serahkan anak kepada televisyen. Lebih mudah dan murah. Kita tidak mahu ibu bapa terpaksa membayar harga yang mahal untuk memulihkan kembali personaliti dan disiplin anak yang tercemar akibat pengaruh televisyen.

Penulis boleh dihubungi sekretariatpgsm@yahoo.com Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/31
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:43 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 7-1-2014 07:39 AM
Jaga hukum ketika berlakonCetak

Oleh Musa Awang

amboiii yipun... mcm peguam dh..

"Majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti wanita dilarang menyerupai lelaki."

rancangan2 reality show tu byk xbg pengajaran pun rasanya... afdlin shauki pun dh kelaut asyik jd datin maimoon je hari2...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2014 07:44 AM | Show all posts
BumpIQ posted on 7-1-2014 07:43 AM
amboiii yipun... mcm peguam dh..

"Majoriti ulama bersepakat bahawa Islam melarang perbuata ...

kat Malaysia ni pelaksanaan mmg OUT makin lama makin ramai mempersendakan hukum camni, nak tutup aurat mmg xde laaa kan kalo drama atau filem...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:46 AM | Show all posts

x suka pon tengok Karoot ntah apanya tu.. slalu tgk gazette ada je watak lelaki berapkaian wanita
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:47 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 7-1-2014 07:44 AM
kat Malaysia ni pelaksanaan mmg OUT  makin lama makin ramai mempersendakan hukum camni, nak tutu ...

pelaksanaan kat malaysia mmg byk out.. hampir seluruh...
slh satu contoh... org kaya2 atau pangkat tinggi kalau mencuri atau rasuah...
hukumannya xde seteruk rakyat marhaen yg mencuri..

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:48 AM | Show all posts
BumpIQ posted on 7-1-2014 07:47 AM
pelaksanaan kat malaysia mmg byk out.. hampir seluruh...
slh satu contoh... org kaya2 atau pan ...



tu jgn kata Malaysia je xde beza ngan negara lain pon kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 08:26 AM | Show all posts
nak memondan pun agak2lah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 08:36 AM | Show all posts
Camner dia bezakan org tu pondan atau pompuan? Kadang2 ader gak pompuan yg terlebih hormon testosteron rupa paras dia serupa pondan aper. So, kena tengok alat sulit dulu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 08:49 AM | Show all posts
dalam tibi tu berlambak yg jantan berbaju macam betina
pekeheinye tak saman
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 03:20 PM | Show all posts
byk je club 'drag' kt kl tu..p la serbu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2014 03:31 PM | Show all posts
tomboy kena saman tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:13 AM | Show all posts
mamat tu ...sepatutnya pakai macang ni le ...


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 06:07 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 7-1-2014 12:42 AM
Tangkapin dugongggg inehhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

ya ampoon kak bedah...


bangun kak bedah ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.060400 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list