CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

[Tempatan] Incheon 2014: Pingat Emas wushu Negara ditarik balik!!!!

[Copy link]
Post time 30-9-2014 06:12 PM | Show all posts
Malaysia Boleh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ mesti pening kepala...
Target 8 pun masih jauh...skrng tinggal 2
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 06:43 PM | Show all posts
dah lah amoi ni cakap melayu tk pandai english lagi la..

lahir kt ng sembilan kononnya...ptuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:50 PM | Show all posts
pelayaran menang emas
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:05 PM | Show all posts
Khairy Jamaluddin

Kenyataan media saya tentang isu doping Tai Cheau Xuen:


Saya memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen di temasya Sukan Asia 2014 sehingga membuatkan atlet itu disingkirkan penyertaannya di Incheon, sementara pingat emas yang telah dimenanginya ditarik balik.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia amat serius dan komited dalam memastikan tidak ada seorangpun atlet negara kita terlibat dalam penggunaan sebarang bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Namun dalam kes Cheau Xuen, kita meragui bagaimana sampel air kencing atlet itu dikendalikan atau lebih tepatnya, amalan chain of custody (CoC) ke atas sampel tersebut.

Saya difahamkan sampel air kencing tersebut, berserta empat sampel lain diambil pada pukul 5.06 petang (waktu Korea) 20 September lalu di venue acara wushu dan hanya dibawa keluar dari situ pada pukul 7.15 malam (hari yang sama), untuk dibawa ke Doping Control Command Centre (DCCC).

Dokumen CoC seterusnya mencatatkan bahawa sampel itu tiba di DCCC pada pukul 11.10 pagi, dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel tersebut.

Kemudiannya, sampel tersebut dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) dan tiba ke makmal institut berkenaan pada 1.29 petang, sekali lagi dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh yang dicatatkan.

Ketiadaan catatan tarikh ini menimbulkan tanda tanya serta keraguan terhadap kronologi perjalanan sampel berkenaan.

Jika anggapan kita tentang tarikh dan masa tersebut adalah tepat - berdasarkan maklumat yang ada – ia bermaksud sampel tersebut berada dalam simpanan selama hampir 16 jam, dari venue wushu ke DCCC.

Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan menimbulkan kesangsian ke atas integriti CoC. Mengapa mengambil masa 16 jam?

Jikapun kita mengambil kira masa dan jarak di antara venue, DCCC dan KIST, ia masih tidak masuk akal mengapa ia mengambil masa yang begitu lama.

Jelas ia tidak disimpan di venue dan tidak juga dihantar ke KIST dengan segera. Sekiranya penganjur mengemukakan alasan ia disimpan di peti sejuk, tiada sebarang rekod yang menyatakan sedemikian.

Malaysia telah mengemukakan kesemua persoalan ini kepada panel disiplin temasya itu yang dipengerusikan oleh Tayyab Ikram. Kita juga telah menghantar surat kepada badan OCA Antidoping untuk menyuarakan ketidakpuasan hati ke atas bagaimana proses CoC dijalankan.

Lebih menimbulkan persoalan ialah dalam perjumpaan kedua dengan panel tersebut, mereka telah mengemukakan dokumen CoC berkenaan yang secara jelas telah dipinda, berbeza dengan butiran yang kita terima secara rasmi sebelum itu.

Versi dokumen yang telah dipinda itu tidak pernah dikemukakan kepada pihak kontinjen negara dan ia adalah sesuatu yang di luar kelaziman, memandangkan kita berhak mendapat maklumat sepenuhnya tentang sampel berkenaan.

Oleh itu, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada pihak tertinggi (Jawatankuasa Ad Hoc Court of Arbitration in Sport-CAS di Incheon) untuk ditimbang tara demi hak dan kepentingan atlet tersebut.

Kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoalkan pengambilan sampel berkenaan ataupun kesahihan analisis oleh KIST, tetapi persoalannya adalah tentang kepincangan proses CoC yang tidak dijawab dengan sebaiknya oleh panel itu.

Dengan hal yang demikian, kita perlu mencabar keputusan Anti-Doping Rule Violation (ADRV) terhadap Cheau Xuen memandangkan terdapat kesangsian ke atas integriti proses CoC. Ini merupakan amanah serta tanggungjawab terhadap memastikan kepentingan dan maruah sukan negara terus terpelihara.

Dalam kita berjuang secara agresif memerangi penggunaan dadah di kalangan atlet, kita juga perlu memastikan agar proses CoC dilaksanakan dengan penuh integriti kerana setiap atlet berhak mendapat layanan adil dan saksama. Ini juga untuk memastikan bahawa tiada pertikaian ataupun kesangsian terhadap proses anti-doping berkenaan.

KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
30 September 2014
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm...interesting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M posted on 30-9-2014 01:54 PM
ye betul..aku baru jer nak taip cam ni, ko dah sebut

khairy ni hrp lantang jer bersuara tapi ta ...

Kj is nato. Talk only no action. Yg dia tahu mencapub dkt twitter. Gila glamour dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:27 PM | Show all posts
Kita committed..kita serious .dalam memastikan para atlit kita tidak terbabit dengan benda terlarang untuk meningkatkan prestasi...TAPI.....TAPI......kita sangsi dengan process aka the chronological proces of the doping

Sudah ku duga..........

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:32 PM | Show all posts
bila sebut pasal ujian air kencing ni, memang penuh dengan misteri dan manipulasi.

kalau perasan , setiap tangkapan jenayah, atau ada kemalangan jalan raya ker yang libatkan penjenayah mesti ada positive dadah.

tak kurang juga ada remaja yang kena pau kau kau, sebab kena serbu masa berkumpulan, tiba tiba dalam poket salah sorang jumpa dadah, kemudian ujian air kencing tiba tiba ramai yang terlibat.. mak bapak terpaksa bayar untuk elakkan anak remaja mereka dari kena penjara atau kes berpanjangan..

kalau sesiapa kena buat ujian air kencing, tentukan itu anda punya dan tidak dicampur dgn orang lain punya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:35 PM | Show all posts
kelana36 posted on 30-9-2014 09:32 PM
bila sebut pasal ujian air kencing ni, memang penuh dengan misteri dan manipulasi.

kalau perasan  ...

Kalau yang jenis air kencing warna rainbow senang jugak nak cam kheeen?

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:38 PM | Show all posts
Aku tunggu khairy hantar surat official...to challenge the doping procedure that has taken place during this games......jangan cakap aja bong bang bong bang...habuk pun tarak.....

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:12 PM | Show all posts

Ujian dadah Sukan Asia meragukan

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas atlet Wushu negara, Tai Cheau Xuen di temasya Sukan Asia 2014 sehingga membuatkan atlet itu disingkirkan penyertaannya di Incheon, sementara pingat emas yang telah dimenanginya ditarik balik.

Ia berikutan Malaysia amat serius dan komited dalam memastikan atlet negara tidak terbabit dengan isu penggunaan sebarang bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya meragui berhubung sampel air kencing atlet itu yang membabitkan amalan 'Chain of Custody (CoC) ke atas sampel berkenaan.

Difahamkan, sampel air kencing beserta empat sampel lain diambil pada pukul 5.06 petang (waktu Korea) 20 September lalu di lokasi acara wushu dan hanya dibawa keluar dari situ pada pukul 7.15 malam (hari yang sama), untuk dibawa ke Doping Control Command Centre (DCCC).


Katanya, dokumen CoC itu menunjukkan sampel itu tiba di DCCC pada jam 11.10 pagi (waktu Korea) dan beranggapan ia adalah pada 21 September 2014 memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel berkenaan.


"Sampel itu terus dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) dan tiba di makmal institut berkenaan pada 1.29 petang (waktu Korea).

"Catatan tarikh yang tidak disertakan menimbulkan keraguan dan tanda tanya berhubung perkara itu berikutan ia mengambil masa kira-kira 16 jam berada dalam simpanan iaitu dari lokasi perlawanan ke DCCC. Rekod penyimpanan dalam peti sejuk jika pihak terbabit berbuat demikian juga tidak direkodkan," katanya dalam satu kenyataan.

Khairy berkata, timbul persoalan lebih jelas apabila menerusi pertemuan kedua bersama panel disiplin temasya itu yang dipengerusikan oleh Tayyab Ikram, mereka mengemukakan dokumen CoC berkenaan yang secara jelas sudah dipinda, berbeza dengan butiran yang diterima secara rasmi sebelum itu.

"Versi dokumen yang dipinda itu juga tidak pernah dikemukakan kepada pihak kontinjen negara," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada pihak tertinggi iaitu Jawatankuasa Ad Hoc Court of Arbitration in Sport-CAS di Incheon untuk mempertimbangkan perkara ini demi menjaga hak dan kepentingan khususnya kepada atlet Wushu negara.

"Kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoalkan pengambilan sampel berkenaan ataupun kesahihan analisis oleh KIST, tetapi persoalannya adalah tentang kepincangan proses CoC yang tidak dijawab dengan sebaiknya oleh panel itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kj..sila letak jawatan..

Aritu gagal komanwel katanya saya sedia letak jawatan..

Tapi xletak gak..

Ni dah malukan malaysia peringkat sukan asia..masih xrasa nak letak jawatan ke??

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:19 PM | Show all posts
Tak tipu bukan cina dap lah.

Memalukan negara aja.

Apapun tahniah kepada pelayaq Melayu kita yang menang secara bersih sesuci embun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:20 PM | Show all posts
R2D2 posted on 30-9-2014 10:12 PM
Ujian dadah Sukan Asia meragukan

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan memandang serius tud ...

Style khas Malesia ... Bukannya sadar ... tetapi malah .... Blame all bad things to the other ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:25 PM | Show all posts
bila pingat emas ditarik, kedudukan akan berubah
tu yg Malaysia takut malu sampai pertikai proses ujian sana sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 07:31 AM | Show all posts
yaminz posted on 30-9-2014 01:56 PM
nei mmalukan sungguh, lebih malu dr team sepak takraw kalah ngan korea...

hat ni bg aku lagi malu
sepak takraw kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:40 AM | Show all posts
Hehehehe ..... lawak ala Malesia ....

Lain kali .... sila lakukan perlumbaan Asian Games atau olympic inisiatif sendiri di KL dengan membuat aturan yang akn menguntungkan Malesia sendiri pula ... saya yakin Malesia akan memenuhi pingat mas yang spekatkular .....dan tentu saja gelar gergasi sukan asia dan dunia yang dapat dibanggakan bersanding dengan konsep Ketuanan itu ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlakonla jual ayamla driver teksi la
Habuk tarak
Jd artis je la hoi
Bercampur ngan budak x abis sekolah tu seme
Lebih baik bagi kamu kayjay
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 11:04 AM | Show all posts
la....kesian, mesti kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.367463 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list